Selasa, 9 Ogos 2022

Donut Susu Gebu

Nampaknya sekarang ni tengah viral lagi pasal donut susu yang gebu.Saya ternampak resepiya di fb so saya pun tertarik untuk mencuba.Penasaran dengan texture dan rasa susu.Sebenarnya kejadin donut ni gebu lain macam ja sebab ada bubuh ovalet.Saya suka dengan topping susu tepung+gula ising sebab boleh ejas  ikut selera kita,tapi tak boleh vogue la time makan sebab serabai hihihi.Oklah,jika korang terlebih rajin bolehlah mencuba ya.


 

RESEPI DONUT SUSU GEBU
Sumber resepi:Group Masak2

Bahan-bahan:
500gram tepung gandum
5gram yist
1 sudu makan ovalet (saya bubuh 1 sudu teh ja)
1 biji kuning telur
1 sudu makan gula (saya bubuh 45gram gula)
1 sudu makan planta (saya guna marjerin)
Secubit garam
1 cawan air (saya bubuh 290ml air)

Topping:
Susu tepung penuh krim fernleaf + gula ising

Cara-cara:

1.Mula2 larutkan 1 cawan air,yis dan gula.biarkan seketika sehingga berbuih.

2.Setelah itu satukan tepung,planta,telur,garam dan ovalet.Gaul sebati semua.

3.Kemudian tuang larutan yis tadi.Uli sampai doh tidak melekat di tangan.(saya uli selama 20 minit)
Perap doh selama 40 minit.(tutup doh supaya tak kering)

4.Setelah itu tekan2 doh untuk keluarkan angin.Bahagikan doh kepada 20 bahagian (39gram setiap satu doh),bentuk bulat kemudian tekan sikit bagi leper 👇 letak atas dulang yang ditabur sedikit tepung


5.Rehatkan doh hingga naik gebu lebih kurang 30 minit.Buat lubang di tengah.




6.Panaskan minyak secukupnya.Goreng donut sehingga keperangan.Angkat dan toskan minyak.



7.Setelah donut agak suam bolehlah salut dengan campuran susu tepung+gula ising (korang pandai2 la agak sukatan susu tepung dengan gula ising tu ya)



Selamat mencuba.

Tiada ulasan: