Selasa, 6 November 2012

Red Velvet Cup Cake

Salam manis kepada semua yang sudi dan setia singgah selalu ke dapur Rahel.Semoga semuanya sihat dan ceria bersama insan yang disayangi.
Berapa hari agaknya dapur Rahel tidak berasap...ada yang bertanya kenapa dapur Rahel sepi je..sebenarnya Rahel tak kemana pun..hanya mod menaip kurang mari..kan bagus kalau ada yang tolong kemas kini belog...hehe..apa2 pun terima kasih kepada rakan2 blogger dan pengunjung setia belog Rahel kerana tak jemu berkunjung ke sini...
Terima kasih buat rakan2 blogger yang setia meninggalkan komen dalam kotak komen...ampun maaf dipinta sebab saya tak sempat nak terjah untuk beberapa hari ini..kalau ada masa pasti akan dikunjungi kembali satu persatu..tapi jangan lupa..siapkan masakan yang sedap-sedap...hehe 
Herm...tengok tajuk kali ni memang menggiurkan kan?...ya la..red velvet cake di antara kek yang sentiasa famous di kalangan kanak-kanak maupun orang dewasa...kalau diletak cream cheese frosting memang bertambah la sedapnya...tapi kali ni Rahel buat yang simple-simple sahaja...just ayak snow powder atas kek...biar nampak ceria gitu...
Seperti biasa..ramai yang menggunakan resepi dari Joy Of Baking...begitu juga kali ni Rahel memilih resepi dari dapur beliau..memang tak dinafikan lagi...sedap,gebu,moist tekstur kek dia.Kepada yang rajin mengadun kek kat rumah bolehlah mencuba resepi Red Velvet Cake ni...memang enak..dijamin puas hati...resepi sudah disediakan di bawah sana..terima kasih Naz untuk resepi kek yang enak banget ni...ijinkan gue perpanjang pulak kat sini yea..

Red Velvet Cup Cake
Resepi asal:Joy Of  Baking
Sumber:Naz/Nadz COSK 

Bahan-bahan Kek:
2 1/2 cawan (250g) tepung kek*
1/2 st garam*
2 sudu besar (15g) serbuk koko*-ayak bersama
1/2 cawan (113g) mentega
1 1/2 cawan (300g) gula pasir
2 biji telur gred A
1 st esen vanila
1 cawan (240ml) buttermilk
2 sudu besar cecair pewarna merah
1 st white distilled vinegar (guna cuka makan tu pun boleh)
1 st baking soda

Cara-cara:
1.Pukul mentega sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
2.Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit).
3.Masukkan telur satu persatu dan pukul setiap kali dimasukkan.
4.Masukkan esen vanila dan putar hingga sebati.
5.Dalam larutan buttermilk,masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
6.Pada kelajuan sederhana,masukkan tepung berselang seli dengan larutan buttermilk dimulai dan
   diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu,kemudian semua buttermilk dan seterusnya
   semua tepung yang masih berbaki).
7.Dalam satu mangkuk,campurkan cuka dengan baking soda.Campuran akan berbuih atau berbusa.
   Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.
8.Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu
   175'C selama 1 jam atau sehingga masak.Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang sama
   besar,bahagi adunan kepada 2 bahagian yg sama banyak dan bakar pada suhu 175'C selama
   20-30 minit menggunakan api atas dan bawah.
9.Setelah masak,biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit.Kemudian keluarkan kek &
   sejukkan sepenuhnya di atas redai.
10.Seterusnya balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam atau
     semalaman untuk memudahkan proses menghias kek.

*Rahel bakar versi cup cake selama 15 minit pada suhu 170'C.

Bahan-bahan cream cheese frosting:
1-8 oz (227g) krim keju,pada suhu ruang
1-8 oz (227g) keju mascarpone,pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
1 st esen vanila
1 cawan (115g) gula aising,diayak
1 cawan (360g) whipping cream

Cara-cara:
1.Pukul krim keju bersama keju mascarpone hingga smooth.
2.Masukkan esen vanila dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
3.Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
4.Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.

Enjoi.

22 ulasan:

JaSSNaNi berkata...

as salam rahel..
wahhh tenggelam2.. timbul terus bawa RVC ni.. sedap nya.. comel2 belaka.. :) kemas plak tu.. cantek mata memandang.. geram tengok yg dlm sangkar tu.. haiihshhhh..

Mas Sani berkata...

lama tak jengah sini...rindu betul nak cuci mata dgn kerja tangan yg cantik dari rahel :)

jgnkn nama...tgk je tekak ni dh cukup kecur, nak2 plak ada love lg...alahaiii geram sungguh! hihihi

Gee® berkata...

Cantek...! nak seketoi...

mala berkata...

hi rahel, cute ja rvcc tu!

Bicara Kak Noor berkata...

hai Rahel
yang ni macam mudah jugak,tapi buttermilk tu camna ek apa campuran nya tu hahah orang tua baru nak belajau ni..

Uda berkata...

Saya buat tak letak buttermilk.....letak susu cair je.....menjadi gak.....

eyeyou berkata...

comelnya red velvet cup cake nee...rasa sayang lak nak ngappp!!! ;)

rahel berkata...

Kak Noor....kalau takde buttermilk bole buat sendiri...1 sudu besar cuka masakan + 240ml susu segar,biarkan selama 10 minit sebelum diguna.

mama sara nur berkata...

salam manis Buat Rahel jg ye
menyepi seketika rupanya membaking rvc yg sedap ni he he
kek ni memang sedap kan Rahel
w/pun tanpa krim cheese
hasil tangan Rahel memang tak mengecewakan...sentiasa cantik

FnF Simple Life berkata...

hwaaa...comelnye RV cc

faa.rosli berkata...

ntah bile laa dpt try rvc ni..hihihi

Kjee berkata...

wow rahel. teruja nak try.

Rohah berkata...

cantekk cup kek ni, corak lap lap u lagi...tak habis terbangkan ke sini yea..

Qasey Honey berkata...

suka tgk RVCC versi Rahel ni...
cantik n simple deconya...good jobbb dearrr...

Shiela berkata...

waaa.. canteklah Rahel.. good idea..:)

ibundo berkata...

rahel ni kalau masak kek apa pun mesti bundo tertarik..

Tina Othman berkata...

morning

cantiknya rahel, kita rvc ni tak berapa minat sangat, ada jugak kumpul bbrp resepi rvc tapi tak dpt lg yg berkenan kat tekak

nak tanya yg ♥ tu buat cmana ye

Naz / Nadz COSK berkata...

Hai Rahel...

Wah kat sini pun ada org membakar RVC juga yer.. Ermm.. Naz pun first time buat rvc guna resepi dari JOB ni jugak.. Sedap juga kan resepi ni... Cantik dan kreatif la atas kek tu wpun dgn snow powder jer..

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

baru ternampak wajah tuah blog.. manis orgnya... hehe..

sama manis & menawan mcm red velvet tu juga... sgt menggiurkan..

Tanpa Nama berkata...

cantik, tp rahel buttermilk tu mcmana rupanya n bole dpt d supermarket ke.. x perna lg tgk bende tu. hehe....

Fadzillah berkata...

mau cuba buat red velvet ini juga..nampak sedap.. ;-)

akmal farhan berkata...

hai sis rahel..tepung kek tu sis guna tepung superfine ye??