Isnin, 28 Mei 2012

Black Beauty Chocolate Cake

Salam manis kepada semua pengunjung setia dapur Rahel.Diharap kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria bersama insan tercinta.
Wah...malam ni mesti ramai yang duduk menghadap lappy kan? terutamanya kepada ibu2 sebab menyambut musim cuti sekolah..so kali ni memang banyak masa la belek-belek resepi.Hem,kali ni Rahel mencuba pulak Black Beauty Chocolate Cake resepi Chef Zubaidah..memang terbaek walau pun ada yang terlepas pandang..emm..terlepas pandang apa pulak ni..em terlupa masukkan susu cair dalam adunan..tapi kan..nasib baek menjadi jugak dengan cantik dan gebu,lembut,moist..memang sesuailah dengan nama dia..beauty gitu...

Oh ya,kek ni saja Rahel buat untuk hidangan sendiri..lagi pun memang dah lama simpan resepi ni..teruja sangat untuk mencuba dan merasa..syukurlah hasilnya sangat memuaskan dan memang seperti yang diharapkan..tapi kan..Rahel buat dalam versi kek cawan la pulak..isikan dalam cawan kertas 3/4 penuh dan bakar selama 35 minit...pada suhu 150'C guna api atas dan bawah.Jika kek tak cukup masak ia akan mendap.Untuk toppingnya pulak Rahel tidak menggunakan resepi topping asal sebab nakkan sikit kelainan dan terpulanglah pada selera masing-masing..jadi layan dulu Black Beauty Chocolate Cake ini..


Black Beauty Chocolate Cake
Resepi by:Chef Zubaidah
Sumber:Mak Lang

Bahan A:
2 cawan tepung gandum/tepung paling halus (Rahel guna tepung gandum ayak 2x)
3/4 cawan serbuk koko
2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B:
2 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak @ butter dicairkan
1 cawan air panas suam
1 sudu besar chocolate emulco
3 biji telur

Cara:
1.Ayak bahan A.Ketepikan.
2.Campur semua bahan B dan gaul rata/sebati.
3.Masukkan bahan A ke dalam bancuhan bahan B.Gaul rata.
4.Tuang ke dalam loyang 8''.Bakar pada suhu 150'C selama 50-60 minit atau sehingga masak.

Topping Jimat:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
2 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tepung jagung
2 sudu besar marjerin

Cara:
*Masuk semua bahan dalam bekas dan masakkan atas dapur dengan api kecil,sentiasa dikacau.
Ini pula resepi Topping Cream dari Rahel

Bahan:
130g mentega tanpa garam
90g cream cheese
5 sudu besar gula aising-diayak
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen Oren/vanila

*sedikit fondant bentuk bunga-jika suka
*sedikit gula aising untuk tabur-jika suka

Cara:
1.Putar mentega,cream cheese dan gula aising hingga licin.
2.Tambahkan serbuk koko.Putar hingga rata.
3.Masukkan pula esen Oren.Putar rata.Masukkan dalam piping bag.
4.Ayak gula aising di permukaan kek.Paipkan cream ikut bentuk yang disukai.
   Hias dengan bunga fondant.
  
Selamat menikmati Black Beauty Chocolate Cake.

Isnin, 21 Mei 2012

Kek Coklat Kukus Basah

Selamat petang dan selamat bersiaran kembali.Diharap kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria.Petang ni Rahel nak ajak kawan-kawan semua singgah cuci mata..skejap pun takpe..janji singgah.

Hem..buat kek coklat lagi..kali ni Rahel belajar buat yang checkered pulak..agaknya Rahel je yang ketinggalan kereta kan..sebab nampak kawan-kawan ramai yang dah buat checkered cake..
Yang sebenarnya kek coklatnya sudah siap buat dua hari yang lalu,tapi tetiba je mod malas datang jadinya kek coklat tidur je dalam esbok..semalam lagi ingat nak siapkan..tapi masih jugak suam-suam kuku...lepas tu cari-cari idea lagi nak buat corak ape kat kek coklat ni..bila teringat yang acuan checkered cake belum dirasmikan..hem..cepatnya gue sambar acuan tu..apa lagi..kerja-kerja harus diteruskan. 


Kek Coklat Kukus Basah
Resepi:Zubaidah Bt Chepa

Bahan:
200g tepung superfine
100g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur B
200g gula pasir
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara:
1.Ayak tepung,soda,serbuk penaik dan serbuk koko.
2.Di bekas yang lain pukul telur,susu pekat manis dan gula dg jaring.
3.Masukkan tepung yang diayak dan kacau sebati.
4.Masukkan minyak.Kacau sebati.
5.Akhir sekali,masukkan air panas dan kacau rata.
6.Griskan acuan 8x8" bulat.
7.Tuangkan adunan.Kukus selama 1 jam




Mousse Chocolate
Resepi:Rahel

Bahan-bahan:
350g krim putar bukan tenusu-diputar hingga soft peak
100g coklat masakan-dihiris nipis-cairkan dg cara double-boil,biarkan sejuk
1 sudu besar serbuk gelatin direndam dg 4 sb air,dicairkan dg cara double boil-biarkan suam
250g krim putar bukan tenusu-diputar hingga soft peak (yang ini untuk topping)
5 sudu besar blueberry fruit filling (utk topping)

Cara menyiapkan Checkered Chocolate Cake:

1.Potong kek pada 3 bahagian.Kemudian tompkkan 3 lapis kek itudan tekan dengan acuan checkered cake.Pisahkan gegelang kek.

