Jumaat, 9 Oktober 2020

Donut Lembut Gebu

Salam semua😘Semoga tetap sihat dan ceria selalu.Hari ni daku share lagi balik resepi donut yang simple tapi lembut dan gebu.Kalau cek balik dalam entri yang lalu2 dekat setahun juga baru post lagi donut dalam blog ni.Saya selalu ja buat donut simple ni sebab ada budak satu orang di rumah ni memang peminat donut.



Untuk hari ini mami buat dua versi gitew...satu bahagian donut ring untuk budak kemudian satu lagi tu ala2 bomboloni untuk mami,konon-kononnya mau letak inti vanilla custard tapi tak terbuat pulak intinya tu jadi kesudahannya digolek2 saja dalam gula aising tapi memang sedap sangat..lembut dan gebu.Laju ja dibantai.

Walaupun resepi ini guna tepung gandum sahaja tapi hasilnya memang lembut,korang tak perlu risau.Oh ya,doh ni agak melekit sikit so korang kena rajin2 la sapu tangan korang dengan tepung.Selamat mencuba.



DONUT LEMBUT GEBU

Resepi by Chef Lim


Bahan-bahan:

250g tepung gandum

45g gula kastor

20g telur (1 biji kuning telur)

1 tsp yeast

1/4 tsp garam

140g air

30g Butter


Cara membuat:

1.Mix semua bahan kering.


2.Tuang telur di tengah tepung.Gaul rata.


3.Tuangkan air,gaul rata.


4.Tambahkan butter,teruskan uli hingga lembut selama 20-25 minit.


5.Rehatkan doh 10 minit.Tekan doh untuk keluarkan angin.Bahagikan doh kepada 12 bahagian.Kemudian bulat2kan doh,tekan2 sikit bagi leper dan susun atas tray yang ditabur sedikit tepung.Rehatkan lagi 10-15 minit.


6.Panaskan minyak.Goreng donut sehingga keperangan.Toskan minyak dan salut dengan gula aising.



Terima kasih sudi jengah blog Rahel. 

Selasa, 2 Jun 2020

PISANG GORENG RANGUP

Salam semua😊 semoga ceria selalu bersama orang tersayang,yang terpisah dengan orang tersayang sebab pkp tu harap bersabar,doa banyak2 supaya covid 19 segera berlalu pergi.

Banyak juga try  resepi pisang goreng dari google tapi masih juga tidak puas hati dengan hasilnya,ada yang rangup tapi bila da sejuk jadi liat pulak dan kebanyakan resepi hasilnya begitu.Macam teringin jak pi tanya resepi penjual pisang goreng yang sedap2😆tapi itu takkan terjadi,nanti kena maki😆

Oleh sebab itu saya belajar macam mana mo buat itu pisang goreng yang rangup dan tidak sakit gusi mengunyah dan yang penting tahan kerangupan walau dah berjam2 dihidang.

Kebanyakan resepi guna tepung beras jadi tak hairan la kalau rangup time panas2 tapi jadi liat bila dah sejuk.Letih rahang.Oklah,kali ni resepi dari saya memang sangat simple dan tidak menggunakan air kapur tapi in sha Allah saya puas hati dengan hasilnya.Pisang goreng rangup walau dah berjam2 dihidang.Paling penting masak pakai mata dan perasaan.



PISANG GORENG RANGUP
Resepi dari Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
5 buah pisang saba,dipotong nipis

100g tepung gandum
  10g tepung beras
  20g gula pasir
  15g marjerin

175ml air} ~~~~dicampur
1/4 sudu teh pewarna makanan kuning lemon}

Minyak untuk menggoreng

Caranya:

1.Satukan tepung gandum,tepung beras dan gula.Masukkan pula marjerin.Ramas2 hingga jadi crumble.Tuang air sedikit-sedikit sambil digaul (guna tangan) hingga bercampur dan menjadi adunan pekat.

2.Panaskan minyak secukupnya,kemudian renjis2kan batter ke dalam minyak panas,kemudian masukkan juga pisang yang telah dicelup ke dalam batter.Goreng pisang sampai keperangan.

3.Setelah pisang masak,angkat dan toskan minyak.Jika suka serdak yang banyak,boleh teruskan renjiskan lebihan batter ke dalam minyak,goreng sampai keperangan.

Nota:
Marjerin tak perlu dicairkan.



