Rabu, 10 April 2013

Kuih Kacang Merah

Selamat pagi dan salam manis kepada pengunjung setia dapur RB.Semoga sentiasa sihat dan ceria dalam lindungan-NYA.
 
 
Pagi ni kita share gambar n resepi kuih kacang merah @ kuih bom kacang merah yang disukai ramai.Tengah semangat mahu membuat kuih bom..rupa-rupanya stok bijan di dapur tinggal sikit nasib baek ada stok bijan hitam..jadi kita campurlah kedua-duanya...tapi Nampak lagi berseri kan? Kuih bom ni memang salah satu kuih kegemaran kami..tapi dulu-dulu tidak berapa suka yg inti kacang..kita sangat suka yang inti kelapa gula Melaka..habis intinya dikorek..hehehe..ok la tu..resepi kita ambik dari buku resepi koleksi kuih-muih..terima kasih kepada penyumbang resepi..kuih kacang merah sangat enak..lembut..tapi sukatan air kena tambah la..
 
 
KUIH KACANG MERAH
Sumber:Koleksi Kuih-muih
 
Bahan-bahan:
350g tepung beras pulut}
50g tepung kanji}
1 sudu kecil serbuk soda bicarbonate}-ditapis
 
60g gula}
180ml air (yg ni sy tambah utk doh lembut 400ml++)}-dimasak dan biarkan sejuk
 
60ml minyak masak
Biji bijan
Minyak goring yang mencukupi
300g pes kacang merah
 
Cara-cara:
1.Ayakkan tepung beras pulut,tepung kanji & serbuk soda bicarbonate ke dalam mangkuk besar.
2.Didihkan air bersama gula sehingga gula larut,biarkan sejuk.
3.Tuangkan 2 ke dalam 1,pukul sehingga menjadi doh yang lembut,tambahkan minyak,uli lagi
   sehingga doh menjadi kenyal.
4.Bahagikan doh kepada bahagian kecil,setiap bahagian diisikan 2 sudu kecilpes kacang merah.
   Celupkan ke dalam air,sadurkan dengan bijan.
5.Goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga berwarna kuning keemasan,tapiskan
   minyak.
 
 
Selamat menjamu selera.


11 ulasan:

Gee® berkata...

Rajinnya Rahel buat kuih bom yer... bak k.gee nak 2 ketoi

JaSSNaNi berkata...

kuih kacang merah.. mcm2 inti org letak.. ade yg kacang ijo, kacang merah and ada letak kelapa manis gak.. :) ape pun kuih ni mmg sedap.. cantek lah rahel letak bijan hitam.. bertambah2 seri tu..

Tina Othman berkata...

sedapnya rahel, ala2 kuih bom kan tapi biasa org letak inti kelapa

dari dapur nasya berkata...

Rahel....nanti singgah umah akak amik award..

Nooriah Abdullah berkata...

ADUH sedapnya Rahel akak mmg suka ni kalau ada kacang nanti nak buat jugak sbb suka itu kacang maaaaa

Nazrah berkata...

Salam Rahel..kita pun sangat suka yang ada kekacang ni...

Chah berkata...

Cantikkk x meletup n pecah2...tapi kita tau rasanya pasti malatoppp..

Qasey Honey berkata...

nmpk sedap la pulak tgk kuih tu..dh la bolat2 comel..

Yana Shaiful berkata...

Salam Rahel dtg sini tgh2 mlm nk amek bom 3 bijik hihii.. comel bolat2nya

Rohah berkata...

lama tak makan bom ni..kalau makan pun asyik membeli je..

zil dayah berkata...

Sedapnya...