Selamat pagi..semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria...
Kalau belum pernah atau sudah pernah merasa ''creme brulee'' wajib cuba jugak ''creme brulle durian'' dari Chef Amran...memang sedap banget..tak terkata...skali cuit mesti nak mencuit lagi....
Kalau belum pernah atau sudah pernah merasa ''creme brulee'' wajib cuba jugak ''creme brulle durian'' dari Chef Amran...memang sedap banget..tak terkata...skali cuit mesti nak mencuit lagi....
| Bahan-bahan untuk membuat Creme Brulee Durian |
| Bakar Creme cara steam bake |
| Dah siap masak |
Creme Brulee Durian
Sumber:SAJI,January,2013
Resepi:Chef Adu Amran Hassan (Juri Masterchef Malaysia)
Bahan-bahan:
500ml double cream
5 biji kuning telur
200ml susu segar
100g gula kastor (dan sedikit lg utk dihanguskan di atas puding)
5 ulas durian berkualiti-isinya saja
Cara menyediakan:
1.Tuangkan double cream,susu segar dan isi durian di dalam periuk.Apabila mula mereneh,
matikan api supaya adunan tidak terlebih masak.
2.Dalam mangkuk yang lain pukul gula dan kuning telur sehingga kembang dan kandungan
gula sebati.
3.Perlahan-lahan,tuangkan adunan yang dimasak tadi dan kacau menggunakan pemukul telur.
Setelah sebati,tapiskan adunan.
4.Bahagikan adunan ke dalam 6 mangkuk kecil ataupun ramekin.Aturkan dalam dulang ketuhar
(yang dalam).Tuangkan air panas ke dalam dulang hingga ke paras tiga perempat mangkuk/
ramekin yang digunakan.
5.Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150'C selama 30-40 minit hingga adunan masak tetapi
masih lembut.Sejukkan.
6.Sebelum dihidangkan,taburkan gula kastor di atas puding dan dibakar menggunakan penunu
bunsen sehingga gula cair dan perang.
Pesan Chef:
*Jika tiada penunu bunsen,taburkan gula kastor dan bakar selama 3 minit sahaja dalam suhu
yang tinggi (api atas sahaja).Tetapi puding harus disejukkan semula sebelum dihidangkan.
| Enaknyaaaa.... |
9 ulasan:
Assalam sis..
Waduh2..pastinya doran itu enak..
slm sii..
asz xpnh mkn lg nie...sure enak bangat...cube hantar sebekas ok...hehe
rahel..x pernah rasa lg nie..nampak sedap..buat minum ptg best kan:)
ini kalau dapat.. xcukup 1 ramekin.. hehe..
alahai Rahel kalau yg bubuh durian ni mmg sedap sangat tau, wangi ni sampai menyeberang laut hahaha kalau dpt makan alangkahhhhhhhhhh besttt nye
wahhhh.....
sedappnya tengok...
Adeeehhhh.... Rahel! terasalah yang sesudu tu dah masuk ke mulutku....gulp!
Slmt berhujung minggu Rahel.
baru nak dtg tengok tat durian....dah ada pula creme brulee durian...bikin terliur aje....mmg peminat durian ..
Waduh sedapnya nak,kalau dekat dah mama ketu pintu untuk cuba,tapi tak apa jenguk dapur nak rahel dari jauh dah cukup.keep it up nak Rahel
Catat Ulasan