Terima kasih sudi jengah blog masakan Rahel😍

Jumaat, 8 Mei 2020

PISANG HIJAU

Salam semua.Cuaca hari ini amat panas,sambil lepak di ruang tamu saya on dua biji kipas tapi macam tidak berkesan,lain macam dia punya panas oh.


Petang ni saya terajin sikit buat pisang ijo walau kepanasan di ruang dapur,tahan saja la  sebab mahu keluar membeli pun memang malas.Korang mesti dah pernah makan pisang ijo kan? jadi apakata korang cuba buat sendiri di rumah,lagi best.

PISANG HIJAU
Resepi by:Mama Naurah

Bahan Sos:
1200ml santan 
7 sudu makan tepung gandum
300g gula pasir (ku guna 150g sahaja)
1 lembar daun pandan,disimpul

Cara membuat sos:
1.Satukan semua bahan dalam periuk.Masak dengan api perlahan sehingga menggelegak dan pekat.Tutup api dan ketepikan sehingga sejuk.

Bahan untuk kulit (hijau)
3 Cawan tepung gandum
3 Cawan air
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar panda paste
2 sudu besar marjerin

Cara membuat kulit hijau:

1.Campurkan semua bahan,kacau sehingga sebati.Tuangkan ke dalam loyang yang sudah diminyakkan.Kukus selama 15 minit.Setelah itu,keluarkan dari pengukus.Adunan digaul semula hingga jadi lembut.Ketepikan sebentar sehingga wap panas hilang (suam)

2.Sediakan 1 lembar plastik,bubuh 2 sudu makan adunan dan ratakan,letak 1 buah pisang di atasnya,gulung kemas jadi bentuk pisang.Susun dalam pinggan.

12-14 buah pisang raja (ku guna pisang saba),dikukus selama 15 minit.Sejukkan,kemudian buang kulitnya.

Pelengkap:
Sirap pisang ambon/Sirap Ros
Susu pekat manis (i skip yg ni)
Kiub ice secukupnya

CARA MENGHIDANG:
Potong nipis pisang hijau,kemudian sediakan dalam pinggan,jirus dengan sos putih.Kemudian bubuh 3-4 sudu makan sirap pisang ambon/sirap ros merah.Akhir sekali bubuh sedikit kiub ice.Sedia dinikmati.Nyaman.

Saya cadangkan korang tengok video cara membuat pisang hijau di 👉 DI SINI 

Selamat mencuba.


Terima kasih sudi singgah sini😊

Khamis, 7 Mei 2020

KUIH BOOM PISANG

Salam sayang kepada semua pembaca blog masakan Rahel.Selalu juga Rahel buat kuih boom pisang tapi jarang ambil gambar sebab tak mahu korang jemu asik nampak cekodok ja di sini😆 tapi ini kali saya upload gambarnya juga sebab ini kuih paling senang dibuat,lagi2 dalam.bulan puasa ni,boleh jadi menu berbuka puasa.Saya nampak ramai juga yang suka,jadi saya sertakan lagi resepinya supaya semua orang boleh cuba dan makan puas2😆


KUIH BOOM PISANG
Resepi by : Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
6 buah pisang saba/pisang abu,dilenyek halus
4 sudu besar gula kastor
160g tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam
1 biji telur,dipukul sedikit
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh esen Vanila

Minyak masak untuk menggoreng

Cara membuat :

1.Lenyekkan pisang bersama gula kastor,garam.

2.Masukkan telur,esen vanila.Gaul rata.

3.Masukkan tepung gandum,baking powder dan soda bikarbonat.Gaul rata.Tambahkan minyak.Kacau rata.Perap adunan selama 30 minit.

4.Panaskan minyak secukupnya,ambil sedikit adunan dan punjutkan ke dalam minyak.Goreng sampai keperangan.Angkat,kemudian toskan minyak.



😍

Rabu, 6 Mei 2020

KUE JA'DE AKA KUIH JANDA

Salam semua😊 semoga ceria selalu.Tak terasa masa berlalu dengan cepat,kalau boleh hari-hari mahu buat kuih-muih ja.Tahun ni betul2 takda beli kuih dari luar,semua kena buat sendiri di rumah.Terjamin juga kebersihan kuih-muih kalau gitu kan?


