Jumaat, 31 Mei 2013

Coconut Macarons

Selamat malam kepada pengunjung setia dapur Rahel...semoga sentiasa dalam keadaan yang sihat dan ceria.Pagi tadi kita sempat lagi buat coconut macarons.Macam yang kita cakap sebelum ni yang kita tengah uji kaji cik macarons..kalau yang sebelum2nya kita buat macarons yang plain n coklat aje,tapi hari ni kita nak pulak yang lain2 perasa...hermm...ternyata tidak rumit juga buat coconut macrons ni...puas hati sangat2 dengan kejadiannya..rasa lemak2 gitew...tapi yang filling coklat putih tu memang manis gila la..so kita letak sikit blueberry filling la..konon2 biar tak manis sangat...tetap sedap.Kepada yang belum berani membuat macarons tu sila la beranikan diri yea...yang penting buat macarons ni kena penuh kesabaran...segala peralatan yang diguna tu kena la dicuci bersih dan dikeringkan,jika perlu siram mangkuk pengadun & besi pengadun kita dengan air panas kemudian lap dengan kain bersih...awas!!! meringue memang anti banget dengan minyak...
 

COCONUT MACARONS
Sumber:Love Food

Bahan-bahan:
50g serbuk almond
25g kelapa parut kering
115g gula aising
2 biji putih telur gred A
50g gula caster

2 sudu besar kelapa parut kering untuk hiasan-dibakar 8-10 minit dlm oven pd suhu 150'C

Cara membuat:
1.Sediakan 2-3 dulang yang bersih dan kering,kemudian alas dengan baking paper.Ketepikan.
   Sediakan piping bag yg diletak nozel no 10 .
2.Masukkan serbuk almond,serbuk kelapa & gula aising ke dalam food processor &
   process selama 15 saat.Ayak ke dalam mangkuk yang bersih dan kering.
3.Dalam mangkuk yang bersih dan kering/bebas minyak pukul putih telur sehingga soft peak,
   kemudian masukkan gula caster sedikit demi sedikit (buat 3x) dan putar lagi hingga benar2
   stif peak (tanduk meringue menegak).
4.Masukkan serbuk almond yg telah diayak tadi ke dalam meringue sedikit demi sedikit (3x)
   dan kaup balik guna spatula hingga rata (kaup satu arah ye).Sengetkan spatula,jika adunan
   jatuh berlipat macam ribbon dah ok la tu.
5.Masukkan adunan dalam piping bag,picitkan adunan ke atas dulang tadi sebesar 50 sen atau
   sesuai dengan saiz yang anda gemari.Hentakkan/ketuk2 dulang 2-3 kali untuk buang buih2
   udara dan juga untuk bagi adunan rata.Tabur kelapa bakar di atasnya.
6.Biarkan adunan betul-betul kering (40-60 minit),jika disentuh dengan jari adunan tak
   melekat pada jari (boleh kipas atau letak dlm bilik aircond untuk mempercepat pengeringan)
7.Bakar macarons dalam oven pada suhu 150'C selama 12-15 minit guna api bawah dan atas.
8.Setelah masak,keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum diletak inti.


FILLING
115g white chocolate,potong kecil
300ml dairy fresh cream-bahagi dua

Cara membuat:
1.Panaskan satu bahagian cream dengan api perlahan hingga berbuih tepinya.Tuang ke
   dalam mangkuk berisi coklat.Kacau hingga coklat cair.Ketepikan.
2.Pukul satu bahagian cream hingga kaku.Kemudian satukan dengan coklat.Gaul rata.
   Simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebelum diguna.

*Rahel letak inti coklat dengan blueberry filling....sedap (lihat gambar di bawah)


Enjoi...

Selasa, 28 Mei 2013

Chocolate Macaroons

Selamat petang...apa khabar kepada semua yang setia melawat dapur Rahel? Udah minum petang kah? Hari ni Rahel sempat lagi buat chocolate macaroons...sebenarnya Rahel tengah uji kaji  pasal macarons itu yang balik2 tayang macarons...sambil2 tu bolehlah dijadikan hidangan sampingan...dan Rahel akan terus mencuba mana2 resepi macaroons sampai la Rahel boleh buat macaroons yang betul-betul memuaskan..harap2 pengunjung setia dapur Rahel tak jemu yea.Terima kasih kerana setia melawat dapur Rahel.


