Sabtu, 30 April 2011

Apam Karamel

Salam semua.Hari daku terrajin sikit nak mencuba resepi apam karamel.Kalau cakap pasal karamel mestilah warnanya pun berkaramel kan? tapi yang ni nampak pucat ja,dalam buku resepi tak nampak pucatpun kaler apam tu.Texture apam karamel ni lembut dan gebu juga walaupun tak terasa karamelnya tu.Layankan aje.



Apam Karamel
Sumber:Buku Resepi


Bahan apam:
2 biji telur
150g gula pasir
1/4 st garam
2 st ovallet
300g tepung gandum
200ml minuman bersoda
1/2 st esen vanilla

Bahan Karamel:
100g gula pasir
100ml air

Cara:

1.Karamel;goreng gula tanpa minyak hingga cair,tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga gula larut.Angkat,ketepikan.  Ambil 100ml saja.

2.Untuk buat apam;pukul telur,gula pasir,ovallet,garam sehingga benar2 kembang selama 5 minit.Masukkan karamel,pukul rata.

3.Masukkan tepung gandum berselang-seli dg minuman bersoda sambil dipukul perlahan.

4.Beri sedikit pewarna ikut pilihan masing2,sudukan ke dalam acuan dan kukus dg api kuat selama 15 minit.



Kek Puding

Selamat malam kepada kawan-kawan yang masih lepak kat blog diwaktu malam begini.Kali ni Rahel nak share dengan korang satu resepi kek sifon digandingkan dengan puding susu,memang terasa segar sangat dalam mulut..nyaman lalu kat anak tekak..kalau makan pun tak sedar dah berapa potong yg dihabiskan..memang menepati citarasa Rahel..ianya sangat menyenangkan..buatnya pun semudah ABC sahaja.
Kek Puding
Kek Sifon Coklat Lembab
Resepi:Wendy Kor

Bahan A:
4 putih telur
1/2 sudu teh krim tartar
120g gula kastor

Bahan B:
1 sudu besar coklat emulco
30g serbuk koko
50ml air suam

Bahan C:
60g gula kastor
1/2 sudu teh garam
100g tepung paling halus
1/2 sudu teh serbuk soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan D:
50ml minyak masak
1 sudu teh esen vanila
4 biji kuning telur.
50ml susu U.H.T.

Cara:
1.Pukul bahan A sehingga naik dan kembang.Ketepikan dahulu.

2.Campurkan bahan (B) dan bancuh hingga sebati.Ketepikan dahulu.

3.Masukkan bahan (C) ke dalam mangkuk besar dan gaul sekata secara kering dengan pemukul telur.Perlahan-lahan masukkan bahan (D) dan bahan (B) & kacau hingga sebati.

4.Masukkan 1/3 bahan (A)  ke dalam campura kek dan putar perlahan.Tambahkan 2/3 baki bahan (A).Campurkan semua bancuhan dan kacau dengan spatula supaya tidak terlebih putar.

5.Tuangkan campuran kek ke dalam acuan bersaiz 9" yang sudah digris.Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 35 minit.

*Setelah kek masak,telangkupkan selama 5 minit.Kemudian terbalikkan semula.
*Potong nipis kek setebal 1/2 inci dan letakkan dalam acuan spring foam.

Pesan:
*Rahel guna acuan 8" dan tak griskan acuan.
*Untuk adunan putih telur Rahel pukul kemudian.

Kek Puding
Puding
Resepi:Rahel

Bahan:
10g serbuk agar-agar putih
700ml susu rendah lemak
5 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila

Cara:
1.Masak semua bahan puding hingga serbuk agar-agar larut.
2.Tuangkan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kek tadi.
3.Biarkan sehingga sejuk dan beku selama 3 jam.

Pesan:
*Jika suka yang dingin,letak kek puding dalam peti sejuk selama 1 jam.


Selamat menikmati hidangan yang menyegarkan..

Jumaat, 29 April 2011

Ayam Pop Corn

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria selalu.Macam biasa la kan..kalau tengah siok tengok tv tu mesti mo ada jugak yang dikunyah-kunyah baru best.Ini pertama kalinya buat ayam popcorn ni..selalunya dapat merasa ayam popcorn di kfc jak..memang siok la celup ke dalam sos cili dan minumannya pun coca cola jugak..haaaa...


