Selasa, 25 Jun 2019

MI KARI

Salam😊
Hidang Mi Kari kita hari ni.Lama sudah niat mau buat ni tapi asik tertangguh saja.Kalau mau sangat makan biasanya pergi restoran saja membeli.Baru2 ni pi makan mi kari di satu tempat tu tapi keciwa sikit sebab tak padan dengan harga 8.50 semangkuk,konon mi kari ayam tapi ayamnya sejemput ja pastu tauhu poknya tu liat betul,susah mau dikunyah,pelik tauhu pok liat...adoii.Dalam satu mangkuk hanya ada mi kuning sikit + ayam sejemput + tauhu pok liat + secubit daun ketumbar tu yang dicaj RM8.50😁

Hari ni daku merajinkan diri masak mi kari.Punya la senang.Ingatkan leceh😊Resepi kali ni daku guna resepi Chef Hanieliza,memang marvelous dan sangat puas hati makan.Kuahnya tu sedap dan kaw2.Ku hidang untuk makan tengah hari tadi.


Mi Kari
=======
Resepi by Chef Hanieliza
Sumber:Senangnya Memasak Mi,Mihun & Kuetiau

Bahan A:
1 paket mi kuning (dicelur dan toskan)
1 cawan tauge (dibuang akar)
Sedikit bawang goreng
2 keping tauhu goreng }
2 tangkai daun bawang}~dihiris
2 tangkai daun sup}
2 biji cili merah}
3 biji limau kesturi ataupun limau nipis

Bahan B:
2 batang serai}
1 inci halia}
1/2 inci lengkuas}~~dikisar
5 biji bawang kecil}
2 ulas bawang putih}
2 sudu makan cili kisar
3 sudu makan rempah kari (dibancuh dengan sedikit air asam jawa)
1/2kg ayam (dipotong kecil)
1 keping kek ikan (dihiris nipis)
100g bebola ayam
200g udang
5 cawan santan
3 sudu minyak masak
Garam secukup rasa

Cara membuat:

1.Bagi membuat kuah,tumiskan bahan yang dikisar dan cili kisar sehingga wangi.Masukkan rempah kari dan kacau sehingga pecah minyak.

2.Masukkan ayam,kek ikan,bebola ayam,udang dan santan.Masakkan sehingga mendidih.(masak)

3.Hidangkan bersama bahan A.

Macam yang korang nampak dalam gambar,saya masak kuah dengan ayam sahaja,kemudian saya hidang dengan tauge,tauhu pok,ayam,cili padi,bawang goreng dan daun ketumbar.Buat ikut apa yang ada di dapur.Tak perlu stress sangat😘santan kotak saya guna 1 1/2 kotak mix dengan air jadikan 5 cawan.Memang kaw2 dan sedap banget.

Selamat mencuba.



Terima kasih sudi membaca😘

Ahad, 23 Jun 2019

AYAM PALEKKO'

Salam😘
Masih dalam mood raya kan? Jadi boleh lagi masak-masak lauk kegemaran.Ayam Palekko' ni salah satu menu wajib juga yang perlu ada ketika musim raya di rumah suku Bugis.Selalu juga dihidang bersama Burasa' atau Tumbu',tapi raya tahun ni kita takda buat pun,ni semua gambar tahun lalu punya😀🤣baru teringat ni hari mau masukkan resepi dalam blog😆Jika korang rajin masak,silahkan mencuba.Dijamin menjilat jari makan😘



Ayam Palekko'
============

Resepi By Rahel😘

Bahan-bahan:
1kg Ayam,bersihkan & potong seauai selera
1 sudu makan asam jawa,bancuh dg sedikit air
*satukan ayam dg asam jawa,ketepikan

Bahan kisar:
5 inci lengkuas,dipotong nipis
5 inci halia,dipotong nipis
2 batang serai,ambio putih saja,potong nipis
1 inci kunyit
2 biji buah keras
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 lembar daun limau purut
1 genggam cili padi
5 buah cili merah
*kisar bahan di atas hingga halus,kecuali daun limau

1 cawan air

Perasa:
Garam secukupnya
Gula pasir secukupnya
Aji shio secukupnya

1/4 cawan minyak masak (secukupnya)

Cara memasak:
=============

1.Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga wangi dan naik minyak.

2.Masukkan ayam beserta air asam,daun limau & 1 cawan air.Tambahkan perasa.Masak hingga naik minyak & ayam empuk.

Sedia dihidang.

Selamat mencuba.


Terima kasih sudi membaca😘

Rabu, 19 Jun 2019

Nutella Chocolate Chip

Salam😘
Masih belum terlambat kan kalau ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.Terlampau sebok sampai terlupa blog kesayangan beta😉

Nutella Chocolate Chips pula kita layan hari ni.Memang sedap dan berbaloi.Bahaya oh🤣boleh habis sekelip mata😀Terima kasih banyak kepada Iza Akma sebab sudi kongsi resepi.Moga dimurahkan rezeki selalu.Korang yang ketagih makan chocolate chip tu boleh la cuba resepi ni.Dijamin puas hati.


Nutella Chocolate Chip
Sumber: Iza Akma

Bahan A:
200g Butter
  50g shortening
  40g Nutella
  60g Gula Caster
  90g Gula Perang
1 tsp Esen Vanila
1 biji telur gred C
Secubit garam

Bahan B:
330g Tepung Gandum}
  10g Serbuk Koko}
1 tsp Baking Powder}
1 tsp Soda Bikarbonat}~~~diayak bersama
  30g Coffee-matte

Bahan C:
100g Chocolate Chips
100g Chocolate Button white~patahkan kecil2
  80g Almond Nibs~bakar dahulu
  60g Cornflakes~ramas kasar

Caranya:

1.Satukan dan gaul bahan (B) yang diayak dg coffee matte beserta bahan (C),ketepikan.

2.Pukul semua bahan (A) dengan senduk kayu hingga sebati.Masukkan campuran bahan (B) dan (C) tadi.Gaul hingga jadi doh lembut.Sudukan atau punjut-punjutkan adunan dengan hujung jari ke dalam dulang pembakar.

3.Bakar pada suhu 160°C selama 40 minit.

Selamat mencuba😊


Terima kasih sudi membaca blog kita😘