Jumaat, 26 Julai 2019

PANCAKE KELEDEK UNGU

Salam😊
Harap semua sihat dan ceria selalu ea.Hari ni daku termasak keledek ungu untuk sarapan.Selera kampung gitew😊ada pula lebihan keledek tu jadi petang tadi kita buat la pancake untuk minum petang punya😍 ermmm gebu dan lembut texture pancake.Sedap dimakan begitu saja,tapi saya hidang dg saus coklat.Nyaman😍


PANCAKE KELEDEK UNGU
Resepi Original by Rahel Blogspot

Bahan:
200g keledek 
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum}
1 sudu teh baking powder}~~diayak
1/2 sudu teh baking soda}
4 sudu besar gula pasir
2 biji telur B
3 sudu besar minyak jagung

Caranya:

1.Keledek dikukus atau direbus hingga lembut.

2.Satukan keledek,santan dan telur.Blend hingga halus.

3.Tuang adunan keledek ke dalam mangkuk besar,masukkan gula,campuran tepung gandum,gaul rata.Akhir sekali,masukkan minyak.Digaul hingga sebati.

4.Panaskan kuali leper,tuang satu senduk adunan,bila adunan sudah berlubang2/berbuih teruskan masak sebentar,kemudian terbalikkan dan masak lagi sebentar.Angkat.


Sedap tau Pancake Keledek ni.Gebu dan lembut.Saya hidang dengan saus coklat ja.Korang cicah la dengan saus kegemaran korang.


Terima kasih sudi membaca😊




Khamis, 25 Julai 2019

Daging Gulai Kawah

Salam😊
Macam terlebih rajin pulak sudah saya ni kan😊Baru ja upload kueh siput tiba-tiba muncul lagi dengan Daging Gulai Kawah.Gitu la sebenarnya kalau tidak sebok sangat buat tempahan habis semua buku resepi dibelek2.Kali ni daku masak Gulai konon mau hidang skali dengan roti naan,last2 malas ambil gambar roti naan pulak.Esok2 laitu baru tangkap gambal roti naan,kita bagi laluan pada Gulai dulu.



Daging Gulai Kawah
Resepi by Chef Hanieliza
Sumber:Senangnya Memasak Daging

Bahan A:
500g daging
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 cawan santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 keping asam gelugur
2 sudu makan gula merah
2 cawan air
5 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B:
20 tangkai cili kering
1 sudu makan rempah kari
1 sudu teh jintan manis
1 sudu twh jintan putih
7 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas

Cara membuat:

1.Potong daging nipis dan kecil.Basuh kemudian tuskan.

2.Panaskan minyak kemudian tumiskan kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

3.Masukkab bahan B kemudian masakkan sehingga wangi dan pecah minyak.

4.Masukkan daging dan kacau rata.Masukkan sedikit air dan kacau rata.

5.Apabila sudah pecah minyak,masukkan santan,kerisik,asam gelugur,garam dan gula merah.

6.Masak sehingga mendidih dan pekat.Kacau sekali-sekala.

7 Tutup api dan hidangkan.

Ermmm sedap tau Daging Gulai Kawah ni.

Selamat mencuba😘


Terima kasih sudi membaca😊

Selasa, 23 Julai 2019

KUEH SIPUT

Salam😊
Kira lama juga baru buat lagi kudapan yang satu ni.Saya bukan peminat kuih siput,cuma teringin ja buat setelah ternampak resepi di buku.Lagipun nampak mudah bahannya,buatnya pun tidak rumit.Saya siap ambik video lagi dan post pi you tube,mana la tau ada yang kepingin juga membuat kan? Nanti saya share link videonya ya.Harap bersabar menanti.


KUEH SIPUT
Resepi by : Irene Ho
Sumber:Nostalgic Kueh Recipes

Bahan A:
300g tepung gandum
1 sudu besar  serbuk pati ayam 
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk kari 
100g marjerin

Bahan B:
1 biji telur,dipukul sedikit
Daun kari

Acuan kueh siput

Cara membuat:  👉 Sila Tekan Video
1.Satukan semua bahan A,gaul mesra.Masukkan marjerin.Gaul lagi hingga bercampur rata.

2.Masukkan telur,uli lagi hingga menjadi doh lembut.Jika doh keras boleh tambahkan 65ml air,kemudian uli hingga sebati.

3.Ambil secubit doh dan tenyeh atas acuan kueh siput kemudian gentel menyerupai siput.

4.Sediakan kuali,tuangkan minyak secukupnya.Panaskan dengan api kecil.Setelah itu masukkan doh yang digentel tadi bersama sedikit daun kari.Goreng dengan api kecil hingga kueh masak. (Pastikan guna api kecil utk elak doh hangit)

5.Setelah masak,angkat dan toskan minyak

Nota dari makcik:
Time kita goreng kuih ni api kena kecil supaya kueh masak sekata dan tidak pahit,harap ada kesabarn ea.Saya goreng kueh ni lebih kurang 8 minit baru angkat dan toskan minyak.Rasanya lemak masin.Boleh la dari takda langsung kan...hihi.


Terima kasih sudi membaca😘

Jumaat, 5 Julai 2019

Egg Tarts Hong Kong Style

Salam😘
Agaknya ada yang setia menunggu resepi dari semalam kan? Semalam saya ada post gambar egg tart di fb dan cakap "kalau menjadi kita share resepi kalau tak menjadi kita diam2 makan"😀

Jelas gambar ni bukan egg tart yang semalam tu😂sebab yang semalam tu makcik tersenggol bucu meja tempat oven duduk,apalagiiii tertumpah filling tart tu ke dulang...meleleh habis o 🤣🤣sedih pun ada pembaziran pun ada juga.

Ok la,Egg Tart Hong Kong ni saya buat balik hari ni sebab lama sudah dapat resepi jadi tidak sah kalau tidak dibuat.Hasilnya boleh tahan tapi kelamaan berjaga depan oven mungkin sebab bancuhan filling tu agak cair dan takda letak tepung kastard so egg filling lambat set.Saya buat separuh adunan ja,dapat la 11 ketul egg tart saiz 7cm.Hasilnya macam yang korang nampak dalam gambar ni 👇👇👇👇👇


Egg Tarts Hong Kong Style
Resepi by: Agnes Chang
Sumber:Yum Yum 2016

Bahan Pastry:(22pcs saiz 7cm)
250g Butter
100g gula icing
2 biji telur
1/2 st esen vanila
500g tepung gandum

Cara membuat pastry:
1.Pukul butter dengan gula icing sehingga sebati.Masukkan telur & esen vanila.Pukul sehingga bercampur rata.

2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh.Rehatkan doh selama 30 minit dalam peti sejuk.

3.Tekankan doh ke dalam acuan tart.Bakar tart selama 30 minit pada suhu 170°C.

4.Setelah tart masak,keluarkan dari oven.Ketepikan dahulu sambil tu kita bancuh filling pulak.

Nota:
Resepi asal tak perlu bakar kulit tart terlebih dahulu.Cuma saya ja yang pandai2 bakar kulit tart terlebih dahulu.Sebaiknya lepas tekan doh ke dalam acuan dah boleh tuang filling then terus bakar.

FILLING:
130g Gula Pasir/gula caster
300ml air panas/mendidih
4 biji telur
150ml full cream milk
1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuat:
1.Bancuh gula dengan air panas sehingga gula larut.Ketepikan sehingga air gula sejuk.

2.Pukul manja telur,masukkan air gula,full cream milk,esen vanila dan gaul mesra.Tapis bancuhan telur supaya tidak berbuih.

3.Sediakan kulit tart (jangan tanggalkan dari acuan)kemudian tuang bancuhan telur sehingga 90% penuh.

4.Bakar dalam oven pada suhu 180°C sehingga masak.(yg ni kita kena berjaga depan oven la😀)

5.Untuk pastikan egg tart da masak,ambik cucuk gigi then cucuk la,kalau lidi yg keluar tu bersih maknanya tart kita dah masak.

6.Keluarkan egg tart dari oven.Biarkan sejuk baru kita tanggalkan dari acuan.Letaklah dalam paper cup dan hidang.

Selamat mencuba.

NOTA:
Egg Tart kena betul2 sejuk baru sedap dan texture pun elok.Tart ni saya bakar guna api atas dan api bawah.Suhu oven saya 160°C then bakar lebih kurang 40 minit.Cara saya cek egg tart  ialah ketuk2 manja acuan tart,bila permukaan tart sudah tidak bergoyang maknanya tart dah ready untuk keluar dari oven.Biarkan hingga agak2 suam kemudian telangkupkan acuan untuk keluarkan egg tart then bagi betul2 sejuk baru makan.


Terima kasih sudi singgah membaca 😍