Jumaat, 2 Ogos 2013

Doggies Cookies

Selamat malam semua....mata sudah mengantuk sangat tapi kena siapkan juga laporan malam ni sebab esok dan esok masih tetap sebok jadi tidak banyak masa menghadap laptop.Kali ni Rahel cuba pulak buat cookies berbentuk doggie tapi masih kurang cantek,tak menjadi sangat bentuk dia kan...hehe.Doggies cookies ni udah lama famous di Indonesia,pertama kali nampak terus tertarik dengan bentuk dia yang cute-cute.Resepi untuk buat doggies cookies ni memang banyak macam juga,ada yang daripada sereal dan ada juga yang daripada milo,tapi doggies cookies yang Rahel buat ni guna resepi tat nenas sahaja...kira tat nenas jugak la tapi buat dalam bentuk doggies...hikhikhik.Ok la tu...jom kita ramai-ramai buat doggies cookies...
 
 
Doggies Cookies
Diolah oleh:Rahel
 
Bahan A:
220g mentega
60g gula aising
 
Bahan B:
1/2 tsp esen vanilla
1 biji telur
sedikit pewarna kuning lemon
 
Bahan C:
250g tepung gandum
60g tepung jagung
30g susu tepung
 
Inti:Jem nenas secukupnya,ditimbang 8g setiap satu,bulatkan.
 
Hiasan:coco crunch,chocolate rice,chocolate chip
 
Cara membuat:
1.Sebatikan bahan A.Tambahkan bahan B,gaul rata.
2.Masukkan bahan C sedikit demi sedikit.Uli hingga jadi doh.Timbang 10g setiap satu.
   Bentuk bulat,leperkan,letak jem nenas,bulatkan kembali.Susun dalam dulang pembakar.
   Hias dengan bahan hiasan.
3.Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 25-30 minit.