Sabtu, 15 Oktober 2022

Chocolate Chip Cookies


Ini antara cookies yang paling ramai peminatnya.Skarang kalau mahu makan cookies boleh pergi kedai bakery or supermarket sahaja untuk membeli.Jika rajin bolehlah buat sendiri di rumah sebab bahan-bahan yang diguna pun sangat mudah dan resepi pun berlambak-lambak di google,anda tinggal memilih resepi yang mana berkenan di hati.Ini kali saya guna resepi dari google juga sebab saya nampak best itulah tertarik untuk mencuba.

Untuk percubaan pertama saya ikut bulat-bulat resepi sebab nampak comel pula saiz cookies yang besar-besar itu.Selalunya kita buat yang saiz kecil-kecil sahaja kan? Jadi ini kali kita cuba pula saiz cookies yang besar-besar.Pada yang suka cookies crunchy-crunchy boleh tambahkan kekacang dalam adunan cookies ini.Resepi asal memang tak bubuh banyak bahan,jadi terpulang pada selera masing-masing.Selamat mencuba. 



CHOCOLATE CHIP COOKIES


Bahan-bahan:

226gram butter,potong kiub dan biar pada suhu ruang 30 minit

2 biji telur saiz L

150gram gula perang

 70gram gula kastor

415gram tepung gandum

2 sudu teh esen vanila

2 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh garam halus

2 cawan chocolate chip


Cara membuat:

1.Putar butter dengan gula kastor,gula perang sehingga berkrim.Masukkan telur sebiji-sebiji,putar rata.Masukkan esen vanilla.Putar lagi hingga rata.

2.Masukkan baking powder,garam dan tepung sedikit-sedikit sambil diputar perlahan hingga bercampur rata.

3.Tambahkan chocolate chip,kaup balik hingga bercampur rata.

4.Gunakan ice cream scoop untuk bentuk adunan,susun dalam dulang.

5.Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 35 minit.


Nota:

Jika suka cookies yang soft,elakkan bakar cookies terlalu lama,sebaiknya keluarkan cookies dari oven ketika permukaan masih lembut.



Rabu, 12 Oktober 2022

Beppa Janda @ Kuih Janda

Lain macam saja nama kuih ini kan tapi itulah nama sebenar kuih khas bugis ini.Kuih dulu-dulu yang sentiasa dirindui.Sedap sangat hidang dengan kopi panas.Selain Beppa Janda ada juga yang memanggil nama kuih ini Kuih Lidah Sapi,mungkin sebab texture kuih lembut gebu.Ada satu kuih yang hampir sama texture kuih ini tapi saya tak berapa tahu apa nama kuih itu,tapi orang Cina saja yang banyak buat kuih tersebut.Oklah,sesiapa yang berani mencuba dipersilahkan.Resepi kita sudah sediakan.


 

BEPPA JANDA @ KUIH JANDA


Bahan-bahan:

400g tepung gandum

250g gula merah (gula aren)

150ml air

175ml minyak masak

2 sudu makan air

1 sudu teh baking powder

Sedikit bijan


Cara membuat:

1.Masak gula merah dengan 150ml air.Masak sehingga gula merah larut.Biarkan air gula sejuk.

2.Tapis air gula ke dalam basin.

3.Bancuh 2 sudu makan air dengan baking poder,kemudian masukkan ke dalam air gula merah.Kacau rata.

4.Masukkan tepung,kacau rata.

5.Masukkan minyak masak,kacau hingga sebati.

6.Sediakan dulang yang dilapik kertas pembakar.Sudukan adunan ke dalam dulang tadi,bagi jarak sebab kuih akan melebar bila dibakar.Boleh juga bulat-bulatkan adunan kemudian susun dalam dulang.Taburkan sedikit bijan di atas doh.

7.Bakar adunan dalam oven pada suhu 175C selama 30-35 minit.



Khamis, 6 Oktober 2022

Kuih Bom Pisang Lemak Manis

Salam kepada semua pembaca blog Rahel,semoga sentiasa sihat dan ceria.Awal-awal lagi ni saya buat kuih bom pisang untuk minum petang.Semalam pergi ke pasar beli bahan-bahan masakan,ternampak pula pisang lemak manis,so kita belilah satu sisir konon untuk makan begitu saja tapi boleh pula teringat kuih bom pisang.Saya teringat kawan saya yang pernah datang rumah saya dulu,dia buatkan kuih bom pisang dan bubuh kelapa parut,sedap pula.Jadi ini hari saya cubalah buat kuih bom macam kawan tu buat.Resepinya mudah sahaja,boleh tengok resepi yang saya sediakan.



