Isnin, 31 Oktober 2011

Daging Black Pepper

Salam semua..apa khabar hari ini? harap semua sihat dan ceria selalu,tapi tuan tanah punya kepala ni tengah pening..mungkin pasal lewat tidor semalam,dalam keadaan pening2 pun sempat jugak masak sikit lauk untuk makan tengah hari and ini aja hidangan yang dimasak hari ni..semua pun mesti pandai masak lauk ni,kalau ada yang belum tau masak daging black pepper tapi suka makan..silahkan belajar buat ye...


Oklah kawan-kawan,resepi kali ni memang mudah je,bahan-bahannya pun tak banyak sangat..tapi yang ni ikut selera Rahel la pulak..len kali Rahel kena try jugak resepi kawan2 semua..k la..jom kita tengok pulak bahan2 yg perlu disiapkan untuk membuat daging black pepper...


Naaaa..dah tengok resepinya kan? pasni bolehlah kawan-kawan cuba.


Selamat mencuba dan selamat menjamu mata..nyam..nyam..nyam...

Sabtu, 29 Oktober 2011

Masam Manis Ikan Bawal

Selamat malam semua..apa crita pulak malam ni..adakah resepi yang best2 nak di kongsi? Adoooii..mata mengantuk sangat ni..macam ada mod "m" lg,tapi kena masuk laporan jugak..tahan je la..Ok malam ni Rahel nak share satu lagi resepi yang Rahel pernah buat jugak dahulu kala tapi tak pernah lagi letak entrinya di sini.


Resepi kali ni..memang sangat mudah dan senang..bagi yang baru belajar memasak macam Rahel la..hohoho..ikan bawal termasam manis yang ada dalam pinggan ni sedap sangat dihidang bersama nasi putih..tak muak kita makan & Rahel pun suka lauk2 yang macam ni..ada masam ada manis.Oklah kawan-kawan..seperti biasa..sebelum tuan tanah pegi rehat,tuan tanah bersedia menyediakan resepi masam manis ikan bawal ni..layan dulu.


Baca betul-betul resepi tu ek..jangan tak baca habis..nanti tersilap masak lagi lauk masam manis tu..jadi pahit pulak...hihihi...

Selamat mencuba dan selamat menjamu mata..daaaaa.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Blended Banana Cake

Selamat petang semua,tengah buat apa tu? dah siap buat hidangan petang?


Tak tau nak cakap apa lagi..terdiam balun kek pisang..hohoho...dari dulu lagi hingga skarang tak jemu-jemu dengan kek pisang,sedap sangat,dan kali ni kek pisang yang simple tapi sedap yang ada di depan mata,so enak banget menu minum petangnya.Kali ni Rahel guna pisang berangan je..dan taburkan sikit permukaan kek dengan kacang walnut,memang sedap dan sesuai sangat.


Nak crita sikit bab kek pisang yang sedap ,mula-mula main beli je kat kedai,kalau pegi kedai kek pantang nampak kek pisang..terus beli je..ha..beli pun yang saiz cam dalam gambar ni..kira besar jugak..nak kena ramai2 makan baru cepat licin,tapi Rahel kadang saja beli buat stok untuk minum petang atau sarapan.

Masa mula2 Rahel berjinak-jinak buat kek..kek pisang la yang Rahel teringin sangat nak belajar.Ingat lagi time tu,my darling yang sebok belikan buku resepi sebab Rahel cakap nak belajar buat kek ini kek itu..dan akhirnya kek yang pertama berjaya dihidang atas meja ialah kek pisang,senangnya hati time tu bab skali buat terus menjadi.

Oklah kawan-kawan..panjang pulak cerita kali ni..hihihi...tapi resepi yang Rahel nak share kali ni adalah hasil rekaan Rahel sendiri,so kalau nak buat kek yang cepat dan sedap..resepi ni la yang Rahel akan guna...dan inilah hasilnya..simple..mudah..dan sedap hingga menjilat jari (jika ada sos coklat).

