Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Tahun Baru 1 January 2014

Salam sejahtera dan salam ceria selalu kepada semua pembaca Rahel Blogspot.



CHOCOLATE GANACHE
150g UHT Whipping Cream
150g coklat masakan
15g butter

Cara-cara:
1.Campurkan coklat masakan dan whipping cream dalam satu bekas.Panaskan sehingga coklat masakan menjadi cair dengan menggunakan kaedah double boiling.

2.Kacau sehingga sebati,kemudian tambahkan butter.

3.Biarkan campuran sejuk seketika.Bila telah suam,curah coklat ganache ke atas kek.




CREAM CHEESE FROSTING
Sumber:Anna Qawina
500g whipping cream vivo~lain2 brand pun ok
250g cream cheese
60g gula icing~ayak
110g butter~i guna unsalted butter
2 titik lemon paste~boleh guna 1 sudu besar lemon juice

Cara-cara:
Pukul whipping cream hingga kental.Ketepikan.
Dalam bekas lain,pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju,gaul sebati,boleh juga pukul dg mixer
dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek.





RED VELVET CAKE
SUMBER:Azie Jaya
Bahan-bahan:(Loyang 8")
2 cawan all purpose flour
1 sk baking powder
1 sk baking soda
1 sk garam
2 sudu besar serbuk koko
2 cawan gula kaster
1 cawan vegetable oil
2 biji telur gred AA
1 sk esen vanilla
2 sudu besar pewarna merah~I kurangkan
1 cawan buttermilk
1 sudu kecil cuka putih
1/2 cawan plain hot coffee (jangan skip)

Cara-cara:
Panaskan oven pada suhu 170'C.
Di dalam mangkuk satukan tepung,baking soda,baking powder,cocoa powder dan garam.
Ketepikan.
Di dalam mixing bowl,gaul sebati gula dan minyak.Kemudian masukkan telur,buttermilk,
vanilla dan pewarna.Putar hingga sebati.Tuangkan coffee dan cuka.
Akhir sekali,masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dengan diputar sebati
setiap kali memasukkannya.
Lenser minyak dan ayak tepung ke dalam Loyang.Tuangkan adunan.Bakar selama 30-40
minit atau sehingga masak.Jangan terlebih masak kerana ianya akan terus masak semasa
menyejuk.
Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.

Nota:Untuk cupcake bakar selama 18-20 minit.




Cara penyelesaian:
Kek red velvet dibahagi dua.
Letak 1 keping kek di atas papan kek.
Letak cream cheese.
Tumpuk 1 keping kek lagi di atasnya.
Letak lagi cream cheese.Ratakan.
Tuangkan ganache di atas cream cheese.
Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.
Kemudian potong kemas tepi kek.
Sedia dihidang.



17 ulasan:

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak Rahel..Selamat tahun baru 2014 buat akak sekeluarga..Semoga bertambah ceria dan gembira serta diberkati OlehNya.

Sweet red cherry berkata...

selamat tahun baru 2014 rahel..

rahel berkata...

wsalam Sue @ Nenie..

Terima kasih...amin100x..
selamat tahun baru juga buat Nenie sekeluarga,moga bertambah ceria dan diberkati OlehNYA.

Bbwana adienia..
Terima kasih..

Ummi berkata...

Salam dan selamat tahun baru Rahel cyg...waduuhh awal2 thn Rahel menggoda...nmpak sedap jer...nk try la nnt ya...tqq for sharing ya Rahel... Lebiuu

Ummi berkata...

Salam dan selamat tahun baru Rahel cyg...waduuhh awal2 thn Rahel menggoda...nmpak sedap jer...nk try la nnt ya...tqq for sharing ya Rahel... Lebiuu

jue berkata...

Bestnya...Rahel nk tanya pewarna merah tu dikurangkan kepada sukatannya. Pewarna serbuk atau cair.

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

Assalam Rahel
Salam thn 2014 ye
Kek Rahel memang semua menarik dan sedap 2

Nie Hashim berkata...

selamat tahun baru.. cantik n kemas nyeeee..

Nie Hashim berkata...

selamat tahun baru.. cantik n kemas nyeeee..

Rohah berkata...

selamat tahun baru 2014 rahel...
wow..mewah kek mu itu...bolehkah ku rasa...

rahel berkata...

Kak Ummi Zaihadi
Selamat tahun baru juga....silahkan mencuba kak...confirm suka punya....hehe

Kak Rohah
Terima kasih.selamat tahun baru juga...
Syangnya kita berjauhan...ehehe...klu dekat hari2 boleh rasa...nampaknya kak kena buat sendiri la...

Nie Hashim
Selamat tahun baru.Terima kasih.

Mamasara Nur
Selamat tahun baru.Terima kasih.
Buat kek yg simple2 aje...

Jue
Guna pewarna merah oil base

izahdaut berkata...

tq rahel shaRE resepi ganache yg mudah diingat. hehe

zila norazila berkata...

Salam thun baru rahel..moga thun nie biz brtmbh suksess..

Wani Sukarno berkata...

salam ..selamat tahun baru dah masuk minggu ke 2 dah baru nak wish.... huuu..mantopnya kek dia selembut baldu... topping pun cantik...

Unknown berkata...

salam rahel, aduhhh akak dah menitis2 air liur liat ini kek tau, nak juga buat tunggu tak busy insyaallah

paridah berkata...

KEK RAHEL CANTIK N SEDAP...

Farha IbuCergas berkata...

Kalau dekat, pasti saya dah order..

mmg licin dan cantik betul ganache rahel






Harga Set Bersalin Shaklee


DapurIbuCergas