KUIH BOM PISANG LEMAK MANIS


Bahan-bahan:

6 buah pisang lemak manis

3 1/2 sudu besar gula kastor

2 biji telur gred B,dipukul sikit guna garfu

1 cawan kelapa parut

1 1/4 cawan tepung gandum

1/4 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh soda bikarbonat


Cara membuat:

1.Pisang dilenyek hingga hancur.Masukkan gula dan telur.Kacau rata.Masukkan kelapa parut,kacau rata.Tambahkan tepung gandum,baking powder,soda bikarbonat.Kacau lagi hingga rata.Perap adunan selama 15 minit.

2.Panasakan minyak secukupnya,jemput2kan adunan ke dalam minyak panas.Goreng dengan api sederhana sehingga  keperangan.Angkat dan tuskan minyak.Siap.




Selasa, 4 Oktober 2022

Apam Nasi Mudah dan Gebu

Ada lebihan nasi semalam jadi hari ini kita buat apam nasi.Sesiapa yang ada nasi sejuk di rumah tu jangan risau,macam-macam boleh buat dengan nasi itu,tetapi paling selalu korang buat ialah nasi goreng kan? Saya kadang buat juga apam nasi ini tanpa kelapa parut,tapi paling sedap la kalau ada kelapa parut.


Untuk resepi ini kali guna resepi jiran ja,senang dibuat,apam pun lembut dan gebu.Inipun salah satu kuih yang sesuai untuk difrozenkan,buat banyak-banyak selepas kukus sejukkan apam kemudian simpan dalam peti sejuk,bila teringin makan just keluarkan dan kukus sebentar,kemudian bolehlah hidang dengan kopi o.Mudah kan?


APAM NASI MUDAH DAN GEBU

Bahan-bahan:(20pcs apam)
225gram tepung beras
105gram gula kastor
  75gram tepung gandum
170gram (1 cawan nasi sejuk)
1 1/2 cawan air
1 sachet (11gram) yis segera

Pewarna makanan rose pink

Kelapa parut putih secukupnya

Cara membuat:

1.Blend nasi dengan 1/2 cawan air.Blend hingga nasi betul-betul hancur.Masukkan lagi 1 cawan air dan teruskan blend hingga halus.

2.Sediakan dalam basin,tepung beras,tepung gandum,yis dan gula kastor.Tuangkan adunan nasi tadi,kacau hingga rata.Perap adunan selama 30 minit.

3.Setelah adunan diperap,bahagikan kepada dua bahagian,satu bahagian bubuh pewarna rose pink dan satu bahagian lagi dibiarkan pada warna asal.Sapu minyak pada acuan.Isikan adunan ke dalam acuan apam sampai 3/4 penuh.

4.Kukus adunan selama 15 minit dengan api sederhana kuat.Jangan lupa balut tudung pengukus dengan kain untuk elak apam terkena wap.Setelah apam masak,biarkan sebentar supaya senang tanggalkan dari acuan.Bolehlah hidang dengan kelapa parut.

Selamat mencuba.


 


Rabu, 28 September 2022

Donut Susu Terpaling Lembut dan Gebu

Memang tidak pandai puas rasanya makan donut susu ini.Hari tu sudah makan tapi hari ini teringin lagi makan itulah kita buat lagi dan makan sambil pejam-pejam mata. sebab lembut dan sedap sangat.Resepi hari ini kita guna resepi yang lain lagi.Ini kali donutnya memang terpaling lembut dan gebu sudah.Boleh buat untuk jualan.Sebenarnya boleh saja gunakan mana-mana resepi donut untuk dijadikan donut susu.Siapa tahu anda ada resepi dari pjj online,boleh ja guna resepi itu.Manakala kakak-kakak adik-adik yang masih mencari resepi,saya rasa ini resepi paling sesuai anda cuba.Donut tetap lembut dan gebu walaupun disimpan dalam masa 24 jam.