BLENDED BANANA CAKE

Bahan-bahan:
150g pisang ranum
180g minyak jagung
3 biji telur B
1 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung gandum}
1 sudu teh baking powder}---diayak
1/4 sudu teh soda bikarbonat}

Caranya:
1.Panaskan ketuhar 160C selama 15 minit.
2.Pisang,telur,minyak,gula disatukan kemudian blender hingga halus selama 10 saat.
3.Tuangkan bahan yang diblend tadi ke dalam mangkuk,kemudian masukkan campuran tepung tadi.Gaul rata.
4.Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160C selama 60 minit atau sehingga masak


                                                                                                                                                              
Selamat mencuba.

Khamis, 27 Oktober 2011

Ayam Masak Tauge

Selamat petang kepada semua,diharap semua sihat dan ceria selalu.Rahel terlewat lagi upload resepi sebab sebok sikit.Kali ni Rahel nak share pulak resepi ayam masak tauge yang sangat simple ni,senang je nak buat dan bahan-bahannya pun mudah nak dapat.sekali skala buat menu yang sederhana cam ni pun ok jugak..sedap dan suka sangat.




Seperti biasa sebelum tuan tanah pegi melawat dapur korang,resepinya suda siap di sini.

AYAM MASAK TAUGE

Resepi by Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
500g ayam,dipotong sesuai selera
1 kampit tauge@harga seringgit tu
1 biji cili merah,dihiris
3 ulas bawang putih,dicincang
2 ulas bawang merah,dihiris
1 inci halia,dihiris
3 batang daun bawang,dipotong2
1 lembar daun salam
Garam secukup rasa
400ml air

Cara memasak:

1.Panaskan sedikit minyak,tumis halia sehingga  naik bau,tambahkan bawang merah dan bawang putih,tumis lagi hingga naik bau.

2.Masukkan potongan2 ayam,cili merah & daun salam,teruskan menumis sehingga ayam bertukar warna.Tuangkan air 400ml.Biarkan mereneh sehingga ayam empuk.

3.Masukkan pula tauge dan daun bawang.Kacau sebentar.Periskan dengan garam.Siap.

Selamat mencuba.


Terima kasih sudi berkunjung ke dapur Rahel👍

Rabu, 26 Oktober 2011

Minum Petang Bersama Blueberry Cheese Tart

Selamat petang semua...apa khabar hari ini? tengah buat kuih lagi k? Lama jugak Rahel tak buat tat blueberi ni,tetiba je terfikir nak buat lagi..seb baek bahan-bahannya uda ada dalam simpanan,so taklah kelam kabut nak pegi cari lagi.
Kadang tu Rahel beli je blueberi cis tat ni kat kedai,tapi cam tak puaslah makan klu sikit2 je..hehe..apa yang Rahel suka pada blueberi cistat ni ialah kerana pastri yang rapuh dan rasa lemak krim keju di tambah dengan topping blueberi filing...emmm mantap betul rasanya..

Oklah kawan-kawan,seperti biasanya..sebelum undur diri resepinya tetap akan dikongsikan di sini sebagai rujukan Rahel nantinya dan juga kepada kawan-kawan yang teringin mencubanya..best sangat blueberi cis tat ni..jom..kita terjah resepinya...

Blueberry Cheese Tart
Sumber:Buku Resepi Tat & Brownies

Bahan-bahan:
500g tepung gandum
250g mentega sederhana lembut
120g gula aising
2 biji kuning telur-->>>>Rahel guna 2 biji kuning telur + 1 putih telur
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh air sejuk

Bahan Inti Keju:
500g krim keju
120g gula halus
50g mentega
2 biji telur
Inti blueberry secukupnya

Cara:
1.Kulit tat:Satukan tepung gandum dan gula aising.
2.Campurkan mentega dan digaul sehingga menjadi serbuk yang kasar.
3.Masukkan esen vanila,kuning telur dan air sejuk.Uli menjadi doh lembut.Rehatkan doh
   selama 15 minit.
4.Canai & terap doh ke dalam acuan tat.Bakar dalam ketuhar selama 10 minit atau setengah
   masak pada suhu 180'C.Keluarkan dari ketuhar dan ketepikan.
5.Inti:Pukul krim keju,mentega dan gula halus hingga kembang dan lembut.
6.Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
7.Kemudian masukkan ke dalam bag piping.Kemudian
   paipkan inti blueberry ke dalam tat tadi & seterusnya paipkan krim keju di atasnya hingga
   penuh.
8.Bakar lagi selama 15 minit lagi pada suhu 180'C.

