Selasa, 16 Disember 2014

Bun Coklat

Salam ceria selalu...


Terasa seronok bila sendiri dapat menyiapkan sedikit bun coklat untuk dinikmati bersama coklat yang meleleh.Kalau dulu selalu beli bun coklat yang ada inti coklat dalamnya,sedap betul,tapi tak seberapa puas sebab cepat habis,next time akan cuba pula buatkan bun coklat yang ada inti.Skarang musim meroti...di mana2 ada ja yang pos gambar roti yg comel2 dan gebu,fenomena bun sarang lebah melanda Malaysia,jadi skarang kita tukar angin pula ke bun coklat  meleleh yang semestinya membuatkan kita menjilat jari...jom lihat dan try.....



Bun Coklat
Resepi by:Agnes Chang

Bahan A:
400g tepung berprotein tinggi
3 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh garam

Bahan B:
140g gula kastor
2 sudu teh yis
1 sudu teh bread improver

Bahan C:
280ml air
80g mentega

Cara membuat:

1.Ayak bahan A ke dalam mangkuk,masukkan bahan B dan gaul rata.Perlahan-lahan tuangkan air sambil menguli doh sehingga lembut.Masukkan mentega dan teruskan menguli sehingga doh lembut dan kenyal,jika doh ditarik tidak terputus.

2.Kemudian ketepikan doh sehingga kembang dua kali ganda dari saiz asal.

3.Tekan doh,uli sebentar sehingga lembut.Timbang doh 30g dan bulatkan,susun dalam bekas foil 5 1/2 " x  6 1/2" atau loyang 6"x 6''.Biar doh kembang.

4.Bakar pada suhu 170c selama 20 minit.Setelah masak gliss dengan butter.

Jika mahu hidang bun coklat dengan coklat cair sediakan 1 cup dark coklat cincang 1 1/2 cup UHT whip cream.Panaskan whip cream sehingga naik wap.Tuangkan ke dalam serpihan coklat.Kacau hingga coklat larut. 


Selamat mencuba.

Khamis, 11 Disember 2014

Pukis Pandan

Salam ceria selalu kepada semua pembaca Rahel Blogspot..



PUKIS PANDAN
Sumber:My Kitchen Notes 


Bahan-bahan:
250g tepung gandum
150g gula kaster
2 biji telur
65g mentega~cairkan
250ml santan pekat
1 sudu teh esen vanila (Rahel tambah 2 sudu teh pandan paste utk rasa pandan)
1 sudu teh yis
50ml susu pekat manis
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Topping:(sesuai selera)
keju parut @ kepingan keju
chocolate rice
kismis

Cara membuat:
1.Pukul gula dan telur hingga kembang (gula larut)
2.Masukkan tepung gandum,vanila,pandan paste,soda dan yis,kacau rata.
3.Pukul lagi sambil tuang susu,santan dan mentega secara bertahap.
4.Tutup adunan dengan kain,perap kurang lebih 20 minit hingga mengembang.
5.Panaskan acuan pukis,masak adunan sampai masak.


Panaskan acuan pukis terlebih dahulu,kemudian sapu dengan minyak
Tuangkan adunan hingga setengah,kemudian tutup acuan 
Biarkan adunan masak 3-4 minit,kemudian buka penutup acuan,jika adunan kelihatan
masih basah sedikit permukaannya segera taburkan topping.Tutup semula dan biarkan
masak sepenuhnya hingga adunan kelihatan kering di permukaan.Angkat.Siap.


Enjoiii....

Sabtu, 6 Disember 2014

Nasi Ayam Spesel

Salam ceria selalu..



Nasi Ayam Spesel
Sumber:Junjs11

Bahan-bahan (6-8 orang)
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (tak potong pun boleh)
2 ulas bawang putih
2sm halia

Untuk perap:
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair

Untuk Nasi:
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia-ditumbuk
air rebusan ayam tadi secukupnya
sedikit garam

Bahan sos:
5 biji cili merah
5ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka,garam,gula
1/2 cawan air

Untuk Sup:
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar-kisar
rempah sup
garam
daun sup yang dihiris (i letak daun bawang)

Cara-cara:

1.Ayam dipotong ikut suka besarnya (tak potong pun boleh) bersihkan dan dilumur dengan 2 ulas bawang putih yang ditumbuk dan 2sm halia yang diketuk dan rebus hingga empuk.

2.Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15 minit.Goreng hingga garing.

3.Basuh beras dan toskan.Panaskan butter,tumis halia dan bawang putih hingga garing.Masukkan beras,terbit bau,masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam.Masak seperti biasa.

4.Untuk sos,blendkan semua bahan di atas,boleh ditambah sos tomato/sos cili jika suka.Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

5.Untuk sup,air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar,rempah sup,garam dan daun sup tadi.

Selamat menjamu selera.

Badak Berendam

Selamat berhujung minggu...apa khabar semua? 



