Isnin, 2 November 2015

Brownies Kedut

Salam ceria selalu.Skarang lagi siok buat brownies sendiri di rumah.Dulu-dulu ingatkan brownies ni biasa-biasa saja,tapi ada satu hari tu saya pergi ke starbuck dan pesan coffee brownies fuhh sedapnya.Bermula dari situ saya suka makan brownies.Skarang lagi viral pasal brownies yang permukaan berkedut kan? Bukan mudah nak dapatkan resepi seperti yang kita inginkan.Kena juga belajar bancuh adunan or kena tengok juga pada resepi.Skarang ramai sudah yang mengajar brownies,tinggal google ja.Nasib baik juga jumpa resepi yang bagus ni,kira berbaloilah dicuba.



BROWNIES KEDUT


Bahan-bahan:
400g coklat compound
150g mentega
100g gula perang
100g gula kastor
4 biji telur
1 sk perisa vanila

100g tepung naik sendiri}
30g serbuk koko             }~~diayak

Cara-caranya:

1.Satukan coklat compund dan mentega.Cairkan dengan kaedah double boil.Tutup api dan angkat.

2.Dalam mangkuk lain,satukan gula perang,gula kastor,telur dan perasa vanila,gaul sebati.

3.tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata & sebati.

4.Masuk sedikit2 adunan tepung & gaul rata.

5.Sediakan loyang 10"x10",lapik dengan kertas minyak dg melebihkan sehingga paras ketinggian loyang.

6.Tuangkan adunan.Ratakan.Jika suka tabur dengan kekacang atau coklat coin.

7.Bakar pada suhu 160'C selama 35 minit.


Enjoiii

2 ulasan:

paridah berkata...

ASSALAM KEDUT PUN CANTIK BROWNIES TU PASTI SEDAP SGT.

Unknown berkata...

Nak tanya kalau tak.letak gula kastor bole tak....