Sabtu, 30 Julai 2011

Kek Pandan Karamel

      
Selamat bertemu kembali,semoga sahabat yang setia jengah dapur Rahel  sentiasa sihat dan ceria selalu...Pagi ni Rahel mo tayang lagi kek pandan karamel yang sedap dan nyaman ni  kawan-kawan yang sudah pernah buat kek karamel di rumah tu mesti udah tau rasa kek ni..sedap,lembut,gebu dan nyaman banget...walaupun baru kali ni Rahel try buat kek karamel ni hasilnya sangat memuaskan dan puas hati makan,kalau ada kawan-kawan yang belum pernah merasa keenakan kek ni wajip try buat di rumah..boleh la kawan-kawan merasa dengan sepuas-puasnyaa..kann..hehehe..jom layannnnn..


Kek Pandan Karamel
Sumber:Buku resepi


Bahan Karamel:
6 sdb gula pasir dihanguskan,kemudian tuang ke dlm loyang bulat 11".
   Ketepikan.

Bahan Puding:
6 biji kuning telur
1 tin susu cair
1 sudu teh tepung jagung
Cara:
1.Campur semua bhn puding dan gaul perlahan hingga hancur/rata.
   Tapis ke dalam loyang yg berisi karamel tadi.Ketepikan.



 
Bahan Kek A:
3 kuning telur
1 putih telur
150g tepung superfine
3/4 cawan air
1/4 cawan minyak
1 sudu teh serbuk penaik
100g gula kaster
1 sudu teh pandan paste

Bahan Kek B:
8 putih telur
100g gula kaster
1/2 sudu teh cream of tartar

Cara:
1.Untuk bahan kek A:Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.

2.Untuk bahan kek B:Pukul putih telur dan cream of tartar sehingga 1/2 kembang,tambahkan gula kastor secara bertahap sambil dipukul hingga menjadi pekat.(aduan bertanduk dan jika mangkuk diterbalikkan,adunan tidak terjatuh)

3.Masukkan adunan kuning telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur sambil dikaup balikkan hingga rata.

4.Tuangkan adunan kek ke dalam loyang yang berisi karamel dan adunan puding tadi.

5.Bakar secara steam-bake selama 1 jam atau sehingga masak.Setelah kek masak  biarkan betul-betul sejuk baru telangkupkan ke dalam pinggan.

Pesan:
*kek karamel boleh juga dikukus selama 1 jam atau sehingga masak.
*gula hangus tak perlu diberi air.selepas dihanguskan cepat2 tuang ke dalam loyang krn ianya mudah keras.



Selamat mencuba.

Jumaat, 29 Julai 2011

Kek Mousse Kopi

Selamat bersiaran kembali..apa khabar  semua? harap sihat  selalu.Kali ni Rahel nak share pulak hasil percubaan buat kek mousse resepi Chef Noraini..memang sedap sangat rasanya..lembut membelai  lidah..nyaman je lalu  kat anak tekak..


Selalunya beli di kedai jak tapi hari ni lain cerita la sebab saya yang buat keknya...boleh la saya makan dg sepuas-puasnya haa..kalau ada yang mau tumpang sekaki..silahkan proses sendiri ye sebab nda' cukup ni hihihi.. sedap2...




KEK MOUSSE KOPI


Bahan Kek Span:
120g gula kastor
10g ovalet
4 biji telur gred A
130g tepung kek/tepung superfine
1 st serbuk penaik
40g air
60g minyak masak/mentega cair

Cara:

1.Griskan acuan bulat 9".Lapis dg kertas serap minyak.Panaskan oven pada suhu 180,c.

2.Ayak tepung kek bersama serbuk penaik.

3.Satukan gula kastor,ovalet,telur & bahan A ke dlm mangkuk pengadun.Pukul dg kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.

4.Perlahankan kelajuan & tuangkan air,esen vanila.Pukul lg dg kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.

5.Masukkan minyak/mentega cair.Kacau sebati.Tuang ke dlm acuan,bakar selama 45 minit.

6.Setelah masak,telangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorekkan tepinya dg pisau & keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.Hiris kek span pd 2 lapisan yg sama tebal.

7.Letakkan 1 keping dlm acuan springform 9".Tuangkan 1/2 adunan mousse kopi di atasnya.Tutup dg satu lapisan kek & tuangkan lebihan mousse di atasnya.

8.Sejukkan kek selama 5 jam dlm peti sejuk.

9.Setelah keras,keluarkan dr acuan dan hiaskan.

Bahan Mousse Kopi:
250g krim putar (non-dairy whipping cream)
70g susu segar
50g gula kastor
50g air
10g gelatin halal
3 biji kuning telur
1 st serbuk nescafe
1 st emulco kopi

Cara:

1.Gelatin dan air dicairkan secara double-boiler.Ketepikan.

2.Susu segar,telur kuning,gula kastor,serbuk nescafe,emulco kopi disatukan dlm periuk.Kacau atas api yg sederhana hingga cair.Masukkan gelatin tadi & kacau sebati hingga hampir mendidih.Angkat dan sejukkan.

