Ahad, 30 September 2012

Kraker Kapit Pisang

Selamat berhujung minggu dan selamat petang kepada semua kawan-kawan yang sudi singgah selalu.Semoga sentiasa sihat dan ceria.Pagi tadi sempat jugak menyediakan satu hidangan yang memang menepati selera..maklum la..ini pertama kalinya Rahel buat biskut kraker yang bergoreng...memang tak pernah terfikir pun selama ni.Resepi pun dah lama tersimpan..mula-mula tengok memang terus tertarik,tapi bila sering keluar rumah..sering la jugak menikmati cemilan kat kedai jer...atau pun beli cemilan kat gerai2 makan...

Pada yang tertanya.tanya bagaimakah rasa Kraker Kapit Pisang ni..silahkan mencuba di rumah..memang sedap tau..sesuai untuk sarapan dan jugak minum petang...terasa wangi inti pisang tu sebab ada letak serbuk kayu manis...silahkan tinjau-tinjau bahan-bahan yag perlu ada untuk membuat kraker kapit pisang..


Kraker Kapit Pisang
Sumber Resepi:Sedap

Bahan-bahan:
28 keping biskut kraker
Minyak untuk menggoreng

Bahan inti:
2 sudu makan marjerin
2 ulas (250g) pisang tanduk,dipotong dadu---->i guna pisang emas
3 sudu makan gula merah---->i guna brown sugar
1 sudu teh serbuk kayu manis
4 sudu teh bijan---->yang ni i tak letak pun
4 sudu makan tepung gandum dan 4 sudu makan air,larutkan utk memekatkan

Bahan Pencelup (kacau rata):
100g tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
1 biji telur
150ml air
1 sudu makan gula tepung
1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya:
1.Untuk intinya,panaskan marjerin.Masukkan pisang,gula merah,serbuk kayu manis dan bijan.
   Kacau rata sehingga pisang layu.
2.Masukkan larutan tepung gandum dan masak sehingga pekat.
3.Sapukan di atas biskut kraker.Tutup dengan biskut kraker yang lain pula.
4.Celupkan ke dalam bahan pencelup.
5.Goreng sehingga masak dalam minyak yang penuh.

Selamat menjamu selera.

Sabtu, 29 September 2012

Pisang Bakar Rangup

Salam semua.Hari ini saya terlebih rajin sikit so saya buatlah pisang bakar  versy orang putih konon.Sedap sangat sebab crunchy pastu boleh cicah saus coklat lagi.Berbaloi untuk anda cuba.



Pisang Bakar Rangup
Sumber Resepi:Rahel

Bahan:
12 buah pisang emas-buang kulit
3 sudu makan penuh marjerin/mentega
3 sudu makan penuh tepung gandum
1 sudu makan penuh gula pasir
1 sudu teh serbuk kayu manis
100g corn flakes-diramas kasar
sedikit coklat cair

Cara:
1.Panaskan oven 180'C.
2.Panaskan marjerin hingga cair.Tutup api.Masukkan gula pasir,kacau sebentar.Masukkan.pula tepung gandum,kacau rata.
3.Taburkan serbuk kayu manis di atas pisang.Celupkan pisang ke dalam bancuhan tepung.Kemudian golekkan pisang dalam corn flakes.Susun pisang dalam dulang yang telah disapu marjerin/mentega.
4.Bakar pisang selama 30 minit.Hidang panas-panas bersama coklat cair.

*pisang emas boleh digantikan dengan pisang yang lain.


 



Selamat menikmati pisang bakar...

Jumaat, 28 September 2012

Pink Ombre Cake

Salam semua.



Pertama kali nampak terus jatuh cinta...ahakss!! sebenarnya kan...Rahel pantang nampak benda-benda yang cantik dan menarik...lagi-lagi kalau melibatkan kek...resah...teruja..dan macam-macam benda bermain di kepala otak...haaa...mula la tu berangan-angan.


