Selasa, 31 Julai 2012

Biskut Makmur

Selamat pagi dan selamat bersiaran di bulan puasa.Apa khabar kawan-kawan semua? Sihatkah? Pagi ni saya ada masa sikit ja untuk bersiaran,banyak sangat kerja-kerja yang perlu disiapkan...emm macam tak cukup masa je..oh ya kali ni Rahel tayang ''Biskut Makmur'' pulak,resepinya Rahel ambik dari dapur Evelyn Gemina dan sebenarnya biskut ni dah pun siap berapa hari yang lalu...memang sedap sangat biskut makmur ko ni Evelyn...terima kasih kerana sudi share resepi biakut makmur yang sedap dan cair di mulut..ijinkan gue letak resepinya di sini sebagai rujukan di masa-masa akan datang...



BISKUT MAKMUR
Sumber: Evelyn Gemina

Bahan A:
1 kg tepung gandum,digoreng tanpa minyak hingga gebu
400g minyak sapi

Bahan B:
500g kacang Tanah,digoreng dan ditumbuk kasar
200g gula kaster

Bahan C:(satukan)
200g tepung susu
250g gula aising

Cara-cara:
1.Satukan bahan A hingga menjadi doh.
2.Dalam bekas lain,satukan pula bahan B.Bentukkan bulat doh tadi,leperkan sedikit,
   masukkan inti kacang,bulatkan lagi kemas.Susun atas dulang pembakar.
3.Panaskan oven pada suhu 160'C,bakar selama 15-20 minit.
4.Angkat dan biarkan suam,salutkan dengan bahan-bahan C.Simpan dalam bekas kedap
   udara.



Selamat mencuba.Terima kasih sudi membaca coretan Rahel.

Khamis, 26 Julai 2012

Snow Almond

Salam semua.Hari ini saya mencuba satu resepi yang masih baru pada saya.Nampak macam ramai yang suka biskut ini,mungkin kerana ianya disalut dengan coklat dan bread crumb yang menambahkan rasa crunchy.Biskut ini kira mahal juga harga kalau kita pergi beli yang dah ready di kedai jadi lebih baik kita beli bahan-bahan dan buat sendiri di rumah.




BISKUT SNOW ALMOND

Bahan A:
260g butter
150g gula kastor
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk almond

Bahan B:
300g tepung red rose
50g tepung kastard
50g susu tepung
40g tepung jagung

Hiasan:
250g bread crumb putih
500g dark chocolate,cincang

Cara membuat:

1.Pukul bahan A hingga berkrim.Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.

2.Canai dan terap dengan acuan yang disukai.

3.Bakar pada suhu 150C selama 35 minit.

4.Setelah biskut masak,sejukkan biskut terlebih dahulu.

5.Double boil coklat hingga larut.Celup biskut ke dalam coklat cair tadi kemudian golekkan di dalam bread crumb.Biarkan coklat mengeras kemudian simpan biskut dalam bekas kedap udara.


Rabu, 25 Julai 2012

Biskut Jejari Oat

Salam semua.Semoga ceria selalu.Ini percubaan pertama untuk buat biskut jejari oat.Rasa memang sedap.Sesiapa yang tengah mencari resepi biskut yang sedap bolehlah mencuba resepi yang satu ini.




Biskut Jejari Oat
Sumber:Mastura Zaida

Bahan:
250g mentega
4 0z gula kaster
2 cawan oats-dikisar
2 sudu besar serbuk koko
2 cawan tepung gandum

Hiasan:(disatukan)
gula aising
tepung susu

Cara:
1.Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
2.Masukkan serbuk koko dan gaul sebati.Masukkan oats.Gaul lagi dan akhir sekali
   masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi doh.
3.Bentukkan seperti jejari atau ikut suka.Bakar pada suhu 170'C selama 10-15 minit.
4.Selepas ia sejuk golekkan biskut dengan gula aising dan tepung susu.

