Rabu, 14 November 2012

Blueberry Cheese Tart

Salam manis kepada semua pengunjung setia dapur Rahel.Semoga sihat dan ceria selalu.Hari ni Rahel sebok sikit siapkan tempahan blueberi cis tat,biasanya Rahel tak buat corak banyak di atas tat sebab nak jimat masa,tapi kali ni ada mood rajin sikit mari,jadi tangan pun gatal nak mencorak bunga di atas tat..herm..nampak ceria jugak kalau buat macam ni kan?...resepi seperti biasa...masih setia pada resepi Chef Noraini Zakaria..jemputlah mencuba yea... 
Blueberry Cheese Tart
Sumber:Buku Kompilasi Hidangan Berkeju/Chef Noraini Zakaria

Bahan Pastri:
450g tepung gandum
250g mentega
100ggula kastor
1 biji telur
2 sudu teh air
1 sudu teh esen vanila

Inti Keju:
250g krim keju
60g gula kastor
50g mentega
1 biji telur
200g inti blueberi

Cara membuat:
1.Pastri:Putar mentega,gula dan esen vanila hingga kembang.Masukkan telur dan air.Putar lagi
   hingga adunan berkrim.
2.Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga menjadi doh.
3.Tekan sedikit doh dalam acuan tat dan bakar selama 20 minit sehingga masak.
4.Inti:Putar keju,mentega dan gula kastor hingga kembang.Masukkan telur dan putar lagi  hingga
   sebati.
5.Sudukan sedikit inti blueberi ke dalam kulit tat.Tuangkan adunan keju di atasnya hingga penuh.
6.Bakar dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 180'C hingga masak.

*Untuk corak di atas tat pandai-pandai la buat sendiri yea...guna pewarna merah muda dan
  pewarna hijau epal.Caranya,ambil 1/2sudu besar adunan krim keju dan letak pewarna merah
  muda.Kemudian ambil 1/2 sudu besar adunan krim keju dan letak pewarna hijau epal.Dotkan
  sekali adunan merah di atas tat,kemudian dotkan juga adunan hijau di atas tat dan lorekkan dg
  lidi sehingga bentuknya sama seperti di dalam gambar.
*Untuk kulit tat pulak Rahel bakar pada suhu 170'C selama 25 minit guna api atas dan bawah.

Selamat menikmati Blueberry Cheese Tart.

17 ulasan:

♥MAMASYAZA♥ berkata...

errrmmm sedapnye tgk cheese tart tu, cumel dan berseri seri, mesti sedap tu

Bicara Kak Noor berkata...

kalau Rahel yg buat pasti sedap je mata memandang apa pun pasti menarik dan hati akak pun dah tertariksssssss

mala berkata...

dok teringin lama dah tapi tak buat-buat ...

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum rahel..
sedapnya.. cantek plak tu... kemas belaka.. bak sini 10..

Tina Othman berkata...

sedapnya rahel, terliur tgk, cantik pulak tu

Noor Yusoff berkata...

Salam Rahel...lama menghilang. Sekali datang dengan cheese tart yang mengoda ...cantiknya bunga yang di lakar itu.

Noor Yusoff berkata...

Salam Rahel...lama menghilang. Sekali datang dengan cheese tart yang mengoda ...cantiknya bunga yang di lakar itu.

Wattie berkata...

Salam Rahel,
Tergoda melihat kehalusan lorekan jari jemari Rahel.....

mama sara nur berkata...

sememangnya sgt cantik Rahel..gatal tangan yg menjadi seninya..
sweet kalu akak aduhh sayangnya nak masuk ke mulut he he

Shiela berkata...

comel comel tart dia.. bila laa tart ku akan menjadi.. beli acuan berzaman dah..

zila norazila berkata...

rahel cyg..
cantik corak tue..suka tgok..berseni sekali :)

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak Rahel..Menawan sungguh kejadian Cheese Tart ni...Menggoda selera sesiap yang melihatnya....

Mamasya berkata...

Salam Rahel.
Comei je nengok cheese tat itu...bila susun byk2 gitu lagi nampak menarik...

kakbesah berkata...

cantik sangat lah rahel.. memang puas hati membeli kalo comel mcm tu...

Rahel berkata...

Thanks teman2 sebab sudi singgah selalu...cayang u all

Amie berkata...

Cantiknya.... memang lu punya tangan ajaib bah Rahel!

eyeyou berkata...

pewhhh...cumellll...n ghajinnya mendeko...