Lain macam ja nama kuih ni kan,tapi saya dah selalu makan kuih Janda ni sejak kecil lagi.Salah satu kuih bugis yang saya paling suka makan😍 jarang ada dijual digerai-gerai yang jual kuih-muih.Jika kamu suka makan ubikayu dan pisang,pastinya kamupun boleh cuba kuih Janda ni.Sedap tau👍


KUE JA'DE AKA KUIH JANDA
Resepi by:Rahel

Bahan-bahan(12 pcs)
1kg ubikayu,dibersihkan,diparut halus
3 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh pewarna makanan (kuning)
6 buah pisang saba,dibelah dua
200g kelapa parut putih
Daun pisang secukupnya,dilayur

Cara membuat:

1.Ubikayu,gula pasir,garam,pewarna kuning digaul hingga sebati.

2.Ambil satu lembar daun pisang,letak 2 sudu makan adunan ubikayu,ratakan kemudian letak 1 keping pisang kemudian tutup lagi dengan 2 sudu adunan ubi.Kemaskan dan bungkus elok2.Buat sampai habis.

2.Panaskan air dalam pengukus.Biar mendidih.Kukus kuih selama 25 minit.Setelah kuih masak,biarkan suam or sejuk kemudian tanggalkan daun pisang.Golekkan kuih Janda dalam kelapa parut.Siap untuk dihidang.


Rabu, 29 April 2020

CUCUR JAWA AKA PENYARAM

Di musim PKP ini macam-macam kuih lalu depan kita,semua menggiurkan macam melambai2 suruh kita try satu-satu😄

Di fb pun ramai saya nampak buat kuih cucur aka penyaram ni,ada juga bejualan.Hebatlah korang😍

Kuih Cucur ni nampak mudah saja bahannya,tapi kalau part membuat tu korang sendiri boleh faham la🤣macam2 kejadian pun ada.Anda dinasihatkan,jangan main2 dengan resepi orang dulu-dulu,kerana tak semudah yang anda bayangkan🤣

Resepi kali ni saya ambil dari chanel Mama Adeeva.Betul2 puas hati,sedap dan empuk,ada sarang lagi.Tu ja nak kabar.


CUCUR JAWA AKA PENYARAM
Resepi by : MAMA ADEEVA 

Bahan-bahan:
125g tepung beras
100g tepung gandum
100g gula merah
3 sudu makan gula pasir
1/4 sudu teh garam
200ml air
1 lembar daun pandan
100ml air

Cara membuat:

1.Gula merah,gula pasir,daun pandan dimasak dengan 200ml air.Masak sampai gula larut.Biarkan sirap gula suam.

2.Masukkan tepung beras,tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk.Jirus dengan air gula yang sudah suam.Gaul sebati.

3.Menggunakan mixer,pukul adunan sehingga pekat selama 5 minit.Setelah itu masukkan pula 100ml air.Gaul sebati.Perap adunan selama lebih kurang 20 minit.(adunan ditutup)

4.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tuangkan 1 senduk adunan ke dalam minyak yg panas.Masak sampai adunan gelembung sepenuhnya,kemudian terbalikkan kuih dan teruskan masak sebentar saja.Angkat dan toskan minyak.

Nota tambahan dari tuan tanah:
☕Gula pasir tu saya timbang 37gram
☕Saya guna acuan lompang saiz S untuk cedok adunan yang nak digoreng.
☕Gula merah tu saya guna yang timbang ja (jaggery powder)
☕Minyak untuk menggoreng saya letak sikit sahaja,lebih kurang 1/2 cawan.Elakkan letak minyak banyak sangat dalam kuali,boleh menyebabkan bentuk cucur tak cantek.

Selamat mencuba



Terima kasih😍

Selasa, 28 April 2020

PENGAT PISANG

Bukan selalu masak pengat walaupun suka hirup kuahnya.Petang tadi sempat juga masak sikit sebelum masuk waktu berbuka.Saya tak berapa gemar makan pengat yang masih panas.Lebih suka jika pengat dah suam,nyaman gitew😊Oklah,jom tengok resepi 👇


PENGAT PISANG
Resepi by:Rahel

Bahan-bahan:
5 buah pisang nipah,dipotong
100g gula merah
2 1/2 cawan air
150ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
1 lembar daun pandan

Cara memasak:

1.Masak gula merah,air,daun pandan sehingga gula larut.Tapis air gula.

2.Masak semula air gula sehingga mendidih.Masukkan potongan pisang dan garam.Teruskan masak dengan api kecil.Masak sehingga air gula sebati dengan pisang selama lebih kurang 25 minit.

3.Masukkan santan,masak lagi sehingga mendidih.Tutup api.Siap.



Sabtu, 25 April 2020

POTATO BREAD

Salam semua😊Pa khabar? Semoga ceria selalu.Tidak panjang cerita ni hari sebab terasa macam ada penat sikit walaupun cuma buat  sedikit roti kentang ja😊 Cuma nak bagitahu yang roti kentangnya enak gitew.Saya jenis orang yang tak suka menguli doh lama2,jadinya roti kita tak mulus gitew🤣 kalau guna mesin bolehlah dapat bun yang cun,tapi tak kesah la...kan saya juga yg hadap.


POTATO BREAD
Sumber:I Can Bake (Agnes Chang)

Bahan A:
350g tepung berprotein tinggi
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar yeast (ku letak 2 sudu teh ja)
70g gula caster
1 sudu besar bread improver (i buh 1 tsp ja)

Bahan B:
150g kentang ,direbus hingga lembut,lenyek halus

Bahan C:
75g mentega,suhu ruang

GLAZING:(mix)
1 biji telur
1/8 sudu teh garam

TOPPING:
2 sudu besar instant custard powder
2 sudu besar air
*mix sebati,masukkan dalam piping bag

Cara membuat:

1.Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk,gaul sebati.

2.Masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh selama lebih kurang 5 minit.

3.Masukkan bahan C dan uli lagi selama lebih kurang 10 minit atau sehingga doh jadi licin dan elastic.

4.Bulatkan doh,kemudian letak dalam mangkuk yang telah diminyakkan.Biarkan sehingga mengembang.

5.Tumbuk doh dan uli lagi selama 3 minit  arau sehingga licin.Bahagikan doh 50g setiap satu,kemudian bulatkan.

6.Susun doh dalam loyang 8"×8" .Tutup doh dan biarkan mengembang selama lebih kurang 30 minit.

7.Sapukan telur (glazing) di atas doh,kemudian pipe custard .

8.Bakar pada suhu 180°C selama 25-30 minit.

Nota tambahan:
1 loyang 8 inci boleh muat 9 bun.
Dalam resepi takda air tp saya nampak dalam gambar step by step ada air,so saya buh 130ml air.



Terima kasih sudi singgah blog saya😊👍

Selasa, 21 April 2020

BINGKA UBI KAYU GULA MERAH

Semoga ceria selalu di musim pkp ini.Harap banyak bersabar supaya keadaan cepat pulih.Saya betul2 berkurung jak di rumah ni sambil mencuba resepi2 yang lama diperap😁


Biasanya kita nampak bingka ubikayu yang kuning saja bah kan,tapi kali ni saya try pulak bingka ubi yang guna gula merah.Dulu2 saya pernah makan bingka ubi versi kukus juga,memang sedap sangat.Oh ya,untuk bingka hari ni memang sedap dan berbaloi dicuba.


BINGKA UBI KAYU GULA MERAH
Resepi by : Irene Ho

Bahan-bahan:(loyang 8")
500g ubi kayu
150ml santan pekat
200g gula merah
  20ml air
  40g mentega,dicairkan
1 biji telur
  30g gula pasir (i bubuh 20g ja)
1/2 sudu teh garam

Cara membuat:

1.Masak gula merah dengan 20ml air sehingga gula larut.Tapis.

2.Blend ubi kayu dengan air secukupnya sehingga halus,kemudian perah ubi parut guna kain muslin.Biarkan air perahan ubi mendap,buang airnya kemudian ambil kanjinya.Campur dengan ubi parut tadi.

3.Campur semua bahan yang lain dan tuang ke dalam ubi parut.Gaul sebati.

4.Tuang adunan ke dalam loyang.Bakar pada suhu 170°C selama 50 minit.

5.Setelah bingka sudah masak,keluarkan dari oven dan rehatkan sehingga sejuk kemudian potong.Siap.

Nota tambahan:
Untuk mengelakkan bingka melekat pada loyang,sebaiknya sapukan loyang dengan marjerin kemudian letak baking paper,sapu lagi marjerin di atas baking paper.


