Selasa, 29 November 2011

Blueberry Chicken Wings

Selamat petang semua..dah petang kan? hehehe..terlewat lg hantar laporan hari ni,skejap je masa berlalu dengan pantas,tak terasa dah petang  pulak,skejap lagi malam.Oh ya,kali ni Rahel nak share  satu resepi kepak ayam panggang yang dilumur  dengan blueberry filing..sedap hingga  menjilat  jari.Bukan pasrty je yang sesuai  dengan blueberry  tau,tapi jenis  daging pun  sesuai jugak...so  kalau  ada lebihan2 bluebeberry filing/jem blueberry kat  rumah tu jangan dibiarkan ja baek jadikan bahan masakan.








Oklah kawan-kawan..ni aje bahan-bahan yg perlu ada jika hendak membuat blueberry chicken wings..simple je dan mudah disediakan,harap  semua suka.

Blueberry Chicken Wings
Resepi:Rahel

Bahan:
6 keping kepak ayam,bersihkan
1 1/2 sudu makan blueberry filing/jem blueberry*
2 sudu makan madu*
2 sudu makan cuka epal*
1 sudu kecil serbuk lada putih*
1 sudu kecil garam*
2 sudu makan kicap manis ABC*

Bahan Tambahan:
2 sudu makan blueberry filing/jem blueberry
2 sudu makan madu
2 sudu kecil cuka epal
secubit garam
3/4 cawan air

sedikit minyak masak

Cara:
1.Panaskan oven 180'C selama 10 mnit.Alas dulang pembakar dengan aluminium foil.
2.Kepak ayam disatukan dengan bahan bertanda*,gaul rata.Tuang sedikit minyak di dlm dulang pembakar,kemudian susun kepak ayam dalam dulang pembakar.
3.Panggang dalam oven selama 30 minit pada suhu 180'C.
4.Satukan bahan tambahan dalam periuk kecil,panaskan hingga mendidih & agak pekat.
5.Satukan dengan kepak ayam panggang dan gaul rata.Angkat dan sedia dihidang.




Selamat mencuba dan selamat menjamu masakan sendiri.

Isnin, 28 November 2011

Bebola Keladi

Selamat tengah hari semua...dah siap masak k? Hari ni lewat  masak sikit sebab masih terasa kenyang lagi  pekena bebola keladi pagi tadi.Rahel jeling-jeling ke blog list banyak betul  hidangan yang menyelerakan..macam-macam ada...okla berbalik kepada tajuk entri kali ni..bebola keladi ni memang sangat mudah disediakan dan tak guna banyak bahan..dari segi rasa memang sedap dan lemak la..


Bebola keladi ni memang sesuai dihidang bila2 masa je...boleh dijadikan bekal utk jalan jauh sebagai kudapan di sepanjang jalan,dan lagi satu..kulit luar dia memang memang garing sikit tapi dalamnya sangat lembut & terasa lemaknya..wangi pulak tu,so sesiapa yang ada stok keladi kat umah tu bolehlah mencuba bebola keladi ni,dijamin puas hati dengan hasilnya..dan perut pun kenyang...

Iyolah kawan-kawan..ini aje yang dapat Rahel kongsikan mengenai bebola keladi yang sedap dan lemak..boleh tengok resepinya kat bawah tu..

Bebola Keladi
Resepi:Rahel

Bahan:
250g ubi keladi yang sudah dibuang kulitnya
50g gula pasir
50g kelapa parut putih
secubit garam

Batter:
70g tepung gandum
110ml air
secubit garam
sedikit pewarna ungu

minyak untuk menggoreng

Cara:
1.Rebus ubi keladi bersama secubit garam hingga empuk.Angkat & toskan,
   kemudian lenyek halus.
2.Satukan ubi keladi yang sudah halus bersama kelapa parut dan gula pasir,
   sebatikan.Bentuk menjadi bebola.
3.Bancuh bahan batter sehingga rata.Celupkan bebola ubi keladi ke dalam
   batter,kemudian goreng dalam minyak panas dengan api sedang sehingga
   masak.Angkat dan toskan.Sedia dihidang.

p/s:
    *tak perlu goreng bebola ubi lama2..cukup sekadar luarnya saja yang nampak
      garing.


Selamat menjamu mata...hahaha..daaa..

Sabtu, 26 November 2011

Puding Roti Bakar

Selamat petang kepada semua..tengah buat ape? dah siap buat hidangan ptg? untuk petang ni Rahel buat hidangan yang simple2 aje,bahan-bahannya sikit sahaja dan mudah disediakan,resepi puding roti ni Rahel ambik kat kawan Fb,SuhaidaSy Muhamad memang sedap rasanya dan sesuai utk sarapan atau pun utk minum petang.


Jom kita tengok pulak bahan-bahan yang perlu disiapkan untuk membuat puding roti bakar...

Puding Roti Bakar
Resepi:SuhaidaSy Muhamad,fb

Bahan:
beberapa keping roti (yg dah nak expired) Rahel guna 4 keping roti
2 biji telur
1 sudu makan butter,cairkan
1/4 cawan gula (equals to 50g)-ikut nak manis macam mana
235ml susu cair nak guna fresh milk pun boleh)-Rahel guna 200ml susu coklat
1 sudu teh esen vanila
kismis ikut suka

Cara:

1.Toast roti ke dalam toaster sehingga garing (carik2kan roti dan masukkan ke dlm acuan).

2.Tabur sedikit kismis di celah2 dan di atas roti,kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.