3.Krim putar dipukul hingga kembang dan gebu.Gaulkan ke dlm adunan kopi tadi hingga sebati.Siap untuk di tuang ke atas kek span tadi.


 

Kek Sifon Coklat

Salam manis kepada semua yang singgah ke dapur Rahel..apa khabar semua? Harap sihat semua.Kali ni Rahel nak share lagi satu resepi kek sifon yg telah Rahel cuba,resepinya Rahel ambik dari buku resepi..tuan punya resepi ialah Kevin Chai..memang hebat betul chef yang satu ni..banyak sangat resepi kek dia.


Ni kira yang ke berapa kali jugak Rahel cuba resepi kek sifon dia,memang sentiasa menjadik jer,sebab tu la Rahel sentiasa koleksi resepi beliau,bukan ape..kan rasa rugi klu kite beli buku resepi tu dan kejadiannya tak seperti yang kita harapkan..so memang berbaloi la untuk memiliki setiap buku yang mengandungi resepi beliau..dijamin pasti puas hati dengan hasilnya.


Oklah...sebelum Rahel keluar...nak share dulu resepi kek sifon ni,tapi takde terjemahan..Rahel letak resepi sesuai dalam buku resepi...

Chocolate Chiffon Cake
Resepi:Kevin Chai
Bahan A:
70g chocolate
150ml milk
60ml cooking oil
6 egg yolks
1 tsp chocolate emulco
110g plain flour
20g cocoa powder
1/4 tsp bicarbonate of soda
Bahan B:
6 egg whites
1/2 tsp cream of tartar
150g caster sugar

Method:
1.To make egg yolk batter,melt chocolate and milk over simmering water.Cmbine with oil,egg yolks and and chocolate emulco in a mixing bowl.

2.Fold in flour,cocoa powder and soda until forms batter.

3.T o make white foam,beat egg whites and cream of tartar until mixture forms solf peaks.Gradually add in sugar,beating at high speed until frothy and stiff peaks forms.

4.Gently fold beaten egg white foam into egg yolk batter until blended.

5.Pour batter into ungreased 9-in(22cm) tube pan.Bake in preheated oven at 170'C for 30-40 minutes or until cooked.

6.Removed from oven,invert cake onto table until completely cooled.

Khamis, 28 Julai 2011

Puding Kastard

Selamat bersiaran kembali..dan salam manis buat semua yg sudi menjengah dapur Rahel.Harap semuanya sihat dan ceria selalu.Kali ni Rahel buat puding segera pulak untuk penyejuk tekak..kalau cuaca panas2 macam skarang mesti kena buat sikit hidangan yg sejuk..dan untuk puding ini Rahel gunakan serbuk puding berperisa mangga aje...sedap rasa dia & kurang manis gitu..Rahel suka.Okla,kita teruskan aje share resepi puding kastard yang tersangat simple ni.





Puding Kastard
Resepi:Rahel Blogspot


Bahan:
1 kotak serbuk puding perisa mangga (85g).
1 sudu makan penuh tepung jagung
300ml air
100ml susu rendah lemak

Cara:

1.Masukkan air dalam periuk,kemudian masukkan tepung jagung dan kacau rata.

2.Tambahkan susu rendah lemak,kemudian diikuti dengan serbuk puding,kacau rata.

3.Panaskan di atas api hingga mendidih dan larut.

4.Tuang ke dalam acuan.Biarkan sejuk dan beku atau sejukkan dalam peti sejuk.


Enjoiiii....

Rabu, 27 Julai 2011

Apam Carrot

Selamat pagi kepada sahabat yang singgah ke blog Rahel pagi ini.Semoga semuanya sentiasa baik-baik aja...pagi ni saya dapat buat sikit kuih apam carrot untuk sarapan...bercerita pasal apam carrot yg satu ni memang sedap sangat pekena dg kopi atau teh panas...jadi sesiapa yg ada masa tu bolehlah mencubanya di rumah sendiri ye  kena rajin masak2 ni..hehehe..


Apam Carrot
Sumber:Chef Farah Quen


Bahan:
50g carrot,disagat halus
115ml susu cair
150g tepung gandum*
90g brown sugar
1 biji telur B
1 sudu teh ovalet
1 st serbuk penaik*
secubit garam
1/2 st esen vanila

Cara:
1.Panaskan air dlm kukusan.Ayakkan bahan bertanda*.

2.Pukul telur,gula,ovalet dan garam selama 10 minit pada kelajuan sedang.

3.Masukkan tepung beselang seli dengan susu cair sambil diputar terus hingga rata.

4.Tambahkan carrot dan esen vanila,kaup balikkan hingga rata.

5.Sudukan ke dalam acuan apam yg telah dilapiskan cawan kertas (isi hingga penuh).

5.Kukus selama 15 minit dengan api kuat.

Enjoiii... 