Selamat mencuba...

Selasa, 24 Julai 2012

Almond London

Sebut saja Almond London mesti kamu terbayang biskut yang disalut dengan coklat kemudian ada sebiji badam di tengahnya.Ini juga antara biskut paling laris setiap hari raya puasa,tapi biasanya budak-budak tidak berapa suka makan almond,budak-budak suka makan coklat sahaja.Apakata raya tahun ini kamu buat sendiri almond london ni sebab kalau beli memang boleh tahan juga harganya.



Almond London


Bahan:(150 biji)
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound

Cara;
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
   Masukkan serbuk badam.Kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam
   kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.

Selamat mencuba.

Sabtu, 21 Julai 2012

Biskut Samperit Kacang

Selamat pagi kepada semua dan selamat berpuasa.Rasanya ramai yang tengah sebok berkampung depan oven kan? Macam-macam resepi kena selongkar,resepi yang lama-lama pun muncul balik.Setiap orang sudah pastinya ada resepi turun temurun yang wajib dibuat untuk menyambut hari raya puasa.Kalau bab biskut samperit ini memang sudah tidak asing lagi.Ramai peminat biskut samperit ni.Ini kali ada kelainan sikit pada resepi,kena bubuh coklat atas biskut untuk kelainan.Sedap juga.



Biskut Samperit Kacang
Sumber:Rasa

Bahan:
360g tepung gandum
120g tepung jagung
325g mentega
150g gula aising
serbuk badam secukupnya (i letak 40g serbuk badam)
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila

Hiasan:
coklatmasakan hitam
badam nib-digoreng tanpa minyak/dibakar

Cara:
1.Satukan mentega,gula aising dan esen vanila di dalam mangkuk adunan.Pukul sehingga
   kembang.
2.Kemudian masukkan telur dan dipukul sebati.
3.Seterusnya masukkan tepung gandum,tepung jagung dan serbuk badam.Gaul sebati.
4.Setelah itu masukkan adunan ke dalam bag piping.
5.Paipkan adunan di atas dulang pembakar.Lakukan sehingga habis.
6.Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit.
7.Apabila sudah masak,sejukkan dan celupkan biskut dengan coklat cair tadi.
8.Akhir sekali,taburkan badam nib dan sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba..

Jumaat, 20 Julai 2012

Hazelnut Crunchy Bar

Selamat pagi dan selamat menyambut bulan puasa.
Pagi ni Rahel masuk blog sebentar aje sebab banyak lagi kerja-kerja yang perlu disiapkan,so memang tak cukup masa nak terjah blog kawan-kawan semua..ampun maaf dipinta.Untuk kali ni Rahel nak tayang ''Hazelnut Crunchy Bar'' yang sememangnya sedap dan pastinya kawan-kawan semua akan suka..jom kita buat cookies pulak..


Hazelnut Crunchy Bar
Sumber:Festival Biskut Raya

Bahan A:
250g mentega
2 biji kuning telur
180g gula aising
1 sudu teh esen vanila

Bahan B:
200g tepung Hong Kong
200g tepung gandum
60g tepung kastad
50g serbuk kacang hazel

Hiasan:
Coklat hitam
Serbuk roti warna oren

Cara membuat:
1.Putar bahan A hingga sebati,masukkan semua bahan B ke dalam adunan mentega dan
   gaul sebati.
2.Canai doh dan terap dengan penerap biskut,susun biskut di dalam dulang pembakar.
3.Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 150'C selama 15-20 minit.
4.Biarkan biskut sejuk.Celupkan ke dalam coklat cair dan salutkan biskut dengan serbuk
   roti oren.
Selamat mencuba..

Isnin, 16 Julai 2012

Pandan Sponge Cake

Salam manis kepada semua...
Hari ni Rahel mencuba satu resepi kek span lagi,tapi yang ni guna tepung span campuran aje..emm memang sangat lembut dan gebu kejadiannya kek itu..oleh kerana udah biasa makan kek dengan fresh cream,maka Rahel hidang kek kecik ni dengan inti kiwi dan fresh cream..memang kelasss rasa dia.