  
👍😍

Isnin, 13 April 2020

KASWI GULA MERAH

Salam ceria selalu💋
Harap korang ceria2 saja selama musim pkp ni.Saya tahu la kaki korang memang sudah gatal sangat mahu keluar jalan2 kan?

Hari ni baru update resepi kuih kaswi gula merah yang sangat sedap.Macam nda' mo stop pulak makan ni.Musim berkurung di rumah ni memang sesuai la korang cuba,dijamin puas hati.



KASWI GULA MERAH
Resepi by Che Nom

Bahan A:
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubikayu
3 cawan air
2 sudu besar bancuhan air kapur

Bahan C:(mix)
1 biji kelapa parut putih
Sedikit garam

Cara membuat:

1.Satukan bahan A dalam periuk,masak sehingga gula larut.Biarkan suam.

2.Dalam mangkuk yang lain,sediakan tepung gandum,tepung ubikayu.Tuangkan air gula.Kacau sebati.Tambahkan air,air kapur.Kacau lagi sehingga bercampur.Tapis adunan.

3.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah disapu minyak masak.

4.Kukus adunan selama lebih kurang 40-45 minit.

5.Setelah masak,pastikan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.

Nota tambahan:
Gunakan loyang 9" or 10".Pastikan loyang disapu dengan minyak masak supaya kuih tidak melekat pada loyang.Gunakan pisau plastik untuk memotong kuih.Pastikan juga pisau itu disapu dengan sedikit minyak.Kuncinya pastikan kuih betul2 dah sejuk baru dipotong.Biasanya kuih akan sejuk sepenuhnya selama 4-5 jam.Air kapur tu pulak saya guna 1 st kapur makan then bancuh dengan 2 sb air.

Selamat mencuba.



Sabtu, 28 Mac 2020

LEPAT UBI KAYU

Salam😊
Hari ni kita kongsikan lagi satu resepi lepat kesukaan ramai.Semoga bisa memberi idea kepada yang tengah kekeringan idea😁 harap kita sentiasa patuhi perintah kerajaan.Stay at home👍

Sedap dan secukup rasa Lepat Ubi Kayu ni😍 Jemputlah mencuba ea.


LEPAT UBI KAYU
Resepi by Irene Ho

Bahan-bahan:
600g ubi kayu,diparut
200g kelapa parut
250g gula melaka,dipanaskan bersama 30ml air 
200ml santan pekat (kurangkan ke 100ml)
1/2 sudu teh garam

Daun pisang secukupnya
Kain Muslin untuk perah ubikayu

Cara membuat:

1.Ubikayu diparut halus atau diblend dengan air secukupnya,kemudian perah ubi guna kain muslin.Air perahan tu kita kena rehatkan lebih kurang 30 minit,setelah itu buangkan air dan ambil kanji ubikayu.Kemudian campurkan dengan ubikayu tadi.

2.Masukkan pula kelapa parut,garam,gula melaka dan santan pekat.Digaul sebati.

3.Siapkan daun pisang,bubuh 2 sudu adunan ubikayu,bungkus kemas.

4.Kukus lepat ubi kayu selama 20-25 minit.Biarkan sejuk dan siap untuk dihidang.

Selamat mencuba😘👍

Terima kasih.Sila

Khamis, 26 Mac 2020

KUIH RENGAS

Sudah masuk hari ke 9 perintah kawalan pergerakan korang buat apa jak di rumah? Saya masih lagi rajinkan diri melayan resepi2 baru dari buku resepi yang dibeli tahun lalu2😁resepi lama tapi baru dibuat kuehnya😜jadi kira resepi baru la tu kan? 😁


Saya pilih resepi yang simple2 sahaja,yang senang dijumpa dia punya bahan2 dan haruslah bahan itu memang sudah ada di rumah,jadi daku senang beraksi di dapur.Ini kali resepi kuih rengas jadi pilihan sebab memang sudah lama juga tidak membuat ni,biasa main beli ja😁 kuih rengasnya memang sedap,secukup rasa,lembut di dalam rangup di luar😘👍



KUIH RENGAS
Resepi by Irene Ho

Bahan-bahan A (Batter)
130g tepung beras
  30g tepung ubikayu
200ml air
1/2 sudu besar marjerin,dicairkan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur (i skip)

Bahan B:
200g kacang hijau
150g gula melaka
100ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
2 lembar daun pandan

Cara membuat:

1.Batter:Ayak tepung ke dalam mangkuk,masukkan air,garam dan marjerin.Kacau rata hingga tiada ketulan.