Talam Cendol

Selamat bertemu kembali di sini,semoga semuanya sentiasa sihat & ceria...
Hari ni tiba2 pulak rasanya mo makan kuih talam..nasib baik ada lagi sikit bahan2nya dlm simpanan...selalunya beli jak kuih talam ni di kedai,kalau time bulan puasa lagi la meriah kuih2 talam ni orang jual di pasar.Kalau mo tau...talam cendol ni memang sedap berlemak..sesiapa yang teringin mo merasa kuih talam cendol ni silahkan proses sendiri di rumah yaaa...ada juga resepinya tuu di bawah sana..kalau sendiri buat sendiri kenyang dan puas hati...boleh makan banyak2 kuih talam...hehehe..


Talam Cendol
Sumber:Buku Resepi


Bahan A:
150g tepung beras
30g tepung kacang hijau
200g gula
1000ml santan sederhana pekat

Bahan B:
100g tepung beras
20g tepung kacang hijau
150g gula melaka,cincang
650ml santan sederhana pekat

200g cendol,toskan

Cara:
1.Alaskan loyang 8" dengan plastik.
2.Campurkan A dalam periuk,masak sambil dikacaukan atas api kecil se-
   hingga agak pekat,padam api,masukkan cendol.
3.Tuang adunan ke dlm loyang.Kukus selama 25 minit.
4.Campurkan bahan B di dalam periuk,masak sambil dikacaukan atas api
   kecil sehingga cairan gula melaka agak pekat.
5.Tuang ke dalam lapisan cendol,kukus selama 5 minit.
6.Sejukkan kuih sebelum potong.


Selasa, 26 Julai 2011

Biskut Cakera

Terbuatlah biskut yang simple hari ini.,sedap juga biskut ini cuma saiz tak sama rata.Nampaknya kena banyak praktis lagi untuk paipkan doh.Saya suka makan biskut jenis ni lagi2 ditemani kopi o memang laju saja.Lain kali kena cuba buat pulak yang perisa vanila,mungkin lebih sedap lagi.


BISKUT CAKERA

Bahan:
250g mentega
100g gula aising,ayak
1 sdb pandan paste
1 st esen vanila
200g tepung gandum
120g tepung jagung
1 sdb susu tepung

Cara:
1.Putar mentega bersama gula aising,pandan paste,esen vanila sehingga kembang.
2.Masukkan tepung dan susu sedikit demi sedikit sambil diputar sehingga sebati.
3.Masukkan adunan di dlm beg piping dan picit bentuk bulat.
4.Hias biskut dg manik gula.Bakar pada suhu 170'c selama 10-15 minit.


Ahad, 24 Julai 2011

Roti Pandan

Bertemu lagi kita di sini...hari ni dapat juga siapkan roti pandan ni,sebenarnya sudah berapa hari ni tercari-cari resepi roti yg berperisa pandan,memang la ada ramai yang punya resepi macam ni tapi saya mo cari yang betul2 simple dan sedap,kadang tengok dlm gambar gebu sangat tapi sebenarnya rotinya kejung bila sudah sejuk,yang ni memang sentiasa gebu dan lembut walaupun sudah sejuk.Resepi ni saya ambik dari ruang masak2 orang Indonesia,nampak resepinya memang hebat2 semua.Bercerita mengenai roti pandan ni memang sangat lembut,gebu & sedap.Mula2 uli tepung tu memang nampak hodoh betul..time tu saya pun ada rasa ragu2 juga,tapi saya teruskan juga buat sampai la jadi roti pandan yg wangi dan sedap ni,dalam resepi asal menggunakan inti kacang hijau,tapi memandangkan saya malas mo masak2 lagi inti kacang hijau tu,jadi saya gantikan dengan inti kelapa +gula melaka sahaja,tetap sedap rasanya dan sangat berpuas hati dengan hasilnya,jadi klu ada yang mau mencuba di0ersilahkan.


 
Roti Pandan



Bahan A:
500g tepung gandum protin tinggi
100g gula pasir
10g yis
10g susu tepung
2 biji telur M
200ml air sejuk dr pt sejuk
1 sdm pasta pandan

Bahan B:
100g mentega/marjerin
5g garam

Bahan Inti Kelapa Gula Melaka by Rahel
300g kelapa parut putih
200g gula melaka
1 cawan air
1 sudu besar tepung gandum+2sb air

Caranya:(20pcs bun 50gram)

1.Masak gula melaka dengan air sehingga larut kemudian tapis.

2.Masukkan semula air gula ke dalam periuk/kuali diikuti dengan kelapa parut.Masak hingga ait surut.

3.Masukkan bancuhan tepung gandum.Gaul cepat² sehingga sebati.Tutup api.Sejukkan.Timbang 25g setiap 1 dan bulat²kan.

Cara membuat doh :

1.Satukan air sejuk dan pasta pandan.Ketepikan.

2.Kacau rata bahan A,uli hingga menggumpal-gumpal,masukkan bahan B & uli terus sehingga elastik.Rehatkan doh selama 20 minit (tutup doh).

3.Kempiskan adunan.Potong dan timbang 50g setiap satu.Bulatkan.Rehatkan doh selama 10 minit.

4.Ambil satu doh bulat,beri inti.Bulatkan kembali lalu letakkan dalam tray yang telah digris.Buat hingga semua doh habis di intikan.

