Khamis, 28 Jun 2012

Kek Keju Beri Biru & Pisang

Selamat petang semua...dan salam manis selalu.Diharap kawan-kawan semua sihat dan ceria selalu.Skarang ni cuaca panas terik pulak di Tawau..walau pun ada nampak awan kelabu tapi tak boleh hilang jugak panasnya..korang tau la...kalau tuan tanah sudah kepanasan..mesti mau cari yang sejuk-sejuk punya..mau kasi nyaman tekak dulu.





Kira lama jugak Rahel tak buat kek keju kan...tapi kan..kek ni sudah 3 hari bersemadi dalam esbok..hehehe.Ni pertama kali gue buat kek keju beri biru yang dingin..selalunya buat yang main bakar punya..dan kali ni gue kasi hirisan pisang sikit kat tengah-tengahnya..biar lebih mantop gitu..dan memang serasi banget la beri biru ni digandingkan dengan pisang..tapi ingat! guna pisang ranum tau..jangan guna pisang yang mengkal (separa masak)..nanti keras pulak mau dicucuk dengan sudu..huhuhu.




Bah..ok la tu...skarang time untuk melegakan tekak..nak nyam nyam dulu..dan kalau ada yang teringin menerai kek keju ni..dipersilahkan singgah DI SINI untuk melihat resepinya..sebab tuan tanah nak layan Kek dulu..nanti kalau kek sudah habis baru gue mari.





Selasa, 26 Jun 2012

Mafin Pisang Bluberi

Selamat pagi dan salam manis.Apa khabar semuanya? Sihat kah? Pagi ni kita bersarapan bersama Mafin pisang yang ada inti pai bluberi..memang sedap jugak skali-skala letak inti pai dalam mafin..tadi time makan bukan main laju lagi..skejap je sudah dihabiskan 4 cawan mafin..makin bertambahlah berat badan ni...apa-apa pun memang harus korang try jugak mafin pisang ni..simple bahan-bahannya tapi sedap tau.

Mafin Pisang Bluberi

Bahan-bahan:
150ml minyak jagung
150ml susu segar
250g tepung gandum}
15g serbuk penaik}-diayak
130g gula kastor
100g telur
80g pisang ranum-dilecek

Inti pai bluberi secukupnya

Cara-cara:
1.Satukan minyak,susu,gula kastor dan telur dalam mangkuk.
2.Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik.Kacau hingga sebati.
3.Tambah pisang lecek dan gaul rata-rata.
4.Tuangkan 1/3 penuh ke dalam cawan,sudukan inti bluberi.Tutup lagi hingga paras 2/3.
5.Bakar pada suhu 190'C selama 20-25 minit atau hingga masak.



Selamat menikmati Mafin Pisang Bluberi.

Sabtu, 23 Jun 2012

Hokkaido Chiffon Cake

Salam manis kepada semua pengunjung setia dapur Rahel.Harap semuanya sihat dan ceria selalu.Hokkaido Chiffon Cake perasa strawberi..nyaman bah...
Tetiba teringin merasa keenakan hokkaido chiffon cake yang sememangnya terlalu nyaman lalu kat tekak.Mula-mula dapat merasa kek ni time beli kat satu kedai kek,tersangatlah gebu dan lembut banget tekstur dia..ditambahkan pula dengan inti kastard yang lemak berkrim..waduh..terpaksa kontrol ayu time tu makan sebab takut cepat habis..hahaha..bayangkanlah dalam satu cup tu harga dia RM2.50..memang boleh tahan kan harga dia..tapi pada hari ni daku tak mau beli kat kedai lagi..lebih elok buat sendiri di rumah..dapat jugak merasa sepuas-puasnya..jom kita buat kek pulak...

Hokkaido Chiffon Cake
Sumber:Rahel

Bahan A:
150g tepung kek-ayak 2x
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu besar susu tepung
100g gula kastor

Bahan B:(disatukan dan dikacau rata)
70ml minyak jagung/canola oil
4 biji kuning telur
100ml susu segar
1 sudu teh strawberry paste/esen vanila

Bahan C:
4 biji putih telur
80g gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar

Cara:
1.Satukan bahan A di dalam mangkuk,kacau hingga rata.

2.Masukkan bahan B ke dalam campuran bahan A.Kacau hingga licin.Ketepikan.

3.Putar putih telur hingga berbuih,masukkan cream of tartar dan gula kastor sedikit demi sedikit sambil putar sehingga naik dan kembang (stiff peaks).

4.Masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam bancuhan kuning telur tadi.Kacau perlahan.Kemudian masukkan lagi 2/3 putih telur ke dalam bancuhan kuning telur dan kacau sebati dengan perlahan.

5.Sudukan adunan ke dalam cawan kertas (letak cawan kertas di atas alat penimbang,isikan dg adunan kek dan timbang 55g setiap satu cawan ).

6.Bakar dalam oven (rack tengah,guna api atas & bawah) pada suhu 170'C selama 20-25 minit. 
   (tergantung kepanasan oven masing-masing)

7.Setelah masak,keluarkan kek dari oven,biarkan sejuk selama 2-3 minit.Cucukkan nozel ke dalam dasar kek dan paipkan kastad tadi.Taburkan permukaan kek dengan ''snow powder''

Inti Kastad:
70g instant custard powder
200g susu segar sejuk dr pt sejuk
300g dairy whipping cream-diputar hingga gebu

Cara:
1.Satukan custard powder dengan susu segar,kacau hingga pekat.
2.Masukkan whipping cream dan gaul rata.Isikan ke dalam piping bag yg telah diletak nozel bentuk star.

Selamat menikmati Hokkaido Chiffon Cake perasa strawberi.

Khamis, 21 Jun 2012

Tat Kastad Oreo

Selamat bersiaran dan salam manis kepada pengunjung setia dapur Rahel.Diharap semuanya sihat dan ceria selalu.Sudah berapa hari gue siok menguli doh untuk roti..skarang ni cuaca panas banget di sini jadinya gue memang teringin makan hidangan yang dingin tapi kurang manis dan kebetulan masih ada stok kulit tat dalam balang jadi pilihan yang tepat ialah buat tat lagi..tapi yang ni spesial sikit sebab gue ada letak itu biskut oreo punya serbuk dalam kastad..maka jadila Tat Kastad Oreo yang kurang manis dan kalau ada penggemar tat yang manis-manis silahkan ditambahkan gula dalam adunan kastad ni..pasti akan terasa manisnya...jom layan dulu Tat Kastad Oreo ni..
Tat Kastad Oreo
Sumber:Rahel

Bahan:
Untuk resepi kulit Tat sila lihat di sini

Inti Kastad:
70g instant custard powder
200ml susu segar sejuk dr peti sejuk
40g gula kastor->abaikan jika tak suka manis
150g non-dairy whipping cream-dipukul hingga gebu
8 keping biskut oreo tanpa krim-dikisar halus

Sedikit potongan buah kiwi
Sedikit ceri marachino
Sedikit gula pastel
Sedikit decorgel

Cara:
1.Instant Custard Powder,gula kastor dan susu segar disatukan,kemudian kacau hingga pekat.
2.Tambahkan pula serbuk oreo,kacau rata.Masukkan whipping cream dan kacau rata.
3.Isikan ke dalam kulit tat hingga penuh (rata).Hias dengan buah kiwi,ceri dan gula pastel
   Sapukan decorgel pada buah kiwi dan ceri agar kelihatan mengkilat.
4.Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidang.

Selamat menikmati Tat Kastad Oreo.

Rabu, 20 Jun 2012

Roti Sosej Pintal

Selamat petang dan selamat bersiaran kembali.Apa khabar semuanya? sihatkah? Kalau dah selalu buat roti makananya mod menguli sudah mari..jadi jangan heran kalau hari-hari gue tayang roti..sebaik-baiknya joinlah Rahel menguli doh...ahakss.



 

Bahan:

Untuk doh roti :

Bun Sosej
Sumber:Rahel

Bahan A:
240g tepung roti
60g tepung red rose
50g gula kastor
5g garam
10g susu tepung
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh pemantap roti
1/2 sudu teh pelembut roti

Bahan B:(disatukan,kacau rata)
1 biji telur C
150g air sejuk

Bahan C:
30g unsalted butter

Bahan D:
1/2 sudu kecil minyak jagung

Sapuan telur:(disatukan & kacau rata)
1 biji telur C
50ml air

Sosej secukupnya
Sedikit bijan
Sedikit mentega

Cara:

1.Masukkan bahan A ke dalam mangkuk besar,kecuali garam.Kacau rata hingga mesra.Masukkan pula garam,kacau lagi sehingga sebati.

