Khamis, 12 Jun 2014

Apam Yogurt

Salam penuh ceria selalu...


Apam Yogurt
Sumber 1:Rima
             2:Azlita

Bahan-bahan:
2 cawan gula castor (sy guna 1 1/8 cup sahaja)
1 sdt ovalet
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder
1 sdt serbuk koko
1 sdt pes coklat

Cara membuat:
Campur semua bahan di atas dalam mixer.
Pukul sampai adunan menjadi pekat,pucat warnanya *guna high speed.
Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt.
Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh kurang 5 sdb) dan campurkan serbuk koko
dan pes coklat,gaul sebati.
Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup,sudukan sedikit adunan coklat di atasnya.
Kukus dengan api kuat,pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.
Kukus lebih kurang 15 minit,adunan yang masak akan mekar tersenyum.

Pes coklat,serbuk koko boleh diganti dengan apa2 bahan lain jika inginkan kelainan contoh
jem atau filling dan pewarna kesukaan.

Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan dan pastikan juga air
kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnya barulah diletakkan apam untuk apam yg mekar.
Penutup kukusan juga hendaklah dibalut dengan towel atau kain supaya air tidak meniti
atas apam.

Enjoi.

7 ulasan:

Rina Audie berkata...

kalo di indonesia namanya bolu kukus mekar. pake yoghurt pasti lebih lembab ya rasanya

mama sara nur berkata...

Assalam Rahel
Sedapppnya apam cantik ni
Akak cp resepi hihii nk cari yogurt nk try
Jgk. Sedapkan utk mkn ptg

Bbwana adienia berkata...

comel betul apam tu rahel..cantik ketawa apam yogurt tu..hehe..

Ana Fashlia berkata...

gebunya apam tu kak rahel. mesti try ni. :)

Tina Othman berkata...

ingat lg dulu2 fenomena apam ni, penah try tapi tak mekar mcm rahel punya ni, cantik

Immanuel Kabuhung berkata...

Halo, Apa kabar?

Salam kenal dari kami myTaste Indonesia.

Kami melihat bahwa Anda memiliki resep-resep masakan yang sangat lezat dan menarik sekali.

Kami dari myTaste Indonesia mengundang agar blog masakan Anda berada di TOP FOOD BLOG dalam situs kami, myTaste adalah Jejaring Sosial bagi para pecinta masakan di Indonesia maupun dunia Internasional. myTaste memiliki 37 sites di masing-masing negara bagiannya. Banyak blog yang telah menjadi anggota dan mendapatkan keuntungan dari publikasi di situs kami.

Anda dapat menambahkan blog Anda pada daftar Top Food Blog kami dengan mengikuti link ini: http://www.mytasteindonesia.com/top_food_blogs

Terima kasih atas perhatiannya dan telah berbagi resep masakan Anda kepada kami.

Salam myTaste Indonesia,
Immanuel Kabuhung

Selamat menunaikan Ibadah Puasa

rahel berkata...

Rina Audie
Yup,betul...di Indonesia dipanggil bolu kukus mekar....enak...


Mamasaranur
Wsalam.....cuba jangan tak cuba....apam ni memang ada kelainan....sedaaaap...


Bbwana..
Comel mcm org yg buat...hehehe


Ana Fashlia...
Silakan dicuba....anda mesti suka....


Tina Othman
Ni memang apam yg sudah lama glamer...sy saja yg tertinggal keta...hihihi...ermm agaknya kurang pekat adunannya tu yg tqk berapa mekar.


Immanuel
Terima kasih atas jemputannya....