Khamis, 21 Mac 2013

Cekodok Pisang

Selamat pagi.Apa khabar teman-teman? Udah siap sarapankah?
Pagi ni siap buat cekodok pisang lagi sebab mahu habiskan stok pisang..semalam sudah pekena goreng pisang berkeju...pagi ni masih dari adunan pisang jugak..cekodok yang simple yang tersangat mudah penyediaannya..semestinya ramai yang pakar buat cekodok kan? cekodok sangat enak dinikmati time sarapan atau pun minum petang..memang semuanya kena...ditambah pula dengan teh o atau kopi o panas...welleeee...nyaman bah! jom la siapkan cekodok pisang...jeng jeng jengg...
Cekodok Pisang
Sumber:Rahel
Bahan-bahan:
170g pisang tanpa kulit-dilecek halus
1 1/2 cawan tepung superfine
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar susu tepung}
1/4 cawan air                   }-dibancuh
4 sudu besar gula kastor
1 sudu besar minyak masak
1 biji telur gred A
Cara membuat:
1.Ayak tepung bersama soda bikarbonat.
2.Pukul telur bersama gula kastor hingga gula larut guna hand whisk.Tambahkan tepung.
3.Tuang bancuhan susu perlahan sambil digaul rata.
4.Akhir sekali masukkan minyak masak.Gaul rata.
5.Perap adunan selama 30 minit.Panaskan minyak secukupnya.
6.Ambil sedikit adunan dan punjutkan ke dalam minyak panas.Goreng sampai perang.Angkatdan toskan.Siap.
*Jika tak mahir punjutkan aduanan gunakan sudu makan atau sudu kecil.
Selamat menjamu selera.


11 ulasan:

INA berkata...

Salam..
Rahel..mmg fav saya nie..sedapnya..

Mori Said berkata...

hi rahel.... cantek cekodok tu bulat2... klu saya susah nk dpt yang bulat bulat gitu...hehehe

Zalinah Basir berkata...

Assalam Rahel... gebusss nya nampak cantik pulak tu.. buat minum ptg mmg sedap..

Love2cook Malaysia berkata...

Sedapnya tengok cekodok pisang bulat2 tuh!!! Pass me some dear...nak cicah sos cili...;)

Your header pic makes me drool!!!

Mamasya berkata...

Aslmkum Rahel
kalau jemput pisang mmg confirm laku kat rumah....anak2 suka..

Tanpa Nama berkata...

mulat2 cekodoknya, mmg peberet kami sekeluarga ni, ni yg rasa nak carik pisang je, nak buat cekodok jugak

Tanpa Nama berkata...

As salam Rahel. Blog yang sangat menarik... dah lama saya tak masak cekodok.. nanti nk kena buat ni. :)

FnF Simple Life berkata...

all time feveret nih ;)

EmbunRosaliza berkata...

cantik bulat je cekodok pisang ni,kalo akk buat tak pernah nak bulat rahel

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

Mmg sedapp.. Bila masa pn sdp lyn cekodok pisang

Zanaria berkata...

Kek memang sedap juga disukai oleh anak-anak...tapi bila ya nak buat..nak trylah weekend ni jangan lupa lawat blog saya untuk pemakanan yang sihat. www.crispycrackers.my/blog