2.Satukan 350g krim putar dengan coklat masakan,gaul rata.Tambahkan gelatin.Gaul rata.

3.Sapu seluruh lapisan kek dengan mousse chocolate.

4.Hias permukaan dan tepi kek dengan 250g krim putar tadi.Letak blueberry fruit filling di tengah permukaan kek.

5.Letak dalam peti sejuk 3-4 jam sebelum dihidang.

*Rahel tak dapat jelaskan satu persatu cara menyusun kek sebab tak ambil gambar semasa proses mendeco kek.Tapi boleh juga guna resepi mousse chocolate ini untuk melepa kek  walau pun tidak berbentuk checkered.

*Jika ada waktu len kali Rahel akan tunjuk cara-cara penyedian checkered chocolate cake yang penting jamu mata dulu.


Selamat mencuba.

Khamis, 17 Mei 2012

Chilled Blueberry Cheese Tart

Selamat petang dalam selamat bersiaran kembali.Diharap kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria.Agaknya belum terlambat lagi untuk mengucapkan ''Selamat Hari Guru'' kepada semua guru.

Nak jadikan cerita macam mana terjadinya chilled blueberry cheese tat ni.Walaupun sudah lama kejadiannya tapi hati tergerak jugak nak share ceritanya..ni khas untuk yang tak punya banyak waktu di dapur..dulu kan..kadang-kadang Rahel buat tat shell dan letak dalam bekas kedap udara,so bila2 je kalau nak buat tat tak payah pening2 lagi nak siapkan pastrinya..tinggal nak buatkan inti jer..jadinya jimat masa.

Ceritanya macam ni,pada suatu masa dulu ada seorang kawan nak buat sambutan ulang tahun anak dia..awal-awal lagi dia pesan kat Rahel agar menghadirkan diri dalam pesta tersebut..dan dia kata nak buat acara yang sederhana jer...masa tu Rahel pun ok je..takde masalah,tapi kan..bila dah sampai harinya..alamak!! terlupa la..satu jam lagi nak bermula acara potong kek...tiba-tiba punyi talipon..hellooo Rahel dah siap k? (tanya ibu budak tu)..hah siap apanya? (bertanya kembali)..eeee dah lupa k ari ni ulang tahun c putri? skejap lagi nak potong kek aku tengah tunggu ko sampai la...

Punyalah Rahel terkejut time tu..mana hadiah belum beli...perasaan malu bercampur mari sudah..nak keluar beli hadiah pun memang dah tak sempat..tapi kan teringat pulak yang c putri tu memang suka makan kalau Rahel bawakan buah tangan berupa kek dan biskut..berseri-seri wajahnya makan.Bila Rahel ingat2 ada cream cheese ada blueberry filling ada whipping cream dalam esbok..dengan sepantas kilat bahan2 dikeluarkan dari esbok..ingat lagi time tu..cream cheese terpaksa dipotong kecil2 agar cepat lembut dan senang diputar...Rahel pun tak sangka tiba2 muncul idea untuk buat tat yang sebegini..tak sampai 30 minit ''Chilled Blueberry Cheese Tart'' dah siap dengan cute2nya dan disusun rapi masuk kontainer..

Tanpa membuang masa,Rahel terus cepat-cepat ke rumah c putri..dari luar rumah lagi dah berseri-seri wajahnya melihat buah tangan yang Rahel bawak walaupun dia tak tahu lagi yang Rahel buatkan tat je..dengan selamba gue kasi dia itu tat..perlahan-lahan dia buka kontainer tu...hhhhhhhhhhhhhh..auntie Rahel cantiknyaaaaa kuih ni...kuih apa ni?..jadi gue kasitau dia..ni namanya tat blueberi keju...suke tak? putri suka..cantik la..(senang hati gue time dengar c putri cakap suka).

Selepas acara potong kek yang pertama dihentam ialah blueberry cheese tat..kek harijadi dah tolak tepi..apa lagi..c putri bersama kawan-kawannya dah kendurikan blueberry cheese tat tu sampai licin..kata c putri nak order lagi kalau dia buat harijadi..hikhikhik...akhirnya gue kasi nama tat ni ''Chilled Blueberry Cheese Tart'' sebab sepatutnya nak kena sejukkan dalam esbok sebab menggunakan campuran whipping cream..tapi kalau setakat nak letak kat luar 3-4 jam pun masi ok gak..cuma tak fresh sangat la rasa dia..ok la tu...jom layan dulu ''Chilled Blueberry Cheese Tart''
Chilled Blueberry Cheese Tart
Resepi:Rahel

Bahan pastri manis:
80g mentega tanpa garam
180g tepung gandum-diayak
50g gula aising-diayak
1/2 sudu teh susu tepung
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan kuning telur
1/2 sudu makan putih telur
1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuat pastri:
1.Guna tangan,gaul mentega,garam,gula aising,telur & esen vanila hingga sekata.
2.Masukkan tepung gandum dan susu tepung.Gaul hingga menjadi doh yang lembut.
3.Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat.Buat sampai habis.
4.Bakar tat dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 200'C selama 25 minit.
5.Setelah masak,biarkan suam kemudian keluarkan tat dari acuan.Biarkan sejuk.

