Isnin, 18 November 2013

French Macaroons

Selamat malam kepada pembaca blog Rahel Blogspot,semoga happy selalu...


Malam ni ada masa free sikit jadi dapatlah masukkan entry yang tertangguh.Kali ini kita muncul dengan French macaroons pulak,kalau dengar bab macaroons memang sudah terbayang benda-benda yang manis kan...hermm bukan macaroons namanya kalau tidak manis dan tak akan jadi macaroons jika kurang manisnya...waaaaa...indak boleh diamalkan selalu...sekali sekala boleh la...
 
French Macaroons kali ni Rahel letak inti yang segera sahaja...peanut butter..hehehe..mana kala minumannya pulak ialah green tea...baru la padan kan...kalau mac sudah manis takkanlah dipadankan lagi dengan minuman yang manis...boleh meremang bulu tau.Ok lah,pada yang berani mencuba mac silahkan tinjau-tinjau resepinya di bawah sana...sazzz...

French Macaroons
Sumber:i love macaroons

Bahan-bahan:
2/3 cawan (85g) serbuk badam
 1 1/2 cawan (150g) gula icing
3 biji putih telur gred A
5 sudu besar (65g) gula kastor
1 tsp vanilla extract

pewarna sesuai pilihan
inti sesuai pilihan

Cara:
1.Sediakan parchment paper.Alas dulang pembakar dengan parchment paper.
2.Mesin serbuk badam,gula icing hingga halus.Ayakkan.
3.Putar putih telur hingga berbuih.Tabahkan gula kastor.Pukul lagi sehingga pekat.
4.Tambahkan serbuk badam (3x) sedikit demi sedikit.Kaup balik hingga rata.
   Tambahkan vanilla extract,pewarna dan kaup balik hingga sebati.
5.Isikan ke dalam piping bag.Paipkan adunan sebesar duit 50 sen ke atas dulang yang
   telah dialas dengan parchment paper tadi.
6.Setelah semua adunan selesai dipaipkan,biarkan adunan kering,jika disentuh dengan jari
   ianya tidak melekat pada jari.
7.Bakar dalam oven pada suhu 175 'C selama 15-18 minit.
8.Setelah masak biarkan macaroons di atas redai.Tanggalkan dari parchment paper.
   Sandwich dengan inti pilihan.


Selamat mencuba...

7 ulasan:

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

Assalam Rahel
Emm sukanya tgk macaron Rahel ni
Akak blm berjaya buat huhuu asyik fail je

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) berkata...

salam kak rahel...
prnh bt sekali tp kurg memuaskn..
nk bt plk terus mls...

Wani Sukarno berkata...

dah memang pro memang la menjadi macaroon die hihi... setakat ni blom lagi nak cuba ....

Sweet red cherry berkata...

waa, sedap dan cantik lagi tu..ni la yang aku mau blajar buat ni tapi belum ada keyakinan lagi..

cheq da berkata...

Sedapnya rahel..tiap kali cuba bt macaron mesti xjd

Cendana Kasih berkata...

cantiknye macaron tu rahel..soft colour.. so sweet !!!

Amie berkata...

Gue bawa secawan lemon panas tanpa gula.. mau makan sama itu macaroonssss...