Oklah..bolehlah di cuba lagi resepi ni,jika senang2 ke dapur nanti...silahkan di tengok2 resepinya di bawah tu...

AYAM POPCORN
Resepi:Rahel

Bahan:
300g isi ayam dipotong dadu kecil2.
garam secukup rasa
2 sk serbuk lada sulah
1 sk serbuk pati ayam
1 sk serbuk kunyit
200g tepung gandum
2 biji telur dipukul sedikit

Cara:
1.Masukkan daging ayam tadi ke dlm mangkuk,kemudian masukkan telur
   dan kunyit,gaul rata.
2.Tabur garam,serbuk pati ayam dan lada sulah,gaul rata2.Masukkan tepung
   dan gaul hingga sebati.
3.Goreng pop corn ayam sehingga garing dan kekuningan.

Chocolate Cupcake

Selamat bersiaran kembali,apa khabar korang semua? dah siap minum petang k? Petang ni kita buat chocolate cup cake lagi,resepinya kita cedok dari buku resepi.Sedap sangat kek coklat ni,lembut dan gebu tekstur dia dan yang paling bestnya kita tak cepat jemu makan tau..tapi kali ni kita hidang dengan cara biasa2 aje,tak letak aising atau topping coklat..tapi memang lebih baek lagi makan macam tu...



Chocolate Cup Cake
Resepi:Chef Noraini Zakaria


Bahan:
250g mentega
250g tepung naik sendiri
40g serbuk koko
210g gula kastor
4 biji telur A
50ml susu segar
1 st esen vanilla

Bahan krim mentega,jika suka:
120g mentega
120g gula aising
1/2 st esen vanilla
sedikit pewarna (pilihan)

Cara:
1.Panaskan ketuhar 160'c,sediakan acuan.
2.Ayak tepung dan serbuk koko,kemudian masukkan gula kastor,telur,susu
   segar,esen vanilla.Putar selama 3 minit hingga adunan menjadi pekat.
   Ketepikan.
3.Di dlm mangkuk lain putar mentega hingga kembang dan gebu,masukkan
   ke dalam adunan tepung dan gaul rata.
4.Masukkan ke dlm cawan sebanyak 1 sdb dan letak 2 kiub coklat,kemudian
   letak lagi adunan hingga  3/4 penuh.Letak 1 kiub coklat untuk topping.
   Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.Sejukkan di atas rak sebelum
   dihias.
5.Untuk toping:pukul mentega dan gula sehingga lembut,masukkan esen
   vanilla dan pewarna,gaul rata.Masukkan dlm piping bag dan hiaskan di
   atas kek.



Selamat mencuba..

Donut Mini



Salam ceria kepada semua yang sudi beekunjung ke dapur Rahel,harap korang baik2 aje.Kali ni Rahel ada buat Donut Mini,sedap jak di makan walau pun tak letak topping.Tapi daku tak mau ketinggalan juga salut donut dengn snow powder.Dia punya rasa tidak terlalu manis gitu.Resepinya pulak Rahel ambil dari Majalah Sedap.so jemput la makan donut dengan kita😁





Donut Mini
Sumber:Majalah Sedap

Bahan:
350g tepung roti
100g tepung gandum
2 st yis
1/2 st serbuk penaik
50g gula pasir

250ml air sejuk
40g marjerin
1 st garam

Bahan hiasan:
100g Snow powder

Cara:
1.Campurkan tepung gandum,yis,baking powder,gula.Kacau rata.Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh.

2.Masukkan marjerin dan garam.Uli lg sehingga menjadi doh menganjal.Biarkan doh rehat 20 minit.

3.Tumbuk doh utk keluarkan angin,uli lagi sebentar untuk melembutkan doh.Canai & terap doh,kemudian susun di atas dulang yg ditaburi sedikit tepung.Biarkan selama 30 minit.Goreng dlm minyak panas dg api sederhana sehingga menjadi keperangan.Angkat & toskan.



Enjoiii..

Khamis, 28 April 2011

Donut

Selamat bertemu kembali,apa khabar semua? dah siap minum petang k? Kali ni Rahel nak share pulak satu resepi donut yang simple tapi gebus,bahan2nya pun mudah didapati dan buatnya pun senang je..so bolehlah kawan-kawan try jugak nanti..pasti puas hati dan suka sangat..

Nak cerita sikit bab resepi donut ni,sebelum ni ada juga Rahel share resepi donut ni kat My Resepi dan ada jugak kawan-kawan yang sudi mencuba...mekasih kepada yang dah sudi mencuba resepi donut ni..jom tengok lagi resepinya.

DONUT
Sumber:My Resepi

Bahan-bahan:
500g Tepung Gandum
1 paket yis
220ml air
3 sudu besar susu tepung
4 1/2 sudu besar gula caster
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
30g marjerin

Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

1.Satukan yis,gula dan air.Kacau sedikit dan biarkan bancuhan yis berbuih selama lebih kurang 5-7 minit.

2.Satukan tepung gandum,susu tepung,baking powder.Tuang bancuhan yis berserta telur ke dalam campuran tepung.Uli sehingga sebati.Tambahkan marjerin.Uli lagi sehingga menjadi doh lembut dan anjal.

3.Bahagikan doh kepada 20 bahagian.Bulatkan doh.Susun dalam tray yang sudah ditabur teoung.Rehatkan doh selama 30 minit.Setelah itu buat lubang di tengah.Rehatkan lagi lebih kurang 10 minit.

4.Panaskan minyak secukupnya.Goreng donut dengan api sedang sehingga masak.


                                                                                 
Selamat menjamu mata.

Rabu, 27 April 2011

Apam Kentang

Selamat bertemu kembali..apa khabar semua? semoga korang semua sihat dan ceria.Pagi ni Rahel nak share pulak satu resepi kuih apam kentang yang sedap,lembut dan gebu..siap mekar lagi...resepinya Rahel cedok kat buku resepi..so jom layan dulu.

 

Apam Kentang
Sumber:Buku Resepi


Bahan:
140g gula pasir (saya bubuh 70g sahaja)
150ml susu rendah lemak
100g tepung beras
50g tepung superfine*
1/2 st yis *
1/2 st baking powder*
125ml susu rendah lemak
1 st esen vanilla*
75 g kentang yg sudah dikukus,kemudian lecek halus
sedikit pewarna hijau*

Cara:
1.Panaskan 150ml susu dg gula pasir hingga suam,angkat dari panas,kacau sehingga gula larut.

2.Satukan tpg beras dan kentang lecek,masukkan susu yg dipanaskan tadi sambil di gaul sehingga lembut.

3.Setelah sejuk masukkan bahan bertanda*,kemudian masukkan 125ml susu secara perlahan2 sambil dikaup balikkan hinggarata dan tepung tdk bergentil selama 10 minit.

4.Rehatkan selama 15 minit (tutup mangkuk).

5.Tuangkan ke dlm acuan 3/4 penuh,kukus selama 20 minit.

Alas acuan dg kertas cawan,sebelum mengukus apam pastikan air dlm kukusan sudah mendidih dan lapik tudung periuk dg tuala bersih.Selama mengukus apam jgn buka tudung periuk.





Terima kasih sudi singgah sini.

Selasa, 26 April 2011

Banana Smoothie

Banana Smoothie


Banana Smoothie
Sumber:Rahel


Bahan:
350ml susu segar
2 buah pisang

Cara:
1.Satukan semua bahan dan blender hingga halus,tuang ke dalam-
   gelas.Siap.

Isnin, 25 April 2011

Nescafe Cupcake

Selamat bersiaran kembali..semoga  semuanya  sihat dan baik-baik belaka.Satu hari mengong fikir apa  yang nak dikerjakan kat dapur..bila  ingat-ingat pada buku resepi yang satu tu..kita terus laju belek-belek buku tu,dah puas tengok satu persatu resepinya..akhirnya kek nescafe jadi pilihan kami..apa lagi..tanpa membuang masa gue terus periksa bahan-bahan  untuk baking kat dapur..emm nasib  baek ada semua yang diperlukan dalam resepi tu..



Okla kawan-kawan..wajip cuba dan rasa kek ni tau...sangat sedap,lembut dan gebu texture dia..sedap sangat pekena teh o...nyam nyam nyam....


