Khamis, 19 Februari 2015

Happy Birthday

Salam ceria selalu...
Hari jadi En Abang 19,Feb tahun ni bersamaan pula dengan tarikh tahun baru cina...waaa meriah kan...meriah sangat sebab kami tiga orang ja time potong kek...hihihi.Hari jadi tahun ni Rahel buatkan Double Chocolate Indulgence Cake yang kaw2 coklatnya..kami memang peminat coklat.Kata En Abang kek ni sedap sangat,jadi memang berbaloi la...nda rugi tenaga membuatnya.Resepinya mudah aje,macam biasa la...makcik contek dari buku resepi.Ada yang mahu mencubaaaaa?...jom salin resepi...



Sebelum kita buat kek ada baiknya kita siapkan inti dia terlebih dahulu,sebabnya kena biar sehingga pekat baru boleh dipukul hingga kembang,kemudian dipalit ke setiap lapisan kek.

DOUBLE CHOCOLATE INDULGENCE CAKE
Resepi dari Elisabeth Siahaja

DARK CHOCOLATE CREAM

A:300g UHT whipping cream
B:300g dark coklat
    35g unsalted butter

Cara membuat:
1.Panaskan bahan A dan tuang ke dalam bahan B.Kacau sebati.
2.Biarkan pada suhu ruang sehingga pekat.Pukul sehingga kembang dan gebu.

WHITE CHOCOLATE CREAM

A:300g UHT whipping cream
B:300g white coklat
    35g unsalted butter

Cara membuat:
1.Panaskan bahan A.Tuang ke dalam bahan B.
2.Biarkan pada suhu ruang sehingga pekat.Pukul sehingga kembang dan gebu.

Happy Birthday to My Sayang
Potong keknya sekarang


BAHAN KEK COKLAT
A:
200g unsalted butter
10g vanilla essence
180g gula kaster
20g coklat paste

B:
3 biji telur

C:
200g dark coklat
200g sour cream
175g susu cair

D:
130g tepung kek
3g baking powder
2g baking soda
25g cocoa powder

Cara:
1.Pukul bahan A sehingga kembang dan gebu.
2.Tambahkan bahan B satu persatu dan pukul rata.
3.Cairkan bahan C dan tuang perlahan ke dalam adunan butter.
4.Ayak bahan D dan tuang ke dalam adunan.
5.Tuang ke dalam loyang 9" yang sudah digris.Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau
   sehingga kek masak.
6.Setelah kek masak sejukkan dan bahagi kepada 4 lapisan,kemudian lepa lapisan kek 1 
   dengan white coklat cream,seterusnya lepa lapisan kek kedua dg dark coklat cream,
   kemudian lapisan kek ketiga dengan white coklat cream dan akhir sekali lapisan kek
   keempat dilepa dg baki cream coklat tadi.Simpan kek 15 minit dalam peti sejuk sebelum
   dijirus dengan topping coklat.


TOPPING COKLAT
200g dark coklat
200g UHT whipping cream
20g unsalted butter

Cara membuat:
Panaskan whipping cream dan butter hingga naik wap.
Tuang cream ke dalam cebisan coklat
Kacau hingga coklat larut
Tuang ke atas kek yang telah dilepa dengan cream coklat tadi.
Sejukkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 5 jam sebelum hidang.


Untuk percubaan pertama saya memilih untuk membuat adunan chocolate sponge cake.
Terpulang pada anda sama ada mahu guna kek coklat moist atau kek coklat span...

enjoiiiiiiiiii.........................................

8 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

wow..leleh baa air liur wana tengok ni kek..memang menggoda..walapun banyak step tapi hasilnya super awesome..bertuah suami punya isteri pandai baking macam rahel :D

syira yaya berkata...

Sedapnya..nak sikit..hehe :) :)

Nooriah Abdullah berkata...

nampak lembut dan sedap tu rahel jamu mata je kaknoor ni

tun_telani berkata...

Nyummyyyy.... senang nmpk resepi moouse layer dia.. nnti blh try resepi ni pulak

Rohah berkata...

Dah habis ke keknya rahel?..semoga diberkati kehidupan rahil sefamily

cheq da berkata...

Hb to sayang rahel...semoga pjg umur dan murah rezeki

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) berkata...

rasa cm nk meleleh air liur tgk kek tuuu...
hb utk cik abg ye kak rahel...

fazian batrisyia berkata...

wah telan air liuq kita tgk benda2 bercoklat gini...semoga diberkati usia buat hb Rahel