Makan bluberry cheese tart sambil minum teh hangat..perghh..mantap..
Dah tengok resepinya kan? Silalah mencuba dan selamat menjamu mata..

Isnin, 24 Oktober 2011

Menu Minum Petang Yang Sangat Simple

Selamat sejahtera kepada semua..dah siap masak k? apa menu lunch untuk hari ni? hehehe..kali ni Rahel nak tayang pulak menu minum petang yang udah satu hari berlalu..tak masak lauk hari ni..sorang je kat rumah..dan menu yang simple ni pun atas permintaan my darling gak,teringin sangat makan sos kacang dengan roti poun..sodap jugak..kejap je dah habis dibelasah..Rahel pun ada tolong jugak kasih licin..hihihi...



Untuk membuat sos kacang yang satu ni..tak perlu guna banyak bahan,dan buatnya pun tersangatlah mudah..memang suka yang simple2 aja tapi menyenangkan gitu..oklah kawan2...kita sharekan pulak resepi sos kacang yang termudah ni...jom layan dulu...



Naaa..ini aje resepi sos kacang yang paling mudah dibuat dan yang pasti akan suka banget..orang yang baru belajar masak pun pandai buat...selamat mencuba yaa...gua rehat dulu..

Ahad, 23 Oktober 2011

Ayam Masak Cili

Salam sejahtera buat kawan-kawan semua..apa khabar semua? dah siap makan malam k? hari ni Rahel masak lauk yang simple je..resepi orang dulu2 yang serba kekurangan..rindu sangat dengan lauk yang simple gini..dalam masakan ni tak perlu guna banyak rempah untuk menyedapkannya..janji secukup rasa.Teringat pulak masa kecik2 dulu..emak selalu masak lauk ni..sebab kami suka banget..lagi2 kalau pekena nasi pulut..sesuai sangat2..makan lauk ni je dengan nasi pun dah cukup puas..Rahel tau yang kawan2 pun ada macam Rahel jugak sentiasa rindu dengan masakan emak..betul tak? hehehe..


K la kawan-kawan..setakat ni je cerita Rahel untuk malam ni..kalau nak tau resepi ayam masak cili ni..Rahel ada sertakan skali resepinya dalam gambar kat bawah ni untuk jadi rujukan di masa2 mendatang...jom layan dulu..

AYAM MASAK CILI
Sumber:Rahel

Bahan-bahan:
600g ayam-bersihkan dan potong}
1 buah limau nipis-ambil jusnya}-disatukan & biarkan selama 15 minit
sedikit  garam}

Bahan diblend halus:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
satu genggam cili api
5 biji buah keras

1 lembar daun salam
1 keeping asam keping2 cawan air panas
garam,gula & serbuk pati ayam secukup rasa

Cara membuat:
1.Goreng ayam yang telah diperap tadi hingga masak.Toskan.Ketepikan dahulu.
2.Panaskan sedikit minyak.Tumis bahan yg diblend halus hingga naik minyak.
3.Masukkan air,asam keping,daun salam,garam,gula dan pati ayam.Biar mendidih.
4.Masukkan pula ayam goreng.Kacau skali skala dan biar masak hingga agak pekat.Siap.
 


Enjoi..

Ketam Masam Manis

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali..kawan-kawan semua apa khabar? sihat k? Masak apa hari ni? Hari ni Rahel masak ketam pulak,dah berapa hari menunggu ketam,baru hari ni dapat beli,pepagi lagi my darling beli kat pasar..haa..klu dapat ketam..Rahel suka masak yang masam manis makan pun hingga menjilat jari..hihihi..sesuai sangat dihidang bersama nasi putih..tapi sendiri mo ingatlah..klu makan yang macam ni,nasi kena tinggal2 je..sebok mengopek kulit ketam...ada k yang macam Rahel..suka makan ketam?

Seperti biasanya..kalau udah siap makan dengan puas2..kerja2 menayang entri harus diteruskan.Jika ada yang tak tau nak masak apa ketam tu,bolehlah tengok resepi yang akan Rahel share kat sini..resepinya mudah sangat..sonang jew..jom..