3.Pukul telur,susu,gula,esen vanila sehingga sebati dan tuang ke dlm acuan yg berisi roti tadi.

4.Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.

5.Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180'C.

6.Angkat dan boleh dimakan..letak dlm peti sejuk pun sedap..cubalah..

p/s:
    *sebelum bakar roti,tabur parutan keju cheddar diatas roti.




Selamat menjamu selera...

Pandan Chiffon Cake

Selamat bertemu kembali,harap semua sihat dan ceria selalu.Seperti biasa..tak lengkap hari2 yang Rahel lalui jika dapur tak berasap,kalau sudah berasap bermakna ada lagi yang nak ditayang dalam blog ini,dan tayangan untuk kali ni ialah Pandan Chiffon Cake,maaflah krn asyik tayang chiffon kek je.Kalu dah selalu tayang resepi yg sewaktu dengannya..bermakna suka sangat la tu..hmm.


Oh ya,mungkin ada yang nak resepi Pandan chiffon cake ni..resepinya ada di sini,sebelumnya Rahel dah pernah buat jugak kek ni dan tetap guna resepi yang sama.Pemilik resepi kek ni pulak ialah Kevin Chai...best2 semua resepi dia..sentiasa menjadik jer..

Pandan Chiffon Cake



Egg yolk Batter:
6 egg yolk
2 tbsp  pandan juice
150g coconut milk
1/2 tsp salt
4 tbsp cooking oil
1/4 tsp pandan essence
few drops green colouring
80g caster sugar
140g plain flour

Egg White Foam:
6 egg white
1/4 tsp cream of tartar
100g caster sugar

Method:
1.To make egg yolk batter,combine egg yolk,pandan juice,coconut milk,salt,cooking oil,pandan essence,colouring and caster sugar in a mixing bowl.Fold in flour until forms batter.

2.To make egg white foam,beat egg whites and cream of tartar until mixture forms soft peaks.Gradually add in sugar,beating at high speed until frothy and stiff peaks form.

3.Gently fold beten egg white foam into egg yolk batter until blended.

4.Pour batter into ungreased 9-in(22cm) tube pan.Bake in preheated oven at 170'C for 30-40 minutes 0r until cooked.

5.Removed from oven,invert cake onto table until completely cooled.


Selamat mencuba..daaa..

Selasa, 22 November 2011

Chocolate Raisin Chiffon Cake

Selamat petang semua...tengah buat ape tu? dah siap minum petang? Jom join Rahel minum petang pekena kek sifon..sodap dan lemak rasanya,boleh tambah2 berat badan..hehehe...oklah kawan-kawan..tak mau cakap banyak,kek sifon tengah tunggu ni...nyum nyum nyum...


Macam biasa,resepi Chocolate Raisin Chiffon Cake e tengah menunggu.

Chocolate Raisin Chiffon Cake
Resepi:Kevin Chai

Bahan adunan Kuning Telur:
3 biji kuning telur (Rahel guna telur saiz L)
20g chocolate chips
50g chocolate,disagat (Rahel guna milk chocolate)
30g raisin
30ml susu cair (Rahel guna susu penuh krim)
2 sudu besar minyak masak
30g gula kastor
1 sudu besar serbuk koko
90g tepung naik sendiri

Bahan adunan putih telur:
3 biji putih telur (Rahel guna 3 putih telur saiz L)
1/4 sudu teh cream of tartar
50g gula kastor

Hiasan:
chocolate scroll
cocoa powders

Cara  untuk adunan kuning telur:
1.Campur semua bahan dalam mangkuk,gaul rata.

Cara untuk adunan putih telur (meringue):
1.Pukul putih telur & cream tartar sehingga setengah kembang (solf peak).
   Perlahan-lahan masukkan gula kastor sambil dipukul dengan kelajuan
   tinggi sehingga kembang (stiff peaks).
2.Tuangkan meringue secara bertahap ke dlm adunan kuning telur sambil
   dikaup balikkan guna spatula/senduk kayu secara perlahan (jgn terlebih
   kacau).
3.Tuang ke dlm loyang sifon 18cm (7").Bakar pada suhu 170"C selama
   30 minit.
4.Setelah masak,keluarkan dari oven dan telangkupkan ke atas redai,
   biarkan sehingga sejuk baru tanggalkan dari loyang.
5.Setelah kek sejuk,hias dengan chocolate scroll dan tabur dengan serbuk
   koko.

Ikan Merah Terbakar

Salam manis kepada semua sahabat yang sudi singgah ke dapur Rahel,harap semuanya sihat dan ceria selalu.Semua dah siap masak hidangan tengah hari? Rahel hari ni masak yang simple-simple sahaja,tapi pic masakan belum letak,yang ni pic masakan ikan merah terbakar yang tertunda lagi,baru nak tayang..


Oklah kawan-kawan,resepi kali ni memang sangat mudah disediakan & tak perlu guna barah api utk membakar ikan...bakar dalam ketuhar pun sodap...jom layan dulu ikan merah terbakar ni...

Ikan Merah Terbakar
Sumber:Rahel

Bahan:
800g ikan merah (2 ekor),dibersihkan

Bahan Perapan:
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu makan serbuk ketumbar
5 sudu makan minyak masak

Cara:
1.Lumur ikan dengan bahan perap.
2.Bakar dalam ketuhar selama 40 minit dengan suhu 190'C.
3.Siap dihidang bersama sambal tomato.