2.Masukkan telur+air perlahan-lahan sambil diuli hingga sebati.Masukkan pula mentega perlahan-lahan (3x) sambil diuli hingga rata.Teruskan menguli doh selama 50-60 minit untuk mendapatkan doh yang betul-betul kenyal.Masukkan pula minyak jagung,uli rata.

3.Biarkan doh mengembang selama 45-60minit.Setelah kembang,sapu tangan dengan sedikit minyak dan tekan-tekan doh untuk keluarkan angin.Bulatkan doh kembali.Rehatkan lagi 15 minit.



*Sentiasa sapu tangan dengan sedikit minyak/tepung jika doh melekat pada tangan.

*Doh harus diuli hingga betul-betul kenyal untuk mendapatkan bun yang enak dan sentiasa lembut walau pun disimpan dalam bekas kedap udara selama 2-3 hari.

*Jika terdapat gelembung2 udara semasa mencanai doh tekan2 dengan telapak jari utk keluarkan angin.



10 batang sosej
Sedikit daun bawang kering
Sedikit mentega

Egg Wash:(satukan dan kacau rata)
1 biji telur C
50ml air

Cara membuat Roti Sosej Pintal:

1.Setelah doh diuli hingga kenyal.Timbang doh 50g setiap satu dan bulatkan.   (lihat gambar di bawah)


2.Canai doh bentuk bujur dan letak 1 batang sosej di atasnya.(lihat gambar di bawah)


3.Hiris bahagian tepi kiri dan kanan doh (lihat dalam gambar di bawah ).

4.Mulakan memintal dengan mengambil hirisan doh sebelah kanan diikuti doh sebelah kiri.  (lihat gambar di bawah)

5.Pintal kemas-kemas,sebelum sampai ke penghujung,pintal doh yang paling hujung (seperti  pd gambar di bawah ni) dan last sekali pintal hirisan doh no 2 dari hujung dengan kemas.(cubit-cubitkan hujung doh agar tidak terlepas ketika mengembang).


6.Biarkan doh mengembang selama 50-60 minit.Setelah mengembang sapukan egg wash di permukaan doh dan taburkan daun bawang kering.(seperti pada gambar di bawah ini).Bakar Roti Sosej Pintal pada suhu 160'C selama 25 minit atau sesuai suhu oven masing2.

7.Setelah masak,segera keluarkan dari oven dan terus sapu permukaan roti dengan mentega.Hidangkan bersama minuman kegemaran anda.


Selamat mencuba.

Selasa, 19 Jun 2012

Roti Mentega Kacang

Selamat pagi dan selamat bersiaran kembali..semoga semuanya dalam keadaan yang baik.Untuk sarapan pagi ni Rahel cuma hidang roti mentega kacang bersama secangkir teh o yang hangat..emm sedap sangat..


Roti Mentega Kacang
Sumber:Rahel

Bahan doh roti:

Bun Sosej
Sumber:Rahel

Bahan A:
240g tepung roti
60g tepung red rose
50g gula kastor
5g garam
10g susu tepung
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh pemantap roti
1/2 sudu teh pelembut roti

Bahan B:(disatukan,kacau rata)
1 biji telur C
150g air sejuk

Bahan C:
30g unsalted butter

Bahan D:
1/2 sudu kecil minyak jagung

Sapuan telur:(disatukan & kacau rata)
1 biji telur C
50ml air

Sosej secukupnya
Sedikit bijan
Sedikit mentega

Cara:

1.Masukkan bahan A ke dalam mangkuk besar,kecuali garam.Kacau rata hingga mesra.Masukkan pula garam,kacau lagi sehingga sebati.

2.Masukkan telur+air perlahan-lahan sambil diuli hingga sebati.Masukkan pula mentega perlahan-lahan (3x) sambil diuli hingga rata.Teruskan menguli doh selama 50-60 minit untuk mendapatkan doh yang betul-betul kenyal.Masukkan pula minyak jagung,uli rata.

3.Biarkan doh mengembang selama 45-60minit.Setelah kembang,sapu tangan dengan sedikit minyak dan tekan-tekan doh untuk keluarkan angin.Bulatkan doh kembali.Rehatkan lagi 15 minit.


*Sentiasa sapu tangan dengan sedikit minyak/tepung jika doh melekat pada tangan.

*Doh harus diuli hingga betul-betul kenyal untuk mendapatkan bun yang enak dan sentiasa lembut walau pun disimpan dalam bekas kedap udara selama 2-3 hari.