Badak Berendam
Resepi;Rahel Blogspot 

Bahan inti:
120g gula melaka
100g kelapa parut putih
30ml air

Cara:
1.Masak gula melaka dengan air sehingga larut.Tapis
2.Satukan gula melaka dengan kelapa parut.Masak hingga sebati.
   Siap untuk jadikan inti.

Bahan-bahan Kulit:
125g tepung pulut
100ml air

*Gaul bahan di atas sehingga menjadi doh,bahagi kepada 2 bahagian,beri pewarna kesukaan.Bentuk bulat dan leperkan,letak inti,kemudiaan bentuk kembali jadi bujur.Jerang air secukupnya sehingga mendidih.Masukkan doh yg sudah dibentuk tadi.
Rebus hingga terapung,kemudian alihkan ke dalam kuah santan.Hidang.

Bahan kuah:
Sedikit garam
1 sudu makan tepung beras
3 helai daun pandan,disimpul

Panaskan santan,daun pandan dan garam dalam periuk kecil sambil dikacau hingga mendidih.
Bancuh tepung beras dengan sedikit air.Curah ke dalam santan panas untuk pekatkan kuah.
Masukkan kuih badak tadi.Siap.



Enjoiii

Khamis, 4 Disember 2014

Kuih Kasturi

Salam ceria selalu kepada semua pembaca dapur Rahel Blogspot....


Kalau dah namanya kuih Melayu atau tradisional memang Rahel tak pernah jemu untuk mencuba..lagi2 kalau sudah pernah merasa..memang tidak sah kalau tidak kasi berasap periuk dan kuali...hehehe.Kuih kasturi @ kuih rengas ni baru kedua kali Rahel buat,biasanya beli sahaja.Oleh kerana ada sikit bahan2nya di dapur maka pagi ni merajinkan diri la.Resepi kali ni Rahel ambik dari buku resepi sahaja,suka sangat dengan kejadiannya...rasanya pun ngam..intinya lembut dan tidak terlalu manis.Yang suka makan kuih kasturi boleh mencuba ya...pastinya suka banget...


Kuih Kasturi
Sumber:Kompilasi Kuih Melayu

Bahan-bahan:
250gm kacang hijau
100gm gula
5 sudu makan kelapa parut
3 sudu makan tepung gandum
Air secukupnya untuk rebus kacang hijau (i guna 4 cawan air)

Bahan Kulit:
110gm tepung gandum
110gm tepung beras
1/4 sudu teh garam
Pewarna kuning
Air secukupnya

Cara membuat:
1.Rebus kacang hijau hingga empuk.
2.Masukkan gula dan kelapa.Kacau hingga airnya sejat.
3.Sejukkan dan capurkan dengan tepung gandum.
4.Ambil adunan dan bulatkan.Tekan dan celup dalam adunan kulit dan goreng.
5.Untuk membuat kulit.bancuh kesemua bahan sehingga rata dan pekat.


Enjoiiii

Rabu, 3 Disember 2014

Cekodok Kentang

Selamat pagi dan salam ceria selalu.


Menu pagi ni simple2 sahaja..cekodok kentang yang gebu2.Ikutkan hati mahu saja buat yang macam2,sebab tekak ni pun macam2 yang dimahunya,tapi memang tak sempat sebab selalu terkejar2..si kecik balik2 tersedar..

Cekodok yang saya buat ni memang sangat exspress..sesuai kepada yang tidak punya banyak masa di dapur..hehehe.Hari tu saya masak sup ABC dan terlebih kentang pulak,jadi tak mau membazir kan..jadi saya simpan lebihan2 kentang tu dalam peti sejuk..plan mahu buat roti kentang atau donut kentang la kunun..akhirnya jadi cekodok kentang pula pagi ni...ok la tu..janji ada terhidang bersama nescafee susu...mantap...yang gila kentang pun boley cuba cekodok kentang ni...dijamin puas hati...

Cekodok Kentang
Resepi:Rahel Blogspot 

Bahan-bahan:
200g kentang yg sudah direbus-lecek
100g gula caster
2 biji telur M
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
220g tepung gandum

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1.Satukan kentang lecek,telur dan gula.Kacau sebati.
2.Tambahkan tepung,serbuk penaik,soda bikarbonat.Gaul rata.
3.Panaskan minyak,jemputkan doh ke dalam minyak.Goreng hingga masak.


Selamat mencuba.

Selasa, 25 November 2014

Kek Minyak Kukus

Salam ceria selalu.


Ramai sudah geng masak2 yang mencuba kek minyak kukus ni,semua cakap sedap,jadi kita pun nda mau ketinggalan.Memang sangat mudah penyediannya,tak perlu mixer..hanya masukkan mesin pengisar ja tapi hasilnya kek sangat lembut dan gebu.Saya letak pandan paste untuk kaler hijau dan yam paste untuk kaler ungu yg agak suram kaler tu perasa capucino dan yg putih tu perisa vanilla...memang wangi la time kukus kek ni...jom tengok resepi pula..