Sambal Tomato

Bahan:
3 buah tomato besar,dipotong dadu kecil-kecil
7 tangkai cili padi,ditumbuk halus bersama sedikit garam
1/2 sudu makan gula pasir
1 sudu kecil minyak masak
2 buah limau kasturi,ambil jusnya.

Cara:
1.Satukan semua bahan sambal,gaul rata.Hidang bersama ikan bakar.

Rendang Ayam

Selamat bertemu kembali..apa khabar? harap semua sentiasa sihat & ceria.Kali ni Rahel nak share lagi satu resepi rendang ayam yang biasa Rahel buat kat rumah,bahan2nya simple dan mudah disediakan.Tentu ramai yang pandai masak rendang kan? tapi resepi tak sama,lain orang lain seleranya.



Oklah kawan-kawan..ini aja bahan-bahan yang perlu disiapkan ketika hendak membuat rendang ayam..silahkan dibaca dulu ek.

Rendang Ayam
Sumber Resepi:Rasa Ogos 2010

Bahan:
600g ayam,potong sederhana
125ml santan segar ( sy guna 1/2 kotak santan + 300ml air)
4 sudu makan kerisik

Bahan-bahan dikisar:
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5cm halia
5cm kunyit hidup
5cm lengkuas
2 batang serai,ambil putihnya saja
4 sudu makan cili kisar (sy guna 15 tangkai cili kering)

3 sudu makan serbuk kari
125ml minyak masak
Garam secukup rasa
Gula melaka secukup rasa


Cara:
1.Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.Tumis semua bahan yang dikisar sehingga naik bau.

2.Masukkan ayam dan kacau hingga sebati.Masukkan air dan santan.

3.Perasakan dengan garam dan gula.Kacau rata sehingga sebati.

4.Masak sehingga lembut dan akhir sekali masukkan kerisik.Kacau sebati dan tutup api.

Nota:
Saya bubuh daun limau purut 4 helai selepas tumis bahan kisar.


 Terima kasih sudi singgah sini.

Isnin, 21 November 2011

Onde-onde

Selamat petang kepada semua...tengah buat apa?dah siap buat kuih untuk hidangan petang? Kali ni Rahel buat sikit onde2 tuk minum petang punya.Ni salah satu kuih kegemaran Rahel..sejak kecil hingga kini masih tetap suka sama yang namanya kuih onde-onde.



Oklah kawan-kawan..ni saja Rahel letak kat sini untuk jadi tatapan Rahel kalau masuk blog lepak dan untuk kali ni Rahel letak juga resepinya walaupun semua orang pun pandai buat kuih onde-onde.

ONDE-ONDE
Resepi by :Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
110g tepung pulut
  90ml air
Secubit garam
Gula Melaka untuk inti
125g kelapa parut putih
Pewarna makanan hijau,kuning

Caranya:
1.Satukan tepung pulut,garam,kemudian masukkan air sedikit² sambil diuli jadi doh.Bahagikan kepada dua bahagian.Bubuh pewarna.Setiap adunan dibahagikan kepada 6 bebola.Bubuh inti gula melaka.Bulatkan.

2.Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.Masukkan bebola.Masak sampai naik terapung.Angkat dan toskan.Gaul dengan kelapa parut.




 

Terima kasih sudi jengah dapur Rahel.

Sabtu, 19 November 2011

Kek Sifon Polkadot

Selamat bertemu kembali..semoga semua sihat dan ceria selalu,tapi mungkin ada yang masih letih bab keluar jalan2 and makan angin.Hari ni kami tak ke mana..di rumah je lepak sambil buat kek sifon kegemaran kami,so petang ni pekena kek sifon polkadot ler..emm sedap..gebu & lembut membelai lidah..

 

Oklah kawan-kawan..resepinya tersangatlah mudah dan senang di sediakan,boleh dapat kek sifon polkadot yang besar..tapi hari ni Rahel buat dua kek sifon polkadot yang comel-comel..bab Rahel bahagi kepada 2 bahagian dan bakar guna loyang sifon saiz 18cm...bayangkanlah...comel kan.

Kek Sifon Polkadot

Bahan:
100g tepung gandum
25g gula kastor
60g minyak masak
80ml susu cair
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh krim tartar
60g gula kastor

Cara:

1.Ayakkan tepung gandum.Masukkan 25g gula kastor.Kacau rata & ketepikan.

2.Campurkan minyak masak dan susu cair.Kacau rata.Tuangkan ke dalam campuran tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.Masukkan kuning telur.Kacau rata.Ketepikan.

3.Pukul putih telur,garam dan krim tartar dengan kecepatan sederhana sehingga setengah kembang.Masukkan gula kastor sedikit demi sedi kit sambil dipukul sehingga kembang (adunan bertanduk).

4.Tuangkan ke dalam campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan perlahan.Ketepikan 1 cawan adunan & beri pewarna hitam utk corak polkadot,sementara adunan asal diberi sedikit pewarna merah jambu.

5.Tuangkan 1/2 adunan merah jambu ke dalam loyang sifon,kemudian dengan menggunakan sudu makan,sudukan adunan hitam diatas permukaan adunan merah jambu (letak adunan hitam di bahagian tepi,agar mudah kelihatan corak polkadot).Kemudian masukkan lagi sisa adun
   an merah jambu tadi.

6.Bakar selama 35 minit pada suhu 170'C.Setelah masak,segera keluarkan dari ketuhar dan terus telangkupkan kek sifon hingga sejuk,baru lorekkan tepinya dengan pisau dan keluarkan kek sifon dr loyang.