Nescafe Cupcake
Sumber:Buku Resepi

  Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
50g susu cair
4 biji telur gred A
2 sudu teh nescafe dibancuh dengan 2 sudu teh air panas
1 susu teh coffee emulco





Cara:
1.Satukan mentega dan gula kastor.Pukul hingga adunan kembang dan putih.
2.Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3.Kemudian masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau berselang-seli
   dengan air susu.
4.Seterusnya masukkan bancuhan nescafe dan digaul sebati.
5.Tambahkan coffe emulco dan gaul rata.
6.Letakkan 1 1/2 sudu besar adunan ke dalam papercup.Bakar pada suhu 170'C
   selama 20 minit.


Untuk Krim Mentega:
150g mentega
350g krimwell
180g sirap gula/susu krimer manis
3 sudu makan gula aising

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu dan gula aising.Pukul lagi hingga sebati.
3.Hiaskan pada kek cawan/kek.

Pesan:
*Warnakan topping ikut kegemaran anda.





Selamat menikmat Nescafe Cup Cake..

Vanilla Cupcake

Selamat bertemu lagi di sini..semoga kawan-kawan Rahel semuanya sihat & bahagia selalu bersama orang yang disayang.Untuk hari ini Rahel saja jalan2 dalam blog sambil tengok2 kalau2 ada yang sudi singgah melawat blog Rahel.Hari ni sebenarnya bukan sekadar jalan2 jak tapi skalian mo hantar laporan lagi..resepi kali ni ialah Kek Cawan Vanila...jom lihat apa bahan-bahan yang perlu ada untuk buat vanilla cup cake...
Vanila Cupcake
Sumber:Buku Resepi

Bahan:
115g unsalted butter
115g gula kastor
2 biji telur
240g tepung naik sendiri
125ml susu segar
3 sb susu krim manis
2 st esen vanilla

Bahan Krim Mentega:
125g mentega
125g krimwell
100g susu pekat
1 st esen vanilla
beberapa titik pewarna (pilihan)

Cara:
1.Panaskan ketuhar 170'c,alaskan acuan muffin dg cawan kertas.
2.Putar mentega dan gula sehingga gebu,masukkan telur satu persatu,pukul
   rata.
3.Panaskan susu segar dan susu krim manis sehingga larut,kemudian campur
   adunan ini ke dalam adunan mentega,masukkan esen vanilla dan gaul rata.
4.Masukkan tepung naik sendiri,gaul rata.Sudukan adunan ke dlm acuan,bak
   ar selama 25 minit atau sehingga masak.Biarkan sejuk baru beri krim men-
   tega .

Cara utk krim mentega:
1.Satukan bahan krim mentegadlm mangkuk,pukul sehingga licin,siap untuk
   menghias cupcake vanilla.
2.Dalam gambar Rahel tak letak krim mentega.Terpulang pada memasing.


Enjoiii...

Kek Pandan Marble

Selamat bertemu kembali..apa khabar semua? harap semua sihat & ceria.Petang ni buat apa pulak untuk minum petang? Rahel petang ni rehat kat umah sambil menikmati kek pandan marble..ni sebetulnya dibuat pagi td,baru kena hidang petang ni..sedap dan lemak rasa dia..






Oklah kawan-kawan..seperti biasanya..sebelum tuan tanah keluar jalan-jalan resepinya akan dishare dulu kat sini..jom tengok apa kata penulis...

Kek Pandan Marble
Resepi:SaSe,Indonesia


Bahan:
250g mentega
175g gula kastor
5 biji telur B
225g tepung kek/tepung superfine}
1/2 sudu teh serbuk penaik},ayakkan bersama
1 sudu teh pandan paste
1/2 sudu teh chocolate emulco

Cara:
1.Putar mentega dan gula kastor hingga lembut berkrim.
2.Tambahkan telur satu persatu bergantian dengan sebahagian tepung
   sambil diayak dan diputar perlahan.
3.Masukkan baki tepung tadi sambil diayak dan diputar perlahan.
4.Bahagi 2 adunan,satu bahagian diberi emulco coklat & yg satu bahagian
   diberi pandan paste.
5.Selang selikan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas kertas
   minyak.
6.Bakar kek dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 190'C.Turunkan suhu
   nya 180'C dan teruskan bakar lagi selama 40 minit atau sehingga masak.
7.Setelah kek sejuk,potong pada 4 bahagian.Siap untuk diberi topping cream.