Saya selalu teringat kalau pergi kedai roti dan nampak donut gebu-gebu memang tidak senang kalau tidak beli sebiji.Geram sebab donutnya empuk sangat.Nah! Kamu yang suka donut ala kedai bakery punya kena ingat,diorang guna bahan-bahan premium dalam adunan,jadi pastikan kamu pun guna bahan-bahan yang bagus kalau mahu donut itu sedap.Contohnya tepung gandum biasa tu kamu kena gantikan dengan tepung roti,kalau dulu kamu letak marjerin skarang letak pure butter.Air biasa digantikan dengan susu segar.Confirm kamu tak pandang sudah donut yang lain punya.Oklah,selamat mencuba ya.




DONUT SUSU TERPALING LEMBUT DAN GEBU


Bahan A:

210g tepung roti

 50g tepung gandum

  5g yis segera

33g gula kastor

  5g garam halus


Bahan B:

5g susu tepung


Bahan C:

1 biji kuning telur B

145g air sejuk dari peti sejuk


Bahan D:

40gram mentega


Hiasan atas:(satukan)

25g snow sugar

35g susu tepung


Cara membuat:

1.Campurkan bahan (A),masukkan bahan (B) dan (C).Pukul pada kelajuan sederhana selama 5 minit.Tambahkan bahan (D) dan teruskan memukul selama 15 minit sehingga doh menjadi licin dan anjal.


2.Biarkan doh di atas permukaan yang telah ditaburkan tepung dan ditutup dengan kain bersih.Biarkan doh mengembang selama 30 minit sehingga menjadi dua kali ganda daripada saiz asal.


3.Setelah doh mengembang,tumbuk2 doh untuk buang angin.Bahagikan doh kepada 10 bahagian,timbang doh 49g setiap satu.Bulat-bulatkan doh kemudian susun di atas dulang yang ditaburi tepung.Ketepikan selama 30 minit untuk doh mengembang dengan secukupnya.(Terap doh setelah direhatkan 15 minit,kemudian rehatkan lagi 15 minit) 


4.Panaskan minyak secukupnya.Goreng doh sehingga keperangan.Angkat don tuskan minyak.Biarkan donut agak suam sebelum disalut dengan hiasan atas.


5.Celup donut ke dalam campuran snow sugar dan susu tepung.Siap.


Nota:Untuk resepi ini adunan sangat lembik,jadi sapu tangan kamu dengan sedikit minyak supaya doh tidak melekat.




Isnin, 26 September 2022

Flat Bread Super Gebu

Teringat flat bread berkeju yang  di restoran pizza hut,suka pula makan sebab ada pencicah macam saus spagetti bolognese.Harga pun boleh tahan juga.Flat bread yang saya buat hari ini boleh juga dipelbgaikan,boleh dijadikan pizza tinggal buatkan topping sahaja,boleh juga dijadikan roti cheese,roti bawang,tapi hari ini saya buat yang biasa sahaja dan hidang dengan kari ayam.Teh tarik yang secawan tu saya bancuh teh tarik 3-1 sahaja,Memang padu.


kelebihan resepi roti kali ni doh boleh dibuat banyak,kemudian masak.Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk,bila anda teringin nak makan,keluarkan dari peti sejuk dan panaskan sebentar,setelah itu bolehlah hidang roti.Texture roti ini lembut dan gebu.So selamat mencuba.


KARI AYAM


Bahan-bahan:

500g paha ayam,dipotong sesuai selera

3 sudu makan mumbung rempah kari daging

2 biji kentang,dibelah empat

100ml santan kotak (santan pekat)

4 cawan air

Garam,gula dan serbuk pati ayam


Bahan tumis:(ditumbuk halus)

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia

2 biji buah keras


Rempah tumis:

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

5 kuntum bunga cengkih

1 tangkai daun kari


Cara memasak:

1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,masukkan bahan tumbuk,tumis hingga wangi.Masukkan rempah tumis,tumis lagi hingga wangi.

2.Masukkan rempah kari dan potongan ayam,kacau sebentar.Tuangkan air.Masak sehingga mendidih.Setelah ayam ayam hampir empuk masukkan potongan kentang dan teruskan masak sehingga kentang empuk.Masukkan santan dan perasakan dengan garam,gula dan pati ayam.Siap.





FLAT BREAD SUPER GEBU

Bahan-bahan:
500g tepung gandum
2 sudu teh yist
250ml air
1/2 sudu teh garam
 50g minyak masak



CARA MEMBUAT:

1.Air,gula dan yis di masukkan dalam cawan.Perap selama 10-15 minit.

