Isnin, 30 November 2015

No Bake Eclairs Cake

Salam sejahtera
Macam semakin liat tuan tanah mengupload resepi.Hari2 jumpa sesawang...hahaha.Mo dibilang sibuk nda' juga...tapi macam sebok mengalahkan pak mentri..waduh! Kali ni daku muncul dengan resepi yang baru bagi saya tapi orang sebelah sana sana sana sudah lama membuatnya...


Kuek yang satu ni menarik perhatian saya ketika pertama kali ternampak videonya di fb,segera gue simpan link resepi tsb.Bahan2nya tidak banyak dan cara membuatnya teramatlah mudah.Tak perlu oven pun kita uda bisa menikmati kek yang enak banget.Dalam banyak-banyak kek yang pernah saya buat,kek ni la yang paling saya suka,saya boleh habiskan beberapa slice dalam sekali hadap...krimnya tidak membuat kita cepat muak..boleh gitu? Buat dulu baru tahu ceritanya ya...selamat mencuba...



No Bake Eclairs Cake 


Bahan-bahan:

Cake layer:
1 box (16 oz )graham crackers
2 packages (3.4 oz  each) instant vanilla pudding
3 1/2 cups whole milk
8 oz Cool Whip

Chocolate Frosting:
3 tbsp unsweetened cocoa powder
1 1/2 cups powdered sugar
3 tbsp of salted butter,melted
3 tbspwhole milk

Cara membuat:
1.Masukkan instant vanilla pudding ke dalam mangkuk.Tuangkan susu.Kacau hingga pekat.
2.Spray loyang 9x13 dengan non-stick spray.Susun biskut.
3.Tuang adunan pudding dan ratakan.Buat macam ni sebanyak 4x.Akhir sekali di atasnya
   adalah biskut.
4.Dalam mangkuk lain,satukan cocoa powder,powdered sugar,melted butter dan 3 tbsp
   susu.Kacau sebati.
5.Tuang ke atas lapisan biskut.Ratakan.
6.Simpan dalam peti sejuk semalaman.

Pesan dari Tuan Tanah:
Sebaiknya guna loose tin empat segi agar kek kemas dan senang dipotong.
Saya guna loyang 6"x 6" jadi kek nampak tinggi,ke depannya bole guna loyang 8"
Biskut graham crackers adalah biskut import jadi bukan mudah utk didapati,sebaiknya
sy gantikan dengan biskut cream crackers.
Instant Vanilla Pudding boleh beli di kedai bahan2 kek.
Whole Milk? Saya guna fresh milk
Cool Whip? Saya guna Fresh cream~pukul sampai kental
Topping Coklat? Saya guna 100g coklat pahit + 80g UHT cream,caranya:panaskan cream
hingga berbuih halus di tepi.Tuang ke dlm coklat,kacau hingga coklat larut.
Tuang ke atas biskut.Ratakan.



Enjoiii.....

Isnin, 2 November 2015

Brownies Kedut

Salam ceria selalu.Skarang lagi siok buat brownies sendiri di rumah.Dulu-dulu ingatkan brownies ni biasa-biasa saja,tapi ada satu hari tu saya pergi ke starbuck dan pesan coffee brownies fuhh sedapnya.Bermula dari situ saya suka makan brownies.Skarang lagi viral pasal brownies yang permukaan berkedut kan? Bukan mudah nak dapatkan resepi seperti yang kita inginkan.Kena juga belajar bancuh adunan or kena tengok juga pada resepi.Skarang ramai sudah yang mengajar brownies,tinggal google ja.Nasib baik juga jumpa resepi yang bagus ni,kira berbaloilah dicuba.



BROWNIES KEDUT


Bahan-bahan:
400g coklat compound
150g mentega
100g gula perang
100g gula kastor
4 biji telur
1 sk perisa vanila

100g tepung naik sendiri}
30g serbuk koko             }~~diayak

Cara-caranya:

1.Satukan coklat compund dan mentega.Cairkan dengan kaedah double boil.Tutup api dan angkat.

2.Dalam mangkuk lain,satukan gula perang,gula kastor,telur dan perasa vanila,gaul sebati.

3.tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata & sebati.

4.Masuk sedikit2 adunan tepung & gaul rata.

5.Sediakan loyang 10"x10",lapik dengan kertas minyak dg melebihkan sehingga paras ketinggian loyang.

6.Tuangkan adunan.Ratakan.Jika suka tabur dengan kekacang atau coklat coin.

7.Bakar pada suhu 160'C selama 35 minit.


Enjoiii