Cakap pasal Pink Ombre Cake yang tak seberapa ombre ni...erm masih banyak yang perlu diperbaiki..tengok la tu...senget sana..senget sini...walau pun Rahel memilih untuk menggunakan corak yang simple tapi memang tak cun...kena praktis banyak-banyak...tak boleh dibiarkan...

Kalau teman-teman nak tahu dari mana sumber inspirasinya..teman2 bole jengah ke blog Glorious Treats ,tapi kena hati2 ya...nanti pengsan...banyak sangat kek dan resepi dia yang menarik...pastu teman2 boleh jalan-jalan ke sini...jangan lupa bawak minyak kapak..nanti nak pengsan..sapu jer...hehehe..lepas tu sambung terus ke blog Polka Dot ...cuci mata...dan banyak lagi corak ombre yang sememangnya menawan...search jer kak rumah pak google..berderet-deret gambar ombre cake keluar..



Ok la tu,panjang pulak cerita kali ni...dan untuk pengetahuan teman-teman yang teringin mencuba Pink Ombre Cake ni..resepinya memang mudah...Rahel tidak menggunakan resepi dari beberapa blog yang Rahel sebut di atas tadi..itu hanya panduan kepada Rahel,jika tak tahu nak bentuk corak-corak icing atau cream pada permukaan kek.Jika ada waktu...sila jalan-jalan ke sini untuk melihat resepi Kek Span Vanila sebab kek yang Rahel buat ni guna kek span,kena doublekan adunan kek tu dan untuk krimnya pulak Rahel guna non-dairy whipping cream...pandai2lah agak ya...sebab non-dairy cream tu tak perlu campur apa2..tinggal putar hingga gebu...kemudian bahagi kepada beberapa bahagian n letak la pewarna pink...tapi jangan lupa alihkan sedikit krim untuk melepa lapisan kek dan tepi kek..dalam lapisan kek tu pulak Rahel lepa dengan strawberry fruit filling,sedapnya.


Kek Span Vanila


Bahan:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A

130g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak

40g air
 60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9''.Lapis dg kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.

2.Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dg kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.

3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.

4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.

5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.

6.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.


Selamat mencuba.

Thai Style Fried Fish

Salam...

Thai Style Fried Fish
Sumber Resepi:Q N E Hawker's Fair/Chef Alan Kok

Bahan:
1 ekor ikan tilapia merah (600g)---->saya guna ikan garoupa merah
3 cawan minyak untuk menggoreng

Bahan A:
1 biji bawang besar-dihirishalus
1 sudu besar hirisan cili merah
1/2 sudu besar hirisan daun limau purut
1 sudu besar hirisan serai

Sauce (gaul sebati)
3 sudu besar sos ikan
3 sudu besar jus limau
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil cili padi cincang
100ml air panas

Cara:
1.Panaskan minyak.Goreng ikan sehingga keperangan.Angkat dan letak dalam pinggan.
2.Bahan A di gaul rata,kemudian letak di atas ikan goreng tadi.
3.Kemudian tuangkan bahan sauce di atasnya.Hidang.

Selamat menjamu selera.

Rabu, 26 September 2012

Krepe Coklat Keju Rangup

Selamat petang...singgah skejap minum petang.

Krepe Coklat ni serasi bersama ice cream...

Krepe Coklat Keju Rangup
Sumber:Sedap

Bahan:
150g tepung gandum
15g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu makan gula kaster
1 biji telur gred A
250ml susu cair
25ml krim pekat
1/2 sudu teh pes coklat

Bahan Taburan:
100g keju cheddar parut
1 sudu makan gula pasir
1 1/2 sudu makan susu pekat manis coklat

Cara:

1.Ayak tepung gandum,serbuk koko dan serbuk penaik.Masukkan garam dan gula pasir.Kacau rata.Ketepikan.