Ketam Masam Manis
Resepi:Rahel

Bahan:
1 kg ketam,dibersihkan dan potong2
3 biji bawang putih,dicincang*
3 biji bawang merah,dicincang*
1 inci halia,dicincang*
1 1/2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan asam jawa,bancuh dg 1 cawan air
3 cawan air
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 sudu kecil serbuk pati ayam
5 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan gula pasir
2 biji telur,pukul sedikit

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak dlm kuali,tumis bahan bertanda hingga wangi.
2.Masukka air,jus asam dan serbuk cili,biarkan hingga mendidih.
3.Kemudian masukkan potongan ketam,garam,gula,serbuk pati ayam dan
   teruskan memasak hingga ketam berubah warna,sentiasa kacau sehingga
   airnya tinggal sedikit.
4.Masukkan sos cili,sos tomato,kacau sebentar,kemudian masukkan telur
   kacau lagi sebentar hingga telur masak.Angkat.Sedia dihidangkan.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Bihun Goreng

Selamat pagi semua..dah siap sarapan k? Pagi ni Rahel buat sarapan yang ringkas je..takde masak yang spesial la..hehehe..buat bihun goreng je sikit bab teringin sangat makan bihun goreng yang letak cili banyak-banyak.


 
Oklah kawan-kawan,ni aja resepi bihun goreng yang simple ni,Rahel share kat sini pulak..jom layan dulu...


BIHUN GORENG

Bahan:
250g bihun,dicelur dan toskan
2 batang sosej,dipotong nipis
3 biji bawang putih,cincang
2 biji bawang merah,cincang
5 helai daun bawang,potong2
3 sudu makan kicap pekat
Sedikit garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara:

1.Gaulkan bihun yang telah di toskan tadi bersama kicap,garam dan lada sulah.

2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bawang hingga layu.

3.Masukkan sosej,kacau sebentar.Kemudian masukkan bihun & daun bawang.

4.Kacau sehingga masak.Angkat.Siap untuk dihidangkan bersama telur mata lembu.




Jumaat, 21 Oktober 2011

Kuih Lipat Pandan

Selamat malam semua..tengah buat apa tu?? belum tidur lagi k? jom temankan Rahel lepak kat dapur..hehehe..ni ada sikit kuih lipat pandan..sedap sangat,pertama kali buat terus suka banget,kuih lipat ni dah dekat2 ngan apam balik,tapi yang ni lagi sedap,lembut jew..lagi2 sapu dg jem strawberry,dalam resepi suruh bubuh seri kaya..tapi Rahel suka bubuh jem,sedap.
Oh ya,kuih lipat ni Rahel buat tadi petang untuk minum petang punya,so tak perlulah nak mintak lagi ye..dah habis pun..laju je makan...oklah..nak rehat dulu,jika berkenan..tengok2lah resepinya kat bawa tu..

Kuih Lipat Pandan
Resepi:Buku Resepi Sentuhan Selera Metropolitan

Bahan:
125g tepung gandum,ayak
200ml susu cair (Rahel guna susu rendah lemak)
1 sudu teh serbuk yis
25g gula pasir
1 biji telur (Rahel guna telur saiz B)
1/2 st garam (Rahel tak letak)
1 sudu besar mentega cair
perisa pandan (Rahel guna 1/2 st esen vanila)

Inti:
Seri kaya secukupnya (Rahel guna jem strawberry)

Cara:
1.Campurkan tepung gandum dengan susu cair,serbuk yis dan gula pasir
    lalu diadunkan semuanya.Tambahkan perisa pandan.Masukkan telur,
    garam dan mentega yg dicairkan,kemudian gaulkan.Biarkannya selama
    30 minit.
2.Sediakan acuan/kuali leper yg telah disapukan dengan sedikit mentega.
   Tuangkan 1 senduk adunan (Rahel guna senduk sup yg sederhana besar)
   & masak sehingga ia benar-benar masak lalu angkat.
3.Semasa ia masih panas,isikan/sapukan setiap satu dengan seri kaya,lipat
   menjadi dua.Sajikan.
Enjoiii...

Ayam Goreng Sos Plum

Salam manis buat semua..semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria selalu.Kali ni saya mahu share satu resepi yang paling mudah tapi sedap,sering masak lauk yang satu ni,tapi tak pernah lagi letak gambar dan resepi dalam blog mungkin kerana resepinya yang tersangat mudah yang membuatkan Rahel merasa tak perlu nak letak time tu,tapi hari ni Rahel terpanggil pulak untuk share kat sini.Bolehlah dijadikan satu rujukan suatu hari nanti..mana la tau time2 tu dah takda idea mau masak apa kan..