KEK MINYAK KUKUS
Sumber resepi:Kak Fida 

Bahan-bahan (loyang 8x8/9x9)
2 1/2 cawan tepung naik sendiri (300gm)
1 cawan susu segar (210gm)
3/4 cawan susu pekat manis (200gm)
1/2 cawan gula halus (60gm)
1 cawan minyak masak
4 biji telur -A
1 sk esen vanila

Cara-cara:
1.Ayak tepung ke dalam mangkuk.
2.Masukkan kesemua bahan yang lain ikut urutan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati.
3.Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi tepung dan whisk hingga sebati.
4.Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu minyak dan dialas kertas.Tutup loyang dengan
   alum foil.Kukus selama 45 minit atau hingga kek masak.
5.Adunan boleh dibahagi dua dan bubuh serbuk koko pada satu bahagian.
6.Atau dibahagi kepada beberapa bahagian,warnakan dan ditambah perasa ikut suka.
7.Kek juga boleh dibakar.



Enjoiii......

Rabu, 19 November 2014

Bingka Pisang

Salam ceria selalu.Hari ni kita hidang Bingka Pisang yang simple tapi sedap,kebetulan ada beberapa biji pisang masak yang tidak terusik jadi kita pun cari cara untuk jadikan ia kudapan di petang hari..sangat mudah cara penyediaan tapi hasilnya memuaskan...sedap tau.Terima kasih Kak Fida untuk resepinya,saya perpanjang di sini sebagai rujukan pembaca dapur Rahel...

BINGKA PISANG
Sumber:Kak Fida 

Bahan-bahan :(2 keping acuan bahulu pecah 8/loyang 9x6inc)
2 cawan pisang yang dilecek halus
1/2 cawan gula merah
100ml santan pekat
2 biji telur
sedikit garam
sedikit esen vanila/pisang
1 sb marjerin/mentega
1- 1 1/2 cawan tepung gandum (Rahel letak 1 1/2 cawan tepung gandum)~diayak
2 biji pisang~didadu ketika hendak dicampurkan ke dalam adunan

Cara-cara:
1.Pisang lecek,gula,telur,santan,garam,marjerin dan esen dikacau rata.
2.Masukkan tepung dan kacau terus hingga sebati.
3.Masukkan pisang dadu ke dalam adunan dan gaul sebati.
4.Loyang/acuan disapu marjerin dan dipanaskan sebentar dalam oven,keluarkan dan tuang
   adunan bingka dan bakar selama 30 minit atau hingga garing permukaannya.
5.Sejukkan kuih di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.


Selamat mencuba.

Selasa, 11 November 2014

Roti Sarang Lebah Lembut

Salam penuh ceria selalu...

Setelah sekian lama simpan resepi baru hari ni ada masa sikit untuk menyiapkan Roti Lebah yang memang lembut dan nyaman dimakan bersama sauce butterscotch.Doh roti ni sebenarnya Rahel sudah siapkan semalam,tapi kerana si kecik selalu tersedar maka Rahel pun tak sempat bakar roti,sudahnya doh Rahel simpan dalam peti sejuk sahaja.


Bila bangun pagi aja Rahel terus keluarkan doh dari peti sejuk dan biarkan pada suhu ruang sambil menunggu doh kembang semula,maklum la semalam doh memang sudah siap dibentuk n sudah naik gebu tapi ketika dimasukkan dalam peti sejuk ada kecut sikit terkena kejutan...kedinginan...hehehe...


Untuk resepi bun kali ni Rahel memilih resepi dari dapur Kak Rosmarlina yang memang pakar juga bab2 doh roti...sentiasa menjadi ja n memang puas hati dengan hasilnya...bun sangat lembut sampai macam tak mahu berhenti makan..

Oh ya,sebahagian doh tu Rahel buat Bun Serunding Ayam...perghh...memang meletop-letop dalam mulut..punya la sodap...memang berbaloi.Doh nya pula Rahel uli guna tangan sahaja sebab kebetulan memang datang rajin mahu menghabiskan lebihan2 tepung roti yg ada dalam simpanan,takut kalau dibiarkan lama2 akan ada serangga pula...kan membazir...ok la,jom kita teruskan ke resepi pula...


Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns


Bahan-bahannya:(untuk doh roti)
300gm tepung roti @ tepung high protein @ tepung superfine
200gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu
1 biji telur (tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
250ml susu segar
6gm yis
40gm gula
40gm marjerin
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain @natural yogurt

Sedikit maple syrup atau pun madu sebagai sos untuk dijalurkan pada bee hives buns ini
nanti.


Bahan-bahannya egg wash untuk gliss pada pada permukaan bun nanti
baki telur + 1 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu
(sedikit kuaci hijau,bijan hitam dan badam hiris untuk ditopingkan pada bun nanti)

Cara-caranya:

1.Buat doh roti,kaedah 1,penggunaan bread marker (BM),masukkan semua bahan doh dan ikut arahan menguli pada BM masing2 dan tekan start,tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no.4 di bawah.


2.Kaedah 2,jika uli tangan,masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,setelah menjadi doh ambil plastik bersih dan letakkan doh di dalam plastik itu,ramas2 beberapa minit,lebih kurang 8 hingga 10 minit,keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan,anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3.Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar
   doh naik dua kali ganda.Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga 1 jam.