2.Campurkan telur,susu cair,krim pekat dan pes coklat.Kacau rata.Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung gandum sambil dikacau sehingga rata.

3.Panaskan acuan apam balik berdiameter 20cm dan diameter atas 22cm.

4.Tuangkan adunan ke dalam acuan apam balik nipis-nipis.

5.Sapukan nipis susu pekat manis coklat.Taburkan keju parut dan gula pasir di salah satu bahagian tepinya.Lipat dua dan lipat lagi bentuk tiga segi.

*Untuk bahan taburan saya gantikan gula pasir & susu pekat dengan strawberry fruit filling.

Puas makan krepe coklat....ada minuman bersoda + ice cream keladi...mantap...

Selamat menikmati Krepe Coklat Keju Rangup.

Isnin, 24 September 2012

Puding Roti Bakar

Selamat bersua kembali walau pun hanya di alam maya...semoga kawan-kawan semua sihat dan ceria serta bahagia bersama keluarga tercinta..
Kali ni apa pula menu untuk minum petang? Semua dah siap minum petang ka? kalau ada yang belum minum petang mungkin sempat lagi buat hidangan yang simple macam puding roti bakar ni...nampak enak kan?


Cakap pasal puding roti ni memang Rahel suka makan tapi jarang buat..kena ada orang yang belikan roti paun dulu...n my darling la yang rajin beli roti itu.Kali ni Rahel buat puding roti yang bakar pastu letak parutan keju cheddar dan blueberry fruit filling...ternyata enak loh...yuk bikin yuk



Puding Roti Bakar
Sumber Resepi:Rahel Blogspot 

Bahan-bahan:
5 keping roti sandwich(140g)-dipotong dadu kurleb 1 cm
400ml susu segar
3 biji telur L
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan kismis-dicincang halus
4 susu besar gula pasir

Topping:
30g keju cheddar-parut
50g blueberry fruit filling

Cara memasak:

1.Susu segar,telur,esen vanila dan gula pasir disatukan dalam mangkuk.Kemudian kacau hingga gula larut.Ketepikan.

2.Satukan pula roti yang telah didadu tadi bersama kismis cincang.Gaul rata.

3.Siapkan 8 biji ramekin saiz 2.5'',sapu permukaan ramekin dengan butter.Kemudian isi
kan dengan bahan no.2 (isi penuh/rata).Kemudian tuangkan 4 1/2 sudu besar bancuhan susu ke dalam setiap adunan roti.Biarkan selama 10-15 agar roti dapat menyerap bancuhan susu tadi.Panaskan ketuhar pada suhu 170'C selama 15minit.

4.Taburkan keju parut di atas roti dan paipkan juga blueberry filling di atasnya.

5.Bakar puding roti selama 30 minit.Hidangkan panas-panas atau pun dinginkan dalam peti  sejuk sebelum dihidang.


Terima kasih.

Selasa, 18 September 2012

Egg Mayo Sandwich

Selamat pagi dan selamat bersiaran kembali..apa khabar semua? sihatkah? Pagi ni gue siapkan satu hidangan sarapan yang sangat mudah dan terasa lemaknya...menu ini jugak sudah tidak asing lagi dikalangan rakan blogger masakan...biasanya kanak-kanak sangat menggemari egg mayo sandwich ni,tapi di rumah Rahel orang dewasa la yang paling gemar makan egg mayo sandwich...boleh makan sampai berapa keping sandwich...hehehe...kalau suka akan sayur atau buah-buahan boleh juga diletak hirisan timun atau tomato & daun parsley...memang sedap banget...ok la tu jom kita siapkan bahan-bahan untuk Egg Mayo Sandwich...



Egg Mayo Sandwich
Sumber Resepi:Rahel

Bahan:
8 keping roti
3 biji telur gred A-direbus hingga masak & buang kulit
4 sudu makan penuh mayonis
secubit garam halus
sedikit lada sulah

Cara:

1.Telur dicincang hingga halus.Tambahkan mayonis,garam,lada sulah.Gaul sebati.