Jumaat, 18 November 2011

Assam Prawns

Salam manis kepada semua..tengah buat ape tu? ada yang tengah jalan2 kat blog? hehe..ni ada satu menu makan tengah hari punya..sedap dan menyelerakan betul (puji masakan sendiri),pada yang rajin baking2 tu mesti sesuai makan udang masak asam ni..yalah..ni kan utk hilangkan rasa muak..oklah..teruskan aje tengok-tengok picnya ek..bole gak wat cuci2 mata..


Ok..pada yang teringin mencuba masakan assam prawn yang mudah dan simple,silahkan dilihat-lihat resepi kat bawah tu..mana tau kena dengan selera.

Assam Prawns
Resepi:Rahel


Bahan:
250g udang segar yang sudah dibersihkan
1 labu bawang besar,dihiris nipis
3 ulas bawang putih,dicincang
1 tangkai cili merah,dihiris nipis
1 sudu makan asam jawa,bancuh dengan 1/2 cawan air
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan sos tiram
secubit garam

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis bawang besar & bawang
   putih hingga terbit aroma.Masukkan cili merah,kacau sehingga layu.
2.Masukkan udang,air asam,sos tiram,gula,kacau sehingga udang
   masak sepenuhnya.
3.Perasakan dengan secubit garam.Kacau sekejap.Angkat & hidang.



Selamat menikmati assam prawns..

Begedil Ayam

Salam manis kepada kawan-kawan semua...masih lepak dalam blog lagi? Udah larut malam tapi Rahel masih ada kat blog tik tak tik tak..hehehe.Tengah letak entri begedil ayam sambil jeling-jeling ke blog list..emm..bukan calang2 semua hidangan tu..menawan dan menggiurkan..bengang sudah ni..tak tau mo terkam yang mana satu..toolonglah..jgn goda truss..

Oklah..mata pun macam mengantuk sudah ni..skejap lagi masuk tidur..sebenarnya nak share satu resepi begedil yang sangat simple..tak guna banyak bahan..mudah pulak disediakan...jom roll ke bawah lagi..




Nah..cuba tengok apa bahan-bahan yang perlu ada di dapur jika hendak membuat begedil ayam...

Begedil Ayam
Resepi:Rahel

Bahan:
170g daging ayam kisar
500g kentang,digoreng hingga masak-tumbuk halus
3 lembar daun sup,dicincang
1 sudu makan bawang goreng,tumbuk halus
1 biji telur,asingkan kuning dan putih telur
5 biji bawang putih,tumbuk halus
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu kecil garam,boleh tambah

Cara:

1.Satukan bawang putih,serbuk lada putih & kuning telur,kacau rata.

2.Satukan kentang halus,daun sup,bawang goreng halus,garam & ayam kisar.Terakhir masukkan bawang putih dan gaul sebati.

3.Bulat-bulatkan dan leperkan.Panaskan minyak dalam kuali.Celupkan begedil ke dalam putih telur,kemudian goreng hingga keperangan.Angkat dan toskan.


Selamat mencuba..semoga suka..

Khamis, 17 November 2011

Apam Pisang

Salam manis kepada semua..dah siap sarapan k belum? Pagi Rahel ada buat sikit apam pisang untuk sarapan..resepinya mudah banget & senang di sediakan.Rahel ada letak resepinya kat Rahelcake.blogspot..jom layan dulu.


Apam Pisang
Resepi:Rahel

Bahan:
120g pisang ranum,dilenyek halus
100g gula pasir
150g tepung naik sendiri
1/4 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen pisang/vanila
1 biji telur B,dipukul sedikit
1 sudu besar minyak masak
50ml susu segar/susu cair
sedikit pewarna kuning

coklat nutella untuk inti

Cara:

1.Satukan semua bahan dalam mangkuk.Gaul sebati.

2.Tuangkan 1 sudu makan adunan ke dalam acuan,kemudian beri 1/2 sudu kecil inti,tuangkan lagi adunan di atasnya hingga 90% penuh.

3.Kukus apam selama 15 minit dengan api kuat.



Selamat mencuba..

Rabu, 16 November 2011

My 2nd Year Wedding Anniversary Chocolate Cake

Selamat bertemu kembali..semoga kawan2 semuanya sihat & ceria slalu.Genap sudah 2 tahun usia perkahwinan Rahel bersama suami yang tercinta.Rahel tak masak banyak-banyak,hanya buat kek coklat jer utk kami makan berdua sambil dating..hehehe..sodap banget kek coklat ni.

Sebelumnya Rahel dah share jugak resepi kek coklat kukus ni & yang krim2nya Rahel guna cream cheese n letak potongan buah peach je.Kalau yangchocolate rose pulak..Rahel buat daripada coklat masakan sahaja dan yg tu pulak Rahel ikut resepi dari you tube,memang mudah disediakan.Kali ni
Rahel tayang picture je sebagai kenang-kenangan..







Ulang tahun perkahwinan disambut pada 5 November.Skarang baru letak picture kek..hehehe.

Ayam Masak Lemak Cili

Selamat pagi semua...apa khabarnya hari ini? semoga kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria selalu.Pagi ni Rahel awal masuk blog lagi,nak letak entri yang tertinggal dalam draf.Menu kali ni memang simple je dan Rahel tau yang semua orang pun pandai buat Ayam masak lemak cili,tapi mesti dalam setiap masakan tu..ada citarasa sendiri kan,so nak share pulak menu ayam masak lemak cili  yang sesuai dengan selera Rahel..mmm kaw-kaw..



