Khamis, 12 Disember 2013

Hello

Salam sejahtera dan salam ceria selalu...
 
 
Rainbow Cake 7" diorder oleh Cik Nieza sempena harijadinya,warna dan deco sesuai dengan pilihannya.Memang pandai betul pilih kek.Terima kasih sudi order.
 
 
Sweet Potato Cake 8 inci diorder oleh Pn Fareda sempena harijadi teman sepejabatnya.Terima kasih setia bersama Rahel.
 

 
 
Rainbow Cake 6 inci diorder oleh Pn Nitaku.Rahel deco sikit2 kasi ceria gitew.Terima kasih setia bersama Rahel.
 
 
Perghhh....Red Velvet Cheese kesukaan my customer.Hermm tak dapat ingat nama2 yang mengoder kek ni.Salah satu kek yang akan ada dalam kelas Red Velvet Cheese & Lava Cheese Cake @ Cheese Cake Meleleh untuk tarikh 4,19,25 January 2014.Yuran RM250/seorang.Kepada warga Tawau yang berminat mahu join kelas Rahel,sila pm di fb atau sms ke 012-8015195 (Rahel).Terima kasih. 
 
 
Melty Hershey Coklat.Sebenarnya Rahel inda' mau buat sudah,tapi ramai yang selalu bertanya,jadi Rahel buat la lagi.Sedap,ada rasa cheese,coklat yang sedap dan ada beberapa lg bhn2 lain.Rahel jual satu bekas RM9.00 untuk 250ml.Terima kasih kepada yang sudi order. 
 
 
Kuih Putri Ayu,diorder oleh Pn Fareda untuk makan2 di ofis.Rahel ada buat Kuih Putri Ayu Frozen.Rahel jual sekali 40 biji RM30.00.Sesuai kepada yang tidak ada masa untuk baking2 atau yang tiada peralatan di rumah.Yang ni tinggal kukus saja selama 10 minit dan boleh terus hidang.Senang kan....Terima kasih.
 
 
Kek Lapis Masam Manis yang sememangnya masam manis,kebetulan Pn Mardiana order setengah saja,jadi Rahel pun dapatlah yang setengah untuk makan2 di rumah.Resepi Kek Lapis ni Rahel ambik dari dapur Dayang Jack.Pas ni teman2 boleh cuba ya...
 
KEK LAPIS MASAM MANIS
Sumber:Dayang Jack
 
Bahan-bahan:Loyang 8x8"
10 biji telur A
200g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus,diayak & kemudian barulah disukat)
100g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak)
450g mentega berkualiti (Rahel guna butter Golden Churn)
1 sudu besar ovalete
1 sudu kecil esen vanilla
150g gula kastor
hawflake secukupnya
pewarna biru dan merah jambu~pewarna lain pun boleh
 
Cara-cara:
1.Pukul telur,gula,esen vanilla dan ovalette hingga kembang.
2.Dalam bekas yang lain,putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
3.Kemudian satukan langkah 1 dan 2.Sebatikan.
4.Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong.Kacau sebati dengan
   spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati.
5.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Warnakan biru dan merah jambu.
6.Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut citarasa.
   (setiap lapisan diratakan dengan 7 sudu makan adunan).
7.Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api
   atas sahaja.Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau hingga keperangan.(setelah habis
   melapis,bakar pada suhu 140'C selama 10 minit lagi supaya kek masak sempurna.
 
Nota:
***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.Jadi sila adjust sendiri.
***Loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak.
***sukatan gula mengikut citarasa.
***mentega berkualiti contoh:SCS,Golden Churn,Tatura,Anchor dsb.
***sekiranya tak naka guna tepung gandum/hongkong,boleh guna tepung biskut marie
      sepenuhnya.
***semakin lama kek disimpan semakin moist rasanya.
***simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama.
***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering,sapukan permukaan-
      nya dengan jem atau mentega.
 
 
French Macaroons dengan inti nutella dan peanut butter,diorder oleh Cik Iffah dengan tema peach dan biru.Semoga berpuas hati dengan hasilnya.Terima kasih.



14 ulasan:

Umie Jazz berkata...

Aduh ruhil semua nmpk sedap2 blaka.....suka tguk sentuhan airtgn rahel...

Amie berkata...

Hello... bisnes makin rancak di penghujung tahun....meriahnya bu!

Rina Audie berkata...

wow...cantik semua keknya kak. Speechless...

comfortnblissful berkata...

wah...sedap2 kek tu.cheese kek melelh sgt sedap...
http://comfortandblissfullife.wordpress.com/

myda_ahmad berkata...

semoga maju bisnes rahel...

sWeEt 'N LoVeLy berkata...

Cantiknya kek blue obre tu...mesti sedap kan...

paridah berkata...

cantik2 semua kek Rahel, teringin nk merasanya...

mama sara nur berkata...

assalam rahel
cantik semua kek 2 rahel
akak baru nak buat ombre he hee hari tu wat x jd ombre

Wani berkata...

lama x singgah blog rahel ..makin maju dah bisnes tuuu.. dah jarang dah nak update macam dulu kan... semoga bisnes lagii maju .. :))

fazianbatrisyia berkata...

hasil kerja kemas & cantik...suka tengok. kalau sy yg cam tu kan best...

tengku emysya berkata...

makin berjaya ye rahel.. kelas di semenanjung tiada ke..

Bbwana adienia berkata...

salam rahel..

uina, siuknya buka kelas sudah?ba, bagus la ba tu kan..siuk bah tinguk macam2 order..mudahan tambah maju bisnesnya rahel..

Bbwana adienia berkata...

salam rahel..

uina, siuknya buka kelas sudah?ba, bagus la ba tu kan..siuk bah tinguk macam2 order..mudahan tambah maju bisnesnya rahel..

zila norazila berkata...

Semuanye sedap dn cntik la rahel..klu x leh jumpa di klas chef amir kn..x de rezeki lg..