Jumaat, 23 Mac 2012

Gula Melaka Chiffon Cake

Selamat petang semua..tengah buat tu? Hari ni Rahel cuba lagi buat satu kek chiffon yang sebenarnya sudah lama disimpan resepinya,ramai gak geng masak-masak yang dah buat kek cifon gula melaka,tapi kali ni keknya agak pucat la..mula-mula nampak kat buku memang cantek betul kaler dia..hampir-hampir macam kaler gula melaka itu yang semangat nak buat,tapi bila dah siap bakar dan tengok kaler dia memang tak sama la..pudar je kaler gula melakanya..


Tapi kan...tadi ingatkan kek takkan naik gebu sebab telor yang Rahel guna tu kurang fresh le..mula-mula tu berfikir jugak tak nak teruskan..tapi bila dipandang balek kuning telur dan putih telur yang dah terpisahkan rasa sayang pulak..so dengan perlahan-lahan gue kasi siap semua itu bahan dan putar putih telur dengan niat agar keknya menjadi dan sodap..


Kata orang..kalau niat kita baik time menyediakan makanan tu...maka kejadiannya akan baek juga dan itu jer yang jadi panduan dalam diri  Rahel ketika membuat kerja di dapur..sentiasa dalam keadaan yang tenang sambil berfikiran positif (jangan memaki-maki atau berfikiran tak baek ketika menyiapkan/memasak makanan untuk keluarga)..nanti masakan pun tak keruan rasanya...


Ok lah,nak pendek cite ni...gula melaka chiffon cake ni memang sedap sangat dan sangat lembut,tanpa topping pun dah sedap..lagi2 klu dikasi topping..lagi bertambah sedapnya,so jangan ragu-ragu untuk mencuba yer..mesti menjadik punya.

Gula Melaka Chiffon Cake


Bahan Kuning Telur:
6 biji kuning telur
150g gula melaka
100ml santan
4 sudu besar minyak masak
1/4 sudu teh garam
140g tepung gandum

Bahan Putih Telur:
6 biji putih telur
1/4 sudu teh cream of tartar
50g gula kaster

Cara:
1.Untuk menyediakan adunan kuning telur,cairkan gula melaka bersama santan dengan
   api perlahan.Angkat dan tuang ke dalam mangkuk.Biarkan sejuk.
2.Tambahkan kuning telur,minyak masak dan garam,kacau rata.Tambahkan tepung
   gandum sambil diayak ke dalam mangkuk adunan.Gaul rata.Ketepikan.
3.Untuk menyediakan meringue,putar putih telur bersama cream of tartar sehingga kembang
   tambahkan gula kaster sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kaku (frothy and stiff-
   peaks form).
4.Masukkan adunan putih telur secara bertahap (3x) ke dalam adunan putih telur sambil
   dikaup balikkan hingga rata.
5.Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar pada suhu 165'C selama 45 minit atau sehingga
   masak.
6.Setelah masak,keluarkan dari oven dan terbalikkan kek selama 5 minit kemudian ter-
   balikkan semula.Biarkan sejuk.Lorekkan tepi loyang dengan pisau dan keluarkan kek
   dari loyang.



Enjoiii...

Khamis, 22 Mac 2012

Ayam Ala Tinju Bersalut Oat

Salam manis dan selamat bersiaran kembali,apa khabar semua? Hari ni Rahel cuba pulak masak ayam ala tinju bersalut oat,resepi dari majalah rasa mac..semenjak Rahel beli majalah rasa mac memang terus berkenan dengan resepi ni,tengok bahan-bahan dan cara penyediannya memang mudah,makan pun berselera banget,dan makan dua ketul pun terasa cepat kenyang,mungkin sebab disalut dengan oat dan sedikit tepung.Dulu pernah makan ayam ala tinju kat rumah kawan ..memang sedap la.


Kali ni Rahel hidangkan ayam ala tinju ni bersama tomato dan timun yang ala sambal dabu-dabu,memang serasi la..tambah pulak dengan adanya cili api...memang semakin menggamit selera.Kepada sesiapa yang belum cuba ayam ala tinju ni memang wajip mencuba..sedap tau..anak-anak dan orang dewasa mesti sukakannya.


Ok la,kepada yang belum memiiki atau tak sempat beli majalah rasa mac..Rahel sertakan resepinya sebagai rujukan di sini...

Ayam Ala Tinju Bersalut Oat
Sumber:Majalah Rasa Mac

Bahan:
5 ketul kepak ayam (i buat 6 ketul),dibentuk seperti genggaman tangan peninju
90g rolled oats
40g tepung jagung
40g tepung gandum
2 biji telur
1 sudu teh herba campuran (mix herbs)
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1.Gaulkan ayam bersama rempah campuran dan garam secukupnya.
2.Kemudian gaulkan pula dengan tepung jagung dan tepung gandum hingga sebati.
3.Setelah itu,celupkan ayam ke dalam adunan telur yang dipukul sedikit.
4.Seterusnya salutkan pula dengan rolled oats secukupnya.
5.Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kuning keemasan.Angkat & toskan.
6.Sedia untuk dihidangkan bersama sos pilihan.

Info Chef:
Ayam perlu digoreng di dalam minyak yang penuh dan pastikan api sederhana supaya
ayam masak sempurna. 



Selamat menikmati Ayam Ala Tinju Bersalut Oat.

Rabu, 21 Mac 2012

Roti Gulung Kayu Manis

Salam semua.Apa khabar? sudah siap minum petang ka? apa pula hidangan untuk petang ini? Daku terlebih rajin sikit buat roti gulung yang ada serbuk kayu manisnya,semua pun suka makan roti tu kan? lembut dan gebu ja tekstur roti ni,bikin ketagih makan oh.


Sebelum kita buat doh roti sebaiknya kita siapkan terlebih dahulu bahan inti mentega kayu manis.

Bahan Inti :
45g Mentega
1 sudu besar serbuk kayu manis
50g gula halus

Caranya:
Satukan gula halus dengan serbuk kayu manis.
Panaskan mentega hingga cair.
Tuang mentega cair ke dalam campuran gula halus.Gaul hingga rata.Simpan dalam peti sejuk sehingga pekat (lebih kurang 10 minit)



ROTI GULUNG MENTEGA KAYU MANIS
Sumber:Koleksi Roti

Bahan-bahan:
280g tepung berprotein tinggi
  15g susu tepung
   1/2 sudu teh pelembut roti
  50g gula halus
   1/2 sudu teh garam
    5g ragi segera
170g air
  50g mentega,suhu ruang

Cara membuat:

1.Sebatikan tepung,susu tepung,pelembut roti,garam,gula halus & ragi.Tuangkan air,gaul lagi hingga sebati.Masukkan mentega.Teruskan menguli sehingga doh lembut.Perap adunan selama 90 minit sehingga doh kembang (jangan lupa tutup doh)
2.Setelah doh kembang,tumbuk manja doh untuk keluarkan angin.Kemudian tabur tepung di atas meja,kemudian canai nipis bentuk empat segi,saiz lebih kurang 12"×12".Setelah itu ratakan inti mentega kayu manis di atas doh.Gulung doh kemas dan cubit2kan hujung doh supaya bercantum elok.Celup pisau ke dalam tepung kemudian potong doh (bahagi kepada 9 bahagian) time kita potong doh kena hati2 sebab doh lembik.

3.Susun doh yang sudah kita potong dalam loyang yang telah dilapik kertas pembakar.Bagi jarak sedikit.Kemudian kita rehatkan lagi doh selama 30 minit.(tutup loyang) Panaskan oven pada suhu 170°C.Sebelum kita masukkan doh ke dalam oven,tekan2 manja doh yang naik mengembang tu,tekan supaya doh sama rata kemudian kita bakarlah doh selama 25-30 minit (bergantung pada suhu oven anda) setelah masak,keluarkan dari oven dan terus sapu permukaan roti dengan butter.Kita tunggu sejuk baru hidang.

Sedap sangat roti gulung ni.Lembut dan gebu.


Selamat menjamu selera.

Isnin, 19 Mac 2012

Devil's Food Chocolate Cake

Selamat malam semua...tengah buat pe? dah siap makan malam k? hehehe..jom singgah lepak skejap kat sini,boleh cuci mata nengok kek coklat.Sebenarnya kan..ada satu orang tu..korang bole tengok kat SINI,dia goda Rahel dengan tayangan Devil's Food Chocolate Cake...uuuuiiii..punyala menggiurkan..geram nengok...


Tapi kan...tapi kan..gue demen banget ama kek ni,sebetulnya udah lama gak intai-intai resepi kek coklat yang satu ni,tapi banyak betul halangannya.Asyik2 resepi kek coklat yg lain pulak yang didahulukan..memang rambang mata kalau jalan-jalan tenguk dapur orang..ada-ada saja yang menggamit selera.


Oklah,gue udah kenyang makan kek coklat tadi,skarang ni nak syorkan pulak pada korang semua agar sudi mencuba kek yang sodap ni,tapi macam brownies pun ada la..padat sikit tapi lembut..dan lepas sapu cream cheese frosting and siram dengan chocolate ganache..wallaaaaa..enaknya.

Devil's Food Chocolate Cake
Sumber:Kak Anymz 

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
3/4 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang
65g mentega
1 biji telur gred besar
1 sudu teh vanili ekstrak
1/4 cawan butter milk
1/2 cawan air suam

Cara:     
              
1.Setkan oven 170'C.Siapkan tin kek anda.

2.Ayak tepung,koko,soda bikarbonat dan garam,ketepikan.

3.Pukul mentega dan gula sampai ringan dan mengembang,tambah telur.Putar rata.

4.Masukkan campuran tepung berselang seli dengan butter milk dan air suam dengan cara bertahap (3x).Tambahkan vanila ekstrak.Gaul rata.

5.Tuang ke dalam tin dan bakar kek pada suhu 170'C selama 1 jam.

Cream Cheese Frosting:
250g cream cheese (biarkan pada suhu ruang selama 20 minit)
125g mentega (biarkan pada suhu ruang selama 20-30 minit)
1 cawan gula aising,kurangkan ke 1/2 cawan jika tak suka manis
1 sudu teh vanila ekstrak
*Pukul bahan di atas hingga creamy sahaja.

Chocolate Ganache:
200ml double cream (Rahel guna dairy whipping cream)
250g coklat gelap,dicincang sampai halus
sedikit garam

Cara:
1.Secara double boiler didihkan cream hingga panas.Tambahkan coklat dan sedikit  garam,kacau rata.Bila semua sudah cair,angkat dan sejukkan dulu baru sapukan frosting cream cheese dan tuangkan chocolate ganache di atasnya.

Devil's Food Chocolate Cake
Sumber:Kak Anymz 

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
3/4 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang
65g mentega
1 biji telur gred besar
1 sudu teh vanili ekstrak
1/4 cawan butter milk
1/2 cawan air suam

Cara:                   
1.Setkan oven 170'C.Siapkan tin kek anda.
2.Ayak tepung,koko,soda bikarbonat dan garam,ketepikan.
3.Pukul mentega dan gula sampai ringan dan mengembang,tambah telur.Putar rata.
4.Masukkan campuran tepung berselang seli dengan butter milk dan air suam dengan cara bertahap (3x).Tambahkan vanila ekstrak.Gaul rata.
5.Tuang ke dalam tin dan bakar kek pada suhu 170'C selama 1 jam.

Cream Cheese Frosting:
250g cream cheese (biarkan pada suhu ruang selama 20 minit)
125g mentega (biarkan pada suhu ruang selama 20-30 minit)
1 cawan gula aising,kurangkan ke 1/2 cawan jika tak suka manis
1 sudu teh vanila ekstrak
*Pukul bahan di atas hingga creamy sahaja.

Chocolate Ganache:
200ml double cream (Rahel guna dairy whipping cream)
250g coklat gelap,dicincang sampai halus
sedikit garam

Cara:

1.Secara double boiler didihkan cream hingga panas.Tambahkan coklat dan sedikit garam,kacau rata.Bila semua sudah cair,angkat dan sejukkan dulu baru sapukan frosting cream cheese dan tuangkan chocolate ganache di atasnya.



Jumaat, 16 Mac 2012

Cucur Taufu Sayuran

Selamat menjelang tengah hari,apa khabar semua? dah siap masak-masak k? apa pulak menu untuk hari ini? Kali ni Rahel nak tayang menu yang simple-simple aje..semua orang pun boleh buat,sedap dicicah dengan sos cili atau pun sambal belacan..rasailah keenakan cucur taufu sayuran...