2.Sapu ke atas satu keping roti,kemudian tekapkan dengan satu keping roti lagi.Jika nak kelihatan kemas,potong tepi roti yang kecoklatan.Sedia dihidang.


Terima kasih seudi membaca.

Ahad, 16 September 2012

Chocolate Macaroon

Salam manis dan selamat berhujung minggu...eh..Selamat Hari Malaysia...

Resepi Chocolate Macaron kali ni Rahel ambik dari buku resepi,memang mudah aje cara penyediannya.Sebelum ni Rahel pernah jugak buat macaron dan telah ada dalam blog,kawan2 boleh search kat label macaron yer...ok la jom kita teruskan cerita sikit petua untuk menghasilkan macaron yang cantek..eh tak cantek pun...hehehe...ada sebabnya....serbuk almond tak kena ayak...hehehe..kalau nak macaroon yang licin macam porcelin..kena la ayak betul-betul serbuk almond tu ye..
Na...memang ndak sabar sudah ni kan..tapi mohon maaf la sebab tak dapat ambil gambar step by step ketika berlangsungnya proses pembuatan chocolate macaron..maklumlah sorang-sorang je masa tu di rumah.Tapi kiranya apa yang Rahel ceritakan di sini dapat membantu kawan-kawan yang masih belum lulus dalam menangani kes macaron...cerrr...
Baiklah,kita teruskan dulu ya...kalau nak buat chocolate macaron..mula-mula kita kena la siapkan bahan-bahannya seperti berikut:

Chocolate Macaron
Sumber:Buku Resepi

Bahan-bahan:
75g almond serbuk
100g gula icing
2 sudu besar serbuk koko
2 biji putih telur gred A (80g)
50g gula kastor

Cara membuat:
1.Satukan almond serbuk,gula icing,serbuk koko dalam food processor.Proses selama
   15 saat.Kemudian ayak bahan ini.

2.Masukkan putih telur ke dalam mangkuk pengadun.Putar sehingga kembang dan pekat
   (soft peak).Perlahan-lahan masukkan gula kaster sambil diputar hingga adunan nampak
   mengkilat.

3.Masukkan campuran almond serbuk tadi ke dalam adunan putih telur secara bertahap
   sambil dikaup balikkan sehingga rata.Angkat sedikit adunan guna spatula,jika adunan
   jatuh dengan perlahan maknanya adunan dalam keadaan yang baik.

4.Masukkan adunan ke dalam piping bag.Paipkan ke atas dulang yang telah dilapik
   dengan kertas pembakar seluas 1 inch.Kemudian hentakkan dulang agar buih2 macaron
   hilang.Rehatkan macaron selama 30 minit hingga permukaannya kering.
   Panaskan oven 160'C selama 15 minit.

5.Bakar macaron selama 10-15 minit.Setelah masak biarkan 10 minit hingga sejuk,
   kemudian tanggalkan dari kertas pembakar.Biarkan lagi sehingga benar2 sejuk
   baru letak inti.
  
Chocolate Filling:
100g dark chocolate-potong kecil
150ml double cream (dairy cream)

Cara:
1.Letak potongan coklat dalam mangkuk tahan panas.
   Panaskan double cream sehingga panas.Kemudian tuang ke dalam mangkuk yang
   berisi potongan coklat tadi.Kacau perlahan hingga coklat larut.Biarkan sejuk selama
   15-20 minit atau sehingga coklat pekat.

2.Masukkan coklat ke dalam piping bag.Ambil satu keping macaron dan paipkan inti
   coklat di atasnya.Tekapkan dengan satu keping macaron.Buat sampai habis.

LANJUTAN CERITA MACAROON MERANGKAP PETUA:
*mula-mula dengan bahan kulit macaroon:sebaiknya almond serbuk hendaklah dikisar ter-
  lebih dulu dalam food processor tapi jangan sampai terlebih kisar sebab almond serbuk
  akan berminyak.Kemudian ayakkan dan timbang semula menjadi 75g & jika perlu jemur
  dulu kalau agak lembap.

