Rabu, 14 Jun 2017

RENDANG TOK

Hi semua.
Hari ni awal rehat,so sempat la bersiaran,tapi ni lauk yang dimasak beberapa hari yang lalu..hehehe.Sebelum terlupa baik cepat-cepat letak resepi di sini.


Sedap la Rendang Tok ni,teringat pulak masa pi makan di Imago Kota Kinabalu hari tu,rasa hampir sama,tapi Rendang Tok di Shah Alam tu memang tip top betul..sukar untuk dilupakan...hehehe.Rendang Tok ni saya gandingkan dengan Lemang segera ja hari tu,maklumlah satu Tawau ni kehabisan bekalan beras pulut,padahal dah rancang nak buat pulut kuning...adoiii..sabar ja la.


RENDANG TOK (RENDANG DAGING)
Resepi by Chef Hanieliza

Bahan A:
1 kg daging (dipotong sebesar 3 inci)
2 cawan santan pekat
3 sudu makan gula merah
3 keping asam gelugur (sy letak 2 keping sahaja)
1/2 cawan kerisik
2 cawan air
3 helai daun kunyit (dikoyak)
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa

Bahan B:
2 sudu makan ketumbar
1 susu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 tangkai cili kering
5 biji cili api (sekiranya suka)
10 biji bawang merah
3 inci halia
5 batang serai
2 inci lengkuas

Cara membuat:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga naik/pecah minyak.
2.Masukkan daging dan air.Masakkan sehingga daging lembut dan naik minyak.
3.Masukkan santan,garam,gula merah,asam gelugur,kerisik,daun limau purut dan daun kunyit.
4.Masukkan sehingga pekat dan pecah minyak.Kacau sekali-sekala.
5.Tutup api dan hidangkan.


Selamat mencuba dan terima kasih sudi singgah membaca coretan saya.