Isnin, 29 Julai 2013

Biskut Keju

Selamat petang & selamat berbuka puasa.
 
 
Baru ni kali ada masa sikit lepak depan computer,saja mau tambah koleksi resepi biskut dalam blog masakan gue,jadi kepada teman-teman yang belum buat biskut raya tu bolehlah mencuba resepi biskut keju Chef Hanieliza ni,dijamin bakal puas hati banget.Kejunya yang renyah bikin kita nda' mau berenti mengunyah.Pada resepi asal topping dia hanya parutan cheddar cheese tapi kali ni Rahel tambahkan sedikit hirisan ceri merah dan juga sultana yang telah dicincang dan tak sangka rupa2nya kejadiannya sangat wangi dan bertambah enaknya.
 
Oh ya,gambar biskut keju dalam buku resepi tak seperti dengan yang Rahel buat ni,bentuknya empat persegi sahaja dan adunan juga tersangat lembik,jadi Rahel ambil keputusan untuk masukkan adunan dalam bag piping dan paip bentuk bulat macam dalam gambar yang ada di bawah,memang mudah sangat kan...tangan pun tidak berminyak tau...buatnya pun santai aja.Jadi apa tunggu lagi...yuk bikin biskut keju....
 
 
Biskut Keju
Sumber:Buku Resepi Biskut & Kek
 
Bahan-bahan:
250g mentega
220g gula halus (Rahel guna 270g gula halus)
300g tepung gandum
160g tepung jagung
1 biji telur
250g keju cheddar (disagat halus)
Sedikit esen vanilla
 
Topping:
Keju cheddar secukupnya-disagat
100g sultana-dicincang
100g ceri merah-setiap satu dibelah empat
2 kuning telur
 
Cara membuat:
1.Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang.
2.Masukkan telur dan esen vanilla.Pukul sebati.
3.Masukkan keju yang sudah disagat.Gaul sebati.
4.Akhir sekali masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul rata.
5.Canaikan adunan dan terapkan mengikut acuan dan sapukan kuning telur.
6.Tabur sedikit keju parut,sultana,ceri merah dan bakar biskut pada suhu 170'°C selama 20-25 minit atau pun sehingga biskut masak dan menjadi kekuningan.
  
Nota dari Rahel:

*Rahel letak di rack bawah dan bakar pada suhu 175'C selama 30 minit api atas dan bawah

*Adunan sangat lembik jadi Rahel masukkan dalam bag piping dan paipkan ke atas dulang yang telah dilapik baking paper.
 
 
Selamat menikmati biskut keju yang enak banget.


Rabu, 24 Julai 2013

Mie Koclok For idfb Challenge 11

Selamat petang dan selamat berbuka puasa...
 
 
Ini yang pertama kalinya Rahel ikut tantangan/cabaran dan kali ini cabarannya ialah memasak mie warisan Indonesia..waaa...memang Rahel suka masak dan suka makan mie...sama ada yang rebus atau pun yang digoreng,tapi jujur aja ya,yang namanya masak mie warisan itu memang tidak ada dalam keluarga kami,yang ada hanyalah mie goreng biasa sahaja...bumbunya pun simple saja,cuma pake' kecap,sawi,taoge dan hirisan dada ayam saja.
 
 
Semenjak Rahel terpandang tantangan untuk masak mie di idfb beberapa hari yang lalu memang terus tertarik untuk ikut serta dan sempat juga Rahel tanya sama ibu admin sama ada Rahel boleh ikut atau tidak dan jawapannya mengatakan " Rahel,bisa dong''.Sejak itulah Rahel cuba-cuba cari resepi mie warisan turun temurun masyarakat Indonesia dan ternyata memang banyak sekali resepi yang sedap-sedap hingga membuatkan Rahel bingung mau pilih yang mana satu.
 
Setelah puas memilih resepi mie,maka pilihan tertuju ke resep Mi Koclok dari Sajian Sedap Indonesia.Belum masak sudah terbayang akan keenakan mie koclok yang mengandungi kuah santan berkaldu ayam serta di sajikan dengan telor rebus,sambal cabe,kol,taoge dan ayam suwir.Wallaaa...pastinya segar banget.Oh ya,untuk menyediakan mie koclok ini ternyata sangat mudah dan tidak cerewet,tapi hasilnya memang enak sekali,kuahnya itu bikin Rahel tak mahu berhenti slrup! Kepada teman-teman yang tercari-cari menu untuk berbuka puasa,silahkan mencuba Mie Koclok yang pastinya enak banget. 

 
 
 
MIE KOCLOK
Sumber:Sajian Sedap
 
Bahan:
200g mi telur kering bulat.direbus matang
1 buah dada ayam bertulang
2 3/4 st garam
1 1/4 st gula pasir
2 batang seledri,diikat
1.250ml air
250ml santan dari 1 butir kelapa
1 1/2 sdm maizena & 1 1/2 sdm air,untuk pengentalan
1/2 sdm minyak goreng untuk menumis
Minyak untuk menggoreng
 
Bumbu halus:
6 siung bawang putih
1 st merica bubuk
 
Bahan pelengkap:
100g taoge,diseduh
100g kol,diseduh
2 batang daun bawang,diiris
2 butir telur rebus
1/4 st garam
 
Bahan sambal (direbus,kemudian dihaluskan):
6 buah cabai rawit merah
2 buah cabai merah keriting
1 siung bawang putih
1/4 st garam
 
Cara membuat:

1.Rebus ayam,garam,gula pasir,seledri & air di atas api kecil sampai berkaldu.Saring.Ukur kaldunya 1.000ml dan angkat ayamnya.

2.Goreng ayam di dalam minyak yang dipanaskan di atas api sedang sampai berkulit.Angkat dan suwir-suwir.Sisihkan.

3.Rebus kembali kaldu ayam.

4.Tumis bumbu halus sampai harum.Masukkan dalam rebusan kaldu.Masak sampai mendidih.

5.Tuang santan.Masak sambil diaduk sampai mendidih.Kentalkan dengan larutan maizena.Aduk sampai meletup-letup.

6.Tata mie dalam mangkuk.Tuang kuah.Sajikan bersama bahan pelengkap dan sambalnya.
 

Selamat menikmati Mie Koclok.


Selasa, 23 Julai 2013

Cendol Gula Melaka

Selamat petang dan selamat berpuasa...
 
 
Cendol Gula Melaka
Sumber resepi:Hanieliza
 
Cendol
 
Bahan:
3 cawan jus pandan + pewarna hijau (gunakan 10-15 helai daun pandan)
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur
secubit garam
 
Cara:

1.Gaulkan semua bahan dan tapiskan.

2.Masak dalam kuali/non-stik wok sehingga naik wap dan kental.(sentiasa kacau supaya tidak hangus)

3.Sediakan mangkuk berisi air sejuk atas meja.

4.Tekan atas acuan berlubang.(Rahel guna senduk berlubang macam kak Liza)

5.Sediakan air gula merah dan santan untuk cendol.(Boleh gantikan air soya/susu cair atau air bandung untuk makan cendol)
 
Sirap gula Melaka:
1 ketul gula Melaka (potong kecil2)
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan
 
*Masak hingga gula larut dan pekat,tapiskan,sejukkan.
 
*Untuk santan pulak Rahel gantikan dengan susu segar...nyaman bah..
 
 
 
Terima kasih kepada Chef Hanieliza atas resepi cendol yang meletop.


Sabtu, 20 Julai 2013

Almond London

Selamat malam.Lewat sikit saya upload resepi kali ini.Sibuk sangat siapkan tempahan biskut raya.Resepi ni saya jumpa di wall rakan facebook,nampak menarik jadi saya pun cubalah.Hasilnya memang tak menghampakan.Kepada yang suka makan biskut almond london bolehlah cuba resepi ini.
 