*Gula icing & serbuk koko pun kena ayakkan juga.Kemudian satukan dg almond serbuk.
  Dalam resepi kita disuruh satukan ketiga bahan ni ketika hendak dikisar kan,tapi
  sebaik-baiknya secara berasingan,senang nak sukat balik.

*cakap pasal cara no.2 pd resepi:masukkan putih telur ke dlm mangkuk pengadun,putar
  sehingga berbuih,masukkan gula kaster sedikit demi sedikit (buat 3x) sambil diputar
  sehingga benar2 mengkilat,jika mangkuk diterbalikkan adunan tidak terjatuh,time ni
  kita kena periksa meringue tu,jika di dasar mangkuk masih berair maknanya putih telur
  belum sempurna,sebab kadang2 jika dibiarkan beberapa saat akan kelihatan berair
  kan..maknanya kena putar lagi hingga benar2 kukuh,jika meringue sudah kukuh takkan
  cair di dasarnya walau pun dibiarkan agak lama.Pastikan juga putih telur yg kita guna
  adalah putih telur yang segar,jadi senang nak kembang dan mengkilat.

*Setelah meringue siap,masukkan campuran almond serbuk,gula icing,serbuk koko secara
  bertahap (buat 3x),kaup balikkan hingga rata setiap kali bahan kering dimasukkan.Ambil
  sedikit adunan guna spatula,sengetkan spatula,jika adunan jatuh perlahan maknanya dah
  ok la tu.Masukkan adunan ke dalam piping bag.Paipkan ke atas dulang yg telah dilapik
  non-stick baking paper sebesar 1 inch (jangan guna kertas minyak tau).Time kita paipkan
  adunan ke atas dulang,pastikan pegang piping bag dalam keadaan yang menegak,
  jangan sesekali sengetkan piping bag kerana akan menyebabkan macaroon tidak
  rata/bulat.Jangan lupa jarak kan setiap adunan.Kemudian pegang hujung dulang dan
  hentakkan ke atas meja,lepas tu pusingkan dulang,pegang lagi hujungnya,angkat dan
  hentakkan lagi ke meja,ini bertujuan untuk membentuk/meratakan permukaan macaroon
  dengan cepat & juga membuang buih halus di atas permukaan macaroon.Setelah itu
  biarkan macaroon kering,jika disentuh dengan jari tidak ada yg basah atau melekat,
  kalau nak cepat kering on kipas.Macaroon akan kering dalam masa 60-90 minit.

*Punca macaroon retak ketika dibakar ialah kerana tak cukup kering,jadi sabar-sabarlah
  kasi kipas itu macaroon sampai betul-betul kering sebelum dimasukkan dalam oven yer..

*Setelah macaroon kering panaskan oven pada suhu 160'C selama 10-15 minit.
  Letak dulang yang berisi macaroon pada rack bawah dalam oven dan bakar guna api
  atas bawah.Ingat,suhu oven berbeza tau jadi pandai2lah set suhu oven korang yer...
  ok..pastu bakar macaroon selama 5-8 minit,kemudian keluarkan dari oven dan dengan
  pantas pusingkan dulang tadi & bakar lagi macaroon selama 5-8 minit.Tujuannya ialah
  supaya macaroon masak sama rata.Setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan
  selama 10 minit,kemudian tanggalkan dari kertas pembakar.Biar sejuk sepenuhnya
  baru letak inti coklat.

*Adalah sebab macaroon melekit pada kertas pembakar dan susah nak tanggalkan kerana
  macaroon tak masak sempurna,jadi kalau rasa2 macaroon belum masak sempurna
  ketika dibakar selama 5-8 minit sebaiknya masa membakar ditambahkan dari 5-8 minit
  ke 10-12 minit.Jika macaroon masak dengan sempurna maka bahagian tapak macaroon
  pun halus dan mulus...korang boleh tengok dalam gambar kat atas tu...