2.Sediakan tepung gandum dan garam dalam basin.Tuangkan bancuhan yis tadi ke dalam tepung.Kacau rata,kemudian tuangkan minyak dan uli sehingga sebati dan jadi doh.(uli 1-2 minit sahaja) Rehatkan doh selama 1 jam sehingga naik 2x ganda.


3.Setelah doh mengembang,tekan-tekan doh untuk keluarkan udara.Bahagikan doh kepada 12 bahagian atau timbang doh 70g,bulatkan doh.Rehatkan lagi doh selama 30 minit supaya mengembang.Setelah doh mengembang,canai doh hingga leper ke saiz 6 inci.



4.Siapkan pan,sapu dengan minyak.Panaskan pan,letak satu keping doh dalam pan,masak sehingga keperangan,sapu permukaan doh dengan minyak kemudian kalihkan dan teruskan memasak sehingga keperangan.Setelah masak sepenuhnya,sapu lagi permukaan roti dengan minyak.


5.Setelah semua doh selesai dimasak.Bolehlah hidang dengan teh tarik dan kuah kari.




Khamis, 22 September 2022

Roti Gulung Serunding Ayam

Roti gulung serunding ayam  salah satu roti febret  saya.Teringin mahu buat yang macam dijual di kedai roti tapi bahan-bahan tidak cukup pula,takda stock daun bawang dan cili merah.Jadi saya buat bentuk roti gulung cinnamon saja.Teringat lagi dulu asal masuk kedai roti mesti tercari-cari roti gulung serunding,confirm terbeli dua biji,tapi paling tidak seronok kalau masuk kedai roti baru tidak jumpa itu roti idaman.Hampa.

Sebenarnya kita boleh buat sendiri roti idaman di rumah.Sekarang banyak sudah kedai jual bahan-bahan untuk buat roti dan kek.Bukan itu sahaja,ramai sudah geng bakers yang mengajar untuk buat roti,kek,biskut,dessert dan masih banyak lagi yang mereka ajar.Yuran pula murah-murah,banyak pilihan.



Asalnya sayapun tidak berapa pandai lagi buat roti tapi oleh kerana saya suka makan roti jadi saya masuk kelas membuat roti secara hands on.Dapat juga ilmu dan boleh sudah membuat macam-macam roti,dapat berkenalan dengan bakers yang lain.Dalam resepi ini saya guna pelembut roti(Rfb) buatan chef Rusman,hasilnya roti sangat gebu dan lembut.Sedap roti Serunding ini dengan secawan teh tarik.Next time kita buat pulak yang ala bakery punya.Selamat mencuba.


ROTI GULUNG SERUNDING AYAM


Bahan-bahan:

300g tepung roti

 30g tepung gandum

 40g gula kastor

1 1/2 sudu teh  yis segera

3 sudu besar susu tepung

1 sudu teh Rfb (pelembut roti)

1 biji telur gred C

150g air

 30g marjerin

1/2 sudu teh garam


Inti:

Serunding ayam secukupnya (beli ready made)

1 sachet mayonis       }

20g susu pekat manis }~~~mix


Glaze:(mix)

1 kuning telur

1 sudu besar susu segar


Cara membuat:

1.Satukan kedua-dua jenis tepung,gula,yis dalam mangkuk besar.Masukkan susu tepung,rfb dan garam.Gaul rata-rata.

2.Campurkan telur dan air.Uli adunan menjadi doh.

3.Bubuh marjerin dan uli lagi sehingga doh licin dan kenyal.Tutup dan biar kembang dua kali ganda.Setelah doh kembang tekan-tekan doh dan uli semula ke saiz asal.


4.Canai doh menjadi empat segi.



5.Bubuh mayonis atas doh,kemudian taburkan serunding ayam.Gulung doh perlahan-lahan.


6.Cantumkan hujung doh (cubit2kan) kemudian potong gulungan doh kepada 9 bahagian.Susun dalam loyang 8"x 8".Rehatkan lagi sehingga mengembang selama 30-40 minit.

7.Sapu kuning telur atas permukaan doh.Bakar roti pada suhu 170C selama 25-30 minit.



8.Setelah roti masak,keluarkan dari oven.Sapu permukaan roti dengan marjerin/butter.



Terung Masak Lemak Cili

Salam semua.Apa khabar? Awal kita upload gambar terung masak lemak kampung style.Saya kalau masak lemak sayur,suka bubuh sedikit ikan bilis dan cili supaya kuah bertambah sedap dan pekat.Dan yang paling bagus tak perlu lagi bubuh penyedap rasa sebab dah ada ikan bilis pengganti msg.



Hari ini menu memang simple sahaja,ada nasi putih,terung masak lemak pedas digandingkan dengan ikan kerisi goreng.Ingatkan mahu buat sambal belacan juga tapi memandangkan sayur sudah ada rasa pedas jadi kita skip dululah sambal belacan tu.Mungkin ada yang teringin mencuba resepi terung masak lemak ini,jadi nanti saya sertakan resepinya di bawah ya.Kalau kamu masak sayur macam ini confirm bertambah-tambah nasi,pastikan masak nasi lebih sikit ya.

 


TERUNG MASAK LEMAK CILI


Bahan-bahan:

300g terung,dipotong sesuai selera

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 batang serai,diambil putihnya sahaja,hiris nipis

Satu genggam cili api

Satu genggam ikan bilis

125ml santan pekat

250ml air

Garam secukup rasa


Cara memasak:

1.Bawang merah,bawang putih,cili,serai,ikan bilis ditumbuk sehingga lumat.

2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bahan ditumbuk tadi sehingga wangi.

3.Masukkan potongan terung,gaul sebentar,masukkan air.Masak sehingga terung agak lembut.Masukkan santan.Perasakan dengan garam.Biarkan mendidih.Tutup api.



Selamat mencuba.

Rabu, 21 September 2022

Resepi Kuih Misro

Dalam hidup saya memang suka kuih versy dulu-dulu sebab senang saja dapat bahan-bahannya.Kalau kamu ada tanam ubikayu di tepi rumah lagi la senang,tapi skarang ubikayu pun beli dari pasar juga baru dapat merasa yang namanya ubi kayu.Misro adalah salah satu kuih kesukaan saya,ia terbuat dari ubikayu fresh yang diparut kemudian bubuh inti gula merah.

Kuih Misro ini sangat sesuai dihidang masa sarapan atau minum petang.Sesuai juga dihidang di tempat kenduri.Kalau nak jadikan bekal untuk jalan jauh pun ok sangat.Kalau kamu jenis yang suka memandu jarak jauh macam dari Tawau ke Kota Kinabalu memang sangat rekomen,tinggal bancuh kopi o saja then simpan dalam botol tahan panas.Dalam perjalanan kalau ada terasa mengantuk bolehlah cari tempat parking untuk santai sekejap menikmati Misro dan Kopi O panas.Jadi harap kamu sudi mencuba resepi yang senang dan sedap ini.Resepi selengkapnya ada di bawah.Selamat mencuba.



 KUIH MISRO


Bahan-bahan:

350g ubikayu~diparut halus

  50g kelapa parut

1/2 sudu makan marjerin

1/2 sudu teh garam


Inti:

Gula merah/gula melaka secukupnya


Cara membuat:

1.Satukan semua bahan dalam mangkuk.Gaul sebati.

2.Ambil doh 30g kemudian leperkan,bubuh inti gula merah 1/2 sudu kecil.Bulatkan adunan kemudian tekan manja sedikit bagi leper.

3.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali,goreng kuih sehingga keperangan.Angkat dan toskan minyak.




Selasa, 20 September 2022

Biskut Oat Crunch

Petang ini dibuat pula biskut oat crunch ni.Lama sudah beli buku resepinya tapi belum banyak resepi dalam buku tersebut berjaya dicuba.Teringin makan biskut jadi kita belek-belek la resepi yang ada,terjumpa pula resepi ni,nampak menarik dan senang buat.

Dulu-dulu selalu juga beli biskut oat dari super market tapi skarang lebih suka buat sendiri di rumah,lagipun biskut oat ni tidak menggunakan banyak bahan.Memang simple saja tapi sedap dan terasa lemak.Nampak bentuk memang biasa-biasa sahaja tapi sekali makan memang tak boleh berhenti.Texture biskut ini crunch manja dan cepat cair dalam mulut.Masa bakar dalam oven memang wangi ja satu rumah.Macam biasa,petua untuk buat biskut yang sedap dan wangi kena guna pure butter,tapi terpulang juga pada citarasa memasing kan? Ada orang suka guna buttercup ada juga yang memang suka guna marjerin,jadi terpulanglah.Selamat mencuba.



BISKUT OAT CRUNCH


Bahan-bahan:

120g mentega

 50g gula kastor 

100g tepung naik sendiri

 40g tepung beras


Cara membuat:


1.Sebatikan mentega dengan gula kastor.