Cucur Taufu Sayuran
Sumber:Rahel

Bahan:
150g taufu lembut
70g kobis panjang,dihiris halus & cincang
1/2 cawan tepung gandum
secubit serbuk penaik
1 tangkai cili merah,buang bijinya & cincang
3 lembar daun bawang,dipotong
3 ulas bawang putih,dicincang
4 ulas bawang merah kecil,dicincang
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1/2 sudu kecil gula

Cara:
1.Satukan bahan-bahan dalam mangkuk,gaul rata.
2.Panaskan minyak yg cukup dalam kuali,ambil adunan 1 sudu kecil dan goreng
   hingga keperangan. Buat sampai habis.
3.Hidang bersama sos cili atau sambal kegemaran masing-masing.


Selamat menikmati Cucur Taufu Sayuran.

Donut Taufu Lembut

Selamat malam semua...hem..dah tidor k? gue mo letak dulu ni resepi donut tofu lembut yang sememangnya lembut dan gebu.Terima kasih Mimie kerana berjaya menggoda gue awal pagi tadi dengan tayangan donut tofu ni,lepas tengok je donut ni terus ke dapur siapkan bahan-bahannya,maka jadilah donut tofu lembut yang gebu dan sedap,tapi gue buat donut cincin semua..takde yang dipintal..hehehe..


Ok la,gue letak lagi resepi kat sini.Terima kasih banyak kepada Kak Ros Intan Manis selaku tuan empunya resepi donut,izinkan Rahel share resepinya skali lagi kat sini sebagai rujukan nanti.

Donut Tofu Lembut

Bahan;
300g teppung gandum
100g tepung roti (ganti dg tpg gandum pun bole)
125g taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur (dipukul sedikit menggunakan garpu)
160ml susu suam/air suam
40g shortening
4 sudu besar gula
6g yis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk penaik

sedikit serbuk gula sebagai salutan pd donut ni nanti

Cara:
1.Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan.Tips untuk dapat doh yg lembut,ambil plastic bersih dan letakkan doh di dlm plastic itu,ramas2 beberapa minit,lebih kurang 5-10 minit,keluarkan & uli semula dlm bekas adunan,anda akan dapat doh yg lembut dan elastik.

2.Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dg plastic wrap & biar doh naik dua kali ganda.Selepas itu,tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin.

3.Bahagi doh pada bebola kecil & rehatkan selama6-8minit,kemudian bentuk seperti donut,lubangkan tengahnye,biarkan naik 2x ganda & goreng sehingga ke-emasan,gunakan api sederhana,angkat & salutkan dengan serbuk gula,sedia untuk dihidangkan.


Enjoiii...

Khamis, 15 Mac 2012

Kek Sarang Lebah

Selamat pagi kepada semua,semoga sihat dan ceria selalu.Hem..dah siap sarapan k belum? Pagi ni Rahel takde buat kuih lagi,skarang ni tengah minum teh hangat je sambil on line,cuaca kat Mersing pun sejuk jer..dari semalam hingga pagi ni hujan tak henti-henti gak,jadinya Rahel duduk rumah je sambil jalan-jalan ke dapur kawan-kawan..banyak resepi yang harus ditinjau-tinjau,awal-awal dah ngeces tengok kek,donut,bingka pisang dan macam-macam lagi..


Haa kek sarang kek sarang lebah ni memang kesukaan Rahel gak,dah banyak kali buat,tapi baru kali ni letak resepi n gambar,maklumlah..dah dekat  setahun tak buat kek ni,kalau dulu belom ada blog masakan,skarg dah punya,so apa-apa yang sodap tu mesti kena tayang kat sini sebagai kenangan dan rujukan.Ok la,Rahel letak resepi di sini untuk rujukan.

KEK SARANG LEBAH

Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur B
2 sudu besar mentega

Cara membuat:

1.Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.Masukkan air panas dan kacau hingga cair.

2.Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

3.Pukul 4 biji telur sehingga kembang dan pekat.

4.Masukkan susu pekat dan kacau sebati.

5.Ayak tepung,soda bikarbonat.Masukkan sedikit demi sedikit.Akhir sekali masukkan gula hangus tadi,kacau rata.Perap adunan selama 4 jam.

6.Bakar pada suhu 170C selama 45-60 minit.

Nota:Adunan ini boleh juga dikukus selama 1 jam atau sehingga masak.


Selasa, 13 Mac 2012

Apam Kukus Mekar Cola

Salam petang semua..dah siap minum petang k? singgah sekejap temankan gue minum petang,bole makan apam cola ditemani secangkir milo panas..aduhai sedapnya.


Petang ni gue merajinkan diri lagi buat apam,kira lama jugak tak mengapam..rindu rasanya.Bila gue belek-belek majalah Sedap ternampak pulak Apam Kukus Cola yang mekar cantek,so apa lagi..gue start ke dapur la...tapi kali ni stok bahan-bahan tak cukup la,ada yg tertinggal..korang bole teka apa barang yang tertinggal? sila perhatikan betul-betul gambar apam ni..pastu bolehlah korang agak2 apa yang kureng,tapi itupun selepas korang tengok resepinya 

Apam Kukus Mekar Cola
Sumber:Sedap

Bahan:
2 biji telur L
1/4 sudu teh garam
150g gula kastor
50g gula merah (saya guna brown sugar)
1/2 sudu besar emulsifier (ovalete)
275g tepung gandum
15g susu tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik
225ml coca-cola (saya guna cola dr pt sejuk)
50g cip coklat mini

Cara:

1.Pukul telur,garam,gula pasir,gula merah dan emulsifier sehingga kaku selama 10 minit.

2.Masukkan tepung gandum,susu tepung dan serbuk penaik sambil diayak berselang seli dengan minuman coca-cola sambil dipukul perlahan.Masukkan cip coklat dan kacau rata.

3.Sudukan adunan ke dalam acuan apam kukus bersaiz sederhana yang telah dilapiskan dengan kertas kalis minyak (saya guna cawan kertas).

4.Kukus selama 10 minit dengan api besar sehingga masak.





Satay Ayam Serai

Selamat pagi semua..semoga sihat dan ceria selalu.Jom kita masak satay ayam serai yang ala satay lilit bali.Kalau buat macam ni lagi senang dan sedap,makan time panas-panas memang mantap betul rasanya.

Satay Ayam Serai
Sumber:Rahel

Bahan:
200g isi ayam kisar
50g kelapa parut putih
3 ulas bawang merah kecil}
2 ulas bawang putih}
1/2 sudu kecil serbuk lada putih},ditumbuk halus
1 tangkai cili merah,dicincang
1 sudu kecil gula pasir
Garam secukup rasa

10 batang serai dipotong 5-6inci

Cara:
1.Satukan semua bahan dan gaul rata.

2.Ambil 1 sudu makan adunan ayam dan tempelkan pada batang serai.

3.Panaskan kuali leper,sapu dengan minyak panggang satay ayam dalam kuali hingga masak.Setelah masak hidang bersada lada bawang bersauce manis.

Lada Bawang
4 sudu makan sos manis ABC
7 tangkai cili api,ditumbuk halus

Cara:
1.Satukan semua bahan dan hidang bersama satay ayam serai.



Selamat membaca.

Isnin, 12 Mac 2012

Donut Mayo

Selamat petang kepada semua,tengah buat ape tu? dah siap buat kuih k? hehehe..petang ni kita  tayang donut mayo ja,hasil selongkar resepi kat dapur Izah Daut pagi tadi.Ramai yang dah pun mencuba donut ni kan? tapi memang best la rasa dia..sodap gitu..lembut banget + gebus..dan cara penyediaannya pun tersangatlah mudah,kepada yang belum mencuba donut mayo ni..harus mencuba ek.



Ok lah,terima kasih banyak kepada Kak Izah Daut yang sudah bikin gue ngeces dengan donut mayo ni (banyak koleksi donut kak Izah tu),sebenarnya resepi ni diambik dari dapur Kak Ros Jintan manis,tapi tak tau la kenapa..satu hari Rahel cuba masuk dapur Kak Ros tapi tak dapat la pulak.Terima kasih Kak Ros untuk resepi donutnya yang memang terbaek,izinkan gue share skali lagi kat sini...

Donut Mayo

Sumber:Izah

Bahan:
330g tepung gandum
1 1/2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung
1 biji telur (dipukul sedikit menggunakan garpu)
140ml air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 g yis 

Sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti
*(Rahel tak letak pun)

Cara:

1.Buat doh kaedah 1,penggunaan Bread Marker (BM),masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan start,tunggu sampai siap diuli dan boleh terus ke langkah no.4 di bawah.