5.Diamkan selama 30 minit,tergantung keadaan cuaca.Setelah terlihat mengembang ringan,oles atasnya dg kuning telur.Tabur sedikit bijan di atas bun.Bakar selama 20 minit pada suhu 170°C atau sehingga terlihat keemasan .Angkat dan oles permukaan roti dengan butter.

Bahan utk oles:
1 biji telur
1 sdm susu cair
*kacau rata bahan ini sehingga halus*


 Selamat mencuba.

Sabtu, 23 Julai 2011

Polka Dot Swiss Roll

Selamat datang ke blog masakan Rahel.Semoga semuanya  dalam keadaan yang sihat n ceria selalu bersama orang yg disayangi.Hari ni tiba2 pulak teringin mo buat swiss roll,tp teringat lagi yang banyak orang sudah buat swiss roll tapi kebanyakan yg di bakar dlm oven,jadi hari ni saya cuba pulak buat kelainan pd swiss roll biasa ke corak  polkadot yg cantik dan di kukus saja,hasilnya cukup sedap,lembut,gebu & sedap di makan  sambil minum teh panas...kepada sesiapa yg teringin merasakan keenakan polkadot  swiss roll ni tak jadi masalah..tapi  kena buat sendiri la di rumah ya...jom tengok apa bahan2 yang perlu disiapkan..


Polka Dot Swiss Roll
Sumber:Rahel


Bahan:
200g putih telur
1/4 st garam
25 ml santan pekat
1 st ovalet
100g gula pasir
80g tepung gandum,ayak bersama 1/2 st baking powder
25g minyak masak
sedikit pewarna pink
sedikit emulco coklat

Inti:
100g krim keju
2 sdb jem strawberry
*pukul bahan ini sehingga lembut*



Cara:
1.Pukul putih telur,garam,ovalet hingga setengah kembang.
   Kemudian masukkan gula pasir sedikit2 sambil dipukul
   hingga kembang selama 10 minit.
2.Masukkan santan dan pukul perlahan higga rata.Masukkan
   lagi tepung dan pukul perlahan hingga rata.
3.Masukkan minyak sedikit2 sambil digaul rata.Ketepikan se-
   dikit adunan dan beri warna pink dan emulco coklat.Isikan
   ke dlm bag piping.
4.Tuangkan adunan warna asal ke dlm acuan 26x26cm dan
   dot2kan.Kukus selama 15 minit.
5.Setelah masak,angkat keluar dan tanggalkan bkg paper.Sa-
   pukan permukaan sebelah dlm dg cream cheese,kemudian
   gulung dg kemas.Siap.

*pesan:intikan sesuai dg selera masing2.
*alas acuan dg baking paper tanpa disapu dg mentega sebelum
  adunan dituang ke dlm acuan.
*balut tudung periuk dg tuala agar kek tidak terkena wap.
*panaskan kukusan terlebih dahulu sehingga airnya benar2
  mendidih barulah mengukus kek.


Selamat mencuba...

Ayam Masak Bijan

Selamat pagi semua,buat apa tuu? senyap je nampak,oklah pagi ni Rahel buat ayam masak bijan,jadi nak share pulak kat sini,ayam masak bijan ni sesuai sangat pada yang nak jaga kesihatan terutamanya bagi ibu2 yang baru bersalin,k la kawan-kawan..Rahel teruskan jak dulu kerja ye...


Ayam Masak Bijan

Bahan:
400g ayam,bersihkan dan potong
2 inci halia tua,dihiris halus
2 sdb minyak bijan
2 sdb kicap manis
3 cawan air
5 biji bawang putih,ketuk
1/2 sk serbuk lada hitam
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
garam secukup rasa

Cara:
1.Panaskan air hingga mendidih,masukkan semua bahan2,tutup kuali dan masak selama 30 minit dg api kecil.Kacau skali-skala.

Kerabu Sardin

Selamat bertemu kembali,apa kabar semua?? Hari ni tak masak banyak sebab badan terasa malas..adoiii..susahnya macam ni..perut udah berkeroncong mintak diisi.Oleh kerana nak sangat jugak makan terpaksalah buat apa yang patut untuk mengalas perut.Kerabu sardin jugak yang jd pilihan,o ya kerabu ni rasanya sedap dan lemak-lemak gitu,mungkin kerana kehadiran serbuk biskut tu..pada saya memang sesuai la dg menu yang simple2 cam ni.Oklah kawan-kawan..jom layan dulu kerabu ni..
Kerabu Sardin
Resepi:Buku Resepi

Bahan:
3 biji telur rebus,hiris nipis
1 biji bawang besar,hiris nipis
6 keping biskut marie,ditumbuk halus
1 tin kecil ikan sardin,dibuang sosnya dan di racik
1 st serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Cara:
1.Gaul mesra semua bahan.
2.Perasakan dengan garam dan sedia utk dinikmati.

Selamat mencuba.

Udang Goreng Nestum

Selamat bertemu lagi..apa kabar semua? sihat?..dah siap masak-masak k? Untuk hidangan tengah hari ni Rahel buat sikit udang goreng nestum,dah lama tak merasa udang nestum ni.Pada Rahel la kan..udang masak nestum ni memang sedap dan wangi jee..aroma dari daun kari la tu..hihihi...

