Isnin, 23 Februari 2015

Seri Muka Durian

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Rahel Blogspot.Harap semua sihat dan baik-baik saja ya.Hari ni kita buat seri muka durian untuk hidangan petang.Walaupun Rahel nda pernah lagi ikut mana2 kelas talam tapi pada Rahel resepi ni sangat senang dan mudah disiapkan.Hasilnya pulak memang tak menghampakan...sangat sedap..entah berapa potong sudah Rahel makan.Sekarang ni musim durian jadi nda susah la untuk dapatkan stok durian.Macam-macam resepi berasaskan durian yang menarik perhatian.Tunggu masa ja buat semua nya.Ok la...jom kita minum petang pulak...layannn...



KUIH SERI MUKA DURIAN
Sumber: Rima & Hana 

Bahan-bahan
Lapisan bawah

250g beras pulut-rendam 1 jam dan toskan
1/2 sk garam
170ml santan cair
Daun pandan simpul
1/2 sk gula

Cara-cara:
Sediakan periuk kukusan dan panaskan air.Satukan semua bahan di atas dan gaul sebati.
Kemudian kukus lebih kurang 30-35 minit atau sehingga pulut masak.
Keluarkan daun pandan.Masukkan pulut ke dalam loyang yang dialas dengan daun pisang
@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan.Tekan padat.Ketepikan sebentar.
(Rahel guna tips Puan Hanieliza macam Hana guna loyang spring form dan alas dengan
plastik wrap)

Bahan-bahan
Lapisan atas

150g isi durian
125g gula
3 biji telur
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.KetepikanSatukan telur,gula,tepung,
santan,garam dan pewarna.Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
Campurkan isi durian tadi.Masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat
Tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40 atau sehingga masak.Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain
 agar tidak menitik air atas kuih.
Tunggu benar-benar sejuk baru potong..


Rahel guna loose pan empat segi saiz 8"x8"

Enjoiii.

4 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

cantiknya rahel kuning menyerlah serimuka ni tapi skrg ni dimana nak carik durian..

Nooriah Abdullah berkata...

Rahel, blog kaknoor yg rahel follow dulu tu ada problem so rahel kena follow lagi sekali blog yg baru ni baru lah dapat komen kot ok..

Wani berkata...

salam singgah..semoga sihat selalu ///tak pernah nak menerai buat kuih talam .. tak berapa suka kot hii alasan je banyakk..

Mimi Fazilawati berkata...

Blh tak bg sy sukatan untok 9×9...plz