CHOCOLATE MACAROONS
Sumber:Food Lover CHOCOLATE

Bahan-bahan:
2 biji putih telur gred A (80g)
1 tsp lemon juice
125g gula caster
100g serbuk almond}
1 tsp cocoa powder}->diayak

Cara membuat:
1.Pukul putih telur bersama lemon juice sehingga soft peak.Masukkan gula caster perlahan2
   dan pukul hingga stif peak.
2.Tambahkan serbuk almond + cocoa powder,kaupbalik hingga sebati.
3.Masukkan dalam piping bag.Picitkan ke atas dulang yang telah dialas baking paper sebesar
   duit 50cen atau ikut selera anda.
4.Hentakkan dulang macaroons untuk buang gelembung udara.
5.Biarkan macaroons kering jika disentuh permukaannya dengan jari adunan tak melekit.
6.Bakar macaroons dalam oven pada suhu 150'C selama 10-12 minit guna api atas dan bawah.
7.Setelah masak keluarkan macaroons dari oven,biarkan sejuk sebelum letak inti coklat cream.


FILLING
Bahan-bahan:
150g dark chocolate-potong kecil
80ml whipping cream-putar hingga kental
20g butter

Cara membuat:
1.Cairkan coklat dengan cara double boil.Tambahkan butter.Gaul rata.Sejukkan.
2.Tambahkan whipping cream,gaul rata.
3.Sandwich macaroons dengan chocolate cream.Siap untuk dihidang.


Selamat mencuba.

Isnin, 27 Mei 2013

Kuih Momo

Selamat petang.
 
Kali ni kita cuba pulak kuih momo iaitu biskut raya Melayu Sarawak dan Brunei,ianya macam kuih makmur tapi tak letak serbuk kacang..pun ianya macam biskut suji salju yang mudah cair dalam mulut.Mungkin ada yang sedang tercari-cari resepi biskut untuk raya nanti...yang ni memang sesuai la...sedap tidak manis sangat..cara penyediannya juga teramat mudah...jom kita intai-intai resepinya..
 
 
KUIH MOMO
Sumber:100 Juadah Perayaan (Puan Norzailina Nordin)
 
Bahan-bahan:
340g tepung gandum--> tepung ni saya sangai dengan api perlahan selama 6 minit
30g gula aising
30g tepung susu
1/2 sdt garam
2 biji kuning telur
160-180g minyak sapi-dicairkan (yg ni kena guna 120-130g sahaja)
 
Bahan salut:
50g susu tepung
50g gula aising
 
Cara membuat:
1.Ayak tepung,gula,susu dan garam.Masukkan kuning telur dan gaul sehingga sebati.
2.Masukkan sedikit demi sedikit minyak sapi,uli menjadi doh.
3.Ambil sedikit dan bentukkan seperti bebola.
4.Atur di atas tin pembakar beralas kertas kalis minyak.
5.Bakar pada suhu 170'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6.Angkat dan golekkan di dalam campuran bahan salut.Biar sejuk atas redai.
7.Simpan dalam bekas kedap udara.
 
 
Selamat mencuba.


Ahad, 26 Mei 2013

CHOCOLATE CHEESE TART

Selamat malam,semoga ceria selalu.

Setelah beberapa kali mendapat tempahan tat coklat baru kali ni Rahel sempat share resepinya.Ada kelainan pada tat coklat ni..pahit-pahit manis gitu ditambah dengan ganache sebagai topping maka bertambahlah sedapnya...mungkin lain kali kena bagi fresh cream sebagai topping untuk padankan dengan rasa coklat n cream cheese...tapi itu kena tunggu makcik rajin la.Kepada teman-teman di luar sana yang sering bertanyakan resepi tat coklat ni silahkan mencuba yea...resepi dah siap..mudah aje cara penyediaannya.Sebelum kita tinjau resepinya Rahel nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Kak Wan kerana sudi kongsi resepi chocolate cheese tart yang sedap.Minta ijin yea untuk I perpanjang pulak resepinya di sini.Terima kasih.