Oklah ni aja resepi yang mahu dikongsikan,semestinya suka banget...layannn..

Ayam Goreng Sos Plum


Bahan:
400g ayam,dibersihkan & potong kecil
minyak untuk menggoreng
1/2 sudu teh garam*
1 sudu teh kicap cair*
1 biji telur*
1 sudu makan tepung jagung*
1 sudu makan tepung gandum*

Untuk Sos Plum
3 sudu makan sos plum
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan kicap cair
120ml air

Cara:
1.Satukan potongan ayam bersama bahan bertanda*.Gaul rata.Perapkan selama 30 minit.

2.Goreng ayam sehingga kuning keemasan.Angkat,toskan.

3.Panaskan bahan untuk sos dalam kuali sehingga agak pekat seperti karamel.Masukkan Ayam goreng,gaul rata.Angkat. Sedia untuk dihidang.





Selamat menjamu selera..

Khamis, 20 Oktober 2011

Bread Cake



Selamat petang semua..tengah buat apa tu? Setiap hari daku fening ja pikirkan..nak masak apa..nak buat kuih apa lagi...walaupun hari2 ngadap laptop google sana google sini cari resepi tengok dapur kawan2 tapi masih jugak fening..kenapa ek??? tolonglah jawab.


Wokelah...kembali ke tajuk entri pulak..untuk pengetahuan kawan2 semua Rahel ni suka makan roti tapi belum lagi pakar bab meroti ni,masih banyak yang peelu dibelajar.Resepi kali ni Rahel tengok dlm buku resepi yang bertajuk I CAN BAKE & baru ja pagi tadi Rahel perasan yang resepi bread cake yang Rahel selama ni fikir susah tu rupa2nya antara resepi roti yang paling tidak cerewet..haa tu pun setelah baca resepi tu dengan teliti..hihihi..kesian betul,tapi sendiri mo ingatlah,lenguh lengan dan bahu menguli tepung😃


Oklah..Rahel cerita sikit pasal bread cake ni,teksturnya sangat gebu,lembap dan sangat wangi..tak sia2 menguli doh lama2..hasilnya sungguh memuaskan.

Bread Cake
Resepi:Agnes Chang (I CAN BAKE)

Bahan Bread A:
200g tepung roti (Rahel guna tepung gandum)
1 1/2 sdb serbuk koko
1/2 sdt garam

Bahan B:
70g gula kastor
1 sdt yis segera
1 sdt bread improver

Bahan C:
140ml air
40g mentega (Rahel guna marjerin)

Cara:
1.Ayak bahan A ke dalam mangkuk,masukkanbahan B dan gaul rata.Perlahan-lahan tuangkan air sambil menguli doh sehingga lembut.Masukkan mentega dan teruskan menguli sehingga doh lembut dan kenyal,jika doh ditarik tidak terputus.

2.Kemudian ketepikan doh sehingga kembang dua kali ganda dari saiz asal.


3.Tekan doh,kemudian uli sebentar sehingga lembut.Bahagikan doh kepada 16 bahagian (26g) dan bulat-bulatkan,kemudian susun dalam loyang yang telah dilapik baking paper.Biarkan mengembang selama 30 minit sebelum dibakar

Bahan Cake A:
20g tepung biasa} (Rahel guna tepung gandum)
20g tepung jagung}
30g gula kastor
3 biji kuning telur (Rahel guna telur saiz B)
30ml minyak jagung
30ml jus pandan
beberapa titik pewarna hijau

Bahan B:
3 biji putih telur (Rahel guna telur saiz B)
1/2 sdt cream of tartar
30g gula kastor

Cara:👇

1.Satukan bahan A dalam bekas,kacau rata.


2.Pukul bahan B sehingga gebu (bertanduk).

3.Satukan bahan A dan bahan B,gaul rata.


4.Tuang adunan kek ke dalam loyang yg berisi doh roti tadi.Bakar dalam  oven selama 40-45 minit pada suhu 180'C.