Tak sedar udah makan berketul-ketul kek kecik ni...sedap sangat.



Pandan Sponge Cake


Bahan (A):
300g tepung kek span campuran
300g telur (5 biji telur gred A)
60ml air

Bahan (B):
60mlminyak masak

1 sudu teh pandan paste (i yg tambah ni utk jadikan pandan sponge cake)

Cara:
1.Masukkan bahan A ke dalam pembancuh elektrik dan kacau hingga sebati.

2.Pukul bancuhan sehingga kembang berkrim.

3.Campurkan bahan B  perlahan-lahan dan bancuh hingga sekata.Masukkan pandan paste dan kacau rata.

4.Tuangkan campuran kek ke dalam acuan bersaiz 9'' yg sudah digris dg marjerin.Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 30-35 minit.

5.Setelah siap dibakar,terlangkupkan kek ke atas rak kek selama 5 minit dan terbalikkan semula kek itu.Ini menghalang kek daripada tenggelam di bahagian tengah..

Berikut ialah cara Rahel menyiapkan kek cawan span pandan:

100g non-dairy whipping cream-diputar hingga gebu

inti kiwi secukupnya (pilihan)

1.Bakar kek pada suhu 170'C selama 25 minit.



2.Setelah masak,suam-suam paipkan kiwi filling ke dasar kek.


3.Kemudian paipkan fresh cream di atasnya.

4.Kemudian bolehlah dihidang.Jika suka kek yang dingin,letak dalam peti sejuk sebelum dihidang.


Ahad, 15 Julai 2012

Biskut Pandan Kacang

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu.Apa khabar kawan-kawan semua? Sihatkah? Pagi ni Rahel nak kongsi lagi satu resepi biskut yang sedap..rangup ala-ala manja gitu..mungkin sebab tidak menggunakan telur di dalam adunan dan hanya dicelup ke dalam putih telur selepas dibulat-bulatkan..siapa yang rajin boleh buat biskut ni untuk raya nanti...mesti kawan-kawan akan suka.




Biskut Pandan Kacang
Sumber:Rasa

Bahan A:
100g mentega
40g gula kastor
1 sudu teh pes pandan

Bahan B:
130g tepung gandum
10g tepung jagung
20g tepung kastad
1/4 sudu teh serbuk penaik
20g nestum-dikisar halus

Bahan Inti:(disatukan)
150g mentega kacang
200g kacang-dibakar dan dicincang ( i guna almond)

1 biji putih telur

Cara:
1.Pukul bahan A hingga kembang.
2.Kemudian masukkan bahan B dan kacau rata hingga menjadi doh.
3.Ambil 1/2 sudu makan adunan,letakkan campuran kacang cincang di dalamnya & bulatkan.
4.Celup dengan putih telur dan golekkan di dalam nestum.
5.Akhir sekali bakar selama 30 minit pada suhu 150'C.

Jumaat, 13 Julai 2012

Bun Kacang Hitam

Selamat bersiaran dan salam manis kepada kawan-kawan semua yang setia berkunjung ke dapur Rahel.Diharap kawan-kawan semua sihat dan selalu.Time untuk minum petang.




Bun Kacang Hitam
Sumber:Hidangan Roti/Puan Norzailina Nordin

Bahan:
300g tepung roti
30g tepung Hong Kong/tepung halus
40g gula halus
1 1/2 sudu teh yis segera
3 sudu makan susu tepung
1 sudu teh bread softener
1 biji telur gred C
140-150ml air
30g mentega
Garam secukup rasa (i letak 1/2 sudu teh garam halus)
Sedikit bijan-untuk hiasan

Inti Kacang Hitam secukupnya

Bahan glis:(disatukan & kacau rata)
1 biji kuning telur + 1 sudu makan susu segar

Cara;
1.Satukan kedua-dua jenis tepung,gula halus dan yis dalam mangkuk besar.Masukkan susu,bread softener dan garam.Gaul rata-rata.