Ok,kek dah sejuk kan..so bolehlah kita bersiap-siap untuk buatkan krim dia..dan di bawah ni Rahel siapkan dua jenis cream untuk disapu pada kek nanti,tapi terpulanglah pada anda nak guna krim yang mana satu...


Bahan Untuk Fresh cream Topping:
1 3/4 cawan fresh cream
1/2 sudu teh pewarna hijau

Cara:
1.Satukan fresh cream dan pewarna hijau.Pukul sehingga kembang dan gebu.
2.Sapukan fresh cream pada tiap lapisan kek dan keseluruhan permukaan kek.
3.Tabur dengan gajus cincang jika suka.

Atau anda juga boleh menggunakan butter cream sebagai hiasan jika suka.

Bahan krim mentega:
120g mentega tanpa garam
1 cawan cawan gula aising
2 st esen vanila/pandan

Untuk membuat krim mentega:
1.Menggunakan pemukul elektrik,pukul mentega dg gula aising  sehingga
   kembang dan ringan,tambahkan esen vanilla/pandan dan pukul lg selama
   2 minit.
2.Ratakan aising pd permukaan kek dan hias dg kreativiti masing-masing.  

Ahad, 24 April 2011

Mee Goreng Udang

Salam manis kepada semua..semoga sentiasa sihat dan ceria selalu.Pepagi lagi dah siap buat mee goreng,ni untuk sarapan punya..kali ni buat mee goreng yang sangat simple,bahannya sikit saja,kalau nak buat pun skejap je tapi sungguh menyelerakan...digandingkan bersama teh panas.....mantap. 

Ok ler,ni aje yang Rahel crita pagi ni..resepi dah siap letak kat bawah tu...silahlah cuba ye...layan...

Mee Goreng Udang
Resepi:Rahel

Bahan:
300g mee kuning basah,celur-toskan
100g udang segar,bersihkan
1 tangkai cili merah,dihiris
2 ulas bawang merah,hiris
2 ulas bawang putih,hiris
1/4 sudu kecil serbuk lada putih*
1/2 sudu kecil serbuk cili*
2 sudu makan kicap manis ABC*
1/4 sudu kecil minyak bijan*
1/2 sudu makan sos tiram*
1/2 sudu makan sos cili*
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam*
garam secukup rasa*

Cara:
1.Satukan mee dan bahan yang bertanda,gaul mesra.

2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bawang hingga layu,masukkan
udang dan hirisan cili merah,kacau hingga udang masak.

3.Masukkan pula mee tadi,kacau sebentar hingga masak.Angkat dan hidang.



Selamat menikmati Mee Goreng Udang.

Kek Coklat Kacang

Salam sejahtera kepada semua teman-teman yang sudi singgah ke dapur Rahel Semoga sentiasa dalam  keadaan yang sihat dan ceria selalu.Bercerita pasal kek coklat kacang ni memang la sangat sedap...boleh try tapi kena la buat sendiri yer...nda' rugi mencuba..dann mesti suka banget..lagi pun kira jimat juga bab kek ni tidak menggunakan telur jadi macam kek sihat la konon...hehehe...







Kek Coklat Kacang
Sumber:Buku Resepi


Bahan:
300ml susu segar*
190g gula kastor*
1/2 st garam*
2 sudu besar susu pekat manis*
100g sultana*
100ml minyak jagung
220g tepung gandum
30g serbuk koko van houten
100g kacang tanah-sangai-tumbuk
1 1/2 st serbuk penaik
1 st serbuk soda bokarbonat

Cara:
1.Panaskan oven 170'c,griskan acuan dg mentega dan alas
   dg baking paper.
2.Panaskan bahan bertanda* sehingga gula larut.Angkat
   dr panas dan biarkan sejuk.
3.Tambahkan minyak jagung,kacau rata.Kemudian masuk
   kan tpg gandum,serbuk koko,baking powder,soda bikar
   bonat,kacau sehingga sebati.
4.Akhir sekali masukkan kacang tanah tumbuk dan kacau
   sehingga benar2 rata.
5.Tuang ke dlm acuan dan bakar selama 1 jam pada suhu 170'c.

