Rabu, 17 Mei 2017

Chocolate Chip Cookies

Salam Sejahtera.Semoga semua dalam keadaan yang sihat dan bahagia.Terasa lama betul tidak upload apa2 dalam blog kesayangan ni.Sunyi memanjang ja.


Oh ya,semalam saya ada tayang gambar adunan di fb & dah janji akan bisik2 resepi hehehe,tapi tak ramai yang minat...betulkah gitu? mungkin perasaan saya ja,atau ada yang mau tapi malu2 kucing.Sana-sini memang banyak resepi choc chip cookies,tapi kita tak tau mana satu yang menepati selera kita.Kalau mau cuba satu-satu resepi tu memang percayalah..hebat la korang.


Saya buat Chocolate Chip Cookies ni sebab confirm cepat habis punya,semua orang di rumah ni peminat choc chip.Tak kira waktu bersarapan atau minum petang,ada ja bunyi krup krap krup krap.Buat satu adunan ni dapat la lebih kurang 50 biji gitu,timbang doh 10g ngam2 cantik kejadiannya.Cantik disusun dalam container.Kalau beli di luar memang boleh tahan juga harganya.So pa kata korang buat sendiri la di rumah,kalau ramai rakyat jelata,sila gandakan adunan.

Oh hampir terlupa,sebenarnya ni resepi RED VELVET CHOC CHIP,tapi saya abaikan pewarna merah tu sebab tak berapa suka yang kaler2,lagi pula budak kecik di rumah ni suka makan.Jika hendak buat Red Velvet Choc Chip tambahkan 1/2 sudu besar pewarna merah (bright red) ke dalam adunan.

Suka tekstur cookies ni,rangup ala2 manja gitu walaupun tak letak soda atau baking powder.Ringan ja.Untuk dapatkan tekstur yang macam tu korang hanya perlu ikut cara pembuatan adunan cookies ni.Mari...mari...mari...

CHOCOLATE CHIP COOKIES
(Red Velvet Choc Chip)

Sumber:Saji

Bahan-bahan:
120g Marjerin
  10g Minyak Sapi
100g Gula Caster,jika suka manis boleh tambah gula
120g Tepung Gandum
  50g Tepung Beras
  50g Badam Cincang,bakar 5 minit 150c
      1 Kuning Telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 st Esen Vanila
1/2 sb pewarna merah (jika nak buat red velvet)
  30g Coklat Cip putih
  30g Coklat Cip

Cara:
1.Satukan tepung gandum,tepung beras,serbuk koko.Ayak dan ketepikan.
2.Di dalam mixer,satukan marjerin,minyak sapi,gula caster.Putar hingga adunan kembang
   dan bertukar warna.
3.Tambahkan telur dan putar sebati.
4.Kemudian tambahkan esen vanila dan pewarna merah,putar lagi hingga adunan rata.
5.Masukkan bahan yang telah kita ayak tadi.gaul dengan senduk kayu atau spatula hingga rata.
6.Tambahkan badam,setengah daripada cip coklat.Gaul adunan rata.
7.Sudukan adunan di atas dulang pembakar.Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat.
8.Bakar adunan dalam ketuhar pada suhu 150c selama 30 minit.
9.Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan dalam bekas kedap udara.

Pesan dari Rahel:
Part No.2 atas tu korang kena pukul adunan lebih kurang 1-2 minit ja,penting ni.
Part NO.8 atas tu saya guna suhu 170c selama 30 minit,yg ni kena sesuaikan oven memasing ya.
Scroll ke bawah,nampak kan 1 container choc chip? Itu untuk jual punya.Kalau ada yang mau
tempah wassap saja no yang ada di sticker tu.Tempahan untuk area Tawau sahaja.



Terima kasih sudi membaca.
Selamat mencuba.

Tiada ulasan: