Jumaat, 29 April 2016

Hummingbird Cake

Salam sejahtera dan salam ceria selalu.


Tahun lalu memang viral kek yang satu ni,kita belum sempat pi berguru dengan mana2 Chef,hanya mampu tengok dari jauh saja.Kata kawan2 kek Hummingbird sedap,jadi kita pun menyempatkan diri ke google,perasaan ingin tahu apakah bahan2 yang diperlukan untuk sebijik kek hummingbird,google sana sini memang banyak resepi yang dijumpa...ketika ini kita kena bijak memilih...tengok resepi memang senang cara penyediaan,tapi bahan2 dalam kek tu memang boleh tahan jugak..hehehehe...

Mau tahu? Kek ni memang sedap..uuuuiiiih...moist...terus cair dalam mulut.Mula2 saya ingatkan akan ada rasa masam2 dari nenas tu,skali masuk dalam mulut,tiada pun rasa masam tu...aduhhh...puas hati banget.Kebetulan ada saki baki sauce butterscotch dalam peti sejuk,segera ku curah ke atas topping kek...wallaaaaa....nyameng...macam nda' mo stop pulak...menyesal wooo...mmmmmuah haha.Pada yang sudah terliur2 tu sila la ringan2kan tangan membuat ye....resepi di bawah sana...


HUMMINGBIRD CAKE
Sumber:My recipes.com

Bahan Kek:(loyang 9")
3 cawan tepung serbaguna
2 cawan gula,jika tak suka manis sebaiknya kurangkan gula
1 tsp garam
1 tsp Soda Bikarbonat
1 tsp cinnamon
3 biji telur gred A,pukul sikit
1 1/2 cawan minyak sayuran
1 1/2 tsp vanila extract
1 tin nenas,toskan air
2 cawan pisang,dipotong2
1 cawan kacang pecan,bakar sebentar,cincang

*1/2 cawan kacang pecan,bakar sebentar

Frosting Cream Cheese
Sumber Azlita Masam Manis

150g krim keju
30g mentega tanpa garam
60g gula aising
1 tsp esen vanila
*gandakan sukatan bhn frosting utk satu biji kek

Pukul krim keju dan gula hingga kembang
Masukkan mentega,,esen vanila.Pukul sebati.

PENYELESAIAN:
Bahagi kek kepada 3 bahagian.
Letak 1 lapis kek dia tas papan,sapu dengan cream cheese (buat 3x) last di atas tabur
kacang pecan.

Enjoiiii.......

Isnin, 18 April 2016

NAGA SARI PISANG

Salam sejahtera.Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria.Untuk pelengkap minum petang hari ni,saya siapkan kuih nagasari.Senang rupanya buat kuih yang satu ni,ini pertama kalinya buat,next akan buat lagi,resepinya mudah dan sedap pulak tu.Terima kasih sis Nadia atas perkongsian resepi.satu adunan ni dapatlah 12 ketul nagasari pisang..nyaman...


NAGA SARI PISANG
Sumber resepi:Nadia

Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
1 kotak santan + 4 cawan air
2 sudu teh garam halus
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula kaster  (sy guna 2 1/2 sudu besar gula kaster)
2 helai daun pandan,disimpul
5 biji pisang raja (saya guna pisang nipah)

Daun pisang secukupnya,dilayur 

Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan di atas,kecuali 2 bahan terakhir tu.
2.Masak di atas api sehingga menjadi pekat.
3.Bentang 1 lembar daun pisang.Letak 1 sudu makan adunan tepung,kemudian letak satu potong
   pisang,tutup pisang dengan 1 sudu makan adunan tepung.Lipat elok daun pisang.
4.Kukus selama 15-20 minit.
5.Sebaiknya Nagasari dibiarkan sejuk sebelum dihidang.


Terima kasih.

Ahad, 3 April 2016

Moist Banana Cake

Salam sejahtera.
Macam suam-suam kuku saja bah...



Memang tidak dinafikan,sejak kebelakangan ni saya jarang update blog masakan ni,Pembaca blog saya pun dah mula naik jemu...balik2 takda apa2 yang baru dlm sini.Bukan malas mau upload gambar dan resepi,tapi kami...kami...kami dan kami semua sebok di facebook...hahahaha..hahahaha..nah! sila sambung tertawa terbahak-bahak.Rata-rata geng blogger sebok berniaga sudah.Sikit-sikit tengok facebook...sikit-sikit tengok facebook...balik-balik selfie...balik-balik selfie...jumpa bakteria pun digambar...hantar pi facebook.Kalau nda' di send pi facebook ndada orang tau perkembangan kita...dari yang hidup sampai yang sudah jalan semua diupload gambal na pi facebook...macam-macam lah....



Oklah,supaya kamu nda' boring,tengok2lah gambar kek pisang ni ya...ada tu resepinya di bawah sana.Giliran kamu pulak buat kek.Saya sudah...sedap kek ni,moist bah.

MOIST BANANA CAKE
Diolah oleh:Rahel

Bahan-bahan:(loyang 8"x 8")
200g pisang ranum,lecek sampai halus (guna apa2 jenis pisang pun boleh asal bukan pisang plastik)
200g Butter
180g Gula Caster
200g Self Raisin Flour
      4 biji telur gred B dari peti sejuk
1/2 st esen pisang

Cara membuat:
1.Pukul butter dengan gula caster selama 3 minit.
2.Tambahkan telur satu persatu.Pukul sebati.
3.Tambahkan esen pisang serta pisang lecek.Gaul rata.
4.Akhir sekali,tambahkan tepung (3x) kaup balik hingga rata.
5.Tuangkan adunan ke dalam loyang yg telah digris dengan butter.
   Jika suka,boleh tabur choc rice atau pisang yg dislice.
6.Bakar dalam oven pada suhu 170c selama 50 minit.


Happy Baking