Isnin, 18 April 2016

NAGA SARI PISANG

Salam sejahtera.Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria.Untuk pelengkap minum petang hari ni,saya siapkan kuih nagasari.Senang rupanya buat kuih yang satu ni,ini pertama kalinya buat,next akan buat lagi,resepinya mudah dan sedap pulak tu.Terima kasih sis Nadia atas perkongsian resepi.satu adunan ni dapatlah 12 ketul nagasari pisang..nyaman...


NAGA SARI PISANG
Sumber resepi:Nadia

Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
1 kotak santan + 4 cawan air
2 sudu teh garam halus
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula kaster  (sy guna 2 1/2 sudu besar gula kaster)
2 helai daun pandan,disimpul
5 biji pisang raja (saya guna pisang nipah)

Daun pisang secukupnya,dilayur 

Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan di atas,kecuali 2 bahan terakhir tu.
2.Masak di atas api sehingga menjadi pekat.
3.Bentang 1 lembar daun pisang.Letak 1 sudu makan adunan tepung,kemudian letak satu potong
   pisang,tutup pisang dengan 1 sudu makan adunan tepung.Lipat elok daun pisang.
4.Kukus selama 15-20 minit.
5.Sebaiknya Nagasari dibiarkan sejuk sebelum dihidang.


Terima kasih.

Tiada ulasan: