Jumaat, 12 April 2013

Pau Kacang Merah

Selamat bertemu kembali walau hanya di alam maya...semoga pengunjung setia dapur RB sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga tercinta...
Awal-awal lagi kita sudah bangun memproses Pau kacang merah ni..semalam Nampak kat dapur Shiela..licin dan gebu...itu yang kita terus tertarik untuk mencuba.Memang tak menghampakan...sangat2 sedap..tapi kita guna tepung super fine aje...tepung pau dah abis...dah lama tak simpan stok tepung pau sebab kita ni kadang rajin kadang malas...takut nanti tepung pau berkulat...hehehe.Apa2 pun terima kasih banyak-banyak kepada tuan empunya resepi ni..Shiela..ijin kan gue share resepi ni kat sini sebagai rujukan pengunjung setia dan juga kita yang suka buat homemade pau....terima kaseh...
Award dari blog Nasya cantik kan award ni...terima kasih banyak-banyak yea Nasya kerana sudi jemput Rahel untuk ambik award ni...
Pau Kcang Merah
Bahan Inti Kacang Merah:
500g kacang merah
1 1/2 cawan gula pasir
3 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar tepung gandum
2-3 helai daun pandan
Air secukupnya
Cara memasak:

1.Rendam kacang semalaman hingga kembang.Bilas dan rebus hingga pecah dan empuk.Matikan api dan sejukkan sebentar.

2.Setelah sejuk,blend atau kisar separa halus.Tak perlu halus sangat,tak sedap bila makan nanti.

3.Kemudian jerang balik atas dapur dengan menambah air,daun pandan yang disiat disimpul dan masukkan gula.

4.Gula boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa memasing.Bila sudah hamper sebati dan pekat masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga sebati.

5.Akhir sekali masukkan minyak jagung.Bila sudah pekat,matikan api dan sejukkan dulu sebelum digunakan.
Bahan Untuk Doh Pau:
1 kg tepung Pau 'Blue Key'
11g yis kering 'mauripan'
1 sudu kecil bread improver 'nona'
2 sudu besar shortening
1/2 cawan minyak jagung
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula kastor
2 1/2 sudu kecil garam halus
3 cawan air biasa
Cara membuat:

1.Bancuh yis dengan 1 cawan air,lepas tu taburkan denga sedikit gula supaya yis tu membiak berbuih-buih elok.

2.Satukan bahan-bahan yang lain dan masukkan balance air yang tinggal dua cawan tadi sedikit demisedikit dan gaul rata.

3.Kemudian uli tanpa henti lebih kurang 15 minit hingga betul-betul sebati dan memutih doh
tu.Sambil menguli ditumbuk-tumbuk sedikit doh tu untuk buang angina yang berlebihan.Rehatkan doh sebentar lebih kurang 5 minit.

4.Kemudian bagikan kecil-kecil untuk dimasukkan inti.Kalau buat bajet comey-comey 1 kg tepung ni boleh dapat hingga 40 biji pau.

5.Setelah dimasukkan inti lapikkan dengan daun pisang  dan susun dalam pengukus.Susun jarang-jarang.Biarkan naik seketika.Sebaiknya diletak di tempat ada cahaya supaya ia cepat mengembang.

6.Setelah permukaan pau itu betul-betul naik bolehlah dipanaskan kukusan kita.

7.Kukus pau lebih kurang 5-7 minit sahaja dengan api yang sederhana.
*Rahel guna tepung paling halus dan uli doh guna mesin pengadun selama 10 minit.

*Rahel tak lapikkan dengan daun pisang tapi guna paper cup sahaja.

*Rahel kukus pau 7 minit dengan api sederhana kuat.
Enjoi...


14 ulasan:

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum...
gebunya pau dia... nani suka inti kacang merah.. asben lak suka inti kelapa..

Shiela berkata...

Tq Rahel cayang sudi mencoba.. Gebuss.. :)

Azie Kitchen berkata...

Kita pun dah lama tak mengepau. Terliurlah pulak.

Unknown berkata...

wah sedap pau inti kacang merah sukaaaaaa akak makan, nnt nak kena try jugak ni resepi Sheila mesti sedap kan Rahel

Mas berkata...

cepatnya sampai kat dapo rahel..
gebuuu pau tu..

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

lama akak tak buat pau....tp smlm baru je bermain2 dgn inti kacang merah utk dijadikan inti apam polkadots.. hehehe..

Rohah berkata...

gebuss nyerrr..

Unknown berkata...

ngeh ngeh ngeh rahel nak ckit pau tu..gebus eh...

Unknown berkata...

Rhel...sedapnya tgk Pau Rahel ni....lg best mkn time musim hujan2 ni kan....mkn bersama air kopi...fuhhh.....

asyifamustaffa berkata...

gebunya..! licin plak tu permukaan atas tu....

suryabil berkata...

Wahh..halus mulus gebus pau mu itu...rajin ya kamu mengepau..tpg pau kite ada lagi dok lam gobok tu ha..bila lh nk mengepau ni...mari kasi tiup mood r kamu ke sini..:-)

Ain Fajar berkata...

comey nya pau mu rahel gebu mulus jak..ain buat kadang kulit mcm org tua..jarang2 mulus licin muda berseri gini..huhu

Amie berkata...

Petang Rahel... ni yang buat tak henti2 meleleh liur ni, sana-sini nampak banyak orang tayang pau...haiyyaaaa...tak boleh jadi!

Qasey Honey berkata...

gebussssnya pau tu Rahel...putih mulus pulak tu...gerenti sedap