CHOCOLATE CHEESE TART
Diolah oleh:Rahel Blogspot

Bahan Pastry Tart:
250g tepung gandum
125g mentega
1 sudu besar serbuk koko
60g gula icing
1 biji telur gred B
1 sdt esen vanilla
1 sdt air

Acuan tart 5.5cm

Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan,ramas hingga sebati.
2.Ambil sedikit doh,tekankan ke dalam acaun tart.Kemaskan tepinya.Buat sampai habis.
3.Cucuk sedikit dg garpu.Bakar pastry tart di dalam oven pd suhu 170'C selama 25 minit.
4.Setelah masak,kemluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

Chocolate Cheese Filling
Sumber:Citarasawan

Bahan-bahan:
250g cream cheese (suhu bilik)
50ml UHT whipping cream
80g coklat masakan (dicairkan)
1/2 sudu besar coklat emulco
60g gula icing
60g mentega
1 biji telur

Cara membuat:
1.Pukul cream cheese bersama gula icing,mentega hingga sebati.Masukkan telur,coklat
   masakan,coklat emulco dan whipping cream,putar sekejap hingga adunan sebati dan
   tidak berketul.Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.
2.Picit adunan cheese ke dalam kulit tart dan bakar sekejap selama 5-8 minit.
3.Biarkan sejuk dahulu baru dihias dengan coklat ganahe atau hias mengikut selera anda.


GANACHE
Sumber:Pabulous Cake Business

Bahan-bahan:
300g dark compound chocolate
200g UHT whipping cream
50g unsalted butter

Cara-cara:
1.Panaskan whipping cream hingga berbuih ditepinya.Tambahkan coklat dan kacau hingga
   coklat larut.Tambahkan butter.Kacau hingga sebati.
2.Biarkan ganache sejuk sebelum diguna.
3.Setelah ganache agak keras masukkan dalam piping bag yg diletak nozel star.Picitkan ke
  atas chocolate cheese tart.


Terima kasih kepada yang sudi order.Selamat menikmati.

Sabtu, 18 Mei 2013

Tiramisu Macarons

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu,diharap sahabat skalian dalam keadaan yang sihat sejahtera.Pagi ni awal-awal lagi kita tayang macarons sebab semalam uda tayang di facebook dan ada yang bertanya mengenai resepi tiramisu macarons jadinya kita share la pepagi ni mana la tau ada yang rajin untuk mencuba dihujung minggu ini...silahkan...memang ada kelainan rasa tiramisu macarons ni..resepi macam biasa kita ambik dari buku resepi macarons...terbaek..
 
 
TIRAMISU MACARONS
Sumber:Buku Resepi Macaroons by Love Food
 
Bahan-bahan:
75g ground almonds
1 tsp coffee granules,finely crushed
115g icing sugar
2 large egg whites
50g caster sugar
1 tsp cocoa powder
 
Filling:
115g mascarpone cheese----> I guna cream cheese
1 tbsp. marsala or sweet sherry----> I tak letak
25g caster sugar----> I letak 15g sahaja
2 tbsp. grated milk or plain chocolate---->I tak letak
 
Method:
1.Place the ground almonds,coffee granules and icing sugar in a food processor and process
   for 15 seconds.Sift the mixture into a bowl.
   Line two baking sheets with baking paper.
2.Place the egg whites in a large bowl and whisk until holding soft peaks.Gradually whisk in
   the caster sugar to make a firm,glossy meringue.
3.Using spatula,fold the almond mixture into the meringue one third at a time.When all the
   dry ingredients are thoroughly incorporated,continue to cut and fold the mixture until it
   forms a shiny batter with a thick,ribbon-like consistency.
4.Pour the mixture into a piping bag fitted with a 1-cm/1/2 - inch plain nozzle.Pipe 32 small
   rounds onto the prepared baking sheets.Tap the baking sheets firmly onto a work surface
   to remove air bubble.Sift the cocoa powder over the macaroons.Leave at room
   temperature for 30 minutes.Preheat the oven to 160'C.
5.Bake in the preheat oven for 10-15 minutes.Cool for 10 minutes,then carefull peel the
   macaroons of the baking paper.Leave to cool completely.
6.To make filling,beat the mascarpone,marsala and caster sugar together until smooth.Spread
   the mascarpone mixture over half the macaroons,sprinkle over the grated chocolate abd top
   with the remaining macaroons.
 