4.Selepas itu,tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin,bahagi doh pada beberapa bahagian kecil,lebih kurang 12 ke 16 ketul (Rahel timbang doh 25gm setiap satu),bulat2kan,susun doh di dalam acuan petak/bulat,perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda.Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5.Setelah semua bun naik dua kali ganda,gliss permukaan bun dengan bancuhan telur,tabur bijan hitam,kuaci dan badam hiris,sapukan sekali lagi atasnya dengan eggwash supaya semua bahan topping melekat di atas doh,akhir sekali bakar pada suhu 170'C selama 20 minit sehingga permukaan bun perang.Setelah bun diangkat,terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin,supaya permukaan bun berkilat.

6.Sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup.Apabila ingin menikmati buns ini jalurkan    atasnya dengan maple syrup,nak makan dengan sos butterscotch pun boleh.

Sos butterscotch : butter mencair (3 sudu besar butter) + GULA PERANG (1 cawan) 5 minit kacau + whipping cream (3/4 cawan). Kacau, cukup likat, tutup api.

Kedua-duanya boleh ditingkatkan rasanya dengan tambahan vanilla, garam mengikut kesesuaian. Jadilah ia salted caramel dan salted butterscotch masing-masing.

Untuk Bun Serunding:
Jalurkan susu pekat manis dan mayonis atas bun,kemudian taburkan serunding ayam.Siap.


Selamat mencuba...

Rabu, 5 November 2014

5th.Wedding Anniversary

Salam sejahtera.


Baru sempat bersiaran sejak berpantang ni,faham2 ja la..kena pandai mengatur masa uda ni sejak ada baby kecik.Rahel memilih untuk buat kek KEJU OREO yang simple2 sahaja sebab memang terkejar2 time siapkan kek ni,takut si kecik terbangun n meragam...hihihi.Dalam berpantang ni memang tak boleh makan sejuk2...nanti kembung perut,tapi oleh kerana sempena ulang tahun perkahwinan yang ke lima tahun sudah mari maka gue telan juga dua slice kek ni...hihihi..ampun...pasni kena berpantang balik ler....




OREO CHEESE CAKE


Bahan Kek Span Coklat:(loyang bulat 9")
100gm tepung kek
90gm gula kastor
55gm minyak masak
50gm susu cair
20gm serbuk koko
10gm ovalet
3 biji telur L
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp chocolate emulco

Cara membuat kek span coklat:
1.Griskan dasar acuan,lapik dengan baking paper.Panaskan oven 170'C.
2.Pukul gula,ovalet,telur,tepung kek dan baking powder sehingga pekat dan gebu selama
   5 minit pada kelajuan tinggi.
3.Perlahankan mixer,masukkan susu cair,chocolate emulco dan serbuk koko.Teruskan
   lagi memukul selama 5 minit.
4.Tuangkan minyak masak,gaul dengan spatula sehingga sebati.Tuang ke dalam acuan
   bakar selama 40 minit.
5.Bila kek dah masak,biarkan sejuk baru dibahagi 2,ketepikan.

Bahan Untuk Inti Keju Oreo:
5 biji kuning telur
140gm gula kastor
150ml susu sejat
250gm krim keju
2 tsp jus lemon
250ml UHT whip cream
1 tsp esen vanila
20gm gelatin dibancuh dengan 60ml air panas
1 paket kecil biskut oreo-diramas
Acuan spring foam 8''

Cara membuat kek keju oreo;
1.Alas acuan dengan aluminium foil,letakkan 1 bahagian kek span coklat dalam acuan.
2.Kuning telur dan gula dipukul sehingga lembut berkrim,ketepikan.
3.Panaskansusu dengan api yang sangat perlahan,kacau supaya tidak mendidih,masukkan
   bancuhan kuning telur,kacau rata.
4.Kemudian masukkan bancuhan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut,tutup api dan
   kacau sehingga sejuk.Ketepikan.
5.Pukul krim keju sehingga licin,masukka whip krim,jus lemon,esen vanila dan bahan yang
  dipanaskan tadi,gaul rata.Tambahkan oreo,gaul sebentar.
6.Tuang adunan ke dalam acuan yg berisi kek span coklat tadi.Tompok 1 bahagian kek span
   coklat.Sejukkan sebentar dalam peti sejuk.
   Keluarkan kek dari peti sejuk.Tuangkan chocolate glaze.Sejukkan semula dalam peti sejuk
   selama lebih kurang 4 jam.Hias sesuai kreativiti anda.

Chocolate Glaze resepi by Wendy Kor;
250gm dark chocolate-cincang
250g UHT whip cream
25g butter
25g sirap kencana or golden syrup

Panaskan whip cream,butter,sirap kencana hingga naik wap.
Tuang ke dalam cebisan dark chocolate.
Kacau hingga coklat larut.
Tuang ke dalam loyang yg berisi kek keju oreo tadi.


Enjoiii.

Selasa, 30 September 2014

Almond Bars

Selamat petang...