Bahan Inti Blueberry Cheese Cream:
250g cream cheese-biarkan pada suhu ruang
100g non-dairy whipping Cream-diputar hingga gebu dan bertanduk
70g gula aising
4 sudu besar blueberry pie filling
Blueberry pie filling secukupnya untuk inti tat.

Cara menyiapkan Chilled Blueberry Cheese Tart:
1.Isikan 1 sudu kecil blueberry pie filling ke dalam kesemua tat.Ketepikan.
2.Putar cream cheese,gula aising hingga licin.Tambahkan 4 sdb blueberry filling dan
   teruskan putar hingga rata.
3.Masukkan whipping cream dan kaup balikkan hingga bercampur rata.
4.Masukkan adunan cream cheese ke dalam bag piping yg sudah diletak nozel bulat.
5.Paipkan blueberry cream cheese ke dalam tat tadi.
6.Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Selamat menikmati Chilled Blueberry Cheese Tart.

Rabu, 16 Mei 2012

Nasi Yogurt

Selamat bertemu kembali dan salam manis kepada semua.Hari ni Rahel try pulak masak Nasi Yogurt untuk hidangan tengah hari.Pertama kali nampak nasi yogurt kat dapur Yana Shaiful terus berkenan..memang senang nak dapat bahan-bahannya..mudah pulak cara penyediannya...walau pun namanya nasi yogurt tapi taklah masam..nasinya moist dan sedap..secukup rasa..hehe..dan Rahel gandingkan dengan Sambal Ikan Tongkol..perghhh sedapnya..sempat tak toleh kiri dan kanan.Terima kasih pada Yana Shaiful kerana memperkenalkan hidangan nasi yogurt.Rahel nak panjangkan pulak resepinya kat sini...silahkan dicuba yea..


Nasi Yogurt
Sumber:Yana Shaiful 

Bahan:
3 cawan beras basmati
1 cawan yogurt tanpa perisa
2 cm halia-dicincang
1 ulas bawang putih-dicincang halus
1/2 labu bawang besar-dicincang halus
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mentega
1 kiub ayam
sedikit garam
1 sudu besar gula
5 cawan air
Kismis secukupnya
Pewarna kegemaran (Yana & Rahel tambah)

Cara:

1.Cuci beras dan rendam selama 20 minit.Kemudian toskan.

2.Panaskan minyak sapi dan juga mentega.Tumis buah pelaga,kulit ky manis,bg lawang,bunga cengkih & juga bahan yg dicincang sehingga wangi.Masukkan beras & kacau sehingga sekata.

3.Masukkan air,kiub ayam,yogurt,gula & garam.Masaklah nasi macam biasa.

4.Bila air dah kering masukkan kismis & kacau nasi biar semua bahan2 sekata.

5.Titikkan pewarna kegemaran ketika nasi sudah masak.Kemudian gembur2kan nasi hingga bercampur kesemua warna.

Sambal Ikan Tongkol
Resepi:Rahel

Bahan:
400g ikan tongkol-bersihkan-potong kecil}
1/2 sudu makan asam jawa}
sedikit garam},disatukan dan gaul rata

7 ulas bawang merah-dihiris*
2 ulas bawang putih-dihiris*
2 biji buah keras*
1 batang serai-ambil putih dan hiris nipis*
1 inci halia-dihiris*
1 inci lengkuas-dihiris*
2 lembar daun limau purut
1 1/2 sudu makan gula pasir
5 tangkai cili merah*
7 tangkai cili api*
1 sudu makan serbuk cili
1/2 sudu makan kicap manis
1 sudu kecil asam jawa-bancuh dengan sedikit air
garam secukup rasa

Cara:

1.Goreng ikan tongkol sehingga masak.Angkat dan toskan.

2.Kisar bahan bertanda* dengan sedikit minyak dan air sehingga hancur.

3.Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar,daun limau purut hingga pecah minyak.

4.Masukkan pula air asam,gula,serbuk cili,kicap manis dan garam.Kacau sebentar.

5.Masukkan ikan goreng tadi,gaul mesra.Angkat dan sedia dihidang bersama nasi yogurt.
Selamat menikmati Nasi Yogurt dan Sambal Ikan Tongkol.

Selasa, 15 Mei 2012

Kek Kopi Marmar

Selamat petang dan selamat bertemu kembali.Diharap kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria dalam naunganNya.Apa pulak menu yang korang siapkan untuk minum petang?

Teringat lagi pada Kek Kopi Marmar yang sememangnya resepi yang mudah disediakan tapi sangat enak dinikmati bersama teh O panas..perghhh..segar mata memandang kaler-kaler kek kecik ni..kalau dulu Rahel buat dalam loyang 8'' skarang dalam acuan yang kecik je..senang nak hidang kalau buat begini.Pada yang gemar makan kek mentega mesti serasi banget dengan kek yang berperisa kopi ni..macam orang dulu-dulu la kiranya..kan..hehehe..
Ok la tu,saje Rahel buat kek ni untuk hidangan petang..dan terasa masih awal gak..boleh la kawan2 buat jugak untuk menjamu keluarga dipetang hari..sedap kek ni tau..lembut dan gebu..silahkan tinjau-tinjau resepinya kat bawah tu..

