Sabtu, 27 Oktober 2012

Oreo Cheese Cake

Selamat malam dan salam manis kepada semua yang masih setia berkunjung ke dapur Rahel.Semoga ceria selalu...
Seperti yang dikehendaki oleh teman fb agar Rahel sudi berkongsi resepi Oreo Cheese Cake yang Rahel tayang semalam kat fb.Sebenarnya itu adalah kek yang Rahel buat untuk Puan Norma sempena hari jadi bundanya...semoga Puan Norma berpuas hati.Terima kasih banyak kerana sudi mengoder kek dari Rahel yang baru belajar nak mengadun dan mendeco..mohon maaf di atas kekurangannya...

Oh ya,sebelum kita buat oreo cheese cake kita kena siapkan bahan dasar dia terlebih dulu iaitu kek span coklat yang gue paling suka...dah berkali-kali gue buat kek span coklat ni cuma takmo tayang berkali-kali..nanti ada yang jemu pulak.Apakah barang yang perlu kita siapkan untuk kek span coklat..jom kita tinjau-tinjau resepinya....

Kek Span Coklat
Sumber:Hidangan Kek (Chef Noraini Zakaria)

Bahan-bahan;
150g gula kastor
110g tepung kek}
20g serbuk koko}-diayak (A)
1 sudu teh serbuk penaik}
75g minyak masak
15g ovalette
5 biji telur gred A
60g air}
1 sudu teh emulco coklat}-disatukan

Cara:
1.Griskan acuan kek 9''.Lapiskan dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu
   180'C.
2.Gaul ovalette dan gula kastor dalam mangkuk adunan.
   Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3.Kemudian masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau.
4.Pukul dengan kelajuan perlahan selama 2 minit untuk sebatikan adunan.Tukar pada kelajuan
   tinggi selama 5 minit hingga adunan kembang dan gebu.
5.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air emulco coklat.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama
   5 minit lagi.
6.Masukkan minyak masak dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.
7.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
8.Keluarkan kek dari ketuhar dan telangkupkan.Setelah 5 minit,pusingkan pada kedudukan asal.
   Tujuannya supaya kek tidak mendap.

*resepi OREO CHEESE CAKE boleh dilihat DI SINI jemput masuk..

11 ulasan:

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ berkata...

Wahhh Rahel...I'm simply wowed at this beautiful cake! Berseni betul tangan you ni...:)

Join my Blog Event:~ DEEPAVALI DELIGHTS 2012

rahel berkata...

Thanks LOVE...
biasa2 jer ni...

Tina Othman berkata...

wow cantiknya

ada masa nak try lah

zila norazila berkata...

cantik banget tue rahel:))

Rohah berkata...

kemas air tanganmu..

Qasey Honey berkata...

sgt kemas Rahel kejadian kek ni..suka betul tgk..

Mayang ABDUL RAZAK berkata...

wahh sangat sedap ..

Ucu Faridah berkata...

wow...wow..woowwwww utk 1000x wow..
byk sgt wow2 ni..bila nk dpt merasa hah....hihihi...

Wattie berkata...

Salam Rahel,
Lidahku kelu tak terkata, speechless.....

cheeze maz berkata...

Salam Ziarah....

Sedapnya Oreo Cheese Cake tu. Akak pernah buat tapi akak buat yang tak perlu dikukus / dibakar tambah sikit serbuk cheese,sb anak2 akak suka cheese.... jemput ke blog akak di http://cheezemaz.blogspot.com, manalah tahu nak mencuba serbuk cheese CHEEZE MAZ yg bila dicampur dgn air panas menjadi sos sesedap cheeze wedge, KFC. Jemput juga komen resepi2 akak yg x seberapa tuS

desuebakery@blogspot.com berkata...

Assalamualaikum....Tuan admin.
mohon kebenaran untuk mencuba resepi ini..

Semoga perkongsian tuan admin, diberkati dan dirahmati ALLAH Taala.