Ahad, 15 Julai 2012

Biskut Pandan Kacang

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu.Apa khabar kawan-kawan semua? Sihatkah? Pagi ni Rahel nak kongsi lagi satu resepi biskut yang sedap..rangup ala-ala manja gitu..mungkin sebab tidak menggunakan telur di dalam adunan dan hanya dicelup ke dalam putih telur selepas dibulat-bulatkan..siapa yang rajin boleh buat biskut ni untuk raya nanti...mesti kawan-kawan akan suka..
Biskut Pandan Kacang
Sumber:Rasa

Bahan A:
100g mentega
40g gula kastor
1 sudu teh pes pandan

Bahan B:
130g tepung gandum
10g tepung jagung
20g tepung kastad
1/4 sudu teh serbuk penaik
20g nestum-dikisar halus

Bahan Inti:(disatukan)
150g mentega kacang
200g kacang-dibakar dan dicincang ( i guna almond)

1 biji putih telur

Cara:
1.Pukul bahan A hingga kembang.
2.Kemudian masukkan bahan B dan kacau rata hingga menjadi doh.
3.Ambil 1/2 sudu makan adunan,letakkan campuran kacang cincang di dalamnya & bulatkan.
4.Celup dengan putih telur dan golekkan di dalam nestum.
5.Akhir sekali bakar selama 30 minit pada suhu 150'C.

13 ulasan:

Melly Octaviana berkata...

Siang Rahel.. hmm enak nih buat cemilan di hari minggu.. nyam..nyam

nOOrsha berkata...

salam kak rahel..rajinnye mengukis...rasa da nak raye :)

Amie berkata...

Hai Rahel yang rajin,
gue sukak banget ni sama kuih yang ada kacang... rangup aje!

IBU GEBU berkata...

air tangan Rahel memang berseni... comel2 kejadiannya

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ berkata...

Wah wah wah Rahel! Besnya buat biskuttttt..hantar sebalang to me ya :)

So cute looking cookies!

rosmawati abdullah berkata...

Tie ada juga buat buttercream frosting dan letak whipped cream sebagai frosting tapi tak cantik kejadiannya..hmm mungkin rahel boleh tolong tunjukkan video kat Kami tak yang tak berapa bersenini..hehehe

Acik Erna berkata...

mesti sedap2 kuih yang rahel buat ni.tart strawberry tu tengok gambar pun dah cantik sangat

Yana Shaiful berkata...

cantikkkkk dan semestinyaa sedapp..msk list utk kukis raya nnt.. hope ada laaa kerajinan nk btnyaaaaa ^__^

zila norazila berkata...

salam rahell..seriuss kecur zila kt sini..:)..nnt raya zila dtg umh rahel yer.

Bicara Kak Noor berkata...

salam Rahel walaupun dah mlm2 ni akak dtg jugak nak minta biskut ni sbb akak pun suka kcang dan benda2 berkacang jugak,mesti nak buat jugak ni,kalau Rahel dekat pasti dah berlari kat umah Rahel minta belanja.

Nuwairani Ismail berkata...

hari ni tayang kukis la pulak..nani memang suka makan kukis. kalau beraya di rumah kawan2, memang akan cuba setiap jenis kukis yang dihidang tu.

kakbesah berkata...

salam Rahel, biskut ni pun menarik juga! wow bestnye..kalo beraya rmh Rahel..kuih sdp2...ngn keknye lg.. tq Rahel, sharing2 respi yg best2 kt sni.. ramai dpt mnafaatnye. moga2 Rahel murah rezki slalu..amin.

Mamasya berkata...

Salam Rahel. kalau biskut ada kacang mmg suka sgt....tambah2 ada perisa pandan....menarik...