Ahad, 12 Mei 2013

Selamat Hari Ibu

 
 
 
 
Ibuku Tercinta dan Semua Ibu di muka bumi ini
 
 
Suratan-Mu Tuhan...
Atas takdir seorang Ibu
yang mengandungku tuk Sembilan bulan
yang melahirkan ku dengan derita
Nyawanya ia pertaruhkan
Demi aku yang lemah tak berdaya
 
Maaf Ibu...
Jika hanya tangis yang dapat kuberikan untuk mu
Ketika pertama kali kau tunjukkan aku dunia
Maaf Ibu...
Jika kau harus terbangun di kegelapan malam
Kerana aku yang merengek kehausan
 
Maafkan aku Ibu...
Anakmu ini,yang hanya bias mengadu dan meminta
Dan kau selalu memberi tanpa mengharapkan imbalan jasa
 
Tuhan...
Dosakah diriku ini...
Yang selalu merepotkan Ibu
Wanita bijaksana yang membesarkanku
Mengajarku tentang arti kehidupan
Dan Ibu yang sentiasa menjagaku tanpa lelah
Dan takkan pernah menyerah
 
 
KEK LAPIS ASAM MANIS
Sumber:Asas Kek Lapis
 
Bahan-bahan:(Loyang 8x8")
450g mentega
10 biji telur gred A
180g gula halus
10g ovelette
1 sudu teh esen vanilla
375g susu pekat
160g tepung hong kong
Asam manis (mengikut citarasa)
Pewarna hijau,kuning
 
Cara membuat:
1.Pukul mentega ke dalam adunan.
2.Kemudian masukkan esen vanilla.Pukul sehingga kembang.
3.Kemudian masukkan gula dan ovelette ke dalam adunan.
4.Seterusnya masukkan telur satu persatu ke dalam adunan tadi.
5.Masukkan susu pekat sedikit demi sedikit ke dalam adunan kemudian kacau sehingga
   sebati.
6.Bahagikan adunan kepada dua bahagian iaitu hijau dan kuning.
7.Lenserkan Loyang 8x8" beserta kertas minyak.
8.Masukkan 4 sudu besar adunan ke dalam Loyang dan ratakan.
9.Bakar selapis demi selapis pada suhu 180'C selama 15 minit sehingga masak.
 
Nota:
*Bakar satu lapisan kuning selama 15 minit,kemudian tekan,kemudian tuang lagi adunan hijau
  di atas adunan kuning,susun dan jarakkan asam manis.Bakar lagi selama 15 minit.Buat
  sehingga selesai.
 
 
Selamat hari Ibu n selamat menikmati Kek Lapis Asam Manis.


7 ulasan:

Tina Othman berkata...

Rahel, kosong je apapun selamat hari ibu

Gee® berkata...

Sedapnya juadah hari ibu Rahel tu... Slmt Hr Ibu yer...

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

cantik sangat kek yg rahel buat tu....
warnanya menyerlah.. rasa tentu sedap masam2 manis kan..

Teena Tna berkata...

Lawa la kek lapis tu..
Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

http://insanbiasabiasa.blogspot.com/

Sury Abil berkata...

Cantek kek lpis nya...lama dh x buat kek ni..
Selamat hari ibu buat rahel..:-)

zila norazila berkata...

Slmat hari ibu utk kamu juga tau..mknkn utk zils sikit..kek asam manid tue..cantik warnanye..

Bbwana adienia berkata...

salam rahel..

selamat hari ibu..kek lapis tu nampak sedap la dan lapisan n color pun cantik..