Oklah kawan-kawan..Rahel terus aje letak resepinya ek..boleh jadi rujukan Rahel di masa-masa akan datang..

Ayam Masak Lemak Cili
Resepi:Rahel

Bahan:
350g ayam,bersihkan-potong2
13 cili padi*
2 buah keras*
2 batang serai,diketuk
3 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1 lembar daun salam
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan ikan bilis halus*
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
3 cawan air
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa

Cara:

1.Kisar bahan bertanda hingga halus.

2.Tumis bahan kisar,serbuk kunyit,serbuk cili,serbuk lada putih dengan sedikit minyak hingga pecah minyak.

3.Tuangkan 3 cawan air,daun salam,serai.Biarkan mendidih.Masukkan potongan ayam.Biarkan masak selama 20 minit.Masukkan santan pekat,garam.

4.Biarkan mendidih selama 5 minit.Angkat.Sedia dihidang.


Selamat menikmati ayam masak lemak cili..

Selasa, 15 November 2011

Roti Arab

Selamat bertemu kembali,apa khabar semua? dah siap makan malam k? Hari ni sebok sikit so terlewat lagi masuk blog,tengok2 kat blog list mcm byk menu dan hidangan yang menggiurkan,tak tau yg mana satu dulu nak tengok.Tapi petang tadi Rahel sempat jugak buat roti arab untuk minum petang,rasanya sampai skarang masih kenyang lagi..sodap banget makan roti arab ni.


Oh ya,resepi roti arab ni Rahel ambik dari dapur DJ,memang sedap & lembut.Terima kasih kepada Kak DJ yang sudi share resepi roti arab ni,suka banget.Kepada kawan-kawan yg nak try resepi roti arab DJ ni..dipersilahkan tengok resepinya di bawah sana.

Roti Arab


bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum/tepung superfine/high protein
1 sudu besar mentega/marjerin
sedikit garam halus
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu makan yis mauripan 
air suam secukupnya
cara-cara :
Satukan yis, sedikit air suam dan gula di dalam satu bekas dan rendamkan hingga yis berbuih.
Tepung, garam dan mentega disatukan di dalam bekas yang agak besar. 
Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Gaul dan uli doh hingga kental dan licin (untuk mendapatkan kulit yang licin dan gebu...hehe)
Simpankan doh ke dalam bekas besar tadi dan tutupkan dengan kain lembab. Biarkan ia naik selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam. Setelah itu, uli semula doh tadi.
Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian (mengikut saiz kesukaan masing-masing) dan bulat-bulatkan. 
Sediakan torak. Canaikan doh tadi tetapi jangan terlalu nipis. Kemudian rehatkan sebentar selama 15 minit.
Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas (tetapi jangan sampai berasap), gorenglah doh tadi satu demi satu. Jangan lupa siramkan roti dengan minyak supaya ia kembong dengan cantik. 
Setelah masak keperangan, angkat dan toskan.
Hidangkan panas-panas bersama kari sardin atau kari ayam.



Enjoiii...

Isnin, 14 November 2011

Cheesy Muffin

Selamat petang semua..dah siap minum petang k? Rahel petang ni pekena muffin lagi..ehehe..suka sangat dengan mufin keju..oklah kawan-kawan Rahel teruskan dulu minum petang ek..oh ya,resepinya tengah menunggu kat bawah tu.


Cheesy Muffin
Resepi:Agnes Chang

Bahan A:
250 tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam

Bahan B:
60g gula kastor
90g keju cheddar,diparut/sagat

Bahan C:
1 biji telur,dipukul sedikit
250ml susu segar
60ml minyak jagung

Tambahan:
50g keju cheddar,siparut/sagat

Cara:
1.Ayak bahan A ke dalam mangkuk.Kemudian masukkan bahan B.
2.Pukul bahan C guna hand whisk hingga rata selama 1 minit.
   Tuang ke dalam campuran tepung dan gaul rata.(jangan terlebih gaul).
3.Sudukan ke dalam acuan muffin yang dialas paper cup hingga 3/4
   penuh.Taburkan keju parut di atasnya.
4.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit
5.Setelah masak,angkat dan hidang.


selamat mencuba..

Ahad, 13 November 2011

Steamed Mixed Fruit Cupcake

Selamat tengah hari kepada semua...dah siap masak-masak k? Ni ada sikit cupcake Rahel buat untuk sarapan punya..emm baru nak letak ni..hari ni lewat sikit masak-masak untuk makan tengah hari bab masi terasa kenyang lagi pekena cupcake buah2an tadi.K la kawan-kawan..jika berminat untuk mencuba cupcake yang lembut gebu ni..sila ke Blog Rahelcake..jommm..


Daaaa,,,,,

Sabtu, 12 November 2011

Ayam Masak Rempah Kari

Salam ceria kepada semua,semoga sihat dan ceria selalu.Dah siap makan malam k? Malam ni makan yang ringan-ringan ja yang dalam entri skarang ni menu tengah hari punya,skarang baru mau upload resepi.Selamat menjamu selera.




Bah oklah kawan-kawan..tak mo bergosip lagi..baek cepat-cepat letak resepi sebelum mengantuk..jom layan dulu resepi yang simple dan mudah banget ni.