*Kalau nakkan kaki macaroon yang tinggi,bakar macaroon guna api atas sahaja selama
  5-8 minit.Kemudian bakar lagi macaroon guna api atas bawah selama 5-8 minit.

*Untuk menyimpan macaroon memang sangat mudah,sesudah diberi filling,simpanlah
  macaroon di dalam peti sejuk jika belum dihidang.

*Ini aje petua tentang macaroon yang dapat Rahel kongsikan di sini,semoga dapat
  membantu.
 

Selamat mencuba.

Selasa, 11 September 2012

Pukis

Salam manis dan selamat bersiaran.Apa khabar semua? sihatkah? Petang ni Rahel hidang kuih Pukis untuk minum petang.Pukis ni memang menjadi kuih kesukaan Rahel dari kecik hingga skarang tak ketinggalan kuih tradisional ni...kalau malas nak buat pegi beli jer kat gerai..RM1.00/6 biji..dah puas makan.Untuk membuat kuih pukis kena la beli dulu acuan dia yang macam acuan kuih dangai tu..berbaloi tau..sebab buat pukis ni bukannya rumit..panggang pun sekejap sahaja..pastu makan time hangat-hangat..waduh..sedapnyer..ok la tu..jom kita minum petang..
.

Pukis

Bahan:
250g tepung gandum
150g gula kastor
2 biji telur
65g mentega-dicairkan
250ml santan + 1sudu teh garam
1 sudu teh vanila serbuk
1 sudu teh yis segera
50ml susu pekat manis
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Topping (sesuai selera):
keju keping,1 keping dipotong jadi 8 bahagian
chocolate rice
kismis

Cara membuat:
-Putar gula dan telur hingga putih mengembang.
-Masukkan tepung gandum,vanila,soda bikarbonat dan yis,gaul rata.
-Putar lagi sambil tuang susu,santan dan mentega secara bertahap.
-Tutup adunan dengan tuala bersih,perap selama lebih kurang 20 minit hingga mengembang.
-Panaskan acuan,masak adunan sampai masak.

*Campurkan sedikit pewarna kuning ke dalam adunan agar tidak pucat.
*Untuk corak coklat,alihkan sedikit adunan dan letak sedikit emulco coklat.
*Putar adunan hingga kembang (putar lebih kurang 5 minit)



Selamat menikmati Kuih Pukis.

Isnin, 10 September 2012

Biskut Suji

Selamat pagi dan salam manis kepada semua yang sudi singgah selalu...cayang awak semua...masih lagi dalam mood raya kan? Kali ni Rahel tayang biskut raya lagi..harap korang tak jemu...biskut suji ni Rahel buat atas permintaan kawan sambil tu tumpang ambik gambar jugak.Biskut suji ni memang salah satu biskut yang paling gue suka...hemm..cair dalam mulut...yang takde gigi pun boleh makan..hehehe...ok lah..jom kita tengok resepinya yang Rahel ambik dari MyR...scroll ke bawah.




Biskut Suji
Sumber resepi:MyR

Bahan:
500g tepung gandum-disangai
200g gula icing
250g minyak sapi-dipanaskan hingga cair,kemudian biarkan sejuk
susu tepung secukupnya untuk hiasan

Cara:
1.Satukan tepung gandum yang sudah disangai bersama gula.Gaul rata.
2.Kemudian tuangkan minyak sapi ke dalam bancuhan tepung sedikit demi sedikit.
   Gaul sehingga sebati dan boleh dikepal.
   Jika adunan lembik,boleh tambah sedikit demi sedikit tepung gandum.
3.Kemudian bulatkan adunan anggaran 1 sudu teh dan susun di dalam loyang.
4.Bakar biskut pada suhu 150'C selama 20 minit dan bolehlah disalut susu tepung,kemudian
   disusun di dalam cawan kertas/bekas kedap udara.