 
 
Enjoiii...

Jumaat, 17 Mei 2013

BLUEBERRY SLICE CHEESE CAKE

Selamat bersiaran di pagi hari.Apa khabar sahabat skalian? sihatkah? Jom kita bersarapan bersama blueberry slice ciskek...sedap banget.Terima kasih Hasue sebab ko sudi share resepinya di blog kesayangan ko tu hingga membuatkan saya tertarik untuk mencuba.Rahel mintak ijin pulak mo share di sini sebagai rujukan kawan2 yang rajin mencuba....terima kasih.



BLUEBERRY SLICE CHEESE CAKE
Sumber:Hasue
 
Bahan-bahan:
300ml susu segar
6 keeping keju kraft
3 biji telur gred A
90g gula halus
110g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110g mentega/marjerin
Blueberry filling secukupnya
 
Cara-cara:
1.Panaskan oven pada suhu 180'C,griskan Loyang dengan mentega dan tabor tepung
   atau Alaskan dengan baking paper.
2.Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju.Kacau
   sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
3.Asingkan putih dan kuning telur (kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk
   1 adunan)
4.Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue (adunan betul2 ringan
   sehingga bekas diterbalikkan adunan tak tumpah)
5.Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yang dipanaskan tadi,
   kacau perlahan.
6.Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
7.Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata.
8.Masukkan vanilla dan sebatikan adunan.
9.Ambil Loyang yg sudah digris tadi dan tuangkan adunan.Bakar pada suhu 175'C mengguna-
   kan kaedah bain marie (letakkan Loyang adunan di dalam Loyang lebih besar berisi
   air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak (bergantung pada jenis
   oven)
10.Setelah masak biarkan betul-betul sejuk baru letak blueberry filling.Sejukkan dalam peti
     sejuk sebelum dihidang.
 
 
Selamat menjamu selera.


Isnin, 6 Mei 2013

Pizza Bread

Selamat bersiaran.Semoga teman-teman semua sentiasa sihat dan ceria bersama insan yang tersayang.

Baru beberapa hari dapur RB tidak bersiaran tapi macam udah lama banget.Kali ni muncul dengan Pizza Bread pula...hermm siok la skali skala buat pizza bread.Sebenarnya pizza bread ni Rahel buat semalam untuk kami minum petang..harum baunya ketika dibakar dalam oven...memang tak sabar nak makan.Nikmati ketika masih hangat..memang puas hati.Setelah makan seketul memang rasa tak puas...mesti nak lagi...jadi jangan ketinggalan untuk mencuba...
Pizza Bread
Diolah oleh:Rahel Blogspot
Bahan doh:
360g tepung berprotein tinggi
90g tepung gandum
1 sudu teh garam
230ml air sejuk + 50ml telur-kacau rata
1/2 sudu besar yis
60g butter
Topping:
Sosej-dihiris nipis
Mayonis
Sos Cili
Mix Vege
Cheddar cheese-disagat
Rosemary
Oregano
Egg wash,dikacau rata:
1 biji telur + 50ml air
Cara membuat:

1.Ulikan semua bahan-bahan doh sehingga menjadi doh yang elastic.Biarkan kembang selama 1 jam.Setelah itu tekan doh untuk membuang angin.Uli kembali hingga rata.

2.Bahagikan doh 80g setiap satu.Bulatkan.Rehatkan 10 minit.Canai nipis.Susun di dalam dulang yg telah disapu minyak.Biar kembang selama 30 minit.

3.Sapu permukaan doh dg egg wash.Susun hirisan sosej,kemudian tabur mix vege kemudian paipkan mayonis,kemudian paipkan sos cili,kemudian tabur cheddar cheese,
kemudian tabur rosemary & oregano.

4.Bakar pizza bread dalam oven pada suhu 170'C selama 25 minit api atas & bawah.
Enjoiii