2.Campurkan telur dan air.Uli adunan menjadi doh.

3.Bubuh mentega dan uli hingga menjadi doh yang licin dan kenyal.(i uli 20 minit je) Tutup dan biarkan kembang dua kali ganda di tempat hangat.

4.Uli semula ke saiz asal.Kemudian potong dan timbang 50g setiap satu.Bulatkan.Letakkan inti kacang hitam.Bulatkan kembali.

5.Biar hingga kembang.Sapu bahan glis.Bakar pada suhu 180'C selama 17-20 minit.

*Setelah bun kacang hitam masak,keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega ketika masih panas.


Terima kasih😍

Rabu, 11 Julai 2012

Tat Strawberi Gulung

Selamat bertemu kembali walau pun hanya di alam maya...semoga kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria.Untuk kali ni Rahel hantar gambar tat strawberi gulung yang sememangnya..gebu dan lembut banget..ditambah pulak dengan inti jam strawberi yang menggiurkan...sememangnya tak perasan dah berketul-ketul masuk mulut..hehe..(biasa la tu kan..tuan tanah mo testing-testing dulu)..bah..jom la kita buat tat gulung...
Yang ni gambar sebelum tat dibakar..nanti baru masukkan gambar yang dah siap bakar.


Tat Strawberi Gulung
Sumber:Bekas Acuan Tat Gulung

Bahan:
125g mentega
30g gula aising-diayak-sila abaikan jika tak suka manis
1 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
220g tepung gandum-diayak

Inti:
Jem nenas secukupnya (i guna jem strawberi)

Inilah rupa jem strawberi untuk tat gulung...
Cara:
1.Putar mentega,gula,esen vanila dan kuning telur sehingga kembang.Masukkan tepung
   dan uli sebati.
2.Tekan adunan sepanjang 6-7cm dengan menggunakan acuan.Letakkan sedikit jem dan
   gulungkan.
3.Sapukan tat dengan kuning telur dan bakar dengan suhu 180'C selama 15-20 minit atau
   sehingga kekuningan.

*Jika adunan terlalu lembut,tambah tepung gandum
*Jika adunan terlalu keras,tambah mentega.
*Tambahkan sedikit pewarna merah jambu dan esen strawberi ke dalam adunan.
*Untuk mendapat tat gulung yang sama rata pastikan inti ditimbang.
*Rahel tambahkan 2 sudu besar susu tepung dalam adunan untuk menambah rasa lemak.
Inilah rupa tat strawberi gulung yang dah siap bakar..
Selamat mencuba.

Selasa, 10 Julai 2012

Puding Biskut

Selamat sore...(cakap Indonesia ni)....udah minum sore apa belum?...cerrrr...sebenarnya kan..Rahel suka sangat makan puding,tapi tak suka jenis puding yang keras macam agar2 tu..jadi kali ni memang puding yang lembut ala2 manja gitew...memang sedap sangat..ditambah pulak dengan adanya biskut..lagi la mantap rasa dia..tapi kan..kali ni Rahel gantikan santan tu dengan fresh milk...dan memang serasi la biskut dengan fresh milk tu..kalau guna santan mungkin lebih terasa lemaknya kan...terpulang la nak guna santan atau fresh milk...yang penting..gue makan puding dulu ya.


Puding Biskut
Sumber:Resepi

Bahan:
8 keping biskut lemak (i guna biskut marie..tapi sedap wo)
4 sudu besar tepung kastard
3 cawan santan (i guna fresh milk..tapi sedap wo)
2 sudu besar susu pekat (i tak letak  pun dah manis)
1/2 cawan gula pasir
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila (i yang pandai2 tambah ni)

Cara:

1.Campurkan biskut bersama satu cawan santan,telur dan kisar hingga halus.

