Selamat petang dan salam sejahtera.Apa khabar teman2 skalian? Sihatkah? Gue baru balik dari cuti pun sudah mulai sebok menyiapkan tempahan.Semoga semua berpuas hati dengan kerja Rahel.Ampun maaf dipinta jika ada yang terkurang.Kepada pelanggan yang dihormati jangan segan untuk mengkritik yea...tapi jangan kritik sembarang tau...kritik harus membangun..bukan menjatuhkan.Oh ya,kali ni resepi Melty Hershey Choclate Rahel cedok dari fb Kak Noraslinda Bugal,memang lemak berkrim,tapi ada sikit yang saya ubah suai dalam resepi ini...sila tengok betul-betul yea...
Terima kasih Kak Noraslinda Bugal.Halalkan resepi ni untuk i kongsikan dalam blog masakan kesayangan gue.
Melty Hershey Chocolate
Sumber:Noraslinda Bugal
Bahan A:
250ml UHT Whipping Cream (dairy fresh cream)
250g cream cheese
200ml susu pekat manis (kurangkan kalau tak suka manis)
Bahan B:
Syrup coklat jenama Hershey's (nakguna yg perisa strawberi pun boleh/nutella,apa2 jenis filling)
Biskut Marie/Oreo
Bahan Hiasan:
Gula-gula M&M,coklat chips,kekacang,cheddar cheese (disagat/diparut)
Cara membuat:
*Pukul cream cheese sehingga lembut.Masukkan susu pekat.Putar hingga rata.Masukkan pula
UHT whipping cream.Putar lagi hingga bercampur rata.
*Ambil bekas dan cedok 1 sudu adunan cheese dan tuang ke dalam bekas.
*Susun/patah-patahkan biskut marie/oreo.
*Picit syrup Hershey dan ratakan.Tabur coklat chips.Ulang step-step dia atas sehingga habis.
*Lapisan atas sekali,tuang adunan cheese dan picit syrup hershey.
*Tabur bahan hiasan mengikut kreativiti.
*Sejukkan beberapa jam sebelum dihidang.
Terima kasih kepada yang sudi order Melty Hershey Chocolate.
Selamat menikmati.
14 ulasan:
Aduh rehal.. Sedap tu... Makan sejuk2 time cuaca panas ni, sangat la sedap.
salam rahel,tak tahu meter akak laju ke tak..sbb lum pernah buat n makan lg melty hershey ni..eheeee..
brg dah ready, tp yg nak buat belum cukup ready..
sedapnyaaaaa.....
sedapnya Rahel akak macam nak buat je dah teringin sngt ni tengok gambar tu..
bercuti ye, bestkan dpt merehatkan diri
ramai kata sedap cuma akak blm ada peluang merasa huuuuhu
As salam Rahel, bestnya.. pasti sedap ni!..
anak cukup suka ni....enak dan yummy...cuma mamanya tak boleh mkn creamy byk2...nanti bdn kembang...hi..
wahh kena try ni....
ohh..abis cuti yah pantas lama ngga keliatan..kita tak bisa order so nimati photo nya aja yah.. :D
waaa...cantiknya stiker rahel tu..tringin gak nk ada brand sendiri mcm tu..ntah la bila..hehehehe
Aduh... sedapnya. Terutama bila dimakan sejuk2 dalam cuaca yang panas begini.
QH xsmpt la nk cuba ni Rahel..tp mmg nk kena buat jugak nti sbb ramai kata mmg sedap yer..QH amik resepi ehhh..tq
Cantiknya. Kalau lah dpt sebekas, pasti ceria seharian
Rahel...muah muah ...love you laaaa tak lokek beri resepi. I like it
Catat Ulasan