*Jika terdapat gelembung2 udara semasa mencanai doh tekan2 dengan telapak jari utk keluarkan angin.

Mentega kacang secukupnya
Sedikit daun bawang kering untuk tabur
Sedikit mentega

Sapuan telur:(satukan dan kacau rata)
1 biji telur C
50ml air

Cara-cara:

1.Bila doh sudah kembang selama 50-60 minit,tekan2 doh untuk keluarkan angin,kemudian bulatkan  kembali dan rehatkan selama 10-15minit.timbang 60g setiap satu.Kemudian bulatkan kembali (lihat gambar di bawah).



2.Leperkan doh dan letakkan 1 sudu kecil mentega kacang di tengah-tengah seperti gambar di bawah ini👇
3.Bulatkan kembali doh yang sudah diberi inti mentega kacang tadi (lihat gambar di bawah)

4.Canai doh tadi hingga agak memangjang,kemudian hiris-hiris bahagian tengahnya.(lihat gambar di bawah).

5.Guna ke dua-dua tangan,ambil doh yang sudah dihiris dan tarik sedikit hujungnya hingga agak panjang dan dan pusingkan macam kalau kita perah kain (lihat gambar di bawah).


6.Cantumkan hujungnya dengan cara mengikat hujung doh (lihat gambar di bawah).Kemudian biarkan doh kembang selama 50-60 minit.Jika sudah kembang,sapu permukaan roti dengan telur+air dan taburkan daun bawang kering.


7.Panaskan ketuhar pada suhu 180'C dan bakar roti mentega kacang selama 20 minit.Setelah masak,keluarkan dari oven dan terus sapu permukaan roti dengan mentega.  (masa untuk membakar roti tergantung pada suhu oven masing-masing dan begitu juga   dengan hasilnya sesuai dengan oven masing-masing).


Selamat menikmati Roti Mentega Kacang.

Isnin, 18 Jun 2012

Strawberry Checkered Cake

Selamat pagi dan salam manis kepada semua yang setia melawat dapur Rahel.Diharap semuanya sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga terchinta.Kali ni Rahel nak tayang pulak kek strawberry yang dah siap berapa hari lalu,tapi kena mohon maaf ler sebab kita tak dapat tunjuk cara-cara menyediakan strawberry checkered cake..faham-faham la..time tu kena kejar masa..jadi tak perduli tangkap gambar,tapi pasti akan ditunjuk jugak suatu hari nanti..tunggu masa yang sesuai la kan..skarang ni time untuk jamu mata sahaja.


Oh ya,mungkin ada kawan-kawan yang nak try kek strawberry ni..memang lembut jer tekstur kek ni dan boleh la dilapis dengan krim dan buah-buahan..kalau rajin nak buat bentuk dam lagi bagus..tapi kali ni memang Rahel letak sikit je potongan buah kiwi di celah-celah krim..sedap sangat..memang serasi la..len kali nak letak banyak buah..biar bertambah sedap gitu..





k la tu,jom kita tengok pulak resepi untuk kek span strawberry.

Kek Span Strawberry


Bahan:
120g tepung superfine
90g gula kastor
55ml minyak jagung
30ml santan/air
3 biji telur L
1/2 sudu besar ovalet
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emulco strawberry

Cara:

1.Panaskan oven pada suhu 170'C.Sediakan loyang 7''/8''.

2.Gula,tepung superfine,ovalet,telur dan santan/air dipukul hingga pekat dan gebu selama 8-10 minit.Perlahankan mixer,masukkan emulco strawberry,pukul rata sebentar.Masukkan minyak,gaul rata.

3.Tuang ke dalam loyang.Bakar kek selama 45 minit.Setelah masak keluarkan dari oven dan terlangkupkan selama 5 minit,kemudian terbalikkan semula dan biarkan sejuk.Potong kek kepada dua atau tiga lapisan.Sapu dengan krim dan potongan buah-buahan.


Selamat menikmati.

Khamis, 14 Jun 2012

Chocolate Brownies

Selamat pagi kepada semua yang setia melawat dapur Rahel pagi ini..semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga terchinta.Pagi ni gue hidang Brownies Chocolate tanpa telur bersama teh o hangat..perghh enak banget..dah la moist lembut pulak tu..siok lah.