Setelah beberapa hari saya tidak mengambil apa2 tempahan maka ada la banyak masa untuk mencuba resepi yang telah lama tersimpan dalam lemari.Selalunya bila keluar jalan2 dan ternampak buku resepi memang tidak sah kalau tidak membeli,sampai rumah resepi dalam buku di tengok satu persatu,jika resepinya menambat hati,maka akan dicari la satu hari yang lapang tu khas untuk mencuba.Hari ni saya tertarik untuk mencuba Almond Bars,resepinya mudah dan nampak sedap dalam gambar.Terbayang-bayang seperti apakah kejadiannya bila sudah keluar dari oven...


Pada mulanya saya ingatkan Almond Bars ni manis sangat sebab tengok bahan2 dalam resepi pastry n filling ada guna gula caster n jem buahan,rupa2nya tidak...manis sedang2 saja dan sesuai dengan tekak saya.Kalau mahu tahu bab Almond Bars ni,pastry dia lembap...mungkin sebab adanya jem buah tu...dan fillingnya pulak memang moist dan lembut...bila masuk mulut...sedapnyaaa...tambahan pulak dengan hirisan almond yang crunchy...time bakar dalam oven pun punya la harum semerbak...memang berbaloi mencuba...so jangan tunggu lama-lama ya...cuba laaa...


ALMOND BARS
Sumber:Love Food

Bahan untuk Pastry:
175gm tepung gandum~diayak
125gm butter
25g gula caster
1/2 tsp esen vanila
1 biji kuning telur

Filling:
115gm butter
110gm gula caster
115gm serbuk almond (saya guna serbuk hazelnut)
3 biji telur gred A
1/2 tsp esen vanila
4 tbsp jem raspberry
Sedikit hirisan almond~dibakar sekejap dlm oven

Cara membuat Almond Bars:

Masukkan semua bahan untuk pastry ke dalam mangkuk,gaul dan uli sehingga jadi doh.

Masukkan doh ke dalam loyang empat segi 8"x 8".Ratakan.Mampatkan.

Simpan dalam peti sejuk selama 15 minit.Setelah itu keluarkan dari peti sejuk dan ratakan juga jem raspberry di atas pastry.Ketepikan.

Sementara itu panaskan oven pada suhu 165'C

Pukul butter bersama gula caster selama 5 minit.

Tambahkan telur,esen vanila.Putar hingga rata.

Tambahkan serbuk almond.Putar lagi hingga rata.

Tuang adunan ke dalam loyang yang ada pastry tadi.

Tabur hirisan almond di atasnya.

Bakar dalam oven selama 40-45 minit (bergantung kepanasan oven masing2)

Setelah masak,biarkan almond bars sejuk baru keluarkan dari loyang dan potong.



Enjoiii.

Khamis, 25 September 2014

Strawberry Macarons

Salam penuh ceria,semoga sentiasa dalam lindungan-NYA.

Beberapa hari yang lalu saya share resepi Hazelnut Chocolate Macarons dengan sedikit petua maka hari ini saya muncul dengan resepi Strawberry Macarons dan akan menambah lagi petua malam jumaat khas buat pembaca blog Rahel Blogspot.Saya bukanlah pakar macarons,saya share apa yang saya dapat ketika menyiapkan satu resepi dari buku resepi macarons atau resepi dari google.Semoga ia bermamfaat.


Sudah bersediakah dengar saya membebel? hehehe.Ada kakak2 adik2 yang selalu bertanya apa petua untuk menghasilkan macarons yang cantik...dan yang paling bermasaalah selalu ialah bahagian kaki macarons yang tak mau terbentuk....ini penyakit nombor satu cik macarons kalau sudah merajuk.Baiklah kita teruskan lagi dengan petua malam jumaat....

Serbuk badam,serbuk kacang hazel,serbuk kacang pistachio memang sedap untuk buat macarons,jadi sebelum kita guna sebaiknya di jemur di bawah panas matahari lebih kurang dua jam gitu,ini untuk mendapatkan serbuk kacang yang benar2 dalam keadaan yg kering...jangan guna serbuk kacang yang lembap atau baru keluar dari peti sejuk...cik macaron tak suka tau...

Gula icing yang kita guna pun kena pilih betul2,tak boleh main hentam saja...tak boleh guna gula icing yang banyak campuran tepung jagung.Gula icing yang sesuai kita guna ialah keluaran Nazri dan Prai...memang mahal sikit harganya dari beli gula icing di kdi bahan bakery.Sebelum kita guna sebaiknya diayak terlebih dahulu.

Gula caster macam biasa la...tapi yang ni pun kena tengok juga,jika ia lembap atau bergumpal2 sebaiknya cari gula caster yang dalam keadaan kering berderai.

Putih telur yang kita guna tu tak semestinya yang fresh dari ladang,jika ada lebihan2 putih telur dari peti sejuk pun boleh guna,yang paling penting tiada sikitpun kuning telur dalam tu dan yang penting bekas simpan putih telur bebas minyak...cik macaron tak suka minyak tau...