Selamat menikmati Biskut Suji.

Sabtu, 8 September 2012

Tat Teratai

Salam...
Antara biskut raya yang baru sempat ditayang...


Tat Teratai
Sumber:Kompilasi Tat & Brownies

Bahan adunan:
250g mentega
160g gula halus
400g tepung gandum
40g tepung jagung
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila

Bahan lain:
Inti nanas secukupnya
1 biji kuning telur-untuk disapu
Acuan bunga
Cawan kertas

Cara:
1.Campurkan semua bahan adunan di dalam mangkuk.
   Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
2.Canaikan doh dan terapkan dengan acuan bunga.
   Masukkan ke dalam cawan kertas.
3.Letakkan inti nanas di tengah dan bunga kecil yang telah diterap.Sapukan kuning telur
   di atas tat.
4.Bakar dalam ketuhar selama 25 minit pada suhu 180'C.

Jumaat, 7 September 2012

Nasi Planta

Salam manis dan selamat tengah hari.Apa khabar semua? Sihatkah?


Hari ni Rahel masak Nasi Planta,Kari Ayam dan Acar Nenas..wow gandingan yang mantap.Kalau ada yang teringin untuk menerai nasi planta yang simple..sila tinjau-tinjau resepinya kat bawah ini.

Nasi Planta
Sumber resepi:Rahel

Bahan:
1 1/2 sudu makan planta
350g beras basmati-dicuci bersih dan toskan
700ml air panas yang sudah mendidih (kalau nak lg sedap guna air rebusan ayam)
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
1 inci halia-dicincang
2 ulas bawang putih-dicincang
2 ulas bawang merah-dicincang

Bahan B:
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih

Cara:

1.Panaskan planta dalam kuali,masukkan halia dan tumis hingga wangi.Masukkan pula bawang cincang dan bahan B,tumis lagi hingga wangi.

2.Kemudian masukkan beras dan tumis selama 2 minit.

3.Alihkan beras yang sudah ditumis ke dalam rice cooker.

4.Masukkan pula air panas.Kacau rata.Perasakan dengan garam & serbuk pati ayam.

5.Biarkan mendidih,kacau lagi.Kemudian tutup periuk da biarkan nasi masak sepenuhnya.

6.Setelah masak,gembur-gemburkan nasi.Hidang bersama lauk kegemaran anda.


Selamat mencuba.

Rabu, 5 September 2012

Kiwi Cheese Tart

Salam manis dan selamat bersiaran.Apa khabar semua? Sihatkah? Tuan tanah sihat dan ceria je hari ni...
Tapi cuaca di Tawau tak seceria tuan tanah...udah berapa hari cuaca di Tawau lain semacam...nak kata cerah tak jugak..nak kata mendung tak jugak...jadi apakah namanya itu?...hem..hinggakan pic yang di ambik pun semacam jer..tapi tak kesah la yang penting petang ni daku bisa menikmati cheese tat yang sodap...setelah beberapa hari asyik sebok je layan tempahan cheese tart..hari ni kerinduan untuk menikmati cheese tat udah terubat...leeeegaaaaa...
Kembali ke tajuk entry...kali ni Rahel buat cheese tat berinti kiwi...waduh sedap banget...skali-skala tukar citarasa memang best...dan kiranya ada kerajinan sikit bab ada buat corak atas cheese tat...kalau dulu asyik dot2 je filling tu...tapi maaf ler bab takde tunjuk cara-cara penyediaan....bab gue tau..u orang memang dah pandai pun kasi corat-coret permukaan cheese tat tu..hihihi..
Oh ya,kali ni Rahel guna resepi Blueberry Cheese Tart dari Kak Hanieliza...cuma inti tu je yang Rahel ganti dengan kiwi filling..so terpulang pada kawan-kawan yer...guna la filling kesukaan masing-masing,tapi kali ni layan dulu Kiwi Cheese Tart....

