Selasa, 11 Disember 2012

Mango Float

Selamat petang...


Bahan-bahan.
Mango Float
Sumber:Rahel

Bahan-bahan:
225g cream Nestle
140g susu pekat manis
1 paket biskut Marie
Buah mangga secukupnya-dipotong nipis atau pun dipotong dadu
Jar atau bekas 7''

Cara membuat:
1.Satukan cream nestle bersama susu pekat manis.Gaul rata.
2.Masukkan biskut ke dalam jar.Taburkan potongan mangga di atasnya.
3.Kemudian siram dengan cream.Buat seperti ini sampai 4-5 kali.
   Akhir sekali.Taburkan serbuk biskut marie di atas mango float.
4.Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidang.
Masukkan biskut ke dalam jar.

Taburkan potongan mangga di atas biskut tadi.

Kemudian siram dengan cream hingga menutupi permukaan biskut.

Akhir sekali.Taburkan serbuk biskut di atasnya.

Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama 1-2 jam baru hidang.

Enjoiiiiiiii....

15 ulasan:

faa.rosli berkata...

wow...mcm best je...kalo ganti ngan buah lain takpe kan?sbb xbbrapa minat mangga...nak try laa....hihi

Gee® berkata...

fuiyooo!!! terlior!!

Amie berkata...

Walllaaaaa rahel! Mangga itu buah fav! Ngencessss...

Rohah berkata...

waduhai...leleh...mau rasa juge..

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak..resipi kreative...mesti sedap ni...

Tina Othman berkata...

rahelllll

ni mmg betul2 bakar line ni, aritu tayang creampuff dah meleleh dah air liur, ini lg lah

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

wahh... mkn sejuk2 pasti segar je kan rahel....

Mas Sani berkata...

rahelllllll... sedapnyaaaaa..terliur sungguh dah ni... harus kena cuba nnt...bhn2 pun simple je.. ok simpan resepi :)

zila norazila berkata...

yummy la..simple dan sedap..makan sejuk2 mablesss:)

fidzah saad berkata...

wah3x...ala2 tiramisu dah ni...

norazlina berkata...

Kak rahel, kalau ganti dengan biskut oreo ok tak? Hehe

rahel berkata...

Bole je Azlina...ikut selera la kan..

norazlina berkata...

tq kak rahel..

khairiah khaizu berkata...

teringat bagi adik saya makan masa baby dulu, biskut marie coklat rendam dgn susu....tapi byk masuk mulut kakaknya hahaha....

victoria agumo berkata...

salam perkenalan..bw jap kat sini..bestnya mango tu..boleh try ni..