Kek Kopi Marmar
Sumber:Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
50g susu cair
4 biji telur gred A
2 sudu teh emulco kopi
Sedikit pewarna coklat,hijau & merah-->Rahel guna pewarna ungu,oren & hijau

Cara:
1.Satukan mentega dan gula kastor.Pukul hingga adunan kembang & putih.
2.Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3.Kemudian masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau berselang-seli dengan
   air susu.
4.Seterusnya masukkan emulco kopi dan digaul sebati.
5.Bahagikan adunan pada tiga bahagian.Warnakan untu,oren & hijau.
6.Letakkan satu senduk adunan berwarna berselang-seli dalam acuan.Ambil sebatang
   lidi & lorekkan satu bulatan atas adunan tersebut.Bakar selama 1 jam.

*Rahel bakar kek pada suhu 170'C dalam acuan kecil selama 30 minit.
*Griskan acuan dengan marjerin agar kek mudah dikeluarkan dari acuan.

Enjoiii...

Isnin, 14 Mei 2012

Kek Span Buah Pic

Salam manis dan selamat bersiaran kembali walau pun line tenet di sini tersangat slow.Apa khabar semuanya?



Semalam Rahel dah tayang Kek Span Vanila kan..itu sebetulnya bahan pertama yang kita kena sediakan untuk Kek Span Buah Pic dan semalam juga la Kek ni telah disediakan dan dihidang,jadinya skarang Rahel tinggal kunyah-kunyah kerupuk muruku je..hehehe..
Resepi kali ni tetap menggunakan resepi Kek Span Buah Pic Chef Noraini Zakaria dan kekawan pun patut terai kek ni tau..sebab sangat sedap rasa dia..lagi-lagi kalau dah keluar dari peti sejuk..emm tersangatlah nyaman membelai lidah..memang patut dipuji resepi Chef Noraini ni sebab kek span dia pun sangat lembut,gebu dan moist..lagi-lagi kalau dah ditambah dengan fresh cream atau buah-buahan..memang semakin terserlahlah keenakannya..tak rugi beli buku resepi HIDANGAN KEK.. 


Bahan-bahan:
1 biji kek span vanila 8''atau 9''dibahagi dua

Kek Span Vanila

Bahan:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A

130g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak

40g air
 60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9''.Lapis dg kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.

2.Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dg kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.

3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.

4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.

5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.

6.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.


Bahan Hiasan:
1 tin buah pic
Sedikit badam cincang-->tak letak pun
1 liter krim putar (non-dairy whipping cream)-dipukul hingga kembang

Cara:
1.Letak satu lapisan kek di atas papan kek,beri krim putar di atasnya.
2.Kemudian susun dan beri jarak buah pic di atasnya.Sapu nipis lagi krim di atasnya.
3.Letak satu lapisan kek lagi di atasnya.Sapu krim di seluruh permukaan dan tepi kek.
  Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Selamat menikmati Kek Span Buah Pic.

Ahad, 13 Mei 2012

Kek Span Vanila

Selamat malam semua dan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu yang tercinta dan tersayang.


Kek Span Vanila
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria

Bahan:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A

130g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak

40g air
 60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9''.Lapis dg kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.

2.Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dg kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.

3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.

4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.

5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.

6.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.


Rahel mohon maaf kerana tak dapat terjah dapur kawan-kawan semua..line kat sini tersangat la slow..letak entry kek span vanila pun dah terkial-kial depan laptop.Selamat mencuba.

Jumaat, 11 Mei 2012

Black Forest Cake

Salam manis kekawan semua...apa khabar?

Kalau dah selalu tayang kek maknanya suka sangat la tu pada kek..hehe..kali daku cuba buat Kek Hutan Tebal yang memang disukai ramai.Sudah lama juga Rahel idam2kan untuk menakluki resepi ni yang pada mulanya Rahel fikir sangat remeh..dan cerewet..tapi rupa-rupanya sangkaan gue meleset..menyediakan Kek Black Forest ternyata sangat menyenangkan...

Teringat pulak pada beberapa rakan fb yang sangat teringin melihat Black Forest Cake dari hasil air tangan Rahel sendiri..lama jugak gue simpan permintaan kekawan tu..ambo minta maaf..dan kali ni boleh la korang tengok2 kek ni dan sila beri markah ye..huhuhu..aising tak berapa mulus lagi...


Hem,mula-mula Rahel nak buat ikut resepi Wendy Kor,tapi bila sampai bahagian resepi kek span..alamak!! Rahel tak punya stok Chocolate Sponge Mix..akhirnya gue berlari-lari lagi mencari buku resepi kek yang sememangnya banyak membantu dan sangat sedap-sedap semua keknya..resepi Chef Noraini Zakaria..dalam buku tu ada gak Kek Black Forest..tapi kan kedua-duanya memang berbeza dan punyai rasa yang tersendiri.Wendy Kor menggunakan Blueberry Pie Filling dalam lapisan kek,manakala Chef Noraini tidak menggunakan Blueberry Pie Filling tapi ada menggunakan jus oren pada lapisan kek.Time tu boleh la bayangkan kan..memang dua-duanya mengancam..