Sedap bread cake ni😍👍


Terima kasih sudi singgah sini😊

Ayam Goreng Brokoli

Selamat bersiaran kembali,semoga semua dalam keadaan yang baik2 saja.Hari ini Rahel mahu share lagi satu resepi lauk yang simple ja dan sesiapa pun boleh mencuba.Ayam goreng brokoli ni sangat senang untuk memasaknya & bahan pun sikit sahaja tapi memang sangat sedap.


 
AYAM GORENG BROKOLI

Bahan:
300g ayam,potong2
250g brokoli,potong kecil
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu besar tepung jagung bancuh dg sedikit air
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil gula pasir
1/2 inci halia,cincang
3 biji bawang putih,cincang
1 sudu teh lada hitam
2 cawan air
Sedikit bijan untuk taburan

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak,tumis halia hingga wangi,masukkan bawang putih dan tumis lagi hingga layu.

2.Masukkan potongan2 ayam,kicap dan juga lada hitam.Teruskan masak hingga ayam berubah warna.

3.Masukkan air dan teruskan masak hingga ayam empuk.

4.Masukkan brokoli,kacau sebentar.Masukkan bancuhan tepung jagung.Perasakan dengan garam,gula dan pati ayam.Teruskan kacau hingga brokoli masak.Hidangkan dengan taburan bijan.




Selamat menjamu selera..

Rabu, 19 Oktober 2011

Bolu Gulung Coklat Mini

Selamat petang semua..dah siap buat kuih k? apa menu petang ni? hehehe.Tengoklah kek gulung yang serba coklat ni..dah tak nampak garisan pada gulungan kek..apa tidak..semua serba coklat..huhuhu..tapi perlu kawan2 ketahui bahwa kek gulung ni sangat lembut,hinggakan menggulung pun kena berhati-hati betui,silap sikit..pecah atau patah..oh ya,resepi kek gulung ni Rahel tengok kat NCC ,tapi Rahel tukar ke perisa coklat pulak..


Hmmm..kalau kawan-kawan nak yang perasa pandan..silah guna resepi yang asal,tapi kalau rasa2 nak jugak yang berperisa coklat..silahkan ikut resepi yg Rahel dah ubah suai ikut citarasa Rahel.Untuk kek gulung ni memang taklah susah sangat nak buat dan Rahel suka sebab bahan-bahannya sikit je tapi ter sangatlah sedap...pada Rahel la..dan untuk inti Rahel guna Nutella je dan taburkan sikit kacang walnut cincang..sedap banget.



Oklah kawan-kawan..Rahel share resepi kek gulung coklat je kat sini,klu nak yang perisa pandan..silah ke web NCC ye,jom layan dulu kek coklat

Bolu Gulung Coklat Mini
Resepi:Natural Cooking Club
Resepi 2:Rahel

Bahan A:
2 biji telur ayam
50g gula pasir
1 st cake emulsifier

Bahan B:
35g tepung gandum}
15g serbuk coklat},ayakkan

Bahan C:
50ml santan
1 st chocolate emulco

Cara:
1.Pukul bahan A hingga kental,masukkan bahan B,kacau rata,tuangkan
   bahan C,kacau rata.
2.Tuang adunan ke dalam loyang 22x22x4 cm,ratakan.Kukus selama 15
   minit.
3.Angkat,biarkan wapnya hilang dan kek sejuk.Terbalikkan di atas kertas
   minyak.Beri inti.
4.Gulung segera dan padatkan.

P/S;
Rahel guna Nutella untuk inti dan sedikit kacang walnut cincang utk taburan.

Sup Makaroni

Selamat bertemu kembali,diharap semuanya sihat.Pepagi buka tingkap,nak tayang sup makaroni je..hehehe...simple sangat menu Rahel pagi ini,tapi yang ni sebetulnya hidangan semalam punya,disebabkan kerana mod memasak yang kurang time tu maka sup makaroni la pilihan yang tepat.Pada Rahel memang sedap sangat sup makaroni ni..boleh letak potongan cili padi banyak-banyak pastu makannn...


Ok la kawan-kawan,masi banyak kerja nak disiapkan,jadi sebelum keluar Rahel share je resepinya yang simple sangat-sangat di sini untuk jadi rujukan di masa mendatang.

