Rabu, 20 Mac 2013

Goreng Pisang Berkeju

Salam manis...dan selamat petang.Apa khabar?

Kali ni muncul dengan goreng pisang berkeju pula,kalau di Tawau memang terkenal sudah goreng pisang berkeju/sanggar cheese dan ada beberapa kedai makan yang menyajikan goring pisang cheese ni.Salah satu restoran yang sering Rahel kunjungi ialah Veda Blu atau pun Wukka,pada Rahel memang sedap dan sesuai dengan selera kami goring pisang cheese di restoran tersebut..so sesiapa yang berkunjung ke Tawau memang mudah untuk menjamah Goreng Pisang Cheese tersebut.Hari ni tak sempat keluar pi jalan2 ke kedai makan,so buatlah apa yang patut untuk minum petang...memang tak sama dengan goring pisang cheese yang ada di Wukka,tapi janji ianya enak dinikmati bersama secangkir the O...ok lah...jom masak goring pisang berkeju...nyaman bah!
 
 
Goreng Pisang Berkeju
Diolah oleh:Rahel
 
Bahan-bahan:
10 buah pisang kapok-dibelah dua/tiga
minyak secukupnya untuk menggoreng pisang
 
Bahan Pencelup:
125g tepung gandum
1/4 st garam
250m air dingin
1 sudu besar tepung beras
1 1/2 sudu besar gula aising
 
Topping:
Keju cheddar parut secukupnya
Blueberry filling/strawberry filling secukupnya
 
Cara memasak:
1.Satukan bahan pencelup.Gaul rata.
2.Panaskan minyak.Celup pisang ke dalam bahan pencelup.
3.Goreng pisang hingga masak.Angkat dan toskan.
4.Panas-panas paipkan blueberry filling di atasnya dan tabor keju cheddar.Siap.
 
Selamat mencuba.
 


 
 

12 ulasan:

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum rahel...
terjah sini petang2 ni.. nak share makan goreng pisang keju tu... (air kita bawa sendiri ni) (bodek tuan umah) hihihi.. sedapnya goreng pisang berkeju...

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

belum pernah mkn pisang goreng gaya begini.. tp bila tgk gambar rahel terus terliurrr...

Amie berkata...

Masya Allah! Rahellll.... bestnya menu! Tak boleh jadi ni... kena cari pisang kepuk jugak!!!!

may agumo berkata...

aduina.. ingat kg lah pulak.. uwa.. apapun,tetap manang bah kan rahel pisang goreng cheese ni utk org2 tawau.. hehe.. sedap...

Melly Octaviana berkata...

sedapnya sa nggara keju tuh...ngeces lah malam2...

Bbwana adienia berkata...

jangan kasi lama ini resepi..misti mau dicuba ni..hihi

Yana Shaiful berkata...

bleh cuba nih..xpnh merasa pisang berkeju..mst sedap ;-)

ibh_sue berkata...

Pernah rasa yg nipis2. Tapi tak pernah rasa yg mcm ni. Kompem sedap tu.

Shiela berkata...

waduhh.. menarik sangat..

zila norazila berkata...

Klu ada keju mmh lg sedap kn..zila x pernh mkn nie rahel..

Rohah berkata...

aduhai rahl...mahunya satu sikat habis daku jamah..

Acik Erna berkata...

Rahel..tima aksih..pertama kali acik jumpa resepi ni