Kiwi Cheese Tart
Sumber:Buku Resepi/Chef Hanieliza

Bahan A:
125g mentega
125g marjerin
100g gula halus
1 biji telur gred B
500g tepung gandum

Bahan B:(Filling)
250g inti blueberi/inti kiwi

Bahan C:
250g krim keju
50g mentega
80g gula halus

Cara Membuat:
1.Pukul mentega,marjerin dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan telur dan kacau rata.
3.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4.Masukkan adunan ke dalam acuan tat dan tekan supaya leper dan kemas dalam acuan tat.
5.Cucukkan dengan garpu supaya doh tidak gelembung.
6.Bakar dalam ketuhar pada suhu 170'C selama 12 sehingga 15 minit.
7.Pukul semua bahan C sehingga gebu.
8.Keluarkan tat dan masukkan inti blueberi/kiwi dan krim keju.
9.Bakar semula selama 5 minit lagi.
10.Angkat tat dan sejukkan.


Selasa, 4 September 2012

Sambal Prawns

Salam....
Semoga semuanya sentiasa dalam keadaan yang sihat dan ceria bersama insan tersayang.Petang baru sempat nak letak entry..pastu nak singgah ke dapur kawan-kawan bab udah lama banget menyepi..oh ya hari ni Rahel masak yang pedas-pedas sikit..kebetulan semalam my laling terbeli udang,jadinya awal-awal lagi dah belek-belek buku resepi mencari resepi untuk masakan udang dan terberkenan la pulak dengan resepi Sambal Prawns dari Chef Alan Kok,memang simple je bahan-bahannya,cara penyediannya pun tersangatlah mudah..sedap pulak tu dihidang bersama nasi puteh...berselera gue makan.Kepada yang teringin mencuba masakan sambal prawns ni silahkan tinjau-tinjau resepi kat bawah tu yer...
Sambal Prawns
Sumber resepi:Alan Kok

Bahan:
300g udang yang sudah dibersihkan
1 bawang besar-dihiris
2 sudu makan minyak masak

Bahan sambal:(kisar halus)
3 sudu makan bawang merah cincang
2 sudu makan udang kering
1 sudu kecil belacan
2 sudu makan pes cili

Perasa:
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam

Cara:
1.Panaskan 2 sudu makan minyak,tumis bahan sambal hingga wangi.Tambahkan perasa &
   kacau rata.
2.Masukkan hirisan bawang besar,tumis hingga wangi.Tambahkan pula udang,kacau hingga
   masak.Siap untuk dihidang.
Selamat menikmati Sambal Prawns.

Sabtu, 1 September 2012

Snow Cheese Cake

Salam manis dan selamat petang.


Lama jugak blog masakan gue ni tak menghidang kek,maklumlah kesibukan untuk hal-hal yang lain harus diutamakan hinggakan nak jenguk dapur kawan-kawan pun sangat terbatas dan begitu jugak Rahel nampak ramai yang masih sangat-sangat sebok buat open house dan kenduri kan..



Tapi kali ni Rahel sangat teringin mencuba satu resepi kek keju yang lagi tengah hangat di pasaran...cerrrr..memang ketinggalan betul la..huhu..bila orang sebok cakap pasal snow cheese cake yang sangat sedap dan lemak katanya..memang bersemangat betul nak terai..dan walau pun ni pertama kali Rahel buat kek bersalji ni..emm hasilnya tak menghampakan dan harus jugak kawan-kawan cuba yer..sebab gue yakin..korang mesti suka.

Resepinya Rahel jumpa kat dapur K.Zai.Terima kasih yer K.Zai bab sudi share resepi kek yang mantop,ijinkan gue perpanjang resepinya yer..kepada kawan-kawan yang nak mencuba resepinya Rahel dah letak kat SINI..jemput masuk...