Almond London
Sumber:Facebook Noor Dz Salleh

Bahan-bahan:
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur gred A
1 sk esen vanilla
50g nestum-dikisar

500g tepung gandum }
1 sk baking powder}--->diayak bersama
1 sk emplex}

papercup secukupnya

Hiasan:
Badam cincang-digoreng tanpa minyak
700g dark chocolate compound-double boil hingga cair

Inti:
200g badam biji-dibakar sebentar dalam oven

Cara membuat:

1.Pukul mentega dan gula hingga kembang.

2.Masukkan telur,esen vanilla.Pukul sebati.

3.Masukkan nestum,pukul sebati.

4.Masuk tepung,gaul rata dengan tangan atau senduk.

5.Ambil sedikit,letak inti di tengah-tengah dan bentuk bujur.

6.Bakar 25 minit pada suhu 175'C.

7.Bila dah sejuk,celupkan dalam coklat yang telah dicairkan tadi.

8.Letak dalam papercup.Taburkan badam cincang.Sejukkan sebentar dalam peti ais.Bila coklatnya dah keras,letak pada suhu bilik.Simpan dalam bekas kedap udara.

Terima kasih kepada Kak Noor Dz Salleh kerana sudi berkongsi resepi Almond London.
 
 
 
 


Puding Sagu Gula Melaka

Salam...
 
Puding Sagu Gula Melaka

 
Bahan-bahan:
300gm biji sagu warna putih
2 liter air
1/2 camca teh pewarna hijau
2 helai daun pandan (kisar dan tapis jusnya)
 
Sirap gula:
1 ketul gula Melaka (potong kecil)
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan
(masak gula hingga larut dan pekat,tapisdan sejukkan)
 
Bahan untuk kuah santan:
1 cawan pasti santan + 1/2 camca teh garam (boleh ganti dengan susu sejat)
 
Cara menyedia:
1.Didihkan air,masukkan daun pandan dan pewarna hijau.Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih.

2.Masak sagu hingga menjadi jernih.Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2-3 minit.

3.Angkatsagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya.

4.Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan.

5.Simpan dulu dalam peti sejuk 1 1 1/2 jam.
 
Cara hidang:
Keluarkan sagu dari acuan,masukkan dalam mangkuk2 kecil.Tuang sedikit air gula Melaka
dan sedikit santan atau susu sejat.Sedaap dimakan sejuk.
 
Nota daripada Rahel:
*Rahel gantikan kuah santan dengan susu segar...tetap nyaman...
*Hasilnya 12 bekas kecik macam dalam gambar atas.
*Terima kasih banyak-banyak kepada penyumbang resepi.
 
 
Enjoiii...


Selasa, 16 Julai 2013

Bingka Tepung Beras

Salam...
 
Bingka Tepung Beras atau Bengkang Tepung Beras
Sumber resepi:Kueh Mueh Hanieliza
 
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 camca teh garam
6 cawan santan (1 biji kelapa)
1 helai daun pandan (simpulkan) 
 
Cara:
1.Campurkan semua bahan dan tapiskan dalam kuali
   (Rahel gunakan non-stik wok mcm kak Liza)
2.Masukkan daun pandan dan masakkan sambil dikacau atas api perlahan hingga naik wap.
   Tutup api dan kacau sehiingga kental (Rahel masak sampai pekat mcm bubur)
3.Buangkan daun pandan dan tuangkan ke dalam loyang yang disapu minyak.
4.Bakar dengan api atas dan bawah pada suhu 180'C hingga bahagian atasnya keperangan
   dan kuih masak dalam jangkaan masa 1 1/2 jam.
5.Sejukkan baru dipotong dan hidangkan.
 