Tapi apa yang Rahel masak ni,memang tak sesedap orang lain punya resepi,sebab yang ni Rahel buat ikut selera Rahel dan juga bahan-bahan yang ada di dapur..resepinya tersangatlah mudah..senang jugak nak buat..tapi apa yg penting ialah secukup rasa,walaupun sangat simple tapi masi menyenangkan.oklah kawan-kawan,seperti biasanya,sebelum undur diri Rahel akan selitkan resepinya skali kat sini...lihat resepinya dalam gambar yg ada di bawah tu..


Udang Goreng Nestum
Resepi dari Rahel

Bahan-bahan:
350g udang sederhana besar
3 tangkai daun kari
5 tangkai cili padi,cincang
1/4 cawan nestum
1 sudu makan marjerin
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1.Bersihkan udang,toskan.Goreng hingga keperangan.
2.Panaskan marjerin dalam kuali,tumis cili dan daun kari sehingga terbit wangi.
3.Masukkan nestum,kacau sebentar hingga wangi.Masukkan udang goreng tadi dan kacau rata.

Setelah udang siap digoreng,taburkan gula dan garam,barulah dimasukkan ke dalam
kuali yang berisi tumisan nestum tadi.




 Selamat mencuba.

Rabu, 20 Julai 2011

Green Tea Cheese Cake

Selamat bertemu kembali di sini..dan selamat menjamu mata..hehehe..Tengah hari tadi tiba-tiba pulak teringin mo  merasa ciskek,kebetulan masi ada cream cheese dalam peti sejuk...saya  pun mula  la bergerak cari  bahan-bahannya teringat  lagi ada stok green tea  powder dalam  simpanan..hari tu beli di  cosway kononnya untuk  buat minuman la..tapi memandangkan masi banyak jadi di pelbagaikan la..

Ni saya mo cerita tentang chiskek green tea yang skrg  ada di sini ni memang betul-betul sedap dan  berkrim rasanya walaupun bahan-bahannya simple jak..rasanya  macam makan aiskrim..lembuuut membelai lidah..nyamannnn bah..

Green Tea Cheese Cake
Resepi:Rahel


Bahan:
1 sdb green tea powder,ayak
270g cream cheese,biarkan pd suhu ruang
260g non-dairy whipped cream
70g gula kastor
2 biji kuning telur B
1 sdb air perahan lemon
sedikit pewarna hijau

1 sudu besar serbuk gelatin}
2 sudu besar air}-rendam hingga gelatin kembang,panaskan dg cara double boil
                             hingga gelatin larut.

Bahan base:
80g biskut marie,kisar kasar
2 sdb penuh mentega,cairkan

loose tin 7",griskan dan alas dengan baking paper

Cara:
1.Satukan bahan base dan gaul rata kemudian mampatkan dlm acuan.
   Simpan dalam peti sejuk.

2.Pukul whipped cream sehingga kembang dan kaku.Kemudian letak
   kan dalam peti sejuk.

3.Satukan kuning telur,gula pasir,air perahan lemon.Kacau rata guna
   guna hand whisk sehingga nampak berkrim.

4.Panaskan dg cara double-boil selama 2 minit sambil dikacau terus.Angkat
   dan ketepikan.

5.Pukul cream cheese sehingga lembut,masukkan green tea powder dan
   pukul lagi hingga rata.Masukkan bancuhan telur,pewarna dan
   gaul rata.Tambahkan whipped cream dan gaul rata.
   Akhir sekali masukkan bancuhan gelatin,gaul rata.

6.Tuang ke dalam acuan.Simpan dalam peti sejuk selama 3 jam baru potong.

 Selamat menikmati Green Tea Cheese Cake.

Selasa, 19 Julai 2011

Egg Taufu & Udang

Salam manis dan salam sejatera..



Egg Taufu & Udang
Sumber:Rahel

Bahan:
300g udang segar,buang kuli dan usus
1 stick egg taufu,potong
2 inci halia,mayang halus
3 ulas bawang putih,sincang
1 cili merah,buang biji dan cincang
1 sk serbuk lada sulah
1 sk tpg jagung,bancuh dg 1 sdb air
1 cawan air
1 1/2 sdm sos tiram
1 sk sos soya cair
1 sk minyak bijan
garam dan gula secukup rasa

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis halia dan bawang putih hingga terbit aroma.
2.Masukkan air,sos tiram,sos soya cair,minyak bijan,cili merah,lada sulah.
   Biarkan mendidih.
3.Masukkan udang dan egg taufu.Biarkan masak selama 5 minit.Masukkan bancuhan tepung
   jagung dan perasakan dg garam dan gula.
4.Biarkan mendidih sekejap.Angkat dan hidang.


Selamat menikmati.