Ayam Masak Rempah Kari
Resepi:Rahel

Bahan:
400g daging ayam yang sudah dibersihkan-potong kecil
sedikit minyak masak
3 cawan air
3 biji kentang,dipotong

Bahan Kisar:
3 batang serai,ambil yang putih saja,hiris nipis
1 inci halia
2 buah keras
5 biji bawang merah,hiris
3 biji bawang putih,hiris

Bancuh dengan sedikit air:
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu makan serbuk ketumbar
5 sudu makan rempah kari
1/2 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili

Rempah tumis:
2 kuntum bunga lawang
2 buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
7 kuntum bunga cengkih

Bahan perasa:
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa

Cara:
1.Panaskan minyak dalam kuali,tumis rempah  tumis hingga wangi.

2.Masukkan bahan kisar,bahan yang dibancuh.Tumis hingga pecah minyak.

3.Masukkan air,biarkan mendidih.Kemudian masukkan ayam,biarkan mendidih selama lebih kurang 5 minit.Masukkan kentang,kacau skali skala hingga ayam emouk.

4.Perasakan dengan bahan perasa.Angkat dan hidang bersama nasi tomato.


Terima kasih sudi jengah blog Rahel.

Ikan Merah Masak Kicap

Selamat malam semua...sedang buat ape? dah tidor ke? Lepak sekejap di sini..mo letak gambar jak..resepinya sangat mudah disediakan..agaknya semua orang pun tau buat ikan masak kicap kan? so tak payahlah dilekat resepinya..tayang gambar pun dah cukup...buat cuci-cuci mata jak..


Selamat mencuci mata...

Jumaat, 11 November 2011

Kek Coklat Kukus Basah

Salam kepada semua peminat kek coklat.Harap anda tak jemu bertandang ke dapur masakan Rahel.Kita memang peminat tegar kek coklat,so setiap kali ada free kita merajinkan dirilah mengadun kek coklat.Resepi kek ni pulak memang mudah nak siapkan,tak perlu guna mixer,hanya kacau-kacau guna whisker ja,so apakata korang cuba pula resepi yang satu ni.



KEK COKLAT KUKUS BASAH

Bahan-bahan:
200g tepung superfine
100g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur B
200g gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak/minyak jagung
1 cawan air panas

Cara:

1.Ayak tepung,soda bikarbonat,serbuk penaik dan serbuk koko.

2.Dibekas yang lain pukul telur,susu pekat manis, dan gula dengan whisker.

3.Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau sebati.

4.Masukkan minyak,kacau sebati.

5.Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.

6.Tuangkan adunan ke dalam loyang 8" yang telah digris dengan minyak dan dialas baking paper.

7.Kukus kek selama 1 jam atau sehingga masak.

TOPPING:

250g cream cheese
50g gula kastor

Mix bahan di atas sehingga lembut.Sapukan atas kek.Tabur sedikit coklat parut atas cheese jika suka.



Rabu, 9 November 2011

Butter Prawn

Salam manis buat semua...tengah buat ape? dah tidorke?..Rahel masih lagi kat sini ni..tengah letak entri tengah hari punya..tadi pegi jugak intai2 dapur kawan masak-masak..banyak resepi menarik nampaknya..meriah resepi daging hari ni ek..macam Rahel sorang je yang masak butter prawn..hehe.Kena masak ikut selera la kan?


Bah..oklah..tak mo cakap banyak lagi...mata udah mengantuk ni..mo rehat dulu.Lepas cakap2 ni..Rahel roll ke bawah ek..mo letak resepi butter prawn dulu..

Butter Prawn
Resepi:Rahel

Bahan:
300g udang segar,buang ususnya & cuci bersih,toskan
150g mentega/marjerin
3 biji kuning telur,pukul sedikit
2 sudu besar minyak masak
5 biji cili padi,potong2
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk cili
1/4 cawan susu cair
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil gula pasir

Cara:
1.Panaskan kuali  & cairkan mentega bersama minyak masak.
2.Letakkan telur di dalam mangkuk/cawan yang bermuncung supaya
   senang nak tuang dan bentuk juraian kuning telur nanti.
3.Tuangkan telur perlahan-lahan ke dalam kuali sambil dikacau berputar
   guna copstick atau garpu.Biarkan kekuningan baru angkat & toskan
   minyaknya.Ketepikan.
4.Guna minyak bekas telur tadi,goreng udang sehingga masak.Angkat.
5.Taburkan gula,garam & serbuk cili ke dalam udang goreng tadi.
6.Panaskan sedikit mentega/marjerin,tumis daun kari & cili padi hingga
   terbit aroma.Kemudian masukkan susu cair,kacau hingga mendidih.
7.Masukkan udang goreng tadi.Gaul rata.Angkat.Taburkan juraian ku-
   ning telur tadi ke atas udang.Sedia dihidang.

Pesan:
1.Untuk memasak juraian telur..padamkan api ketika minyak dalam
   kuali sudah panas..tunggu 1-2 minit baru tuangkan telur ke dalam
   minyak panas.


Selamat menikmati masakan sendiri...hohoho...

Selasa, 8 November 2011

Kari Ikan

Salam semua,korang tengah buat apa tu? dah siap minum petang k? Hari ni kita masak kari kepala ikan untuk hidangan tengah hari punya,kebetulan di rumah ada stok kepala ikan merah.Selalunya kita suka buat singgang ja kalau part kepala ikan ni,tapi hari ni kita masak kari pula.Setiap orang mesti ada resepi sendiri untuk masak kari so hari ini kita masak kari kepala ikan versi selera kita,tak banyak bahan,simple tapi sedap.