Nota dari Rahel:
*Acuan hendaklah disapu dengan minyak/marjerin,kemudian lapik dengan kertas pembakar,
  kemudian sapu keseluruhan kertas pembakar dengan minyak/marjerin.Cara ini untuk me-
  mudahkan kita untuk tanggalkan bingka dari acuan tanpa cacat aka sumbing...hehehe....
*Sebaiknya guna acuan 8" untuk membakar agar kuih cepat masak.
*Untuk permukaan kuih yang perang tu Rahel bakar lagi selama 30 minit pada suhu 200'C
  selama 30 minit (api atas).
*Setelah kuih masak,pastikan betul-betul sejuk dalam 4-5 jam sebelum dipotong.Kalau
  potong awal2 alamatnya tangan n jemari u yang lentik tu akan comot...hikhikhik...
 
 
 
 
 
Selamat mencuba.


Ahad, 14 Julai 2013

Tat Strawberi Gulung

Salam...


Tat Strawberi Gulung

Pineapple Rolls
Sumber resepi:Chef Alan Ooi

Bahan A:
220g mentega
60g icing sugar (diayak)

Bahan B:
1/2 tsp vanilla essence
1 biji telur (makcik ambik yg kuning jer)

Bahan C:
250g tepung gandum (kalau boleh ayak sampai 3x)
60g tepung jagung
30g tepung susu

Glazing:2 kuning telur

Cara membuat:
1.Sebatikan bahan A.Tambahkan bahan B.Gaul rata.Masukkan bahan C.Uli hingga menjadi
   doh lembut.
2.Tekankan ke dalam acuan tat gulung.Letak jem nenas.Gulung kemas.Susun dalam dulang
   pembakar yang telah digris atau diletak baking paper.Sapukan kuning telur.
3.Bakar dalam oven pada suhu 165'C selama 20-25 minit (makcik bakar tat pada suhu 170'C
   selama 30 minit)

Nota:
*Untuk doh sila tambahkan pewarna merah atau pink dan hias mengikut selera anda.
*Untuk inti sila guna jem strawberi.


 

Isnin, 8 Julai 2013

Kuih Bahulu Vanila

Selamat bersiaran..
.
 
Awal-awal lagi makcik bangun siapkan kuih bahulu ni.Kalau tengok kuih bahulu di dapur kawan2 memang jeles banget.Mula-mula ingatkan mau try resepi kuih bahulu dari dapur Kak Ratna @ Madiha sebab Nampak kuih bahulu yang dia buat tu memang bikin jeles...halus..mulus..dan nampak gebus.Tapi angin tiba2 berubah arah...hehe..teringat pulak resepi kuih bahulu vanilla dalam buku resepi kompilasi hidangan kek by Chef Noraini Zakaria..makcik tertarik untuk mencubanya...lagipun resepinya memang mudah banget...
 
Oh ya,untuk kali ni makcik buat dua perisa pulak...satu adunan tu makcik bahagi kepada dua bahagian.Sebahagian makcik letak pes pandan 1 sudu kecik and yang sebahagian tu memang vanilla sahaja...so dapat dua perasa la pepagi ni.Kuih dia sangat gebu dan lembut di dalamnya.Pekena teh hangat memang puas hati.Apa2 pun kena cuba dulu baru tau kan...jom semak resepinya....jeng jeng jengggg...
 
 
Nah...jika di isi penuh kuih bahulu nantinya akan gebu or montok....hehehe...tapi jika mahukan bahulu yang saiznya sedang-sedang sahaja,isi separa acuan aje.
 
 
KUIH BAHULU VANILA
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria
 
Bahan-bahan:
200g gula kastor
 
200g tepung gandum}
1 sudu teh serbuk penaik}-diayak (A)
 
5 biji telur gred A
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna hijau dan merah (yang ni makcik abaikan)
 
