Selasa, 14 Mei 2013

MACARONS

Selamat petang...
 
 
Setelah beberapa hari cuti dari membaking maka hari ni menyempatkan diri pula menaklukkan si manis macarons.Kebetulan juga memang tiada tempahan apa2 yang perlu disiapkan jadinya Rahel rehat di rumah aje.Macam biasa jika tiada apa2 program Rahel lebih suka belek2 buku resepi atau pun intai2 rumah pak google.Tetiba pula rindu nak mamam macarons,so kita pun cari2 resepi macarons di dapur  kawan2 n tiba la di dapur Puan Yani,setelah dibaca resepi macaronsnya ternyata semua bahan-bahan yang diperlukan masih ada dalam simpanan.Awal-awal lagi mula la mempersiapkan adunan dan kebetulan juga cuaca memang sangat cerah jadi memang sesuai sangatlah sebab salah satu punca macarons gagal ialah cuaca yang lembab..so hati-hati ketika berhajat untuk buat adunan macarons,pastikan cuaca cerah,tidak hujan,tidak juga malam.Oklah tu,jom kita intai bahan2 yang perlu disiapkan.Oh ya,tak lupa juga Rahel ucapkan banyak2 terima kaseh kepada Kak Yani selaku tuan empunya resepi macarons.Rahel mohon halalkan yea kak,Rahel share pulak di dapur Rahel untuk rujukan di masa2 mendatang dan juga sebagai rujukan pelawat dapur Rahel.Terima kasih.
 
 
MACARONS
Sumber:Yani
 
Bahan-bahan (+ - 24 set,48 keping)
2 biji (80g) telur putih L size
60g gula kastor
80g almond powder
120g gula aising
sedikit esen vanilla (yg ni Rahel tak letak)
 
Inti:ganache,kiwi fruit filling,blueberry fruit filling
 
Cara-cara:
1.Ayak almond powder dengan gula aising.
2.Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih.Masukkan esen vanilla pukul lagi
   sehingga kembang/bertanduk.(Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
3.Masukkan sikit demi sedikit bahan yang diayak tadi ke dalam telur putih.Kacau perlahan-
   lahan macam buat kek.Masukkan pewarna,kaup balik hingga rata.
4.Masukkan adunan yang dah siap ni ke dalam piping bag yg telah diletak nozel 10,picitkan
   adunan sebesar duit 20sen atau 50sen ke atas dulang yang di alas dengan baking paper.
   Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm.Ambil toothpick,pecahkan mana-mana gelembung
   udara yang terbentuk di permukaan macarons-untuk mengelakkan permukaan macarons jadi
   berlubang bila dibakar.Ketuk-ketuk bahagian bawah dulang utk bagi adunan rata.
5.Biarkan macarons kering atau tak melekat di tangan sebelum dibakar.Lebih kurang 30-40
   minit sebelum dibakar.(Bergantung pada cuaca juga ni.Saya letak bawah kipas bagi dia cepat
   kering.Sebelum bakar tu,test dulu dengan jari,kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
6.Bakar dalam oven pada suhu 150 degree selama 15 minit.Sejukkan sebelum letak inti.
 
picitkan adunan sebesar duit 20sen atau 50sen,kemudian ketuk2 bahagian bawah dulang untuk keluarkan gelembung udara dan juga untuk bagi permukaan macarons rata.
 
 
Masukkan dulang macarons ke dlm oven,letak di rak bawah,bakar macarons di dalam oven pada suhu 150 'C selama lebih kurang 15 minit.
 
 
Ini adalah macarons yang berjaya membentuk kaki dengan sempurna.
 
Ini adalah bahagian tapak macarons yang masak dengan sempurna,senang nak tanggalkan dari baking paper.
 

Selepas tu bolehlah hidang macarons bersama minuman kegemaran anda.Macarons memang manis tapi skali-skala kena rasa juga.Kali ni Rahel guna inti ganache,blueberry fruit filling n kiwi fruit filling.Pada Rahel macarons sangat sesuai digandingkan dengan fruit filling...lebih sedap tau.Macarons yang tak habis dimakan boleh disimpan dalam peti sejuk dan tahan selama 1-2 minggu.
 
 
Selamat mencuba...
 


16 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

Salam Rahel..

comel ja macaron tu..nampak sedap la rahel..

ady berkata...

as-salam
cantiklah macaron rahel ni..comel2..

Nooriah Abdullah berkata...

comel nya Rahel akak pun dah lama tak bermacaroon rindu lah pulak nk ngetes lagi heee

Yana Shaiful berkata...

dah lama xmkn macaron..dulu slalu gak beli..males tul nk bt sndiri ^^
comel je macaron Rahel^__^

Amie berkata...

Cantik molek macarons makcik ye... ni makcik LD baru sampai ni nak tapau separuh macarons makcik Tawau yang warna-warni tu...

ibh_sue berkata...

Comel2 ja macaronnya tu. Ntah bila la nak cuba buat ni. :)

Sury Abil berkata...

Bila lah nk menerai macaron ni...kena beguru dulu lah kan..

Shiela berkata...

Waaa.. Cantik sungguh kejadiannya Rahel.. Terbaekkk..

Tina Othman berkata...

Wah macs lama tak buat, tgk ni teringin pulak, cantik je semua keluar skirt

Gee® berkata...

Meriahnya kaler maler...

uNa berkata...

comey nye macarons ni..nice calour :-)

Rohah berkata...

rajin dek oi...akak dari hari, malah ke bulan tak jadi2 lagik macaronnya..

Mamasya berkata...

comei2nya macaroon....warnapun cantik. bilalah nak mencuba...

fazianbatrisyia berkata...

menjadi la...cantik. teringin nak cuba...

rahel berkata...

Terima kasih kepada semua pengunjung setia dapur Rahel Blogspot....n selamat hari guru kepada semua yg bergelar guru tak kira di mana...

Ummi berkata...

Tergoda hakaakkk tgk maroon mu yang "berkaki" cantik jer rongganya..hehe, kena tunggu anak dara balik baru boleh buat, diaorg yg kena makan, maknya takut tul dah tua2 ni, kang ada kena kencing manis lak...senyum manis xpa...haha