Pewarna makanan yang kita guna dalam adunan macaron ialah yang liquid,gel dan serbuk.Boleh juga guna pewarna biasa,tapi letak sikit sahaja ya kerana boleh menyebabkan meringue cair betul.

Mangkuk adunan,besi pengadun,sudu,nozel,spatula,food processor sebaiknya dijirus dengan air panas dan keringkan dengan tisu atau tuala dapur yang bersih.Bag piping juga kena guna yang baru bukan bekas buat fresh cream atau cream cheese atau butter cream ya...cik macaron tak suka minyak tau...

Boleh tengok sikit petua lagi di sini.Sekian dulu petua malam jumaat...


STRAWBERRY MACARONS
Sumber:Buku resepi macarons

Bahan-bahan:
75g serbuk badam (saya guna serbuk hazelnut)
115g gula icing,ayak
2 biji putih telur saiz L
50g gula caster
Sedikit pewarna merah jambu (liquid)

Filling:
55g unsalted butter
1/2 tsp vanilla extract
115g icing sugar,diayak
Strawberry fruit filling

Cara-cara:
1.Satukan gula icing bersama serbuk badam.Masukkan ke dalam food processor.
   Mesinkan hingga halus kemudian ayak.
2.Pukul putih telur hingga berbuih,tambahkan gula caster.Pukul lagi hingga menjadi
   meringue (jika mangkuk diterbalikkan adunan tidak jatuh)
3.Tambahkan campuran serbuk badam+gula icing.Kaup balik (jangan terlebih gaul).
4.Tambahkan pewarna merah jambu.Kaup balik hingga rata.
5.Tuang adunan ke dalam piping bag yang telah diletak nazel biasa.
6.Paipkan adunan ke atas dulang yang telah dilapik baking paper atau silpat.
7.Biarkan adunan kering,jika disentuh ia tidak melekat pada jari.
8.Bakar macaron dalam oven pada suhu 150'C selama 15-20 minit (bergantung kepanasan
   oven masing2)
9.Setelah masak,biarkan suam2 kuku baru tanggalkan dari dulang.Sejukkan atas redai.
10.Letak inti.

Untuk Filling:
Pukul butter dan vanilla extract sehingga kembang dan gebu.
Masukkan icing sugar sedikit demi sedikit.Pukul sampai licin dan berkrim.
Masukkan ke dalam piping bag.Paipkan melingkar ke atas sekeping macaron.
Letak sedikit strawberry filling di tengah (lihat gambar di atas)
Tutup dengan sekeping macaron.Siap.


Enjoiii.....

Rabu, 24 September 2014

Putri Ayu Coklat

Salam ceria selalu...


Selalunya kuih putri ayu kaler hijau,tapi kali ni muncul dengan kaler coklat pula...bukan hanya kaler yang coklat tapi memang ada rasa coklat.Resepi asalnya putri ayu hijau,tapi daku tambahkan sedikit serbuk koko dalam adunan untuk dapatkan rasa coklat.Bukan suka-suki derhaka pada resepi tau,tapi tekak saja yg teringin banget makan coklat2...hehehe.Apa2 pun..terima kasih tak terhingga kepada Rohaya kerana telah berkongsi resepi yang mudah dan sedap.Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki.Pada kawan-kawan yang mahu mencuba putri ayu coklat...dipersilahkan...cuma ikut ja resepi yang disediakan ya....sazzzzz...

PUTRI AYU COKLAT
Resepi asal:Rohaya1710
Diolah oleh:Rahel Blogspot


Bahan-bahan:
2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum (Rahel tolak 1 1/2 sudu besar & gantikan dg 1 1/2 sb serbuk koko)
1 cawan santan
1 sudu kecil ovalette

150g kelapa parut putih}
1 sudu makan tepung jagung}~digaul rata

Cara-cara:
1.Isikan kelapa putih ke dalam acuan,mampatkan.Sapu acuan dengan sedikit minyak.

2.Pukul gula dan telur hingga sebati,masukkan ovalette dan pukul lagi hingga pekat selama lebih kurang 10 minit.

3.Masukkan tepung,santan berselang seli dan pukul lagi hingga sebati.

4.Tuangkan adunan ke dalam acuan.

5.Kukus selama 8-10 minit dengan api sederhana.

Nota:
Rahel tambahkan 1 sudu teh baking powder ke dalam tepung gandum,kemudian ayak.


Selamat mencuba.

Sabtu, 20 September 2014

Nasi Tomato

Selamat pagi kepada semua pembaca blog Rahel Blogspot.Semoga sentiasa sihat dan ceria.


Awal lagi sudah menayang Nasi Tomato,semalam punya hidangan ler.Lama juga tidak pekena nasi tomato ni,semalam try cari-cari resepi yang mudah dan senang di google,tiba2 pulak ternampak resepi Nasi Tomato dari Puan Hanieliza lengkap dengan resepi beriani daging...tapi saya tidak punya stok daging,so saya ambik resepi nasi aje la...hermmm...memang sedap...licin....jom kita tengok bahan-bahannya.