Jadi kesimpulannya..Rahel akan gabungkan kedua-dua resepi tu...macam mana tu? hem..macam ni la..Rahel akan guna Resepi Kek Span Coklat Chef Noraini dan untuk hiasan dan filling pulak Rahel akan guna resepi Wendy Kor..apa macam..ok tak? Memang ok la bah..sila tenung gambar kek betul-betul..inilah hasilnya...sedap hingga menjilat jari...dan skarang Rahel nak bagi resepi kek tu..tapi korang kena pilih aje yang mana yang korang rasa selesa sebab kedua-dua resepi Kek Black Forest tu memang mengancam..jadi pertama gue nak share resepi dari Chef Noraini dan untuk resepi dari Wendy Kor akan menyusul kemudian.


Kek Span Coklat
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria

Bahan:
200g tepung kek
200g gula kastor
110g mentega cair/minyak masak
100g air
40g serbuk koko
20g ovalette
6 biji telur gred A
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emulco coklat

Cara membuat:

1.Griskan acuan bulat berukuran 9 inci.Lapik dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.

2.Satukan gula kastor,ovalette,tepung kek,serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan.Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.

3.Perlahankan kelajuan dan masukkan air,emulco coklat dan serbuk koko.Pukul lagi selama 5 minit.

4.Tuangkan mentega cair dan gaulkan dengan senduk kayu hingga sebati.

5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit (sehingga masak).


Bahan Hiasan:

1 liter krim putar Baker Mix (non-dairy whipping cream)
100g coklat masakan -dihiris nipis
10 biji ceri marachino
10 keping hiasan coklat
1 tin ceri hitam
Sedikit jus oren

Cara membuat:

1.Kek span coklat dihiris dua bahagian (i hiris 3 bahagian).Ketepikan.

2.Pukul krim putar dengan kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga kembang dan gebu.Simpan sebentar dalam peti sejuk.

3.Letakkan kek span di atas papan kek berukuran 10''.Renjis jus oren di atas lapisan pertama.Ambil sedikit krim putar & sapukan atas kek tadi.Susun buah ceri hitam di atasnya.

4.Kemudian letak lapisan kek span kedua.Renjis jus oren & sapu krim putar pd permukaan dan tepi kek.Hias tepinya dengan hiasan coklat atau coklat urai.

5.Guna bag piping dan bentukkan rosette di keliling kek.Hias dengan ceri marachino dan coklat hiris.

Tip:
*Untuk memudahkan menghiris coklat,gunakan pisau penghiris buah (peeler).
*Ceri marachino hendaklah dibasuh dan keringkan dengan tuala.
*Kek ini hendaklah sentiasa disimpan di dalam peti sejuk kerana ia tidak tahan panas.



Selamat menikmati Black Forest Cake.

Khamis, 10 Mei 2012

Strawberry Cheese Tart

Selamat pagi dan selamat bertemu kembali di alam maya..semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria.


Jom sarapan tat strawberi..


Strawberry Cheese Tart
Sumber:Rahel

Bahan pastry:
55g mentega tanpa garam
25g gula aising-ayak
secubit garam
15g kuning telur
120g tepung gandum-ayak
1 sudu kecil susu tepung

Cara:
1.Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.Tambahkan telur,putar hingga rata.
2.Kemudian masukkan tepung,susu tepung dan garam.Gaul rata.Uli hingga menjadi doh.
3.Ambil sedikit doh,tekankan ke dalam acuan tat,kemaskan tepinya.
4.Bakar dalam ketuhar pada suhu 180'C selama 15-20 minit.
5.Setelah masak,biarkan suam baru keluarkan dari acuan dan letak dalam kertas cawan.

Strawberry Cheese Filling:
120g Strawberry Pie Filling
125g krim keju
20g gula aising-ayak
55g telur (ditimbang tanpa kulit)
1/2 sudu teh strawberry paste

Cara:
1.Putar krim keju dan gula aising hingga sebati dan licin.Tambahkan telur dan strawberry
   paste.Kacau rata hingga licin.
2.Isikan tat tadi dengan 1/2 sudu teh strawberry filling.
3.Kemudian sudukan pula adunan krim keju di atasnya hingga penuh.
4.Bakar tat dalam ketuhar pada suhu 160'C selama 10-13 minit.

*Dalam gambar tat nampak tidak gebu sebab Rahel terlupa turunkan suhu ketuhar ketika
  membakar tat...jadi sebaiknya guna 160'C ketika membakar tat yang sudah diberi inti.
*Setelah tat masak sapu permukaan tat dengan deco gel dan tabur manik warna-warni.


Selamat menikmati Strawberry Cheese Tart.

Selasa, 8 Mei 2012

Nasi Kuning Express

Selamat pagi dan salam manis kepada semua.Semoga sentiasa sihat,ceria dan bahagia di samping insan tersayang.Pagi ni Rahel sarapan nasi kuning pulak..nasi kuning ni lebih kurang jugak dengan nasi lemak,bezanya hanya penggunaan serbuk kunyit dan enak dinikmati bersama ikan yang bersambal,tapi jaman skarang ni boleh dipelbagaikan lagi lauk pauknya..terpulang pada selera memasing kan..tapi kali ni Rahel hidang bersama ikan selayang goreng yang bersambal pedas..sedap wo.



