Jumaat, 8 Mei 2020

PISANG HIJAU

Salam semua.Cuaca hari ini amat panas,sambil lepak di ruang tamu saya on dua biji kipas tapi macam tidak berkesan,lain macam dia punya panas oh.


Petang ni saya terajin sikit buat pisang ijo walau kepanasan di ruang dapur,tahan saja la  sebab mahu keluar membeli pun memang malas.Korang mesti dah pernah makan pisang ijo kan? jadi apakata korang cuba buat sendiri di rumah,lagi best.

PISANG HIJAU
Resepi by:Mama Naurah

Bahan Sos:
1200ml santan 
7 sudu makan tepung gandum
300g gula pasir (ku guna 150g sahaja)
1 lembar daun pandan,disimpul

Cara membuat sos:
1.Satukan semua bahan dalam periuk.Masak dengan api perlahan sehingga menggelegak dan pekat.Tutup api dan ketepikan sehingga sejuk.

Bahan untuk kulit (hijau)
3 Cawan tepung gandum
3 Cawan air
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar panda paste
2 sudu besar marjerin

Cara membuat kulit hijau:

1.Campurkan semua bahan,kacau sehingga sebati.Tuangkan ke dalam loyang yang sudah diminyakkan.Kukus selama 15 minit.Setelah itu,keluarkan dari pengukus.Adunan digaul semula hingga jadi lembut.Ketepikan sebentar sehingga wap panas hilang (suam)

2.Sediakan 1 lembar plastik,bubuh 2 sudu makan adunan dan ratakan,letak 1 buah pisang di atasnya,gulung kemas jadi bentuk pisang.Susun dalam pinggan.

12-14 buah pisang raja (ku guna pisang saba),dikukus selama 15 minit.Sejukkan,kemudian buang kulitnya.

Pelengkap:
Sirap pisang ambon/Sirap Ros
Susu pekat manis (i skip yg ni)
Kiub ice secukupnya

CARA MENGHIDANG:
Potong nipis pisang hijau,kemudian sediakan dalam pinggan,jirus dengan sos putih.Kemudian bubuh 3-4 sudu makan sirap pisang ambon/sirap ros merah.Akhir sekali bubuh sedikit kiub ice.Sedia dinikmati.Nyaman.

Saya cadangkan korang tengok video cara membuat pisang hijau di ๐Ÿ‘‰ DI SINI 

Selamat mencuba.


Terima kasih sudi singgah sini๐Ÿ˜Š

Khamis, 7 Mei 2020

KUIH BOOM PISANG

Salam sayang kepada semua pembaca blog masakan Rahel.Selalu juga Rahel buat kuih boom pisang tapi jarang ambil gambar sebab tak mahu korang jemu asik nampak cekodok ja di sini๐Ÿ˜† tapi ini kali saya upload gambarnya juga sebab ini kuih paling senang dibuat,lagi2 dalam.bulan puasa ni,boleh jadi menu berbuka puasa.Saya nampak ramai juga yang suka,jadi saya sertakan lagi resepinya supaya semua orang boleh cuba dan makan puas2๐Ÿ˜†


KUIH BOOM PISANG
Resepi by : Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
6 buah pisang saba/pisang abu,dilenyek halus
4 sudu besar gula kastor
160g tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam
1 biji telur,dipukul sedikit
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh esen Vanila

Minyak masak untuk menggoreng

Cara membuat :

1.Lenyekkan pisang bersama gula kastor,garam.

2.Masukkan telur,esen vanila.Gaul rata.

3.Masukkan tepung gandum,baking powder dan soda bikarbonat.Gaul rata.Tambahkan minyak.Kacau rata.Perap adunan selama 30 minit.

4.Panaskan minyak secukupnya,ambil sedikit adunan dan punjutkan ke dalam minyak.Goreng sampai keperangan.Angkat,kemudian toskan minyak.



๐Ÿ˜

Rabu, 6 Mei 2020

KUE JA'DE AKA KUIH JANDA

Salam semua๐Ÿ˜Š semoga ceria selalu.Tak terasa masa berlalu dengan cepat,kalau boleh hari-hari mahu buat kuih-muih ja.Tahun ni betul2 takda beli kuih dari luar,semua kena buat sendiri di rumah.Terjamin juga kebersihan kuih-muih kalau gitu kan?


Lain macam ja nama kuih ni kan,tapi saya dah selalu makan kuih Janda ni sejak kecil lagi.Salah satu kuih bugis yang saya paling suka makan๐Ÿ˜ jarang ada dijual digerai-gerai yang jual kuih-muih.Jika kamu suka makan ubikayu dan pisang,pastinya kamupun boleh cuba kuih Janda ni.Sedap tau๐Ÿ‘


KUE JA'DE AKA KUIH JANDA
Resepi by:Rahel

Bahan-bahan(12 pcs)
1kg ubikayu,dibersihkan,diparut halus
3 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh pewarna makanan (kuning)
6 buah pisang saba,dibelah dua
200g kelapa parut putih
Daun pisang secukupnya,dilayur

Cara membuat:

1.Ubikayu,gula pasir,garam,pewarna kuning digaul hingga sebati.

2.Ambil satu lembar daun pisang,letak 2 sudu makan adunan ubikayu,ratakan kemudian letak 1 keping pisang kemudian tutup lagi dengan 2 sudu adunan ubi.Kemaskan dan bungkus elok2.Buat sampai habis.

2.Panaskan air dalam pengukus.Biar mendidih.Kukus kuih selama 25 minit.Setelah kuih masak,biarkan suam or sejuk kemudian tanggalkan daun pisang.Golekkan kuih Janda dalam kelapa parut.Siap untuk dihidang.