2.Masukkan biskut yang dikisar tadi bersama lebihan santan,tepung kastard,susu pekat & gula.Masak di atas api yang perlahan.Kacau hingga pekat dan tuang ke dalam acuan.

3.Sejukkan dalam peti ais.Hias dengan buah-buahan dalam tin.

Biskut Kelapa

Selamat pagi dan selamat bersiaran kembali.Apa khabar kawan-kawan semua? sihat ka? Pagi ni Rahel nak share pulak resepi biskut yang sangat sedap..pada Rahel la..sesuai untuk hidangan raya nanti..kalau ada yang malas-malas nak buat biskut..boleh pm Rahel di facebook atau call/sms aje.Kepada yang duduk di kota kinabalu atau lahad datu boleh jugak tempah biskut dari Rahel.



Biskut Kelapa
Sumber:Buku Resepi

Bahan:
200g mentega
200g tepung ubi
100g tepung jagung
100g tepung gandum
80g gula aising
1 biji kuning telur
1/2 st esen vanila
50g kelapa kering-kisar halus

Cara:
1.Sebatikan mentega,kuning telur dan esen vanila.
2.Masukkan pula tepung ubi,tapung jagung,tepung gandum,gula icing dan kelapa kering
   & uli rata.
3.Gunakan acuan semprit bunga dan paipkan di atas dulang yang dialas kertas,hiaskan
   dengan ceri merah.
4.Panaskan ketuhar.Bakar pada suhu 140'C selama 30 minit.


Jumaat, 6 Julai 2012

Pavlova

Salam...

Setelah berhari-hari gambar pavlova terperap dalam browse baru malam ni teringat mo tayang..kenapa?iklan kejap!...hehe..ok la..kita cerita pasal pavlova pulak..hem..macam mana nak cakap yer...aik! Sebenarnya kan..udah lama plan mo buat c pemanis mulut ni,tapi masih mencari-cari resepi yang senang-senang dan sedap..kebetulan pulak pak google memperkenalkan resespi pavlova yang ada tersedia di dapur Che Mat Gebu..bila dibaca satu persatu bahan-bahannya memang senang nak ikut..kebetulan pulak ada stok buah-buahan segar dalam esbok,jadi memang sesuailah daku mencuba pavlova yang orang kata sedap dan sangat sedap itew...wah...ternyata memang sedap wooo...nggak percaya!?...cobain aja...baru tahu.Oh ya,terima kasih Che Mat Gebu untuk resepinya yer..ijinkan gue share pulak kat sini sebagai rujukan di masa akan datang dan juga sebagai rujukan kawan-kawan yang teringin mencuba pavlova yang mantop..

Pavlova
Sumber:Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:
4 biji putih telur (Rahel guna telur gred A)
1 cawan gula halus
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanila
3/4 cawan non-dairy whipping cream-putar hingga kembang
Buah-buahan segar seperti strawberry,blueberry,peach (pilihan)

Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 180'C,buat satu bulatan berukuran 9'' pada kertas minyak.
   Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alaskan pada loyang pembakar (gunakan bayang
   bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti).Ketepikan.
2.Putar telur hingga berbuih,guna kelajuan tinggi,masukkan gula halus sedikit demi sedikit
   hingga habis dan terus putar lagi hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat.
   Ayak tepung jagung,kacau rata dengan spatula.
3.Masukkan esen vanila dan cuka makan,gaul rata.Tuang atas kertas minyak tadi dan bentuk-
   kan bulat dan tinggi sedikit,tak perlu kemas-kemas sangat.
4.Turun suhu oven pada suhu 130'C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit,guna api atas
   dan bawah.Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang,matikan api oven,renggangkan
   sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
5.Bila sejuk,berhati-hati,alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai.
6.Tuangkan non-dairy whipping cream yang sudah diputar tadi ke atas pavlova dan ratakan.
   Hias dengan buah-buahan segar seperti dalam gambar.

