Isnin, 6 Mei 2013

Pizza Bread

Selamat bersiaran.Semoga teman-teman semua sentiasa sihat dan ceria bersama insan yang tersayang.
 

Baru beberapa hari dapur RB tidak bersiaran tapi macam udah lama banget.Kali ni muncul dengan Pizza Bread pula...hermm siok la skali skala buat pizza bread.Sebenarnya pizza bread ni Rahel buat semalam untuk kami minum petang..harum baunya ketika dibakar dalam oven...memang tak sabar nak makan.Nikmati ketika masih hangat..memang puas hati.Setelah makan seketul memang rasa tak puas...mesti nak lagi...jadi jangan ketinggalan untuk mencuba...
 
 
Pizza Bread
Diolah oleh:Rahel Blogspot
 
Bahan doh:
360g tepung berprotein tinggi
90g tepung gandum
1 sudu teh garam
230ml air sejuk + 50ml telur-kacau rata
1/2 sudu besar yis
60g butter
 
Topping:
Sosej-dihiris nipis
Mayonis
Sos Cili
Mix Vege
Cheddar cheese-disagat
Rosemary
Oregano
 
Egg wash,dikacau rata:
1 biji telur + 50ml air
 
Cara membuat:
1.Ulikan semua bahan-bahan doh sehingga menjadi doh yang elastic.Biarkan kembang
   selama 1 jam.Setelah itu tekan doh untuk membuang angin.Uli kembali hingga rata.
2.Bahagikan doh 80g setiap satu.Bulatkan.Rehatkan 10 minit.Canai nipis.Susun di dalam
   dulang yg telah disapu minyak.Biar kembang selama 30 minit.
3.Sapu permukaan doh dg egg wash.Susun hirisan sosej,kemudian tabur mix vege,
   kemudian paipkan mayonis,kemudian paipkan sos cili,kemudian tabur cheddar cheese,
   kemudian tabur rosemary & oregano.
4.Bakar pizza bread dalam oven pada suhu 170'C selama 25 minit api atas & bawah.
 
Enjoiii


9 ulasan:

tenku butang berkata...

bestnya kalau pandai masak.. =)

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Bbwana adienia berkata...

em, sedapnya pizza..

Tina Othman berkata...

Sedapnya, lama betul tak meroti

Gee® berkata...

Rahel, gebussnyaaaa roti...

Rohah berkata...

geram tengok pizza yg comel seketul tu...habis tak tu...tak habis..layangkan ke sini..

mama sara nur berkata...

Yum yummm
pizza bread yg mengenyangkan
rajin Rahel ni, jd elok Dan cantik skali

Qasey Honey berkata...

kemain mgebusss piza roti tu yer...terbaekk

cikNor berkata...

huiii...gebuss sungguh pizza bread ni.mesti cuba ni...

Mamasya berkata...

Geram tengok roti pizza Rahel yg tembam dan saiz comei itu.