Kalau nak buat nasi kuning ori beras kena tanak terlebih dulu hingga sebati dengan santan ,kacau selalu hingga airnya kering.Kemudian angkat nasi dan kukus hingga masak.Tapi kali ni memang Rahel buat yang express,so takde kukus2..terus masuk periuk elektrik ja dan kalau nak express kena guna cara yang ni la.

Nasi Kuning Express
by:Rahel Blogspot

Bahan:
150g beras
30g beras pulut
400ml santan sederhana pekat*
1 sudu kecil serbuk kunyit*
2 lembar daun pandan-disimpul*
1 lembar daun salam*
2 lembar daun limau purut*
1/4 bawang besar-dicincang*
1 sm halia dicincang*
1 batang serai,diketuk*
1 sudu kecil jus limau nipis*
Garam secukup rasa*

Cara:

1.Cuci beras hingga bersih dan letak dalam periuk elektrik.

2.Masukkan bahan bertanda ke dalam periuk yang berisi beras tadi.Masak la nasi kuning seperti biasa,setelah mendidih kacau nasi biar semua bahan sebati.Teruskan masak sampai nasi masak sepenuhnya.



Isnin, 7 Mei 2012

Sweet Potato Cake

Salam manis dan selamat bersiaran.Diharap kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria.Hem..layan dulu kek keledek ungu ni..pastu bolehlah korang teruskan buat kerja..

Sebenarnya sudah berapa hari gue plan mo buat ni kek,tapi tertangguh terus bab banyak sebok sangat-sangat..hinggakan jenguk blog kawan-kawan pun tak berkesempatan..facebook pun sempat dijeling-jeling jak..kalau mo tinggal komen jangan harap la..sempat ''like'' ja itu pun ciput ja..ampun-ampun..


Tapi kan..gue banyak baek hati wo..malam-malam pun masi dalam mod buat kek..hehe..rajinkah namanya tu? Yang sebenarnya gue tak tahan kalau berhari-hari sudah tidak merasa kek..kalau lalu depan kedai kek memang inda' tahan bah..tapi kan..tidak semua kedai kek berjaya menggugat iman gue..sebab apa..sebab gue memang jenis yang cerewet kalau pegi kedai kek..mesti gue tenung satu persatu kek yang dalam cermin tu..kalau sudah agak-agak tidak sedap..memang gue cepat-cepat tinggalkan itu kedai..

Tinggal berapa hari lagi kita akan menyambut ''Hari Ibu'' jadi memang saja gue promot kek keledek ni sebab mungkin ada kawan-kwan yang ingin membuat kejutan untuk mama tersayang,so bolehlah mencuba kek yang sememangnya sedap dan sangat sedap..terasa sangat keledek tu pada cream..kek yang lembut dan gebu  tambahan pulak dengan fresh cream yang waw..


Nah,sudah tau kan yang kek ni gue buat semalam,jadi pepagi memang senang kerja..buka mata jak terus minum air suam..pastu cuci muka dan apa lagi..lantak kek la..jadi pagi ni memang sarapan kek la sama teh o..korang apa macam? mo buat kek juga ka?..


Skarang kena buat kek span dulu..dah siap masak kek span baru siapkan Topping Cream.

KEK SPAN

Bahan-bahan Kek:
A) 150g tepung paling halus
     12g tepung susu
     1 sudu teh serbuk penaik
     100g gula kastor
     1/4 sudu teh garam

B) 80ml minyak sayur/minyak masak
     4 biji kuning telur
     100ml air
     1 sudu teh esen vanila
     1/2 sudu teh pewarna ungu

C) 4 biji putih telur
     80g gula kastor
     1/4 sudu teh Krim Tartar-->Rahel tak letak

Cara-cara:

1.Campur semua bahan (A) ke dalam mangkuk & gaul sekata secara kering.Tambahkan bahan (B) dan gaul sehingga sebati.Ketepikan dahulu.

2.Pukulbahan (C) pada kelajuan tinggi sehingga naik dan kembang.

3.Masukkan bancuhan putih telur ke dalam campuran kek dan kacau hingga sebati.Tuangkan campuran kek ke dalam acuan bersaiz 9'' yang sudah digris (Rahel letak kertas serap minyak aje di dasar acuan).Bakar di dalam ketuhar yg sudah dipanaskan pada suhu 170'C selama 45 minit.

Topping Cream


Bahan:
300g puri keledek
800g krim segar bukan tenusu (Non-Dairy Fresh Cream)
Beberapa titis pewarna ungu

Cara:

1.Potong kek kepada 3 bahagian.

2.Pukul puri keledek,krim segar dan pewarna ungu sehingga kembang menjadi aising.Sapukan aising d antara lapisan kek.Salutkan aising pada seluruh kekdengan rapi.

3.Gunakan bag aising untuk menghias corak aising.Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Yang ni pulak cara Rahel buat Topping Cream:

1.Keledek direbus hingga lembut,kemudian toskan,lenyek hingga halus di atas saringan utk mendapatkan puri keledek yang benar-benar halus dan licin.