Sup Makaroni
Resepi:Rahel

Bahan:
150g ayam,dipotong kecil-kecil
1 cawan pasta makaroni
1 batang carrot,dipotong kecil
2 biji kentang,dipotong kecil
1 sudu kecil biji ketumbar,sangai-tumbuk halus*
1 inci halia,diketuk*
1 batang kayu manis*
5 kuntum bunga cengkih*
2 kuntum bunga lawang*
1 sudu makan bawang goreng,ditumbuk halus*
1 buah tomato,potong
3 tangkai daun sup,potong
2 1/4 liter air
1 sudu kecil serbuk pati ayam
garam secukup rasa

Cara:
1.Jerang air dalam periuk hingga mendidih.Masukkan potongan ayam
   & bahan bertanda*.Renihkan selama 20 minit.
2.Kemudian masukkan bahan yang lain,teruskan merenih sehingga
   pasta makaroni lembut.Angkat.
3.Hidangkan bersama bawang goreng dan potongan daun bawang atau
   daun sup.


Ahad, 16 Oktober 2011

Sambal Tumis Ikan Kembung

Selamat petang semuaa,dah petang kan? hehehe,sudah menjadi kebiasaan kalau lepas masak mesti posing berabis depan kamera,tapi lauk2 je yang kena posing,tukang masak tak payah posing dulu..udah puas tengok muka dlm cermin..hihihi..masak apa hari ni? masak ikan kembung n rebus kcg buncis dan ada jugak sambal belacan yang tak ketinggalan...jom tengok...



Ok..udah siap masak nasi..jadi sekarang nak masak sambal ikan kembung,bahan-bahannya pun senang nak dapat,masaknya pun sekejap sahaja.pendek kata boleh jimat masa dan tenaga..hihihi..suka yang yang mcm ni..

Sambal Tumis Ikan Kembung
Resepi:Rahel

Bahan:
400g ikan kembung,bersihkan & potong2
1/2 sudu makan asam jawa
1 1/4 sudu kecil garam halus
1 keping asam keping
minyak untuk menggoreng

Bahan Sambal dikisar halus:
1 labu bawang besar
7 biji bawang merah
5 biji bawang putih
3 biji lada merah
21 cili padi
2 sudu makan serbuk cili
3 sudu kecil belacan

Perasa:
garam dan gula secukup rasa

Cara:
1.Lumur ikan dengan garam dan asam jawa.Perap 15 minit.
2.Goreng ikan sehingga garing.Angkat dan toskan.
3.Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis bahan kisar,asam keping
   hingga garing.
4.Perasakan.Kacau rata.Masukkan ikan goreng,gaul rata sekejap baru
   angkat dan sedia dihidang.

Khamis, 13 Oktober 2011

Sambal Tumis Tempe

Selamat petang semua..dah siap buat kuih untuk minum petang? hehehe.Hari ni terlewat pulak masukkan laporan,sebok sikit..o ya,resepi kali ini biasa-biasa aja,masak yang senang dan ringkas je gitu,lauk tempe ja..Rahel suka makan sayur tempe ni,boleh jugak dipelbagaikan ikut kesesuaian tekak memasing,makan ngan sayur kacang  bendi rebus je,emm selera betul.



Sambal Tumis Tempe
Resepi:Rahel


Bahan:
200g tempe,potong dadu dan goreng hingga perang
7 biji bawang merah,hiris*
3 biji bawang putih,dihiris*
3 biji lada merah,buang biji*
13 biji cili padi*
1 1/2 sudu makan serbuk cili*
1 biji limau kasturi,ambil jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara:

1.Blender bahan bertanda dengan sedikit air sehingga hancur.

2.Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan blend sehingga wangi.Masukkan jus limau,kacau sebentar,kemudian perasakan dengan garam dan gula.Masukkan tempe goreng tadi dan digaul hingga sebati dengan sambal.Siap.



Terima kasih sudi membaca.

Rabu, 12 Oktober 2011

Steamed Chocolate Sponge Cake

Selamat pagi semuaa..apa kabarnya..udah sarapan k? Awal-awal lagi uda bangun siapkan sarapan..buat kek span kukus jugak.Sebetulnya Rahel uda berkali-kali buat kek kukus yang satu ni,tapi tak pernah ambik gambar,kali ni je baru ada share,so korang bolehlah try.