KARI KEPALA IKAN
Resepi by Rahel Blogspot

Bahan:
800g kepala ikan merah,dibersihkan dan dipotong 

2 inci halia}
2 biji buah keras}
6 ulas bawang putih}
4 biji bawang merah},ditumbuk halus

1 sudu kecil halba
7 sudu makan rempah kari ikan,jadikan pes
3 cawan air
100ml santan pekat (ayam brand)
2 biji tomato-dibelah empat
8 buah bendi
Garam dan gula pasir secukup rasa


Cara:

1.Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan tumbuk hingga wangi.Maaukkan halba,tumis sebentar hingga naik bau.Masukkan pes rempah kari,tumis lagi sebentar hingga wangi.

2.Tuangkan air,masak sehingga mendidih.

3.Masukkan potongan² kepala ikan.Biarkan mendidih kemudian masukkan tomato,bendi.Bila da hampir masak,masukkan santan.Biarkan mendidih.

5.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Kacau sebentar.Tutup api.Siap.



Selamat mencuba.

Mufin Keju

Selamat bertemu kembali...harap semua sihat dan ceria.Mata udah mengantuk,tapi nak letak jugak entri ni..takut terlupa lagi..resepi mufin ni Rahel ambik dr buku resepi Hidangan Berkeju oleh Chef Noraini Zakaria memang best sangat rasanya..serasa macam makan kek krim keju pulak,tak sia-sia mencubanya.Kepada yang teringin bolehlah mencuba ya.

Mufin Keju


Bahan:
250g tepung gandum
150g minyak masak
150g susu segar kotak
70g keju cheddar}
50g keju cheddar},diparut
150g gula kastor
13g serbuk penaik
1 sudu teh garam
2 biji telur gred B-dipukul

Cara:
1.Satukan minyak,susu segar,gula kastor,garam dan telur dalam mangkuk
   adunan.Kacau hingga sebati.

2.Ayak tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi.Masuk-
   kan 70g keju cheddar.

3.Tuangkan adunan cecair ke dalam tepung tadi.Gaul dengan senduk hingga
   sebati tetapi masih nampak berketul dan berat.Terlebih gaul (overmixing)
   akan menyebabkan mufin mengeras.

4.Panaskan ketuhar pada suhu 200'C selama 15 minit.Tuangkan adunan ke
   dalam cawan mufin sehingga 3/4 penuh.Tabur keju cheddar untuk hiasan.
   Bakar selama 20 minit hingga mufin masak.


Enjoiii....

Isnin, 7 November 2011

Nasi Pandan

Salam manis buat semua..apa khabar hari ni? semoga semua sihat dan ceria.Masih lagi mood raya ni..so hidang sikit menu ala-ala raya lagi,tapi resepi yg akan Rahel share ni simple sahaja dan boleh dimasak pada bila-bila masa je.Kali ni Rahel nak share pulak resepi nasi pandan yang wangi ni..digandingkan dengan sambal tumis ikan tongkol...ummm mantap betulll..berselera.



Oklah kawan-kawan..jika teringin merasa keharuman dan sedapnya nasi pandan ni,bolehla mencuba resepi ni ek,mana tahu berkenan di hati..& sesuai dengan selera..

Nasi Pandan
Resepi:Rahel

Bahan:
300g beras basmati,cuci-rendam 15 minit-toskan
10 lembar daun pandan,potong2
300ml air
500ml santan pekat
1/2 sudu kecil garam
1 genggam kismis

Cara:

1.Letakkan beras basmati dalam rice cooker.

2.Blender daun pandan dengan 300ml air.Tapiskan jus pandan ini.

3.Satukan jus pandan dengan santan pekat & garam.Panaskan di dalam periuk kecil hingga mendidih.Angkat dan tuangkan ke dalam rice cooker  yang berisi beras basmati tadi.Masukkan kismis.

4.Masaklah seperti memasak nasi biasa dalam rice cooker sehingga masak.

5.Setelah nasi masak,gemburkan nasi.



 

Yang ni adalah pelengkap hidangan nasi pandan,tapi kawan-kawan boleh hidang jugak bersama lauk pilihan memasing...sesuai dengan selera.

Sambal Tumis Ikan Tongkol
Resepi:Rahel

Bahan:
400g ikan tongkol,dibersihkan-potong kpd beberapa bahagian.
1/2 sudu kecil serbuk kunyit*
1 sudu makan tepung ubi*
1 sudu kecil garam*
2 tangkai cili merah}
11 biji cili padi}
5 biji bawang merah}
3 biji bawang putih},blender bahan ini dengan sedikit air
1/2 bawang besar,dihiris
1 biji limau nipis,diambil jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara:

1.Lumur ikan bersama bahan bertanda*.Goreng ikan sampai masak. Angkat dan ketepikan.

2.Tumis bahan yang diblender dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak.Perasakan dengan jus limau,garam & gula.Kacau rata.

3.Masukkan hirisan bawang besar dan ikan goreng tadi.Gaul rata.

4.Angkat dan letak dalam pinggan.Siap dihidang bersama nasi pandan.

Daging Bumbu Sate

Selamat bertemu kembali..semoga semuanya sihat dan ceria selalu..Rahel sebenarnya udah letih dan matapun dah mengantuk sangat ni,tapi kerja menghantar laporan masakan tetap diteruskan..skarang ni semua mesti sedang menikmati makan yang sedap-sedap kan?