Sebenarnya kan..semalam tetiba terpandang brownies kat dapur Yana Shaiful,setelah dibaca bahan-bahannya memang tersangatlah simple..dan kebetulan dah lama jugak gue tak buat brownies,tanpa membuang masa malam-malam selongkar dapur cari bahan-bahan..sambil on line sambil bakar brownies..betul-betul senang punya kerja kan..
Ok la,kepada yang berminat untuk menerai brownies coklat tanpa telor ni dipersilahkan,memang tak rugi punya,banyak sedap wo.Terima kasih kepada Yana Shaiful kerana mengwar-warkan chocolate brownies yang mantap ni..jom kita tengok pulak resepinya.

Chocolate Brownies (tanpa telur)

Sumber:Yana Shaiful & Nuwairani

Bahan A:
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/8 sudu kecil garam halus
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan serbuk koko

Bahan B:
1 cawan susu cair
2 sudu besar susu manis
1/4 cawan mentega cair/minyak sayur
1 sudu kecil esen vanila

Bahan C:
Kekacang atau choc chip untuk tabur

Cara:
1.Ayak bahan A dalam sebuah mangkuk.

2.Satukan bahan B dalam mangkuk berasingan.

3.Masukkan A ke dalam B dan kacau perlahan hingga sebati.

4.Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu mentega dan dialas dengan kertas.Tabur kekacang atau choc chip rata-rata.Bakar pada suhu 160'C selama 25-30 minit.

5.Adunan brownies ini juga sesuai dibakar di dalam cawan kertas,isikan adunan hingga 3/4 cawan kertas.Bakar selama 20 minit.


Selamat menikmati Brownies Chocolate tanpa telur.

Rabu, 13 Jun 2012

Bun Sosej

Salam manis dan selamat bersiaran kembali...apa khabar semuanya? Hari ni Rahel hidang bun sosej+teh O pulak untuk sarapan..em memang sedap la.Sebenarnya buat bun ni dah lama dirancang tapi mod menguli belum mari jadinya ditunda terus..dan setelah mod menguli sudah mari tepung roti pulak buat hal..berkutu..huhu..terpaksa gue campakkan ke dalam cik tong..ambik kau! Harus beli tepung roti yang baru lagi...dan teruskan meroti..
Bun Sosej
Sumber:Rahel

Bahan A:
240g tepung roti
60g tepung red rose
50g gula kastor
5g garam
10g susu tepung
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh pemantap roti
1/2 sudu teh pelembut roti

Bahan B:(disatukan,kacau rata)
1 biji telur C
150g air sejuk

Bahan C:
30g unsalted butter

Bahan D:
1/2 sudu kecil minyak jagung

Sapuan telur:(disatukan & kacau rata)
1 biji telur C
50ml air

Sosej secukupnya
Sedikit bijan
Sedikit mentega

Cara:

1.Masukkan bahan A ke dalam mangkuk besar,kecuali garam.Kacau rata hingga mesra.Masukkan pula garam,kacau lagi sehingga sebati.

2.Masukkan telur+air perlahan-lahan sambil diuli hingga sebati.Masukkan pula mentega perlahan-lahan (3x) sambil diuli hingga rata.Teruskan menguli doh selama 50-60 minit untuk mendapatkan doh yang betul-betul kenyal.Masukkan pula minyak jagung,uli rata.

3.Biarkan doh mengembang selama 45-60minit.Setelah kembang,sapu tangan dengan sedikit minyak dan tekan-tekan doh untuk keluarkan angin.Bulatkan doh kembali.Rehatkan lagi 15 minit.

4.Timbang doh 60g setiap satu.Bulatkan doh.Kemudian canai bentuk bujur,letak satu batang sosej dan gulung kemas.Biarkan kembang selama 45-60 minit.Setelah kembang,sapu permukaan bun dengan telur dan taburkan bijan.

5.Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 15-25 minit.

6.Setelah masak,panas-panas dioles dengan mentega.

*Sentiasa sapu tangan dengan sedikit minyak/tepung jika doh melekat pada tangan.

*Doh harus diuli hingga betul-betul kenyal untuk mendapatkan bun yang enak dan sentiasa lembut walau pun disimpan dalam bekas kedap udara selama 2-3 hari.

*Jika terdapat gelembung2 udara semasa mencanai doh tekan2 dengan telapak jari utk keluarkan angin.

*Tepung red rose boleh digantikan dengan tepung hongkong,tepung superfine.

Selamat menikmati Bun Sosej.

Isnin, 11 Jun 2012

Macaroon Mentega Kacang

Selamat pagi kepada semua yang sentiasa setia melawat dapur Rahel.Diharap semuanya sihat dan ceria bersama insan yang disayang.Hem..berapa hari agaknya dapur Rahel sepi ek..hehe..tuan tanah skarang ni tengah melayan kesibukan..jadi masa untuk letak entry pun memang kureng sikit..mohon maaf kepada yang tak sempat Rahel terjah..nanti kalau senang-senang pasti akan dilawat satu persatu..tapi jangan lupa masak yang sedap-sedap tau..
Ok la tu..kita kembali pulak ke tajuk entry kali ni ''Macaroon Mentega Kacang'' yang sebenarnya plan nak buat macaroon oreo,tapi kerana tiba-tiba diserang mod suam-suam kuku ya jadinya diletak inti mentega kacang la..maka terjadilah macaroon mentega kacang..huhuhu.Kalau cerita bab macaroon ni memang ramai jugak kawan-kawan Rahel yang geram dibuatnya..slalunya cakap tak menjadik..cakap resepi tak ok la..dan macam-macam lagi alasan yang diorang bagi..tapi kan..Rahel memang ada cara nak pastikan sesuatu yang kita buat tu tidak gagal dan akhirnya membazir.

Caranya mudah aje..macam ni..bila kita nampak resepi yang terbaru dan menawan hati..apa lagi kalau nampak gambar yang cun...fuhhh lagi la berkobar-kobar nak menerai..pelajari betul-betul cara-cara untuk memproses resepi tersebut atau pun kena tunggu jugak resepi tu dah ditry oleh ramai orang..sebab setiap orang mesti ada tips dan triknya..jangan pulak biarkan diri kita dikuasai sifat tak sabar akhirnya merugikan diri sendiri.

Dulu time mula-mula nampak macaroon kat dapur kawan-kawan memang rasa teruja sangat nak mencuba,tangan ni memang gatal betul,tapi tak mo rugi la kalau buat tapi tak menjadi..takutnyee..bila dah nampak ramai kawan-kawan mencuba dan berjaya..baru la Rahel temui pak google untuk intai-intai resepi macaroon..dan akhirnya sampai pulak ke dapur Kak Azlita Masam Manis..sempat jugak Rahel try resepi tu dan hasilnya sangat memuaskan..boleh tengok di sini ye..
Untuk resepi kali ni Rahel guna resepi dari Majalah Rasa Edisi June 2011,kalau ada yang sempat membeli buku tersebut mesti nampak beberapa resepi macaroon yang dikongsikan oleh Chef Nora Fizah..sangat menarik tau..jom kita tengok pulak resepinya...

Macaroon Mentega Kacang
Sumber:Majalah Rasa/Chef Nora Fizah

Bahan A:
135g gula aising
90g serbuk badam

Bahan B:
75g putih telur
50g gula kastor

Sedikit pewarna hijau

Bahan Inti:
200g mentega kacang

Cara memasak:
1.Campurkan kesemua bahan A dan ayakkan.Ketepikan.
2.Putar bahan B hingga kembang kemudian bahagi adunan kepada tiga bahagian.
3.Masukkan adunan pertama ke dalam bahan A dan letakkan pewarna hijau.Kacau perlahan-
   lahan menggunakan spatula.
4.Kemudian masukkan pula adunan kedua dan kacau perlahan-lahan lagi hingga sebati.
5.Masukkan pula bahagian ketiga dan mesrakan lagi adunan perlahan-lahan.
6.Sediakan loyang pembakar dan paipkan adunan bulat-bulat.
7.Rehatkan seketika macaron sehingga bahagian atas macaron benar-benar kering kemudian
   bakar dengan suhu 160'C selama 14 minit (Rahel bakar 20 minit).
8.Apabila masak angkat dan rehatkan seketika macaron.
9.Letakkan inti di tengahmacaron setelah macaron sejuk.Sedia dinikmati.

Selamat menikmati...

Khamis, 7 Jun 2012

Kek Pisang Marble

Selamat pagi kepada semua.Semoga semuanya dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu.Pagi ni kita bersarapan dengan Kek Pisang Marble sahaja..memang sedap dihidang bersama teh hangat..habis satu potong mesti nak lagi

Macam biasa la geng...resepinya saya letak di sinisebagai rujukan di masa-masa akan datang...dan mana la tau kalau-kalau ada yang teringin mencuba..dipersilahkan.