Cara membuat:
1.Pukul telur dan gula kastor hingga putih dan gebu dengan kelajuan tinggi selama
   10 minit.
2.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau.
3.Campurkan esen vanilla dan akhir sekali campurkan minyak masak dan digaul sebati.
4.Ambil sedikit adunan dan warnakan merah dan hijau. (yg ni makcik abaikan juga)
5.Sapu acuan baulu dengan sedikit minyak masak.Panaskan dalam ketuhar selama 5 minit.
6.Letakkan 1/2 sudu pewarna merah dan hijau di dalam acuan.Tutup dengan adunan warna
   biasa.(maksudnya,ambil sedikit adunan merah dan hijau dan sudukan ke dalam acuan ke-
   mudian tutup dengan adunanan warna biasa)
7.Bakar pada suhu 180'C-200'C selama 15 minit.(makcik bakar pada suhu 180'C selama 30
   minit.Yg ni terpulang pd kepanasan oven masing2 la kan)
8.Setelah masak,cungkil baulu keluar dengan menggunakan lidi.Sejukkan.
 
Tip dari Chef Noraini:
Acuan hendaklah diminyakkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan adunan bahulu.
Untuk membakar kali kedua,tidak perlu menyapu minyak lagi.Bahulu ini hanya sesuai
dibakar dalam ketuhar api atas bawah.
 
Nota dari Rahel:
*Adunan bahulu Rahel masukkan dalam bag piping untuk memudahkan kerja.
*Mula-mula panaskan acuan bahulu selama 5 minit,kemudian keluarkan dari oven dan
  spray dengan cooking oil,kemudian panaskan kembali acuan selama 3-5 minit dan
  picit adunan ke dalam acuan (isi penuh).
*Bakar kuih dengan api atas bawah.Pastikan betul-betul masak sebelum dikeluarkan
  dari oven untuk mengelak kulit bahulu melekat pada acuan.
 
 
Enjoiii.........


Sabtu, 6 Julai 2013

Ayam Goreng Berempah

Selamat malam...semoga ceria selalu.



SAMBAL BELACAN

2 buah limau kasturi-ambil jusnya

Bahan-bahan:(dikisar)
1 genggam cili api
3 tangkai cili merah
1 buah tomato besar
1/2 sudu makan gula merah
1/2 sudu kecil belacan-bakar
sedikit garam
1 sudu makan minyak masak

Cara membuat:
1.Panaskan sedikit minyak dalam periuk,tuang bahan kisar dan jus limau.Masak hingga mendidih.Angkat.Hidang bersama ayam berempah.


AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:
600g ayam-dipotong sesuai selera
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 buah limau kasturi,ambil jusnya
1/2 sudu kecil lada putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar

Bahan kisar:
2 batang serai,ambil putih,hiris
2 inci halia,hiris
2 inci lengkuas
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Cara membuat:
1.Perap ayam bersama bahan kisar dan bahan lain selama 1 jam.
2.Panaskan minyak.Goreng ayam dengan api sederhana hingga kekuningan atau hingga masak.
3.Hidang ayam goreng berempah bersama potongan timun dan sambal belacan.

Selamat mencuba.


Terima kasih sudi membaca.

Jumaat, 5 Julai 2013

Cornflakes Madu

Ini dia cemilan yang paling siok.Selalunya kalau pergi beraya di rumah orang memang tercari-cari cemilan ini.Kadang tak perasan sudah habis berapa cup dimakan.Ni kalau kamu tengah menghadap tv memang sekejap sahaja habis.Nampak simple saja kan tapi kalau resepi tidak sesuai memang tidak menjadi sangat juga apalagi kalau guna cornflakes jenis yang keras memang tidak berapa sedaplah.Kadang ada juga cornflakes yang macam lemau.


Cornflakes Madu
Sumber:Yatie

Bahan A:
125g butter
1/2 cawan brown sugar
7 sdb madu

Bahan B:
6 cawan cornflakes
1 cawan kismis
1 cawan badam cincang panggang/gajus

Hiasan:
Mangkuk kertas kecil
Ceri merah dan ceri hijau dipotong kecil

Cara-cara:
1.Panaskan bahan A sehingga butter cair.Setelah cair,masukkan bahan B dan gaul rata.
2.Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
3.Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 170'C selama 8-10 minit.
5.Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Nota:
inti dan hiasan terpulang pada selera anda,so buatlah ikut kretiviti anda.

Terima kasih Kak Yatie.