2.Putar krim segar pada kelajuan sedang,bila dah mula kembang tambahkan pewarna & puri keledek.Putar lagi hingga benar-benar gebu dan licin.Salutkan pada kek.

*Jika krim segar dicampur dengan puri keledek maknanya rasa pun dah berkurang,jadi sebaiknya tambahkan gula aising sedikit ketika memutar krim segar.

Sabtu, 5 Mei 2012

Nasi Dagang

Selamat petang dan selamat berhujung minggu dan jangan lupa masak yang sedap-sedap tau.




NASI DAGANG
Sumber:Buku Resepi Hidangan Nasi

Bahan:
500g beras wangi
3 biji bawang merah,dihiris
2 inci halia,dihiris
1/2 sudu makan halba
2 cawan santan
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa


Cara:

1.Basuh beras kemudian tapiskan.

2.Masukkan semua bahan ke dalam periuk non-stick kemudian kacau di atas dapur sehingga santan sebati dengan beras.

3.Masukkan beras yang sudah sebati dengan santan ke dalam periuk kukusan berlubang.

4.Kukuskan sehingga naik wap selama 30 minit.

5.Hidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar timun.



GULAI IKAN TONGKOL
Sumber:Buku Resepi Hidangan Nasi

Bahan:
500g ikan tongkol-dipotong,dibersihkan & rebus hingga masak
650-700 ml santan-dari 1 biji kelapa
60 ml minyak masak
2 sudu makan ketumbar}
1 sudu teh jintan putih},disangai & ditumbuk halus
1 batang serai-diketuk
1 keping asam gelugur
1 sudu makan kerisik
2 biji cili hijau-dibelah dua
2 biji cili merah-dibelah dua
Sedikit gula pasir
Garam secukup rasa

Bahan-bahan (A) dikisar:
7-8 tangkai cili kering-direndam
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sm lengkuas
2 sm halia-->yg ni Rahel tambah sendiri
1 biji buah keras

Cara membuat:

1.Panaskan minyak dalam periuk.Tumiskan bahan (A),rempah yang ditumbuk dan sedikit garam hingga keluar minyak.

2.Masukkan santan,serai,asam gelugur,gula pasir dan kerisik.Kacau hingga mendidih.

3.Biar selama 2 minit,kemudian perlahankan api.Masukkan ikan tongkol.Kacau selalu hingga mendidih sekali lagi.

4.Tambah garam dan bubuh cili merah dan cili hijau.Kacau lagi selama 2 minit.Tutupkan api.




Selamat mencuba.

Jumaat, 4 Mei 2012

Bingka Keledek Ungu

Selamat petang semua..dan salam manis selalu.Apa khabar semuanya? dah siap minum petang k? Petang ni Rahel buat bingka keledek ungu pulak untuk minum petang..mula-mula ingatkan nak buat kek keledek,tapi bila ada kemalasan datang tersasarlah ke bingka keledek ungu..nanti2 kalau ada senang baru belajar buat kek keledek ye..ijinkan Bingka Keledek Ungu dulu lalu kat sini..memang tetap ungu jer kaler dia walaupun Rahel tak letak pewarna ungu..dan yang paling penting sedap lalu kat mulut..hehe..

Bingka Keledek Ungu
Resepi by:Rahel

Bahan:
300g keledek ungu yg sudah dibuang kulit-kukus*
1 cawan tepung gandum-ayak
1 cawan gula pasir*
2 biji telur gred A*
1 cawan santan pekat*
1/2 sudu teh esen vanila
3 sudu besar minyak masak*
sedikit bijan untuk tabur
1/2 sudu teh garam*

Cara membuat:
1.Kisar bahan bertanda hingga halus.
2.Satukan bahan kisar dengan esen vanila dan tepung gandum,gaul rata.
3.Tuang ke dalam loyang 7'' yang telah digris dengan marjerin.Taburkan bijan.
4.Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 35-40 minit.
   Setelah masak biarkan betul-betul sejuk baru dipotong.


Selamat menikmati Bingka Keledek Ungu.

Khamis, 3 Mei 2012

Egg Tart

Selamat petang kepada semua.Apa yang korang tengah sebok-sebok tu? dah siap buat kuih untuk hidangan petang?

Hari ni kita merajinkan diri pulak menerai resepi tat telo yang dah lama terpendam dalam catatan harian..kalau dulu slalu terpandang tat telo kat kedai cina..mulus dan tulus je kejadiannya..masa tu dalam hati cakap ''macam nak buat tat telor ni?'' sambil diam-diam makan diselang-seli dengan teh o panas..

Hem,pada Rahel..buat tat telor ni memang sensitip la..nak kena jaga betul2 time dibakar..kalau dibiarkan alamatnya dapatlah tat telor yang menggerutu..macam bekas tapak tsunami dan itu la yang Rahel buat tadi,ambik satu kerusi dan duduk dekat oven menjaga tat telor yang terbakar..adoiii..kurang pengalaman betul..bila nampak permukaan tat dah nak keras cepat2 Rahel angkat keluar dari oven..takut sangat terjadi hal2 yang tidak dinginkan..hehe..kena banyak praktis lagi ni..