*Rahel isikan meringue ke dalam piping bag dan paipkan ke atas kertas pembakar sebab
  Rahel buat pavlova yang kecik*

Selamat menikmati pavlova yang enak banget.

Khamis, 5 Julai 2012

Blueberry Cheese Tart

Selamat menjelang malam..apa khabar kawan-kawan semua? Sihat k? Hem..tak tau la ni yang keberapa buat blueberry cheese tart..kenapa susah sangat mo ditolak ke tepi?..hehehe..sebenarnya ni Rahel buat untuk kawan yang dari seberang (Nunukan,Indonesia)..awal-awal lagi dia sms nak tempah cis tat 100 bijik,katanya mahu dihidang time harijadi anak dia esok petang..harap-harap dia berpuas hati dengan hasil kerja gue.Oh ya,jangan hairan kalau Rahel cakap kawan dari Nunukan/Indonesia yang oder tat..sebenarnya Nunukan ni dekat dari Tawau..tapi perlu naik feri aje dari Tawau ke Nunukan selama 45-60 minit..daah sampai Nunukan..dan gambar blueberry cheese tart ni gue simpan di sini sebagai kenang-kenangan..terima kasih Johana kerana sudi merasa air tangan gue..dan kepada kawan-kawan yang nak try bolehlah ambil resepi kat bawah tu.

Blueberry Cheese Tart
Sumber:Buku Resepi Tat & Brownies

Bahan untuk kulit tat:
500g tepung gandum
250g mentega sederhana lembut
120g gula aising
2 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh air sejuk

Cara:
1.Satukan tepung gandum dan gula aising.
2.Campurkan mentega dan digaul sehingga menjadi serbuk yang kasar.
3.Masukkan esen vanila,kuning telur dan air sejuk.Uli menjadi doh lembut.Rehatkan doh
   selama 15 minit.
4.Canai dan terap doh ke dalam acuan tat.Bakar dalam ketuhar selama 20-25 minit pada
   suhu 170'C.
5.Keluarkan dari ketuhar dan ketepikan.

Inti Keju
500g keju krim
120g gula halus
50g mentega
2 biji telur
Blueberry fruit filling secukupnya/Blueberry pie filling

Cara:

1.Masukkan blueberry fruit filling ke dalam bag piping.Kemudian paipkan sedikit ke dalam
   kulit tadi.Ketepikan.
2.Pukul keju krim,mentega dan gula halus hingga kembang dan lembut.
3.Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
4.Kemudian masukkan ke dalam bag piping dan paipkan ke dalam kulit tat tadi.
   Kemudian dot2kan blueberry fruit filling di atasnya sebagai hiasan.
5.Bakar lagi selama 15 minit pada suhu 180'C


Cuci mata jak ni...

Biskut Bola Kacang Bersalut Coklat

Selamat pagi dan salam manis kepada semua.Diharap kawan-kawan semua sihat dan ceria selalu.Pagi-pagi lagi udah tayang biskut raya.Sebenarnya semua jenis biskut yang Rahel dah tayang dan belum tayang  tu untuk contoh..nak bagi kawan-kawan yang di Tawau try,jadi bolehlah diorang pilih yang mana berkenan,jadi senang kerja gue..tapi kan Rahel mohon maaf kepada kawan-kawan yang berada di kawasan semenanjung kerana semenjak Rahel promot biskut di facebook ada beberapa orang yang nak tempah tapi Rahel tak dapat penuhi permintaan diorang..kalau nak pos biskut ni lagi mahal harga pos dari biskut kan..so sekarang hanya kawan-kawan yang di sabah (kawasan Tawau dan yang sewaktu dengannya) yang dapat merasa biskut buatan Rahel..terima kasih kepada yang sudi menempah biskut untuk raya 2012..kalau rajin boleh la try resepi ni kat rumah ye..