Sabtu, 16 Julai 2011

Red Velvet Cupcake

Bertemu lagi kita di sini ye....
Seronok rasanya dapat siapkan lagi satu kek yg kecil2 ni..sebenarnya lama sudah mo buat tp asyik tertunda ja...sebok layan resepi2 yang lain.Sebenarnya buat red velvet cupcake ni nda'la susah sangat...senang ja bah..tapi kali ni saya buatkan aising lemon cheese ja,...disebabkan kerana ada rasa geli2 dg pewarna merah yg banyak tu..maka pilihan saya adalah aising lemon cheese ja...tapi terpulanglah pada kawan2 klu mo yg rasa cream cheese..pandai2lah buat sendiri krimnya ye..boleh tengok resepi dan cara2nya di bawah tu...jom..


Red Velvet Cupcake
Sumber:Asian Food Chanel


Bahan:
3 biji telur B
1 1/2 cup gula pasir
1 1/2 cup minyak
1 cup yogurt
2 sdb pewarna merah
1 st cuka
1 st esen vanila
2 1/2 cup tepung gandum,ayak
1 sdb serbuk koko
1 st soda bikarbonat
1 st garam

Cara:
1.Panaskan oven 170'c.Siapkan tin mufin & alas dg papercup.

2.Dalam food processor,putar telur/gula,minyak,yogurt,pewarnamerah,cuka, esen vanila sehingga rata.

3.Masukkan tepung gandum,serbuk koko/soda bikarbonat,garam.Putar lagi hingga rata dan halus.

4.Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh.Bakar selama 25 minit.

5.Bila sudah masak,keluarkan dr oven & biarkan kek sejuk baru diberi aising.

Di bawah ini ada 2 jenis topping (aising lemon & cream cheese) terpulang hendak guna yang mana satu.

Bahan aising lemon:
8 sdb gula aising,ayakkan
1 sdb perahan lemon

Cara:
1.Satukan bahan aising dan kacau guna whisk hingga rata & halus.Tuang ke
   atas permukaan kek.

Bahan cream cheese:
250g cream cheese,biarkan pd suhu ruang
1/2 cup gula aising,ayak
1/4 cup whipping cream
parutan kulit lemon dr 1 buah lemon

Cara:
1.Satukan semua bahan dalam mangkuk pengadun.Pukul sehingga lembut
   & halus.
2.Isikan ke dlm bag piping dan paipkan cream cheese ke permukaan kek.


Enjoi...

Jumaat, 15 Julai 2011

Sup Kurma Merah

Hari ni buat sup kurma merah (rempah sup cina)..jadi ala2 cina pulak..saya suka guna rempah cina ni utk masak sup sebab sangat harum dan kata orang berkhasiat..saya guna rempah yg sudah siap dlm paket tu tp kurma merah tu saya tambah lagi...mau rasa sup yg sedap ni kena masak sendiri ye...
Hmmm nama ja sup kurma merah tapi dalam sup tu ada lagi beberapa jenis rempah.

Sup Kurma Merah
Sumber:Rahel

Bahan:
300g cakar ayam,bersihkan & potong*
3 liter air
1 paket rempah sup cina*
5 ulas bawang putih,ketuk*
20 biji kurma merah,buangkan bijinya*
garam & gula secukup rasa.

Cara:
1.Panaskan 3 liter air hingga mendidih.Masukkan bahan bertanda* & renih-
   kan dg api perlahan selama 2 jam.
2.Perasakan dg garam dan gula.Angkat.Hidang bersama potongan cili merah
   atau cili padi,jika suka.

Selamat menjamu selera.

Ayam Goreng Sambal Belacan

Selamat datang  ke blog masaka  Rahel, bertemu lagi  kita di sini hari ni...semoga semuanya tetap baik2 saja..Hari ni saya masak ayam goreng sambal belacan,sedap sangat di makan dengan nasi putih..tetapi maaf aja la kpd  yang nda' sesuai makan belacan hihihi  maklumlah tak semua  orang suka mkn belacan...Pada yang minat makan belacan tu jemput mkn ayam goreng sambal belacan.Menu ni sangat sederhana dan bahannya pun taklah byk sangat..


Ayam Goreng Sambal Belacan
Sumber:Rahel


Bahan:
500g ayam,potong
1 biji telur*
1 sudu besar sos soya cair*
1 1/2 sdm tepung ubi*
3 cili merah
5 biji bawang merah,hiris
3 ulas bawang putih,hiris
2 inci lengkuas,hiris
1 inci halia,hiris
1 bawang besar,potong ikut suka
1 1/2 sudu makan belacan
garam & gula secukup rasa

Cara:
1.Satukan ayam dg bhn bertanda*.Goreng ayam dg api perlahan hingga masak.
2.Blender bahan yg lain kecuali bwg besar & perasa sehingga halus.
3.Panaskan sedikit minyak & tumis bhn blender hingga terbit aroma & garing.
4.Perasakan dg garam & gula.Masukkan ayam goreng & bawang besar.
5.Tumis sekejap hingga bawang besar layu.Angkat.Hidang.

*jika suka pedas tambahkan cilipadi*


Enjoi.

Selasa, 12 Julai 2011

Sup ABC

Salam manis kepada semua dan selamat bersiaran kembali.Diharap kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria di samping insan tersayang.Kali ni Rahel buat sup ABC la pulak..sedap tau..menyegarkan..boleh buat badan berpeluh-peluh..hehehe..

Sup ABC Sumber:Rahel

Bahan:
300g ayam,potong
2 biji kentang,kupas,potong dadu
1 biji bawang besar,potong
3 buah tomato,potong
1 batang lobak merah besar,potong
2 liter air
sedikit daun sup
sedikit garam

Cara:
1.Didihkan air terlebih dahulu.Masukkan semua bahan dlm periuk ygberisi
   air mendidih kecuali daun sup dan garam.
2.Renihkan selama 30 minit hingga ayam lembut.Perasakan dg garam.
3.Bila sudah masak beri potongan daun sup.Siap utk hidang.

Selamat menikmati sup ABC.

Isnin, 11 Julai 2011

Apam Pisang

Salam sejahtera dan salam manis kepada semua pengunjung setia dapur Rahel,semoga sentiasa sihat dan ceria bersama orang yang tersayang.Pagi ni Rahel sempat juga buat sedikit apam pisang untuk sarapan..teksture apam ni ala-ala kek pisang kukus la pulak...mungkin sebab ada penggunaan minyak dalam batter...tapi tetap sedap dan gebu..sesuai ditemankan dengan nescafe panas atau pun teh panas...jom semak bahan-bahan untuk Apam Pisang...


Apam Pisang
Sumber:Internet

Bahan:
200g pisang,dihaluskan
150g tepung gandum
100g gula kastor
2 st baking powder
1/8 st soda bikarbonat
90g gula pasir
2 biji telur gred A
75ml minyak jagung

Cara:
1.Ayak tepung dengan baking powder,soda bikarbonat.
2.Dalam mangkuk pukul telur dan gula sehingga kembang selama
   8 minit.Masukkan pisang halus & sebatikan.
3.Perlahan-lahan masukkan tepung & minyak berselang seli.
4.Sudukan 3/4 penuh ke dlm acuan apam yg dilapik acuan kertas.
5.Kukus 15 minit dengan api yg kuat.

*panaskan terlebih dulu air untuk mengukus apam*


Selamat mencuba.

Puding Karamel





Bahan gula hangus:
3 sdb gula pasir
3 sdb air

Cara:
1.Masak gula pasir guna api perlahan sehingga perang.Kemudian campurkan dg
   air.
2.Masak semula atas api perlahan hingga gula hancur ,krmudian tuang dlm loyang
   dan ketepikan.

Bahan puding:
5 biji telur B
1/2 cawan susu pekat manis
3/4 cawan susu sejat
1 st esen vanila
3 sdb tepung jagung/tpg kastard
secubit garam

Cara:
1.Campurkan semua bahan puding karamel & gaul sebati dg sangat perlahan
   agar puding tak bersarang.
2.Kemudian tuang bahan2 ini ke dlm loyang yg berisi karamel tadi.
3.Bakar dg cara steam-bake dlm ketuhar pd suhu 170'c selama 1 jam.
4.Bila sudah masak,biarkan sejuk baru simpan dalam peti sejuk 2 jam
5.Bila nak hidang lorekkan teping puding dg spatula kemudian telangkup-
   kan ke atas pinggan.Siap.





Sup Kurma Merah

Salam ceria selalu...


Bahan:
500ml air
100g dada ayam,dipotong kiub
50g ikan bilis
20g kacang hitam
20g kurma merah,buang biji
10g halia,hiris
10g bawang putih,hiris
garam secukup rasa

Cara:
1.Satukan bahan di dalam periuk.Rebus hingga mendidih dan ayam empuk
   sebelum dihidang.


enjoi...

Khamis, 7 Julai 2011

Pandan chiffon Cake

Salam manis kepada semua yang singgah ke dapur Rahel..apa khabar hari ni? Harap kawan-kawan semua sihat.Oklah,kali ni Rahel ada buat pandan chiffon cake..so nak share pulak resepinya..pada Rahel..kek ni sangat sedap..lembut dan gebu jer texture dia..hingga makan pun tak perasan dah habis berapa ptg.


Nah...ni dia resepi kek sifon yang sedap ni..Rahel letak je kat sini ek,boleh jadi rujukan di masa akan datang..tapi takde terjemahan bab Rahel nak letak sesuai dengan yang tercatit dalam buku resepi.


Pandan Chiffon Cake
Resepi:Kevin Chai


Egg yolk Batter:
6 egg yolk
2 tbsp  pandan juice
150g coconut milk
1/2 tsp salt
4 tbsp cooking oil
1/4 tsp pandan essence
few drops green colouring
80g caster sugar
140g plain flour

Egg White Foam:
6 egg white
1/4 tsp cream of tartar
100g caster sugar

Method:
1.To make egg yolk batter,combine egg yolk,pandan juice,coconut milk,salt,cooking oil,pandan essence,colouring and caster sugar in a mixing bowl.Fold in flour until forms batter.

2.To make egg white foam,beat egg whites and cream of tartar until mixture forms soft peaks.Gradually add in sugar,beating at high speed until frothy and stiff peaks form.

3.Gently fold beten egg white foam into egg yolk batter until blended.