Steamed Chocolate Sponge Cake


Bahan:
4 biji telur
1/4 st garam
120g gula pasir
100g tepung gandum
20g serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
25g marjerin,dicairkan
3 sudu makan air

Cara:
1.Pukul telur,garam dan gula pasir sehingga kembang.(saya pukul selama 15 minit dengan perlahan)Masukkan tepung gandum,serbuk koko dan serbuk penaik sambil di ayak dan dikacau rata
.
2.Masukkan marjerin cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan.

3.Tuang ke dalam loyang bersaiz 20 cm yang disapu marjerin dan dialas dengan kertas kalis minyak/baking paper.

4.Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.


Sambal Udang Petai

Selamat malam semua..baru dapat hantar laporan..Rahel nak share resepi yang ringkas sangat,macam resepi orang bujang je,ni laporan yang udah siap berapa hari yang lalu..baru ingat mo post sini...lupa sudah mo post resepi bab kena ngan sambal udang+petai...hihihi..sodap...


Bah..oklah kawan-kawan,Rahel udah mengantuk ni,letak dulu resepinya.Bagi yang gemar makan petai n udang tu bolehlah cuba2 ye..senang aja buatnya,bahan-bahan pun mudah didapati,boleh tengok langsung di bawah.

Sambal Udang Petai
Resepi:Rahel

Bahan kisar (kisar hingga hancur):
5 biji bawang merah,hiris
3 biji bawang putih,hiris
2 sudu teh belacan
7 biji cili padi
3 biji cili merah,buang biji

Bahan yang lain:
200g udang segar,buang kulit dan ususnya
100g biji petai
1 labu bawang besar,hiris nipis
1/2 sudu makan gula pasir
1 1/2 sudu makan serbuk cili
1/2 sudu makan asam jawa,bancuh dengan 1/2 cawan air
garam secukup rasa

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis bahan kisar,serbuk cili
   hingga terbit aroma.Masukkan jus asam jawa.Kacau sebentar.
2.Masukkan udang,petai dan teruskan kacau sehingga mendidih.
3.Tambahkan garam,gula,hirisan bawang besar.Kacau sehingga masak.
4.Angkat dan siap untuk hidang.


Selasa, 11 Oktober 2011

Nasi Lemon

Salam semuaa..dah petang kan..ok Rahel nak share satu resepi nasi pulak,tapi Rahel masak sikit je,jadi tak payah nak minta' lagi ye..ni pun udah hbs di makan..tayang gambar je n salin resepi..hehehe..sebenarnya banyak jg resepi nasi yang Rahel suka,tapi hari ni berkenan pulak ngan nasi lemon yg simple dan sedap ni..


 
Haa kalau nak tau..nasi lemon ni macam nasi minyak yang lainnya jugak,sedap dimakan bersama kari daging/kari ayam dan banyak lagi la jenis2 lauk yang boleh dihidangkan bersama nasi lemon..tu terpulanglah pada selera memasing kan..ok la teman-teman..resepinya Rahel share aja di sini.

Nasi Lemon
Resepi:Rahel Blogspot 

Bahan:
370g beras basmati,cuci,rendam 10 minit,toskan.
1 buah lemon,ambil jus dan parutan kulitnya
1 tangkai daun kari,cuci
50g gajus,goreng
3 biji bawang merah,dimayang halus
3 biji bawang putih,dimayang halus
1 inci halia,dimayang halus
1 sk serbuk kunyit
1 1/4 sk garam atau secukup rasa
1 sdm minyak sapi
800ml air panas/air rebusan ayam

Cara:

1.Panaskan minyak sapi dalam kuali.Tumis daun kari hingga layu. Masukkan halia,kacau hingga layu.Kemudian masukkan bwg putih & bawang merah,kacau hingga naik wangi.

2.Masukkan beras basmati & kacau selama 2 minit.Tambahkan serbuk kunyit,parutan kulit lemon,garam dan kacau lagi selama 2 minit.

3.Kemudian alihkan nasi ke rice cooker.Masukkan air panas/air rebusan ayam,jus lemon.Teruskan masak hingga mendidih,kacau nasi sekejap.Tutup periuk & biarkan nasi masak dengan sempurna.

4.Setelah masak,gembur2kan nasi dan taburkan gajus goreng.Siap.

p/s:jika tak ada air rebusan ayam,masukkan serbuk pati ayam dlm masakan.