2.Kaedah dua,jika uli guna tangan,masukkan semua bahan doh & uli hingga tidak melekat pada tangan,tips untuk dapat doh yang lembut,ambil plastik bersih dan letakkan doh di dalam plastik itu,ramas2 berapa minit,lebih kurang 5-10 minit,keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan,anda akan dapat doh yg lembut & elastik.*(Rahel uli doh guna tangan je selama 15 minit)

3.Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap & biarkan doh naik 2x ganda.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.*(Rahel perap doh selama 40 minit)



4.Bahagi doh pd bebola kecil (42g jadi dapat 14 biji donut)& rehatkan selama 6-8 minit,kemudian bentukkan seperti donut,lubangkan tengahnya,biar naik 2x ganda (30 minit) & goreng sehingga keemasan,gunakan api sederhana,angkat & salutkan dengan serbuk gula,sedia untuk dihidang.(saya hidang plain ja tanpa coating dengan gula)



Selamat menikmati Donut Mayo

Ahad, 11 Mac 2012

Pizza

Salam manis kepada semua yang sudi singgah ke dapur Rahel,semoga semuanya sihat dan ceria selalu.Jom kita buat pizza pulak,simple tapi sedap,resepinya dah lupa ambik kat mana,harap tuan punya resepi menghalalkannya.


Kali ni Rahel share resepi untuk doh aje,sebab yang sos,inti dan topping tu memang main letak je,takde sukat2,so korang pandai2lah buat yer.Oh ya,sebelum bakar pizza pastikan loyang pembakar dioles dengan olive oil atau butter...itu aje...


Selamat menikmati Pizza yang lazat.

Jumaat, 9 Mac 2012

Bun Pisang Inti Coklat

Selamat bersiaran dan salam manis kepada semua,semoga sihat dan ceria selalu.Seperti selalu awal malam sentiasa lepak di sini sambil hantar laporan.Kali ni Rahel mengroti lagi,tapi kali ni ada guna buah pisang pulak dalam doh ditambah lagi dengan inti coklat filling memang bertambah sedap la.Best  juga sekali-skala bertukar selera sebab Rahel suka mencuba sesuatu yang lain dari lain.






Ok la,kalau korang nak tau gak,resepinya gue intai-intai di Dapur Mama Ghock,dia memang banyak resepi yang best2 tau,kebetulan ari tu saya cari-cari adunan roti yang guna pisang,sudah puas search di google baru jumpa ni resepi..setelah diperhatikan bahan-bahannya memang mudah didapati dan mudah jugak cara penyediannya.


Bun Pisang Inti Coklat



Bahan:
500g tepung roti
10g yis (Rahel guna 1 sudu besar yis)
10g bread improver (Rahel ganti dengan 1 sudu teh pelembut roti)
5 g garam (Rahel letak 2 cubit garam)
200g pisang emas-dilecek
60g marjerin (Rahel guna butter suhu ruang)
75g gula kastor
150ml susu segar (tuang sedikit2,tambah jika perlu)
50g coklat urai (Rahel tak letak pun)

Chocolate Filling secukupnya untuk inti (yg ni Rahel tambah sendiri)


Eggwash:
1 biji telur,mix


Cara:

1.Campur mentega,pisang lecek dan semua bahan kering ke dalam mangkuk pengadun.

2.Putar perlahan sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti dg kelajuan sederhana,masukkan air/susu sedikit-sedikit.Uli hingga adonan elastik.Perap hingga adunan naik 2x ganda (Rahel perap 30 mnt) Uli semula.

3.Ambil adunan sebanyak 38g,bulatkan dan susun atas papan,rehatkan selama 15 minit.tekan2 dih hingga leper,intikan dengan chocolate filling,kemaskan dan canai bentuk bujur,kemudian letak dlm tray yg dilapik baking paper.

4.Biar adunan kembang semula selama 25 minit).Sapu dengan egg wash dan bakar selama 25 minit dalam suhu 170°C 

Note:
Setelah masak,panas-panas oles dengan mentega.Siap untuk disajikan.

Sebahagian doh saya bubuh inti peanut n roll.Sedap.



Selamat menikmati Bun Pisang Inti Coklat.

