Khamis, 7 April 2011

Apam Gebu

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Hari ni pekena apam gebu lagi..warna-warni..hehe...sedap dan suka banget,sesuai sangat untuk hidangan sarapan pagi dan jugak untuk minum petang bersama keluarga dan juga  kawan-kawan.Kepada kawan-kawan yang teringin menerai apam gebu ni Rahel letak resepinya di sini.Semoga bermanfaat and selamat mencuba.

APAM GEBU

Bahan:
250g tepung gandum}
1 st baking powder},ayakkan
175g gula kastor
140ml santan pekat
1 st ovallet
1 st esen vanila
3 biji telur B
sedikit pewarna (pilihan)

Cara:

1.Pukul telur,gula kastor,ovalet sehingga kental selama 10 minit.

2.Masukkan esen vanila.Gaul rata.

3.Kemudian masukkan tepung berselang-seli dengan santan.Gaul rata.

4.Warnakan adunan.

5.Sudukan ke dalam acuan apam 80% penuh.Kukus selama 15 minit dengan api sedang




4 ulasan: