Ahad, 22 Ogos 2021

CAKAR AYAM PEDAS

Salam.Semoga semua sihat dan ceria selalu.Menu kita kali ini ialah cakar ayam masak pedas gitu.Pada yang suka makan cakar ayam maknanya kita geng.Cakar ayam ni kita boleh pelbagaikan,masak ikut selera masing².Masak cakar ayam sampai betul² empuk baru la siok makan.


CAKAR AYAM PEDAS

Resepi by:Rahel Blogspot


Bahan-bahan:

600g kaki ayam,bersihkan


Bahan kisar:

3 biji bawang merah

3 biji bawang putih

1 inci halia

2 inci lengkuas

Segenggam cili api,boleh lebihkan jika suka pedas


1/2 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu teh serbuk ketumbar

3 lembar daun limau purut

Garam secukupnya

Sedikit gula pasir

1/2 sudu teh pati ayam maggi


Cara memasak:

1.Rebus kaki ayam hingga empuk.Toskan.


2.Tumis bahan kisar,serbuk kunyit,ketumbar & daun limau hingga pecah minyak.


3.Masukkan cakar ayam.Perasakan dengan garam,gula dan pati ayam maggi.Kacau rata.Siap.




Selamat mencuba.


Khamis, 19 Ogos 2021

APAM KACANG MERAH

Awal pagi lagi sudah menayang Apam Kacang Merah.Sedap rupanya kacang merah dibuat apam,resepinya kita ambil dari dapur Kak Yatie Memories.Terima kasih kak untuk resepinya,saya suka sangat.Saya buat dalam acuan lompang saiz S so dapat la 20 ketul apam sebab saya buat 1/2 ja adunan tu.



APAM KACANG MERAH

Sumber :Yatie Memories 


Bahan-bahan:

1 cawan kacang merah~sudah direbus & toskan

1 cawan gula pasir

2 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

200ml air

200ml santan kotak kara

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh yis~bancuh dg air suam dulu pun boleh

Swdikit pewarna merah 

Cara membuat:

1.Kisar kacang merah yang telah direbus bersama air.


2.Sementara itu satukan semua bahan lain dan gaul hingga sebati.


3.Masukkan sekali kacang merah kisar dan gaul sebati.Perap adunan selama 1-2 jam.


4.Sapukan acuan dengan sedikit minyak.


5.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan biarkan 5 minit barulah dikukus selama 15-20 minit menggunakan api sederhana kuat.


6.Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama kelapa parut putih.


Terima kasih sudi singgah selalu.


Selasa, 17 Ogos 2021

CEKODOK KACANG MERAH

Sedap rupanya kacang merah ni dibuat jadi cekodok,mula-mula teringin buat kuih kasturi kacang merah tapi ada bahan yang kurang jadi kita buat cekodok ja la.


 

CEKODOK KACANG MERAH

Resepi by : Rahel Blogspot 


Bahan-bahan:

1 1/2 Cawan kacang merah yg sudah direbus (empuk)

1/2 Cawan santan kara

1 biji telur A 

4 sudu besar gula kastor

1/4 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu besar minyak masak

160gram tepung gandum


Minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara membuat:

1.Kisar kacang merah,santan dan telur hingga agak halus.Tuang ke dalam mangkuk.


2.Masukkan gula kastor,gaul hingga sebati.Masukkan tepung gandum,bkg powder,soda bikarbonat & minyak masak.Gaul sebati.Rehatkan bancuhan selama 10-15 minit.


3.Panaskan minyak secukupnya.Ambil sedikit adunan dan punjutkan ke dalam minyak panas.Goreng sehingga kekuningan.



Selamat mencuba.

Ahad, 8 Ogos 2021

SAMPERIT PERMINTAAN ANAKKU ALFIAN

Salam.

Sempat buatkan samperit kesukaan Alfian pada 04Ogos2021,Rabu.Hari ini baru dapat update resepi.Samperit cair dalam mulut.




BISKUT SAMPERIT IDAMAN

Resepi by Chef Zubaidah Che Pah

Sumber : Home Made Biskut


Bahan A:

200g mentega

100g gula icing,i guna 70g sahaja

1 biji kuning telur

1/4 tsp pandan paste,i guna esen vanila

1/2 tsp pewarna epal hijau,i skip


Bahan B:

250g tepung gandum

 50g tepung jagung

 30g tepung kastad

Hiasan: 

Coklat masakan putih dan manik,i bubuh cheddar cheese sagat

Cara-cara:

1.Sebatikan bahan A.

2 Kemudian masukkan bahan B dan uli rata.

3.Gunakan acuan nozel tart gulung dan paipkan.Tabur cheese.

4.Panaskan ketuhar.Bakar pada suhu 150°C selama 30 minit atau sampai kekuningan.