2.Bahan B:Rendam kacang hijau semalaman.Setelah itu toskan air,kemudian rebus kacang dengan daun pandan,air sehingga lembut.Setelah kacang lembut dan air sudah mulai kering masukkan gula melaka,santan dan garam,teruskan masak sehingga pekat.Biarkan sejuk.

3.Ambil sedikit adunan kacang hijau,bentukkan menjadi bebola kemudian tekan sikit bagi leper.

4.Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng.Bila minyak sudah cukup panas,celupkan bebola kacang ke dalam batter dan goreng sehingga kekuningan.Angkat kuih dan toskan minyak.Siap.

Tips by Me:
Kacang hijau boleh direndam selama 4-5 jam sahaja kemudian toskan air.Rebuskan kacang hijau bersama 1 liter air selama lebih kurang 30 minit guna api kecil sahaja,pastikan kacang hijau betul2 sudah lembut baru masukkan bahan yang lain.Untuk batter tu pulak,janganlah siapkan awal2 sebelum rendam kacang hijau,bancuhlah setelah kacang hijau sudah dibentuk.1 adunan ni boleh dapat lebih kurang 20 biji kuih.


Terima kasih sudi jengah blog saya👍

Rabu, 25 Mac 2020

APAM BALIK

Kalau diingat2 balik memang lama sudah tidak membuat apam balik or terang bulan ni,kami di Sabah panggil kuih terang bulan😊selalunya pegi luar ja membeli,sedap buat peneman kopi o di pagi hari or minum petang.

Sempena kawalan pergerakan keluar ni macam2 kuih ada dalam pikiran dan inilah masanya mengaktifkan diri di dapur,sikit2 ke dapur😁layankan jak la,janji senang hati makan.

Oh ya,saya suka resepi ni sebab apam betul2 lembut,dan tidak pecah bila dilipat.Kalau bab topping tu kita boleh pelbagaikan ikut selera kita,skarang ada macam2 benda boleh dijadikan topping.


APAM BALIK
Resepi by Irena Ho
Sumber:Nostalgic Kueh Recipes

Bahan-bahan untuk apam:
260g tepung gandum
1 tsp baking soda (me letak 1/2 tsp)
1 tsp instant yeast
5 tbsp gula
2 biji telur
230ml air

Filling:(mix)
80g kacang tanah,disangai,kisar
50g gula caster

Cara membuat apam:

1.Ayak tepung dan baking soda ke dalam basin.Tambahkan yeast,gula dan telur.Teruskan kacau hingga sebati.

2.Tutup adunan,kemudian rehatkan selama 30 minit sehingga berbuih.

3.Panaskan kuali leper atau acuan apam balik.Tuangkan adunan secukupnya.Masak dengan api kecil selama lebih kurang 5 minit (jangan lupa tutup acuan/kuali) kemudian taburkan bahan filling di atas apam,teruskan masak sebentar.Angkat dan lipat dua.Siap.

Filling boleh dipelbagaikan ikut selera.

Terima kasih sudi jengah dapur saya😍

Ahad, 22 Mac 2020

DONUT GEBU

Salam semua😊
Sejak perintah kawalan pergerakan ni macam2 gambar masakan lalu dekat wall fb.Donut gebu ni salah satunya resepi yang sempat ditangkap,berkenan sangat sebab nampak bahan senang dan buatnya pun tersangat mudah.

Pagi tadi budak kecik di rumah ni tetiba tercakap donut pulak,macam dia tau2 ja maminya ada dapat resepi baru😆jadi daku segera beraksi la,memang senang betul buat donut guna resepi ni,hasilnya sangat memuaskan,gebu dan lembut gitew.Korang patut cuba tau.


DONUT GEBU
Sumber:Fb Norazline Ridda & Shima Chym

Bahan-bahan A:
2 sudu besar yis (sy bubuh 1 sudu besar ja)
2 sudu besar susu pekat
3/4 cawan air suam

Bahan-bahan B:
2 sudu besar marjerin (me guna 20g pure butter)
1 sudu teh garam (ku guna 1/2 st ja)
2 cawan tepung gandum

Cara membuat:

1.Mix semua bahan A dan rehatkan sehingga berbuih.

