Rabu, 29 Januari 2014

Sambal Bilis & Tempe

Selamat bersiaran kembali,semoga ceria selalu.


Sambal Bilis & Tempe


Bahan-bahan:
85g ikan bilis halus~bilas dengan air~toskan~goreng
220g tempe~dipotong sesuai selera~goreng
1 tangkai cili merah~dihiris halus
1 sudu makan cili api~dicincang
5 ulas bawang merah~dihiris halus
1/2 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan saus manis ABC
secubit garam

Cara membuat:
1.Panaskan sedikit minyak,tumis bawang merah hingga kekuningan.
2.Perlahankan api.Tambahkan,cili api dan cili merah,tumis hingga layu.
3.Masukkan tempe goreng,pes asam jawa,sos cili & saus manis ABC.Kacau rata.
4.Tambahkan secubit garam dan ikan bilis goreng.Kacau rata.Tutup api.Angkat sambal
   bilis & tempe.


Selamat menjamu selera.

6 ulasan:

Rina Audie berkata...

wow kak rahel suka tempe juga ya ? tempe memang enak dimasak apa saja....

Bbwana adienia berkata...

salam rahel..

wah..ni memang favouriteku ni..sedap juga kalau makan macam tu ja..

JaSSNaNi berkata...

assalam rahel..
semalam baru teringat nak jengah sini.. tup tup dah timbul hari ni berbekalkan sambal tempe ikan bilis yer.. sedap sangat... :) berkilat2 sambal tu.. sesuai buat bekal ni sebab tahan lama.. tak cepat basi.. kan kan..

Sue Bee berkata...

paling saya suka ini sambal..tak makan dengan nasik..kita minum sama cola...hehee!!

Bicara Kak Noor berkata...

terliur gilak ni tengok Rahel punya menu sedap

zila norazila berkata...

Sedappp biasa zila tapau lauk nie klu lunch hour..mkn dgn nasi hangat..isshh the best