4.Pour batter into ungreased 9-in(22cm) tube pan.Bake in preheated oven at 170'C for 30-40 minutes 0r until cooked.

5.Removed from oven,invert cake onto table until completely cooled.

Selamat mencuba..

Rabu, 6 Julai 2011

Mufin Oren

Selamat pagi kepada semua..apa khabarnya pagi ini? harap semua sihat dan ceria selalu.Pagi ni Rahel hidang sikit muffin oren buat pelengkap sarapan,so nak share jugak resepinya yang sangat mudah dan senang disediakan.


Kepada penggemar muffin..Rahel sertakan skali resepinya kat sini,sebagai rujukan Rahel nantinya dan juga kepada kawan-kawan yang sudi menjengah dapur Rahel.

Mufin Oren
Resepi:Rahel


Bahan:
2 buah oren saiz sederhana,parut kulit,buangkan kulit putih & biji,ambil isi &
   potong kecil2.
1 biji telur L
1 1/2 cup tepung gandum
1/2 cup gula
1/2 cup mentega
1/4 cup susu cair
2 sudu teh baking powder
1/2 st garam

sedikit gula manik warna-warni




Cara:
1.Panaskan oven 170'C.Siapkan acuan muffin yg dialas papercup.
2.Pukul mentega & gula sehingga lembut selama 5 minit.Masukkan telur.
   Pukul rata.
3.Ayak bahan2 kering kemudian masukkan ke dlm adunan mentega.Gaul rata.
4.Masukkan parutan kulit oren.Kacau rata.
5.Tuangkan susu cair.Kacau rata.Masukkan potongan isi oren.kacau rata.
   Sudukan ke dlm acuan 3/4 penuh.Tabur gula manik.
6.Bakar selama 25 minit pd suhu 170'C.

Selasa, 5 Julai 2011

Fried Chicken in Chili Sauce

Salam ceria selalu.Hari ni masak salah satu lauk kesukaan kita.Rasanya ramai yang suka menu ini.Selalunya kalau pegi restoran makan memang suka pesan ayam masam manis,kadang tukar selera juga kepada udang or ikan  masam manis.Kali ini kita cuba pula resepi Chef Chay Foo dan memang tak rugi mencuba.Sedap sangat.





Fried Chicken In Chili Sauce @ Sweet and Sour Chicken

Sumber:My Secret Recipes Series
Resepi by : Chef Chay Foo Kiong

Bahan:
2 bahagian paha ayam,potong kecil2
Sedikit garam
Sedikit gula
1 sudu besar tepung ubikayu
Mix bahan di atas dan perap 15 minit

3-4 sudu makan tepung ubikayu

Bahan pelengkap:
Sedikit bawang besar dipotong
Sedikit timun dipotong kecil
Sedikit capsicum merah dan kuning dipotong kecil


Sauce:
200ml air
35g sos tomato
30g sos cili
40g gula pasir
35g sos plum
2g garam
20g cuka beras~i guna cuka apel


Cara membuat ayam sos masam manis:

1.Satukan semua bahan sos dalam periuk.Masak sehingga pekat lebih kurang 15 minit.Tutup api dan ketepikan.

2.Panaskan minyak secukupnya.Golekkan satu2 ayam perap tadi ke dalam tepung ubikayu.Goreng hingga masak.Angkat dan toskan.

3.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bawang besar,timun,capsicum hingga layu.Angkat.

4.Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Masukkan sos asam manis,masukkan bancuhan tepung jagung.Tetuskan masak sehingga benar2 berbuih dan pekat.

5.Masukkan ayam goreng tadi bersama bahan tumis no.3,kacau hingga tercampur.Hidangkn dengan taburan bijan jika suka.


Terima kasih sudi singgah selalu.

Donut Sausage

Selamat datang ke blog Rahel...petang ni saya buat donut sausage untuk minum petang...gebu2 semuanya...donut ni akan sentiasa lembut dan gebu walaupun disimpan semalaman di bawah tudung saji.





Donut Sausage
Sumber:Buku Resepi


Bahan:(16pcs)

1 sdb yis
170ml air
*satukan bahan di atas,kacau hingga larut*

Bahan Kulit:
300g tepung gandum
60g gula pasir,kisar halus
2 kuning telur
20g shortening
1 st double-action baking powder

Untuk inti:
8 biji sosej,dipotong dua




Cara:

1.Satukan bahan kulit dalam mangkuk,gaul rata.Masukkan bancuhan yis perlahan-lahan sambil digaul rata,jika masi kering tambah sikit air.

2.Uli doh selama 10 minit.Rehatkan doh selama 20 minit.Kemudian tekan2 doh untuk keluarkan angin.Bahagi doh kpd 34g setiap satu.

3.Ambil doh dan roll memanjang sebesar ibu jari (pilihan),kemudian ambil 1 batang sosej dan lilitkan doh tadi.Susun dalam tray yang sudah ditaburi tepung.Buat sehingga selesai.

4.Biarkan donut mengembang selama 10 minit.
    
5.Goreng donut sosej sehingga keperangan.Angkat dan toskan.







Enjoiiii.