Jumaat, 22 April 2011

Best Mocha Tiramisu


Selamat bersiaran dan salam manis kepada semua yang setia melawat dapur Rahel.Kali ni Rahel sedikan Best Mocha Tiramisu untuk pengobat tekak yang nakkan lemak-lemak manis..jemput makan tiramisu...yummy banget..


Best Mocha Tiramisu
Sumber:Rahel

Bahan:
250g krim keju,suhu ruang
250ml krim putar (non-dairywhipping cream)-diputar hingga kembang dan gebu
50g gula kastor
1 sb susu krim manis
1 sb jus lemon
parutan kulit lemon dari 1 buah lemon
3 kuning telur
16 keping biskut lady finger (setiap 1 dipotong jd 3)

Bahan Mocha:
1 st serbuk koko
1/2 st serbuk nescafe

Bahan sirap kopi dibancuh bersama:
3 st serbuk nescafe
3/4 cawan air panas
1 st gula kaster

Bahan untuk tabur:
2 sb serbuk koko

Cara:
1.Pukul krim keju dan gula kastor sehingga licin.Tambahkan kuning telur.Putar hingga
   rata.Tambahkan jus lemon,kulit lemon,susu krim manis.Putar hingga nampak licin.
2.Ambil adunan 13 st penuh dan beri bahan mocha.Kacau rata.
3.Siapkan 4 buah gelas sedang,isikan masing2 dg 3 st penuh adunan keju.
   Celupkan biskut ke dlm sirap kopi dan susun di atas adunan keju.Buat 2 lapisan biskut
   berselang-seli dg adunan keju (adunan mocha di lapisan ke 2) lapisan akhir di atas adalah
   adunan keju.Ayak sedikit serbuk koko di atasnya.
4.Simpan dalam peti sejuk selama1-2 jam.Siap.
Selamat menikmati Best Mocha Tiramisu.

Nasi Warna Warni


Salam tengah hari semua,tengah buat apa tu?? dah masak untuk makan tengah hari? Nampak cam senyap je,agaknya tengah sebok la kat dapur.Ok..takpe..lepas masak-masak nanti jangan lupa hantar laporan ye..hehe.Hari ni Rahel tak masak banyak,just masak apa yang ada di dapur,simple dan senang je..nasi minyak warna-warni,yang ni memang semua sudah tau resepi dan cara memasaknya kan,tapi takpelah..Rahel nak juga share lagi satu resepinya di sini,boleh jadi rujukan di masa-masa mendatang..O ya.sebenarnya nasi yang satu ni memang sudah glamour,nama pun dipelbagaikan,hinggakan ada yang memanggilnya nasi pelangi/nasi hujan panas dan macam-macam lagi la..k la kita teruskan je dulu tengok ada apa yang perlu disiapkan untuk masak nasi warna-warni ni..jomm..


 
Nasi Warna-warni
Resepi:Rahel Blogspot

Bahan:
300g beras basmati-cuci bersih,rendam 10 minit,toskan
2 kuntum bunga lawang*
2 kuntum bunga cengkih*
1 batang kulit kayu manis*
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil rata garam
800ml air panas 
sedikit pewarna,merah,oren,biru
1 sudu makan marjerin/mentega
3 biji bawang merah-mayang halus
1 inci halia muda-mayang halus

Cara:

1.panaskan marjerin dalam kuali,tumis bahan bertanda sekejap.masukkan hirisan halia,kacau hingga layu,kemudian masukkan hirisan bawang & teruskan kacau hingga kekuningan.

2.masukkan beras basmati,kacau sebentar.

3.pindahkan ke dlm rice cooker,tuangkan air panas dan masak seperti biasa.Masukkan garam.Kacau rata.

4.setelah mendidih,kacau sebentar,tutup periuk,biarkan nasi masak.

5.setelah air agak kering beri pewarna,teruskan masak sebentar sehingga air benar2 kering.tutup api.angkat nasi warna warni & bolehlah di makan dg lauk pilihan masing2.




Khamis, 21 April 2011

Oreo Yogurt Shake

oreo yogurt shake
Oreo Yogurt Shake
Sumber:Rahel


Bahan:
3 keping biskut oreo tanpa membuang krimnya
360ml yogurt perisa buah2an (dari peti sejuk)

Cara:
1.blender bersama oreo & yogurt hingga halus.
2.tuangkan ke dlm gelas,siap untuk dinikmati.