NASI TOMATO
Sumber:Chef Hanieliza

Bahan-bahan:
5 cawan beras-cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato-cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b marjerin/minyak sapi
5 s/b minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

Bahan Tumis:
3 ulas bawang putih-hiris
5 ulas bawang merah-hiris
1 inci halia-hiris
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara memasak:

1.Tumis bawang merah,putih,halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau.Gunakan periuk rice cooker tu.

2.Masukkan susu cair,tomato,garam dan gaul rata.Tambah air dan biarkan mendidih.

3.Masukkan beras dan daun pandan/daun sup dan alihkan periuk ke dalam tempat rice cooker dan biarkan masak.

4.Apabila nasi telah kering,kacau rata tapi jangan sampai hancur.

5.Boleh hidangkan bersama lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun.

Enjoiii.

Jumaat, 19 September 2014

Hazelnut Chocolate Macarons

Salam ceria,semoga sentiasa bahagia.....


Lama juga rasanya saya tidak buat macaron aka cik manis ni...memang tidak boleh diamalkan selalu...boleh menyebabkan diabetes...hihihi.Perasaan yg teringin sangat tu muncul lagi semalam...nasib la ada sikit bahan-bahan dalam peti sejuk..jadi awal pagi selepas sarapan terus start mengadun...nasib la cuaca cerah masa tu...skejap jak adunan sudah kering dan hasilnya sungguh menyenangkan....saya gandingkan dengan green tea yang panas2...sedap pulak hazelnut macaron ni.Anda mahu mencuba?...sila ikut sedikit petua malam jumaat yang saya share...teruskan scroll ke bawah....jom!


Jika kita menggunakan baking paper,sebaiknya guna dua lapisan ya...ini utk mengelak bahagian bawah macaron cepat hangit semasa kita membakar.Saya lebih selesa guna silicone mat sebab ianya tebal dan tak perlu susah2 untuk lukis bulatan lagi.Sekiranya kita menggunakan silicone mat semasa paip adunan jangan terlalu penuh,sebaiknya tinggalkan sedikit ruang di tepi bulatan tu..sebab semasa proses mengering adunan akan melebar ke tepi,

Untuk proses mengering pulak kita kena banyak bersabar ya,sebab yang ni bergantung juga pada keadaan cuaca...lainlah kalau di negeri orang puteh...mereka ada alat pengering khas jadi tak perlu tunggu lama.Bila cuaca panas sekejap saja adunan sudah kering,tapi bila kena cuaca lembap atau hujan maka bersedialah untuk makan hati....kuang kuang kuang.

Oh ya,pastikan adunan benar-benar kering iaitu bila disentuh dengan jari ia sangat kering dan tak melekat pada jari.Jika adunan tidak cukup kering,boleh menyebabkan macaron kita meletup macam gunung berapi or retak semasa proses pembakaran.


Time kita bakar macaron pastikan kita jenguk skali skala ya...takut rentung pulak...hehehe.Pastikan suhu oven kita tu tidak terlalu panas ya...sebab boleh menyebabkan macaron kita jadi cookies or sangat crunchy.Macaron yg berjaya diluarnya rangup ala2 manja n dalamnya kenyal.Oh ya,sekiranya api oven bahagian atas sangat panas sebaiknya sediakan satu keping aluminium foil dan tutup macaron..ini untuk mengelakkan macaron kita jadi keperangan...


Setelah macaron kita sudah masak,keluarkan dari oven...jangan terus pandai2 mahu tanggalkan dari baking paper or silicone mat...tapi sebaiknya bersabarlah sebentar...tunggu dia suam2 kuku baru tanggalkan,kemudian sejukkan sebentar di atas redai.Bila sudah sejuk bolehlah diletak inti coklat dan simpan dalam bekas.Jika tidak habis di makan boleh simpan dalam peti sejuk..tahan 1-2 minggu.


HAZELNUT CHOCOLATE MACARONS
Sumber:Buku Resepi Macarons

Bahan-bahan:
75gm serbuk kacang hazel
115gm gula icing
2 biji putih telur saiz L
50gm gula caster

Inti Coklat:
Hazelnut and Chocolate Spread

Cara-cara:
1.Satukan gula icing bersama serbuk kacang hazel.Masukkan ke dalam food processor.
   Mesinkan hingga halus kemudian ayak.
2.Pukul putih telur hingga berbuih,tambahkan gula caster.Pukul lagi hingga jadi meringue
   (jika mangkuk diterbalikkan adunan tidak jatuh)
3.Tambahkan campuran serbuk kacang hazel + gula icing.Kaup balik hingga rata.
4.Tuang adunan ke dalam piping bag yg telah diletak nozel biasa.
5.Paipkan adunan ke atas dulang yg telah dilapik baking paper atau silicone mat.
6.Biarkan adunan kering,jika disentuh ia tidak melekat pada jari.
7.Bakar macaron dalam oven pada suhu 150'C selama 15-20 minit (bergantung kepanasan
   oven masing)
8.Setelah masak,biarkan ia suam2 kuku baru tanggalkan dari dulang.Sejukkan atas redai.
9.Letak inti coklat.


Enjoiii....

Khamis, 11 September 2014

Pau Gebu & Lembut

Salam penuh ceria selalu...


Petang ni saya menyempatkan diri buat sedikit Pau untuk peneman Nescafee O.Semalam sebok mencari resepi pau yang simple dan yg pastinya haruslah mengguna tepung gandum sahaja...malas pi cari tepung pau...lebih2 lagi cuaca sekarang yg sangat panas...skejap datang hujan skejap panas terik.Maka terjumpa la resepi Pau Gebu & Lembut di dapur Noreen.Tengok bahan2nya memang simple,jadi kita pun ambik la resepinya.

Ermmm...hasilnya memang gebu & lembut.Suka sangat dan puas hati.Inti kita kasi peanut n kacang hitam aja.So terpulang pada selera memasing la ya...jika mahu inti yg sedap..rajin2 la skodeng di google...pastinya banyak resepi inti pau yang menarik.

Saya banyak buat kesilapan time buat Pau ni...hihihi.Pau tak berapa mulus sebab tak balut tudung periuk dg kain..pastu bila pau dah masak...saya biarkan dalam pengukus...maka merajuk la ia dan terjadilah bekas2 jerawat.Oh ya,untuk doh Pau pula saya letak 1 tsp pandan paste sebab doh mengguna tepung gandum dan saya tak mau pau yg kelihatan kuning.Jom kita lihat resepinya....


PAU GEBU DAN LEMBUT
Sumber:Noreen 

Bahan-bahan (10 biji)
250gm tepung pau atau tepung gandum (saya guna tepung gandum)
3gm (1 tsp) yis
2gm (1/2 tsp) baking powder (saya guna D A baking powder)
50gm (4 tbsp) gula castor
20gm (1 tbsp) lemak sayuran
2gm (1 tsp) bread softener-optional klu tiada pun pau masih lg gebu & lembut
1/2 cawan air suam (yg ni sy tambah lg air sampai doh elok diuli)

Inti secukupnya (sesuai selera)

Cara-cara:


1.Satukan tepung,yis,baking powder,gula dan bread softener ke dalam mangkuk adunan

2.Ulikan sebati dengan memasukkan air sedikit demi sedikit

3.Masukkan lemak sayuran dan ulikan lagi sehingga doh menjadi kental dan tidak melekat di tangan.

4.Jika menggunakan breadmaker masukkan semua bahan mengikut turutan air suam-yis-tepung baking powder-gula-bread softener-lemak sayuran

5.Kemudian pilih menu doh (tidak perlu menunggu sehingga doh siap selama 1 1/2 jam cukup sekadar 10 minit atau sehingga doh sebati dan bolehlah dikeluarkan dari BM)

6.Setelah itu bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 45gm dan bentukkanmenjadi bulat.

7.Ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di tapak tangan dan letakkan satu sudu kecil inti yang  disukai dan tutupkan semula menjadi bentuk bulat.Lakukan sehingga habis.

8.Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 minit atau 1 jam.

9.Sementara itu panaskan kukusan dan pastikan setelah air mendidih barulah dimasukkan doh2 tadi dan kukuskanlah selama 10 minit.

Note:Air kukusan perlulah betul-betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan  pau yang gebu dan lembut.


Jemput mencuba ya.

Khamis, 28 Ogos 2014

Chocolate Eclair

Salam manis selalu buat pembaca Rahel Blogspot.


Jika semalam Rahel tayangkan Durian Cream Puff hari ni tayangkan Chocolate Eclair pula.Sebenarnya adunan untuk cream puff dan eclair adalah sama.Bentuknya pula terpulang pada citarasa masing-masing.Kebiasaan letak custard filling untuk kedua-dua benda ni,tapi jaman skarang ada pelbagai perasa atau pelbagai cream untuk dijadikan filling.Untuk resepi pastry boleh lihat DI SINI.Isikan doh ke dalam piping bag dan gunting  hujungnya sebesar 2cm.Kemudian paipkan ke atas dulang sepanjang 3 inci.Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 30-35 minit api atas dan bawah.


CUSTARD FILLING:
200g UHT whip cream (Anchor)
100g instant custard powder
250ml susu full cream

Cara-cara:
1.Pukul UHT whip cream sehingga keras.Simpan dalam peti sejuk.
2.Satukan instant custard powder bersama susu full cream.Kacau hingga pekat.
3.Tambahkan UHT whip cream tadi.Kaup balik hingga rata.
4.Masukkan ke dalam piping bag.

CHOCOLATE GLAZE
150gm coklat masakan~dicincang
100gm UHT whipping cream

Coklat rice secukupnya untuk hiasan

Cara-cara:
1.Panaskan whipping cream.Tuang ke dalam cebisan coklat masakan.Kacau hingga coklat melarut.

PENYELESAIAN:
Paipkan custard filling ke dalam pastry tadi.
Celupkan pastry ke dalam chocolate glaze.
Hias dengan coklat rice.


Selamat mencuba.