Kek Pisang Marble
Sumber resepi:Rahel

Bahan-bahan:
150g pisang ranum (apa2 pisang yg ranum pun bole guna)
180ml minyak masak
1 cawan gula kastor
3 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum}
1 sudu teh serbuk penaik}
1/4 sudu teh serbuk soda bikarbonat}'diayak
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate emulco

Cara:

1.Panaskan ketuhar pada suhu 170'C.Griskan acuan sifon dengan mentega/marjerin.

2.Minyak,telur,gula kastor dan pisang diblend hingga hancur.

3.Tuang ke dalam mangkuk besar.Masukkan pula esen vanila dan tepung yang sudah diayak tadi.Gaul rata.

4.Bahagi adunan kepada dua bahagian.Yang satu bahagian diberi chocolate emulco dan yang satu bahagian dibiarkan pada warna asal.

5.Tuangkan adunan coklat ke dalam acuan diikuti adunan warna asal.Buat seperti ini hingga selesai.

6.Bakar dalam ketuhar pada suhu 170'C selama 45 minit guna api atas dan bawah.



Enjoiii...

Selasa, 5 Jun 2012

Kek Lapis Cheese Persona

Salam manis dan selamat pagi kepada semua yang setia berkunjung ke dapur Rahel.Diharap semuanya sentiasa sihat dan ceria bersama insan yang disayangi.
Hari ni Rahel nak tayang Kek Lapis Cheese Persona yang sememangnya sedap dan sudah ramai jugak geng blogger masakan yang mencubanya...dan semuanya pun memberi komen yang baek..tapi untuk kali ni Rahel ada letak ceri hitam kat tengah-tengah kek..uuuuu..memang bertambah sedap la..korang boleh nampak kan ceri hitam tu...dan Rahel kurangkan pulak biskut tu sebab nak rasa cis yang kaw-kaw..korang boleh nampak kan yang tak banyak lapisan biskut kat kek ni..
Oh ya,untuk lapisan kek ni Rahel guna biskut Marie yang original sebab itu je yang kebetulan ada dalam simpanan,jadi guna la apa yang ada..janji sedap..dan untuk resepi asal pulak kawan-kawan boleh tengok langsung di dapur RYO AZHAR dan terpulanglah kalau ada yang nak lapis dengan buah-buahan kegemaran masing-masing...yang penting sesuai dengan selera...
Selamat menikmati.

Ahad, 3 Jun 2012

Tiramisu

Salam manis dan selamat berhujung minggu.Semoga ceria selalu.
Cuaca panas macam ni memang sesuai sangat kalau ada hidangan yang dingin..boleh menyegarkan tekak.Tapi bab Tiramisu ni memang tidak terlalu dingin..ianya sedang-sedang sahaja..jadi sesuai dinikmati oleh semua lapisan masyarakat..kepada yang tak minat dengan Tiramisu tu kena buat dessert yang lain pulak..pandai-pandailah cari resepi sebab kali ni Rahel nak share je resepi Tiramisu yang sememangnya sangat mudah disediakan..jom layan Tiramisu skejap...

Tiramisu
Resepi by:Rahel

Bahan:
Biskut tiramisu secukupnya-dipotong pendek (dipotong empat)
250g keju krim
60g gula kastor
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh jus lemon
150g non-dairy whipping cream-diputar hingga gebu (soft peak)
1 biji telur-pisahkan kuning dan putihnya

Sirap Kopi:(dibancuh)
1 cawan air panas
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar kopi segera Nescafe

Cara membuat:
1.Keju krim dan gula kastor diputar hingga licin.Tambahkan susu pekat dan jus lemon.
   Putar lagi hingga rata.
2.Tambahkan kuning telur.Putar hingga licin.
3.Putar putih telur hingga kembang dan gebu (soft peak)
4.Masukkan meringue ke dalam adunan keju krim.Gaul rata.
5.Masukkan pula whipping cream yang sudah diputar tadi ke dalam adunan keju krim.
   Gaul rata.Masukkan dalam piping bag.
6.Paipkan sedikit adunan keju ke dalam gelas.Celup biskut ke dalam sirap kopi dan susun
   di atas keju krim tadi (buat seperti ini sebanyak 2x).Akhir sekali di atasnya ialah adunan
   keju krim.Buat sampai selesai.
7.Simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.Jika hendak dihidang ayakkan serbuk koko di atasnya.

*Untuk membuat Tiramisu,telur yang digunakan dalam keadaan yang mentah,jadi pastikan
  telur yang digunakan adalah telur yang segar.
*Tiramisu yang dibuat dalam cawan tidak perlu gelatin.
*Jika tiada non-dairy whipping cream boleh digantikan dengan dairy whipping cream akan
  tetapi hendaklah ditambahkan sukatan gula kastor di dalam adunan keju krim.


Selamat menikmati Tiramisu.

Jumaat, 1 Jun 2012

Kek Tiramisu

Selamat pagi kepada kawan-kawan semua..apa khabar? Diharap kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria.Semenjak dua menjak ni blog slow sikit..tuan tanah banyak sebok..jadi ampun maaf dipinta sebab tak sempat terjah dapur kawan semua..dan terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan memberi komen yang manis..gue sangat menghargainya.Untuk tanda penghargaan..gue buat satu Kek Tiramisu pulak..jom cuci mata.




Kek Span Kopi

Bahan:
140g gula kastor
15g ovalette
5 biji telur
125g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik} diayak (A)
70g minyak masak
40g air
1 sudu teh emulco kopi} disatukan
1 sudu teh serbuk nescafe} (B)

Cara:

1.Gaul ovalette dan gula kastor dalam mangkuk adunan.Masukkan telur dan bahan (A).Pukul kelajuan perlahan selama 2 minit dan tukar kelajuan tinggi selama 5 minit hingga kembang dan gebu.

2.Perlahankan kelajuan dan tuang campuran (B).Pukul lagi kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan gebu.

3.Tuangkan minyak masak dan gaul perlahan-lahan sehingga sebati.

4.Sediakan loyang 8'' yang dilapik dengan kertas pembakar.Tuangkan adunan ke dalam loyang.

5.Bakar selama 45 minit pada suhu 180'C.Setelah masak,keluarkan kek dari oven dan terlangkupkan selama 5 minit.Terbalikkan semula dan biarkan sejuk.



Kek Tiramisu
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan:
1 biji kek span kopi 8 inci
250g krim keju
120g gula kastor
150g yogurt perisa asli
200g krim putar tenusu (dairy whipping cream)

20g gelatin halal} dilarut dan disejukkan
80ml air mendidih}

Sedikit serbuk koko

Bahan sirap kopi disatukan:
1 sudu makan kopi segera nescafe
Sedikit pes kopi
3 sudu makan gula pasir
1/4 cawan air panas


Cara membuat:
1.Belah kek span kopi pada dua lapisan.Potong bahagian atasnya.(Rahel belah kek span kopi pada 3 lapisan)

2.Krim putar dipukul hingga kembang.Simpan dalam peti sejuk.

3.Krim keju dipotong kecil-kecil.Masukkan ke dalam periuk.Campurkan gula kastor.Panaskan atas api yang kecil hingga cair.Masukkan yogurt.Kacau rata dan angkat dari api.Sejukkan.

4.Campurkan gelatin ke dalam adunan krim keju bersama krim putar tadi.Kacau sebati dan simpan dalam peti sejuk selama 10 minit agar ia pekat sedikit.

5.Ambil selapis kek span dan letakkan ke dalam acuan bulat berukuran 8'' yang boleh ditanggalkan bawahnya.Renjiskan sirap kopi atas kek supaya ia lembap.Kemudian tuangkan 1/2 dari adunan krim keju atas kek ini.Ratakan krim di tepi kek.

6.Letakkan lapisan kedua dan renjiskan air kopi atas lapisan ini.Tuang lebihan krim keju atas kek hingga menutupi bahagian tepi kek.Hentakkan 2-3 kali atas meja agar krim keju sampai ke bawah.Taburkan serbuk koko dengan menggunakan penapis kopi.

7.Sejukkan dalam peti sejuk selama 5 jam sebelum dihidang.

*Rahel hanya menggunakan 10g gelatin untuk adunan krim keju.

*Rahel gantikan krim putar tenusu dengan krim putar bukan tenusu.

*Untuk adunan krim keju Rahel tambahkan sebab Rahel buat kek 3 lapis.

*Untuk gelatin pulak,Rahel hanya rendam dengan air minum biasa dan biarkan kembang,kemudian panaskan dg cara double boil hingga larut.


Selamat menikmati Kek Tiramisu.