Khamis, 6 Disember 2012

Kuih Ketayap

Selamat petang kepada semua pengunjung setia dapur RB.Kalau skarang tengah demam durian crepe...kuih ketayap jangan dilupakan yea...konon-konon mo buat oreo crepe resepi Kak Azlita masam manis..skali cek dalam bag tiada pulak itu buku resepi Aroma...duh! nasib baek semalam ada buat inti kelapa gula merah utk kuih ketayap..maka bertukarlah ke Kuih Ketayap pulak...ini la dia hasilnya...jom kita minum petang...

Kuih Ketayap
Olahan:Rahel

Bahan untuk kulit:
3 biji telur gred A
40g tepung gandum-diayak
50g gula kastor
10ml susu segar
10g mentega-dicairkan
sedikit pewarna hijau

Cara:
1.Satukan gula dan telur,kacau hingga gula larut.
2.Tambahkan tepung,susu segar dan kacau rata.Tambahkan mentega cair.Kacau rata.Tapis.
   Letakkan pewarna.
3.Panaskan pan 6'',tuangkan 3 sudu besar adunan,lenggangkan pan hingga adunan nipis.
   Masak dengan api perlahan hingga permukaan adunan kelihatan beku.Angkat dan letak dalam
   pinggan.Buat sampai habis.Letakkan inti kelapa gula merah.

*Untuk inti kelapa gula merah sila lihat DI SINI  

Selamat mencuba.

10 ulasan:

Salami Simon berkata...

oooo Rahel... Kak Amie pun nak buat kuih ketayap, tapi tak larat nak melenggang! Tumpang makan di sini aje ya...

EmbunRosaliza berkata...

Assalam rahel, sedapnya kuih ketayap.Cantik tersusun sama je. Akk pun lama sudah tak buat ni

ummiakid-lily berkata...

suka ketayap...bestnya kalau dpt makan skg ni...

eyeyou berkata...

cantik jer semua pics..tersusun jer kuih tu..puji ne..(dpt seketul jadik la..) hehhehe

Puteri Manja berkata...

Fuyyoooo air tu sampai meleleh2 kat cawan tu haa selera betul tengok...lapo2...

Subhie Arun berkata...

Wow Rahel, kuihnketayap sedap tgk... Frst time here... Hapi to follow u .. Glad if u follow me back ad

http://subhieskitchen.blogspot.co.uk/

zila norazila berkata...

lama zila x buat..wahh kecurr gue pepagi niehh..he hhee

Gee® berkata...

Rahel sayang... k.gee pon nak kuih ketayap tu... lapar ni..

Norzie hany berkata...

Sedapnya kuih ketayap....dah lama tak makan.

Sury Abil berkata...

Salam tuantnh....sedap nye kuih tu....kemas je..lme dh buat kueh ni....nyum2....