Tart Buah

Salam manis dan selamat bersiaran kembali.Diharap kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria di dalam naunganNya.Kali ni Rahel hidang tat buah pulak..cuaca kat Sabah agak panas,so tekak ni asyik mencari kudapan yang dingin gitu..nak manjakan lidah la ni..memang sedap tat buah ni..terima kasih kepada penyumbang resepi,tapi dah lupa siapa tuan punya resepi,maklumlah resepi dah lama dalam simpanan..time tu lupa ambik link resepi..so siapa-siapa yang tau asal resepi tat buah ni tolong bagitau gue ye..jom layan tat buah dulu..
Tart Buah
Sumber:Internet

Bahan Pastri:
250g tepung gandum
30g gula aising
125g mentega
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji telur

Cara untuk pastri:
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan licin.
2.Kemudian masukkan telur dan esen vanila,kacau sedikit.Kemudian masukkan
   tepung gandum dan gaul rata.Uli hingga menjadi doh yg lembut.
3.Ambil sedikit adunan dan tekankan ke dalam acuan tat,cucuk dengan garpu di
   tengahnya.
4.Bakar di dalam oven pada suhu 180'C selama 25 minit.
5.Setelah masak,keluarkan dari oven dan biarkan suam baru keluarkan dari acuan.

Bahan Untuk Inti Kastard:
300ml susu segar
50g gula kastor
40g tepung jagung
2 sudu besar mentega

Bahan untuk hiasan:
1 tin koktel buah-buahan

Cara:
1.Satukan semua bahan dalam periuk,kecuali mentega dan kacau dengan api perlahan hingga
   agak pekat.Tutup api dan masukkan mentega.Kacau sehingga adunan licin.Biarkan sedikit
   suam baru isikan ke dalam tat dan hias dengan koktel buah-buahan. 
  Selamat menikmati Tart Buah.

Rabu, 20 April 2011

Oreo Tiramisu

Jemput makan oreo tiramisu...mmmm yummy...





Oreo Tiramisu
Sumber:Rahel

Bahan:

500 krim keju-biarkan pada suhu ruang
6 biji kuning telur
120g gula kastor
20g gelatin halal
60ml air panas
250ml krim putar
1/2 st esen kopi
4 sudu besar serbuk koko untuk tabur
1 bungkus biskut oreo
1 mangkuk besar air sejuk dari peti sejuk
1/2 sb jus lemon
Sirap kopi:
2 sk serbuk nescafe
1 sk minyak kopi
1 cawan air panas
1 sudu besar gula

Cara:
1.sediakan 6 gelas sederhana besar & satu mangkuk besar air dr
   peti sejuk.

2.pukul krim keju bersama gula kastor sehingga lembut,tambahkan esen-
   kopi,kacau rata.

3.pukul telur hingga lembut,masukkan jus lemon kemudian panaskan
   dg cara doubleboil,kacau dg pantas sekejap,angkat dan satukan dg-
   krim keju.

4.bancuh gelatin dg air panas,kacau hingga benar2 larut,kemudian-
   tuangkan ke dlm  adunan keju,kacau rata dg meletakkan mangkuk yg
   berisi adunan keju ke dlm mangkuk yg berisi air sejuk,sambil mengacau
   adunan untuk turunkan suhunya  hingga sejuk.ketepikan.

5.pukul krim putar hingga kembang dan pekat,kemudian tuangkan ke
   dlm adunan keju tadi,gaul rata guna spatula.

6.bancuh bahan sirap hingga larut,ketepikan.

7.isikan setiap gelas dg 2 sb adunan keju,celupkan biskut oreo ke dlm
   sirap kopi & terus letakkan ke dlm cawan yg berisi adunan keju tadi
   (tiap2 gelas di beri 1 keping biskut oreo tanpa membuang krimnya).
8.kemudian beri lg setiap gelas dg 4 sdb adunan keju,celupkan lg biskut
   oreo ke dlm sirap kopi & terus letakkan ke dlm cawan tadi (setiap-
   gelas di beri 2 keping biskut oreo tanpa membuang krimnya).