2.Masukkan tepung beras,tepung naik sendiri dan oat.Uli sebati jadi doh.

3.Timbang 12g doh dan bulatkan.

4.Susun ke dalam dulang pembakar.Tekan/penyet doh hingga leper.

5.Bakar dalam oven pada suhu 165°C selama 35 minit.


 




Isnin, 19 September 2022

Kek Coklat Moist

Hari ini santai-santai saja di rumah sambil buat kek coklat moist untuk diri sendiri.Selalu buat untuk tempahan saja.Resepi kali ini kira baru la sebab baru dijumpa di tempat jiran.Biasa kalau nampak resepi kek lalu di wall memang pantang kalau tidak dikutip.Jika ada waktu pasti akan dicuba satu persatu.

Sejak saya jadi tukang buat kek di Tawau,kek yang paling banyak permintaan mestilah kek coklat.Resepi kek muncul silih berganti tetapi kek coklat jugalah yang paling menang.Orang dewasa dan kanak-kanak semua minat ke kek coklat apatah lagi kalau ada topping coklat yang menggiurkan,memang susah mahu ditolak.

Resepi kek coklat ini kali mudah sahaja,cuma kacau-kacau dalam basin kemudian tuang masuk loyang dan bakar.Kalau tiada oven pun adunan boleh dikukus juga.Untuk topping coklat pula memang simple saja  itupun sangat mudah resepinya.Rasanya kek ni tak perlu simpan dalam peti sejuk pun ok juga.Kalau suka kek yang dingin bolehlah simpan dalam peti sejuk.Jadi apa kata anda cuba dulu resepinya.



KEK COKLAT MOIST


Bahan A:

2 biji telur L

1 sudu teh esen vanilak

1 sudu besar (15g) cuka

45g minyak jagung

120g Fresh Milk

165g gula kastor


Bahan B:

145g tepung gandum

35g serbuk koko

3g garam halus

1 sudu teh (3g) Baking powder

1 sudu teh (4g) Soda Bikarbonat


Bahan C:(Topping Coklat)

100g gula kastor

45g serbuk koko

1/2 sudu teh garam

2 sudu besar (17g) tepung jagung

250ml Fresh Milk

1 sudu teh esen vanila

15g unsalted butter


Caranya:


1.Campurkan semua bahan A dalam satu basin.Kacau rata.

2.Ayakkan bahan B ke dalam bancuhan bahan A tadi.Kacau rata.

3 Tuang adunan ke dalam loyang 7" yang sudah digris dengan minyak dan dilapik kertas pembakar.

4.Bakar adunan dalam oven pada suhu 160°C selama 60 minit atau sehingga kek masak.

5.Setelah kek masak,biarkan sebentar dalam loyang kemudian terlangkupkan kek ke atas redai.Biarkan kek sejuk.Setelah kek sejuk,potong kek kepada 3 bahagian.

6.Untuk topping/inti coklat:Satukan bahan C dalam periuk kecuali butter.Masak dengan api sedang sehingga licin dan pekat.Tutup api kemudian masukkan butter.Kacau lagi hingga rata.

7.Ambil kek yang telah dipotong tadi,letak inti coklat di setiap lapisan kek.Bahagian atas dan tepi jangan lupa letak coklat juga.Siap untuk hidang.





 Selamat mencuba.

Ahad, 18 September 2022

Kuih Badak Berendam

Lama sudah tidak buat dessert yang satu ini.Hari ini datang mood rajin sikit itu yang sempat buat untuk hidangan petang.Kepada yang suka kuih orang dulu-dulu pastinya suka sangat kuih ini.Adunan yang diperbuat dari tepung pulut kemudian diberi inti kelapa gula merah memang sangat sedap,ditambah pula dengan kuah yang lemak gitu,memang terasa nyaman sangat.

Untuk resepi badak berendam kali ini saya guna resepi chef Hanieliza.Simple dan sedap.Doh yang sudah diberi inti dikukus.Biasa saya rebus sahaja bebola itu kemudian santan untuk kuahpun saya bubuh sikit tepung untuk pekatkan kuah,jadi kamupun boleh buat ikut cara kamu sendiri.Resepi kuih badak berendam saya sudah share,harap kamupun suka.