Biskut Bola Kacang Bersalut Coklat
Sumber:Buku Resepi

Bahan:
275g mentega
80g mentega kacang
185g gula perang
5g serbuk soda
365g tepung gandum
20g kacang tanah-dikisar kasar
1 biji telur
200g coklat hitam

Kacang tanah/badam cincang utk tabur

Cara membuat:
1.Pukul mentega kacang dan gula perang hingga menjadi seperti krim.
2.Masukkan telur dan pukul perlahan-lahan,diikuti dengan tepung gandum,soda dan
   kacang tanah yang telah dibakar terlebih dahulu dan kisar.
3.Bentuk adunan bulat-bulat kecil dan susun di atas loyang pembakar.
4.Bakar adunan yang telah dibentuk dalam ketuhar pada suhu 150'C selama 30 minit.
5.Aturkan biskut ke dalam mangkuk kertas dan tuangkan coklat hitam yang telah dicairkan
   ke atas biskut.
6.Tabur sedikit kacang di atasnya.

Selamat mencuba.



Rabu, 4 Julai 2012

Biskut Strawberi

Selamat petang dan salam manis kepada semua yang sudi dan setia berkunjung ke dapur Rahel..sayang awak semua.Petang ni nak kongsikan pulak resepi ''Biskut Strawberi'' yang sedap ni..tapi kan..sedap atau tidak itu terpulang kepada c pembuatnya..hehehe..ada k macam tu?..memang ada kan? sebab menguli adunan ni mesti kena dengan caranya baru la ok kejadian biskut tu..kalau tidak ok..alamatnya dapat makan biskut yang keras..kalau dah keras rasa pun dah lari..betul tidak?...
Biskut Strawbei
Sumber:Buku Resepi

Bahan:
150g mentega
60g gula halus
1 kuning telur
200g tepung gandum
50g tepung jagung

Topping:
100g jem strawberi

Cara:
1.Pukul mentega dan gula halus hingga kembang.Tambahkan kuning telur,kacau kembali
   hingga rata.
2.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung,kacau rata.
3.Terap adunan bentuk bunga,lalu susun di atas loyang yang telah disapu marjerin.
4.Letakkan jem strawberi dibahagian tengahnya,bakar dalam ketuhar suhu 150'C atau
   hingga masak.

Pesan:
*Biskut ni sangat sedap,jadi silahkan ditry yer
*Jika berminat nak tempah biskut strawberi hubungiRahel,call/sms di 019 8535513

Selasa, 3 Julai 2012

Tat Nenas Gulung

Salam manis kepada semua yang setia melawat dapur Rahel.Diharap kawan-kawan semua sentiasa sihat & ceria.Hem..kali ni Rahel awal-awal lagi dah tayang kuih raya..hehe..biasa la tu kan.Kepada yang teringin menerai tat nenas gulung ni..dipersilahkan..buat banyak-banyak tau..
Tat Nenas Gulung
Sumber:Buku Resepi

Bahan:
130g mentega
30g minyak sapi->>Rahel guna mentega
3 sudu besar susu pekat manis
270g tepung superfine
1/2 biji kuning telur
1/4 sudu teh serbuk penaik
1 sudu besar Nestum bijirin-kisar

Inti:
Inti Nenas secukupnya

Hiasan:
Kuning telur + sedikit pewarna kuning
Manik warna-warni

Cara:
1.Sebatikan mentega,minyak sapi,kuning telur,serbuk penaik dan susu pekat manis.
2.Masukkan tepung dan nestum bijirin dan uli lembut.
3.Gunakan nozel tat,paipkan dan isikan inti nenas dan gulung.
4.Sapukan kuning telur dan taburkan manik warna-warni.
5.Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan.Bakar pada suhu 140'C selama
   30 minit atau sampai kekuningan.

Selamat mencuba.