9.kemudian isikan lg  setiap gelas dg adunan keju hingga agak penuh
   & akhir sekali taburi dg serbuk koko,kemudian sejukkan dlm
   peti sejuk selama 3 jam.

  pesan:jika tak ingin menggunakan gelatin dlm tiramisu,abaikan
             air panas dan gelatin.

Selasa, 19 April 2011

Ayam Panggang Madu

Salam ceria selalu dan selamat bertemu kembali di blog  masakan Rahel,semoga semua sentiasa sihat & ceria selalu.Seperti biasa Rahel kena siapkan hidangan yang simple dan  sedap untuk makan tengah hari punya & menu kali ni  ayam panggang madu yang  memang salah satu lauk  kesukaan Rahel,tak mau perpanjang cerita lagi trus jak salin resepi di sini,takut nanti terlupa pulak resepinya,len kali ni la rujukan Rahel kalau mahu bikin ayam panggang madu lagi.



AYAM PANGGANG MADU


Bahan:
6 bahagian sayap ayam-cuci bersih-toskan
3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sdm rempah lima
1 sudu makan sos cili

Bahan untuk sapu:
3 sudu besar madu}
1 sk marjerin},satukan bahan ini

Cara:
1.satukan paha ayam dg semua bahan,kecuali bahan utk sapu.perap selama 15 minit.

2.panaskan oven 200'C,panggang paha ayam selama  1 jam.

3.setelah masak,keluarkan dari oven dan terus sapu permukaan ayam panggang dengan madu ketika masih panas.




   Selamat menikmati hidangan lazat..

Isnin, 18 April 2011

Apam Coklat

Selamat bertemu kembali semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria selalu.Skarang ni musim mengapam pulak so Rahel pun tak mo terlepas juga.Buat masa ni Rahel try buat apam coklat..gebu dan lembut ja apam ni,macam dalam gambar tu..kena hidang lagi dengan minuman panas..memang ngam betul.Pada kawan2 Rahel yang mo try apam coklat ni,silahkan salin resepinya ya dijamin puas hati ngan hasilnya.




Apam Coklat


Bahan:(90pcs saiz Almond London)
280g tepung superfine*
20g serbuk koko*
220g gula kastor
4 biji telur B
1/2 sudu besar ovallet
1 1/2 st baking powder*
250ml susu segar
1 st emulco coklat

Cara:

1.panaskan kukusan,siapkan acuan,satukan bahan bertanda*

2.pukul telur,gula ovallet sehingga kembang dan putih selama 10 minit dengan kelajuan sedang (no.3).

3.masukkan tepung berselang seli dg susu segar,gaul guna spatula hingga rata.

4.sudukan ke dalam acuan sehingga 3/4,kukus selama 15 minit dg api kuat selama mengukus apam jgn buka tudung periuk,lapik tudung periuk dg tuala bersih agar apam tak terkena wap.



Selamat mencuba💋

Rabu, 13 April 2011

Ikan Bakar Asam

Selamat bertemu kembali..apa khabar semua? harap semua sihat.Hari ni masak lauk yang simple-simple aja,hidang ngan nasi putih.Kalau selalu makan yang sedap berlemak memang pandai jemu gak kan..so hari ni Rahel buat sikit ikan bakar,tapi bakar dalam kuali leper sahaja.Paling sedap digandingkan dengan sambal belacan perah limau kasturi.



Oh ya..sebelum Rahel pegi makan ikan bakar..Rahel letak dulu resepinya kat sini ek..jom layan dulu ikan bakar asam ni..

Ikan Bakar Asam


Bahan:
6 ekor ikan kembung-bersihkan
1 sk garam
1/2 sudu makan asam jawa
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara:

1.Lumur ikan dengan garam,asam jawa,serbuk kunyit.Panaskan kuali leper.Sapu dengan sedikit minyak.Tunggu kuali panas.

2.Bakar ikan sampai masak.

Sambal belacan:
1 inci belacan,dibakar
1 buah tomato saiz besar,dibakar
2 buah limau kasturi
Cili padi secukupnya,ikut nak pedas mana
Garam secukupnya

Caranya:
Tumbuk cili padi bersama garam hingga lumat.
Masukkan belacan,tumbuk lagi hingga belacan hancur.Tambahkan tomato.Tumbuk hingga halus.
Perah asam limau.



Terima kasih sudi singgah.