2.Sediakan tepung gandum dan garam dalam basin.Tuangkan adunan A dan digaul sebati.Tambahkan marjerin.Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.(saya uli kejap ja dalam 7 minit gitu)

3.Bahagikan doh kepada beberapa bahagian (saya bahagi 12 ja),bulatkan doh kemudian susun dalam dulang yang telah ditabur tepung gandum.(doh ni tak perlu rehat lama2) setelah itu buat lubang di tengah.

4.Panaskan minyak yang secukupnya,terus goreng donut dengan api sederhana.Goreng sehingga kekuningan.Angkat dan toskan minyak.

5.Setelah donut sejuk anda boleh bubuh topping kegemaran anda.

Selamat mencuba.


Terima kasih sudi jengah dapur ambo😘👍

Khamis, 5 Mac 2020

NASI TUMPENG SEMPENA MY BIRTHDAY

Salam😁 Semoga ceria selalu.
Syukur kepada Allah kerana masih memberikan waktu untuk bernafas di muka bumi ini.Doakan semoga saya sentiasa diberi kesihatan dan umur panjang.


Sempena birthday tahun ni saya takda buat kek.Macam tidak berapa berminat mau buat kek skarang ni.Saya lebih suka masak nasi dan lauk,boleh makan sepuasnya.Kalau mau makan kek pi kedai ja beli sepotong dua.Umur da meningkat ni pemakanan pun kena jaga sikit.

Oh ya,kali ni saya siapkan nasi tumpeng saja untuk makan2 sempena birthday.Nasi tumpeng ni femes di Indonesia.Nasi kuning dihidang dengan bermacam-macam lauk dan sayur kesukaan.Kali ni saya buat nasi kuning dan hidang dengan ayam goreng,sambal tempe dan kentang,telur rebus,perkedel kentang,sambal dan kerupuk belinjo.So korang pun boleh cuba tau.Tapi saya takda sertakan resepi.Sila masak ikut selera awak😊😁


Rabu, 4 Mac 2020

LAKSA PENANG

Salam ceria selalu😊
Hari ni daku pekena kuah laksa yang kaw2 punya.Biasanya kalau saya teringin makan laksa selalunya pergi kedai ja,tapi kali ni saya nekad buat sendiri di rumah.


Ternyata buat laksa ni tidak la leceh.Skejap saja da siap.Kalau dari dulu tahu caranya,memang takkan pi kedai makan😁 lama sudah  intai2 resepi yang dalam buku resepi tu,tapi tu lah...tak selalu datang rajin🤣akhirnya perap ja resepinya.

Oh ya,resepi kali ni saya ambil dari buku resepi.Memang puas hati makan.Secukup rasa.Manala tau korang pun hantu laksa kan,so korang boleh cuba resepi ni,dijamin terangkat😍



LAKSA PENANG
Resepi By Chef Norzailina Nordin

Bahan-bahan:
8 ekor ikan kembung
6 keping asam gelugur
2-3 kuntum bunga kantan
10 tangkai daun kesum
500g laksa basah,dicelur (saya guna laksa kering)
Air untuk merebus (saya guna 1500ml air)
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk/kisar:
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
16-18 tangkai cili kering,direndam
2cm belacan,dibakar

Bahan sampingan:
Daun salad
Bawang besar
Telur rebus
Timun
Limau kasturi

Cara membuat:
1.Rebus ikan,3 keping asam gelugur dan garam.Apabila masak,ambil isinya dan kisar.Kisar tulang dan kepala dengan sedikit stok kemudian tapiskan ke dalam periuk.

2.Masukkan isi ikan dan rebusan ke dalam periuk.

3.Campurkan baki asam gelugur,kantan,daun kesum,bahan kisar dan garam.

4.Apabila mendidih,perlahankan api dan renehkan sehingga kuah pekat.Hidangkan laksa dengan bahan sampingan.


Untuk bahan sampingan tu saya bubuh bawang besar,isi ikan,timun dan cili potong sahaja,pastu perah limau lagi...perghhhh.

Air untuk rebus ikan tu korang boleh tambah lagi ikut selera korang.

Selamat mencuba.