Oklah kawan-kawan,Rahel nak share lagi satu resepi daging bumbu sate,menu yang sangat simple dan mudah disediakan.Pada yang suka makan kuah sate tu,bolehlah mencuba daging bumbu sate ni,mesti suka banget


Seperti biasa..sebelum keluar..Rahel mesti share resepinya kat sini untuk jadi rujukan Rahel di masa-masa mendatang dan juga kepada kawan-kawan yang tercari-cari resepi daging bumbu sate..jom kita layan dulu resepinya...

Daging Bumbu Sate
Resepi:Rahel

Bahan:
500g daging
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
air secukupnya untuk merebus daging hingga empuk
1/2 cawan kacang tanah,digoreng
3 sudu makan serbuk cili*
1 sudu makan serbuk ketumbar*
1 sudu kecil serbuk jintan manis*
1 sudu kecil serbuk jintan putih*
3 biji buah keras*
3 batang serai,ambil yang putih saja,hiris nipis*
30g lengkuas,hiris nipis*
2 cili merah*
5 biji bawang merah*
4 biji bawang putih*
1/2 sudu makan asam jawa,bancuh dengan 1/2 cawan air*
2 sudu besar minyak masak*
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa
gula merah secukup rasa

Cara:
1.Rebus daging bersama bunga lawang,bunga cengkih,kulit kayu manis se
   hingga empuk.Angkat.
2.Blender bahan bertanda* dengan sedikit air sehingga benar-benar hancur.
3.Masukkan kacang tanah dan teruskan blender sehingga semuanya hancur.
4.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tuangkan bahan yang diblender tadi,
   goreng sampai pecah minyak.
5.Masukkan daging dan santan.Biarkan mendidih sambil dikacau perlahan.
6.Perasakan dengan garam dan gula merah.Kacau.Angkat dan sedia di
   hidang.


Selamat menjamu mata..daaaa..

Sabtu, 5 November 2011

Kurapu Goreng Bersama Sambal Belacan

Selamat petang kepada semua dan selamat menyambut Aidiladha.Hari ni semua mesti sebok-sebok keluar berbelanja kan? sebab esok kena hidang lauk yang sedap-sedap untuk keluarga yang tercinta & juga tetamu.

Kalau hari ni Rahel nak share pulak satu lagi resepi ikan kurapu goreng yang digandingkan bersama sambal belacan..pastu perah limau kat sambal tu.emm sodap sangat.Ni sebenarnya hidangan tengah hari,baru je nak letak entri...pasni nak ke dapur lagi untuk siapkan hidangan petang..adooiiii macam dah
tak cukup masa la skarang ni..terlalu cepat waktu berlalu...


Oklah kawan-kawan semua..seperti biasa,sebelum keluar,resepi yang satu ni tetap ditayang dulu kat sini...jom lah tengok dulu...

Kurapu Goreng Bersama Sambal Belacan
Resepi:Rahel

Bahan:
500g ikan kurapu (1 ekor),bersihkan
1 biji telur,pukul sedikit
3 sudu makan tepung ubikayu
sedikit garam

Cara:
1.Lumur ikan dengan sedikit garam.Kemudian celup ke dalam telur yang
   sudah dipukul tadi.Angkat dan bolak balikkan dalam tepung ubikayu.
2.Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.Goreng terendam ikan sehingga
   masak.Angkat dan toskan.Letak dalam pinggan.

Sambal Belacan

Bahan:
1/2 biji bawang besar,dimayang
garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar bersama:
2 sudu kecil belacan
2 tangkai cili merah
1 sudu makan serbuk cili
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
9 biji cili padi

Cara:
1.Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga terbit aroma.
2.Perasakan dengan garam & gula.Kacau sebentar.
3.Masukkan hirisan bawang besar,kacau sebentar hingga layu.
4.Angkat dan tuangkan ke atas ikan kurapu yang telah digoreng tadi.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Donut Ball

Selamat malam kepada semua..tengah buat apa tu? sudah tidurkah? malam ni lewat sikit tidur..masih lagi jalan-jalan dalam blog ni..mo letak laporan dulu..pastu jalan-jalan ke blog kamu semua..mo intai2 jak kalau ada resepi yg boleh dicuba lagi..

Kembali ke tajuk..donut ball..haa yang ni Rahel buat petang tadi utk hidangan petang punya..siok sangat makan donut sambil minum teh panas,ngam betui,tambahan pulak ada letak sikit2 milk chocolate di atasnya sebagai penambat hati,lepas letak coklat..trus dingap satu persatu,senang betul makan kalo buat
yang bentuk bola2 kecil macam ni..suka sangat..


Sebelum ni..ada jugak Rahel buat donut..tapi bentuk cincin dan juga bentuk bulat yang dileperkan,boleh tengok di sini kalau teringin mencubanya,tapi yang tu Rahel tak letak kentang dalam doh..kalau yang donut bebola ni..memang ada letak sikit kentang lecek dalam adunan untuk kasi lembut punya..

Oklah kawan-kawan..mo cakap sikit pasal donut ball ni..memang lembut betul..sampaikan Rahel sendiri pun tak mo berhenti makan..hehehe..berhenti makan kalau sudah habis..itupun buat setengah adunan jer. Pada kawan-kawan yang mo menerai resepi donut ni..boleh tengok resepinya di myresipi.com,itu jer resepi yang Rahel slalu guna,cuma tambahkan 5 sudu besar kentang lecek dalam adunan..jika nakkan donut yg lembut.

Selamat mencuba..daaa..