KUIH BADAK BERENDAM


Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut

1 cawan jus pandan

2 cawan santan 

1 cawan kelapa parut putih

1 cawan gula merah

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan air

2 helai daun pandan~disimpul

Sedikit garam


Cara membuat:


1.Babcuh tepung pulut bersama air daun pandan sehingga menjadi doh yang lembut.

2.Masak kelapa parut bersama gula merah,gula pasir,air dan daun pandan sehingga pekat.Ketepikan sampai dingin untuk dijadikan inti.

3.Bentukkan doh menjadi bulat dan isikan inti kelapa gula merah di dalamnya.

4.Letakkan doh di dalam loyang dan tuangkan santan pekat yang digaulkan garam.

5.Kukuskan selama 15 minit atau sehingga masak.Sedia untuk dihidangkan.






Sabtu, 20 Ogos 2022

Kaswi Cendol

Salam semua.Awal lagi menayang kuih kaswi sudah.Sebenarnya lama suda saya mau cuba ini resepi tapi selalu saja terlupa sebab terlampau banyak resepi yang sedap di ambil dari facebook.Banyak resepi yang menunggu giliran untuk dicuba.


 

Untuk resepi kali ini saya ambil dari buku resepi yang sudah bertahun-tahun saya beli.Banyak sudah resepi dalam buku tu saya cuba,semua sedap dan cantik kejadinnya.Mungkin ada yang mencari resepi kaswi pandan jadi resepi ini memang sesuai kamu cuba.Rasa kaswi pandan lemak dan paling sioknya ada letak cendol,jadi kamu bayangkanlah sendiri macam mana dia punya rasa.


Saya rasa resepi kaswi pandan ni sesuai juga untuk buat jualan,confirm ramai peminat.Cubalah resepinya ya manatahu kamu pun tersuka.Pagi-pagi ada kuih talam memang best.


KASWI CENDOL


Bahan A:

20g tepung jagung

100g tepung ubikayu

250g tepung beras

100g gula merah

250g gula pasir  

600ml air 

400g cendol

500ml santan pekat

1 sudu teh pes pandan

1 sudu teh pewarna hijau

1 sudu teh garam

1 sudu teh air kapur


Bahan B:

1 biji kelapa parut putih

2 helai daun pandan,dipotong kecil

Secubit garam


Cara membuat:

1.Kukuskan bahan-bahan B selama 10 minit dan biarkan sejuk.

2.Gaulkan semua bahan A hingga sebati (kecuali cendol) dan ditapis.Panaskan dan gaul sehingga gula larut.

3.Matikan api,masukkan cendol dan gaul rata.

4.Loyang 10 inci disapukan dengan sedikit minyak lalu ditiangkan adunan dan kukus selama 40 minit.

5.Sejukkan beberapa jam baru dipotong dan hidangkan dengan kelapa parut.


Selamat mencuba.

Khamis, 18 Ogos 2022

Sup Lobak Merah

Sup lobak ini memang sangat ringkas tapi sedap,terasa manis dari lobak tu.Kalian yang suka hidang sup bolehlah mencuba resepi ini.Kadang terasa tidak lengkap makan nasi kalau tiada sup.



SUP LOBAK MERAH
Sumber resepi : Yum Yum

Bahan-bahan:
1 bahagian paha ayam,dipotong,bersihkan
1 batang lobak merah,dipotong
2 inci halia,dihiris nipis
4 cawan air
Garam 
Serbuk pati ayam maggi

Caranya:
1.Panaskan air hingga mendidih.
2.Masukkan potongan ayam,lobak dan halia.Masak hingga ayam dan lobak empuk.
3.Perasakan dengan garam dan serbuk pati ayam.



Selasa, 16 Ogos 2022

Sayap Ayam Goreng Tepung

Ada yang suka makan ayam goreng yang krispi tapi selalu pening nak buat macam mana dia punya tepung bagi rangup manja gitew,so ini kali saya share cara saya yang sangat simple.Guna bahan yang ada di dapur ja.Pastikan goreng dalam minyak banyak dan buka api kecil sahaja untuk dapatkan ayam goreng krispi.Jika anda tak suka daun kari boleh abaikan ja.

.


 

SAYAP AYAM GORENG TEPUNG

Resepi by : Rahel Blogspot


Bahan-bahan:

Sayap ayam 3 ketul


Bahan kering:(dicampur rata)

1/2 cawan tepung gandum

1 sudu teh serbuk rempah kari daging

1/2 sudu teh serbuk kunyit

1/2 sudu teh serbuk lada putih

1/2 sudu teh garam halus

1 tangkai daun kari,dimayang/dicincang


Bahan untuk celup sayap:

1 biji telur }~kacau rata

4 sudu besar air }


Minyak secukupnya untuk menggoreng


Caranya:


1.Cuci bersih saya ayam kemudian toskan airnya.Perap dengan sedikit garam dan serbuk lada putih.

2.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.

3.Salut sayap dengan tepung kemudian celup ke dalam bancuhan telur tadi,kemudian salut kembali dalam tepung.

4.Goreng sayap dalam minyak panas dengan api kecil sehingga kekuningan atau sampai masak.(ambil masa lebih kurang 15 minit utk masak) Toskan minyak.Siap.


Selamat mencuba.

Isnin, 15 Ogos 2022

Apam Tepung Beras

Awal pagi lagi saya buat ni apam untuk sarapan.Senang sangat membuatnya,tak perlu perap pun apam tetap merekah dan gebu.Resepi ni saya dapat dari blog masakan orang Jepun hihihi.Mula2 tengok gambar yang di dalam blog c Jepun tu memang menarik sangat dan nampak bahan2 serta cara pembuatan memang tak cerewet.Teringin juga merasa so kita buatlah apam ni.

Apam tepung beras ni memang sedap cuma kena siap air minum la time kita makan sebab pandai melekat di langit2,macam buat senaman wajah pun ada hihihi.Buat satu adunan ni dapat 7 ketul apam ja so kalau korang nak buat banyak sila la gandakan bahan-bahan.Selamat mencuba.



 

APAM TEPUNG BERAS

Sumber resepi:Encik google 


Bahan-bahan:

150g tepung beras

2 sudu teh serbuk penaik

50g gula kastor

120ml susu soya/susu penuh krim

2 sudu besar minyak jagung


Cara membuat:

1.Masukkan tepung beras,serbuk penaik dan gula ke dalam mangkuk,kacau rata.Masukkan susu soya dan gaul rata.

2.Masukkan minyak dan gaul lagi.

3.Tuangkan sama rata ke dalam acuan yang telah disapu minyak.

4.Kulus dengan api besar selama 10 minit.




Selasa, 9 Ogos 2022

Donut Susu Gebu

Nampaknya sekarang ni tengah viral lagi pasal donut susu yang gebu.Saya ternampak resepiya di fb so saya pun tertarik untuk mencuba.Penasaran dengan texture dan rasa susu.Sebenarnya kejadin donut ni gebu lain macam ja sebab ada bubuh ovalet.Saya suka dengan topping susu tepung+gula ising sebab boleh ejas  ikut selera kita,tapi tak boleh vogue la time makan sebab serabai hihihi.Oklah,jika korang terlebih rajin bolehlah mencuba ya.


 

RESEPI DONUT SUSU GEBU
Sumber resepi:Group Masak2

Bahan-bahan:
500gram tepung gandum
5gram yist
1 sudu makan ovalet (saya bubuh 1 sudu teh ja)
1 biji kuning telur
1 sudu makan gula (saya bubuh 45gram gula)
1 sudu makan planta (saya guna marjerin)
Secubit garam
1 cawan air (saya bubuh 290ml air)

Topping:
Susu tepung penuh krim fernleaf + gula ising

Cara-cara:

1.Mula2 larutkan 1 cawan air,yis dan gula.biarkan seketika sehingga berbuih.

2.Setelah itu satukan tepung,planta,telur,garam dan ovalet.Gaul sebati semua.

3.Kemudian tuang larutan yis tadi.Uli sampai doh tidak melekat di tangan.(saya uli selama 20 minit)
Perap doh selama 40 minit.(tutup doh supaya tak kering)

4.Setelah itu tekan2 doh untuk keluarkan angin.Bahagikan doh kepada 20 bahagian (39gram setiap satu doh),bentuk bulat kemudian tekan sikit bagi leper 👇 letak atas dulang yang ditabur sedikit tepung


5.Rehatkan doh hingga naik gebu lebih kurang 30 minit.Buat lubang di tengah.




6.Panaskan minyak secukupnya.Goreng donut sehingga keperangan.Angkat dan toskan minyak.



7.Setelah donut agak suam bolehlah salut dengan campuran susu tepung+gula ising (korang pandai2 la agak sukatan susu tepung dengan gula ising tu ya)



Selamat mencuba.