😊

Isnin, 24 Februari 2020

AYAM MASAK SERAI

Hi😊Salam ceria selalu.Makan hari sudah baru upload resepi.Nampak slow sudah berblog ni,tak tau mau buat macam supaya semangat balik berblog


Setiap hari ada masak juga di rumah,tapi tidak serajin dulu2 mengambil gambar,kadang sudah ambil gambar tapi dibiar jak gambar tu bertumpuk dalam galeri😁 

Kali ni daku masak ayam berbumbu serai.Jarang2 masak gini,konon mau gandingkan dengan burasak tapi terlupa beli tali untuk ikat burasak,jadinya hidang saja la dengan nasi putih.Pokoknya sedap bah.



AYAM MASAK SERAI
Resepi by Rahel

Bahan-bahan:
1 kg ayam,dipotong sesuai selera
21 batang serai,diambil putihnya saja
2 inci halia
2 inci kunyit 
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu makan serbuk ketumbar
25g gula melaka
Garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu makan asam jawa
2 sudu makan minyak masak

Cara memasak:
1.Serai,halia,kunyit,bawang merah,bawang putih dihiris nipis2.Kemudian blend dengan air +2 sudu makan minyak masak.

2.Panaskan kuali,tuang bahan yang diblend tadi ke dalam kuali,tak perlu tambah minyak dan  air.Biarkan sehingga menggelegak.Setelah itu masukkan ayam,ketumbar dan lada putih.Teruskan memasak dengan api sederhana.Jangan lupa kacau sekali skala.

3.Tambahkan asam jawa,gula melaka,pati ayam dan garam.Teruskan memasak sehingga ayam empuk dan airnya agak kering.Siap.

Selamat mencuba👍



😍😍😍



Isnin, 6 Januari 2020

Apam Gula Merah Yang Sedap

Salam sayang semua😁Selamat Tahun Baru 2020.Resepi Apam Gula Merah ni kira pembuka tirai 2020 la dalam blog masakan Rahel ni walaupun apam ni dibuat sebelum balik Tawau cuti hari tu😆hari ini baru sempat panaskan balik apam ni kemudian tangkap gambar😁 ni  apam telah ku frozenkan hari tu.Bertambah sedap pula kalau simpan lama2 dalam esbok.Time baru lepas kukus hari tu tidak seberapa sedap,rasa masam n hambar pun ada sebab tu la cepat2 bungkus dan frozenkan,rupa2nya mau dikasi bermalam dulu baru sedap.Mujur tidak melayang ke cik tong hari tu.


Resepi hasil google sana sini dan terjumpa di you tube.Simple dan senang cara membuatnya.Hasilnya pun memuaskan.So daku tak perlu lagi beli Apam Gula Merah dari luar sana.Baik sendiri buat banyak2 pastu frozenkan.Bila teringin baru keluarkan dari icebox dan kasi thaw baru kukus.Enak dong.


APAM GULA MERAH
Sumber:Pn Wan Zura Aishah

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 st yis mauripan
Sedikit garam
1  1/4 cawan gula merah*
1 1/2 cawan air*

Bahan pelengkap/inti
Kelapa parut putih (digaul bersama sedikit garam)

Cara membuat:

1.Masak bahan bertanda* (gula merah + air) hingga larut.Sejukkan.

2.Masukkan tepung gandum,yis,garam ke dalam mangkuk.Tuangkan sirap gula merah tadi.Kacau hingga sebati.Perap adunan selama 2 jam.

3.Sapukan minyak pada acuan apam/acuan lompang.Panaskan air untuk kukus apam.Tuangkan adunan ke dalam acuan sehingga 70% penuh.

4.Kukus adunan selama 15 minit dengan api sederhana.Setelah apam masak,keluarkan dari pengukus.Rehatkan sebentar dan.bolehlah tanggalkan apam dari acuan.

5.Hidangkan apam gula merah bersama kelapa parut.

Sedikit tips by Me👇

☕Saya bubuh yis sebanyak 2 1/2 sudu teh sahaja
☕Untuk.gula merah pula saya guna gula merah yang timbang punya,sedap rasanya dan warna apam pun cantik.
☕Tutup adunan ketika diperap.Adunan tu saya perap selama 1 jam sahaja,tu pun dah naik elok time dikukus.
☕Kacau2 adunan sebelum dituang ke dalam acuan.
☕Balut tudung pengukus dengan kain bersih supaya apam tidak terkena wap.
☕1 adunan ni dapat 29pcs apam guna acuan lompang saiz S.



Terima kasih sudi singgah😊