Syukurlah cantek juga kejadiannya..mulus..tulus..dan kudus..hehe..dan kali ni Rahel buat dalam dua bentuk,boleh nampak kan dalam gambar atas dan bawah ni..saja gue testing2 guna acuan oval..biar ada kelainan sikit giteww.Ok lah,mungkin ada yang teringin mencuba tat telor ni,memang sedap rasanya,tidak terlalu manis..sesuailah dengan tekak Rahel..korang nak buat juga k? Silahkan tengok resepinya..jeng jeng jenggg..

Egg Tart
Sumber:Kitty

Bahan:
140g mentega
1/2 biji telur
70g gula aising-ayak
200g tepung gandum-ayak

Filling:
140g gula pasir
300ml air
4 biji telur gred A
80ml susu cair/susu segar

Cara:
1.Satukan bahan pastry dan uli hingga menjadi doh (tabur sedikit tepung sambil diuli
   hingga rata).
2.Ambil sedikit doh,tekan ke dalam acuan tat.Kemaskan tepinya.
3.Bakar dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 170'C.
4.Untuk Filling:Panaskan air dan gula sehingga larut.Angkat dan biarkan sejuk.
5.Satukan telur,susu cair/susu segar dan air gula.Kacau rata dan tapiskan.
6.Tuang filling ke dalam tat 80% penuh.Bakar pada suhu 170'C selama 15-20 minit.
7.Setelah masak,biarkan suam baru keluarkan dari acuan.

*Bakar tat pada rack bahagian tengah.
*Cucuk tat dengan lidi,jika lidi keluar dg bersih bermakna tat dah masak.


Enjoiii...

Rabu, 2 Mei 2012

Nasi Bokhari & Ayam Kapitan

Selamat petang kepada semua..apa khabar?



Hari ni Rahel cuba pulak masak Nasi Bokhari yang sememangnya masih asing lagi bagi Rahel..kalau pernah makan pun hanya dikedai jer tapi harga dia boleh tahan jugak..dan kali ni Rahel guna resepi dari Kompilasi Hidangan Nasi yang sangat banyak membantu Rahel untuk menyediakan hidangan nasi yang lazat untuk keluarga tercinta..emm memang berbaloi buat sendiri kat rumah..boleh bertambah-tambah lagi nasinya..hehe.





Nasi Bokhari
Sumber:Buku Resepi Hidangan Nasi

Bahan:
750g beras siam-dibersihkan-->>Rahel guna beras basmati jadi kena kurangkan air.
500ml stok ayam*
1.3 liter air
2 sudu makan mentega
2 sudu makan minyak
1 biji bawang besar)
1 biji lobak merah),dipotong dadu
100g kacang pis
1 sm halia
1 batang kulit kayu manis
1 sudu teh rempah campur
1/2 sudu teh pewarna kuning-->>Rahel guna 1 sudu kecil serbuk kunyit
60g badam goreng
30g bawang goreng
40g kismis
Garam secukup rasa

Cara:
1.Panaskan mentega dan minyak dalam periuk.Tumiskan bawang besar,halia,kulit kayu manis dan rempah campur hingga berbau wangi.

2.Masukkan stok ayam,pewarna kuning,garam dan air.

3.Apabila mendidih,masukkan beras.Masak hingga nasi kering.

4.Kemudian masukkan lobak merah,kismis,kacang pis,badam dan kismis.

5.Perlahankan api,tutup periuk dan biar masak lagi selama 5-8 minit.

*Air rebusan ayam atau air tambah 1 kiub pati ayam.



Kalau ada nasi mesti nak lauk kan..so kita pun cari-cari lagi lauk apa yang sesuai digandingkan dengan Nasi Bokhari,bila nampak buku resepi masakan nyonya terus tertarik nak mencuba salah satu resepi ayam dari buku tersebut..puas jugak belek2 buku tu..akhirnya tertumpu ke resepi Ayam Kapitan yang sememangnya baru jugak pada Rahel..setelah dibaca resepinya..bahan-bahannya memang ada je kat dapur..so kita terai la..dan emm memang sesuailah dihidang bersama Nasi Bokhari...sedap banget tau.



Ayam Kapitan
Smber:Buku Resepi Masakan Nyonya

Bahan:
900 g ayam-potong kecil
150ml santan
3 sudu makan minyak masak
Garam secukupnya
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh daun limau purut
1 sudu teh daun kunyit
1/2 sudu teh gula merah
1/2 sudu teh jus limau nipis

Bahan (A) dikisar
2 ulas bawang putih
2 sudu makan cili kisar
sedikit garam
2 sudu teh belacan
2 batang serai
2 sm halia
2 sm lengkuas

Cara membuat:

1.Ayam dibersihkan.Toskan hingga kering.

2.Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.Perapkan selama 1/2 jam.Kemudian goreng ayam dalam minyak yang sederhana panas hingga kekuningan.Ketepikan.

3.Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.Goreng bawang hingga berbau.Masukkan cili kisar dan ayam.Gaul hingga sebati.

4.Tutup kuali selama 7 minit dengan api yang sederhana.

5.Masukkan santan,daun limau purut,daun kunyit,gula merah,garam dan jus limau.Masak dengan api perlahan sehingga ayam masak.

6.Hiaskan dengan bawang goreng sewaktu menghidang.

Selamat menikmati hidangan Nasi Bokhari & Ayam Kapitan.