Ahad, 2 Ogos 2015

Lontong Paris

Salam ceria selalu dan selamat berhujung minggu.
Masih lagi dengan resepi biskut raya.Lain benar nama biskut yang satu ni kan.Rahel suka makan biskut ni,time raya mesti mencari kuih yg satu ni.Biskut disalut dengan karamel kemudian digolek dalam kacang cincang...boleh bayangkan sudah macam mana rasa dia kan.Hasil google sana sini terjumpa la resepinya di You Tube..senang rupanya membuatya..tapi time buat karamel tu yang kena hati-hati...bahaya kalau tangan terkena karamel panas.Oklah...jom cuba resepi kue lontong paris @ kue kurma....



LONTONG PARIS


Bahan biskut:

250g mentega
75g gula halus/gula aising
1 biji telur
300g tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung

Bahan Lapisan Karamel:

Gula pasir secukupnya
Air mendidih secukupnya

Kacang tanah~disangai~dicincang

Cara membuat Lontong Paris:

1.Pukul mentega dan gula halus hingga sebati.Tambahkan telur.Pukul sebati.

2.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam adunan sedikit2.

3.Cetak adunan sebesar ibu jari atau sesuai selera.Letak dalam loyang yang sudah dioles mentega.

4.Bakar pada suhu 160'c selama 30 minit.

Cara membuat lapisan karamel:

1.Masak gula dengan api kecil sampai meleleh dan berwarna keemasan.
2.Kemudian masukkan air mendidih sedikit2.
3.Dalam keadaan panci karamel di atas dapur dengan api kecil,masukkan kue2 tadi ke dalam panci,kacau sehingga semua biskut disalut karamel.
4.Kemudian angkat dan tuang ke dalam kacang cincang.Kacau perlahan sehingga semua kacang melekat dengan biskut karamel.



Enjoi.

5 ulasan:

cheq da berkata...

Manis x kuih nya

Nasa Mulia berkata...

oh ada orang panggil lontong paris ya....
dulu kecik2 selalu tolong mak buat kueh kurma ini...melecur2 jugaklah jari dibuatnya.

Yana Shaiful berkata...

Selamat Hari raya Rahel sefamily..br sempat singgah sini ^__^

1st time dgr psl kue lontong paris ni..InsyaAllah nnt bleh cuba buat..tgk bahan pun cam senang je..

Sweet red cherry berkata...

wah, macam menarik la pula biskut ni rahel..lain dari yang lain pula ni kan..mesti mau dicuba juga ni nanti kalau ada masa.. :)

Liza berkata...

ingatkan lontong yg ada kuah tu, ihhihi tipah tertipu..

selamat hari raya rahel, maaf zahir batin