Rabu, 7 Mac 2012

Roti Gulung Mentega Kayu Manis

Salam manis buat semua,semoga sihat dan ceria selalu.Ini pertama kalinya Rahel buat roti yang bergulung-gulung macam ni,so gulungannya pun tak kemas lagi..budak yang baru belajar la katakan..hehe..tapi Rahel suka sangat time buat adunan roti ni,memang mudah dan naik elok je dohnya..hem lembut dan gebu.




Time mahu ambik gambar punya la  tidak keruan,time mendung yang gelap dan hujan kuat,jadinya gambar pun samar-samar,part ni yang tak acik ni.

Resepinya saya share di sini sebagai rujukan di masa-masa mendatang..harap kawan-kawan sudi mencuba,sebab yang ni memang sedap,lembut dan gebu punya roti,rugi kalau tidak mencuba,tak dapat makan..

Roti Gulung Mentega Kayu Manis
Sumber:Koleksi Roti


Bahan A:
280g tepung berprotein tinggi
15g tepung susu
2.5g pelembut roti (Rahel letak 1/2 sudu teh pelembut roti)

Bahan B:
60g gula kastor
1/2 sudu teh garam
70g air
5 g ragi segera (Rahel letak 1/2 sudu besar ragi segera)
100g susu segar (suhu ruang)

Bahan C:
50g mentega (suhu ruang)

Filling:
45g butter,cairkan
1 sudu besar serbuk kayu manis
3 sudu besar gula caster
*Tuangkan mentega cair ke dalam campuran serbuk kayu manis dan gula caster.Kacau sebati.Rehatkan dalam peti sejuk selama 15 minit.

Egg wash:
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
*mix sebati

Cara:

1.Sebatikan A dan B,kacau sehingga hampir jadi doh.

2.Campurkan mentega,pukul sehingga menjadi doh yang lembut.

3.Biarkan mengembang 30 minit (tutup doh).



4.Tekan doh untuk keluarkan angin.Uli lagi hingga doh lembut.

5.Canaikan doh menjadi nipis,sapukan bancuhan mentega dan kayu manis dan gula kastor di atasnya.

6.Bahagikan kepada 8 potongan,kemudian gulung perlahan-lahan.Susun dalam tray.Biarkan mengembang dua kali ganda (25-30 minit).


7.Sapu campuran telur atas doh.Bakar selama 25 minit pada suhu 190C. 


Terima kasih sudi singgah sini😊👍

Selasa, 6 Mac 2012

Satay Lilit Bali

Selamat bersiaran dan salam manis kepada semua,semoga sentiasa sihat dan ceria.Jom kita masak satay lilit Bali...



Satay Lilit Bali
Resepi:Rahel

Bahan:
120g fillet ikan dori,dicincang hingga halus
80g isi udang segar,dicincang hingga halus
50g kelapa parut putih
garam secukup rasa
2 tangkai cili merah,dicincang
2 lembar daun limau purut,dicincang

Bahan dihaluskan:
3 ulas bawang merah kecil}
2 ulas bawang putih},
1 batang serai,ambik putihnya saja},ditumbuk halus

10 batang serai,potong panjang 5-6inci

Cara:
1.Satukan 6 bahan pertama,gaul rata.Kemudian masukkan bahan yang dihaluskan.
   Gaul sebati.
2.Ambil satu sudu makan penuh adunan ikan lalu tempelkan pada batang serai.Kepal
   sehingga menempel pada batang serai.
3.Bakar satay dengan menggunakan kuali anti lekat yang disapu dengan minyak/marjerin.
   Hidang satay lilit bersama sambal.

   Bahan Sambal:(disatukan)
   1/4 sudu kecil belacan,dibakar-tumbuk halus
   5 ulas bawang merah kecil,dihiris halus
   5 tangkai cili api,ditumbuk halus
   1 buah tomato,buang biji-potong dadu kecil
   2 buah limau kasturi,ambil jusnya
   1 sudu kecil gula melaka
   garam secukup rasa

Pesan:Jika tiada fillet ikan dori sebaiknya gunakan isi ikan tenggiri


Selamat menikmati Satay Lilit Bali

Kek Harijadi

Salam semua.


Puji dan syukur pada Ilahi kerana masih memberi waktu untuk Rahel bernafas hingga ke saat ini..tak terbalas kasihNya yang sangat besar dalam kehidupan ini.Isnin 05,Mac genap la usia Rahel Benyamin 32 tahun,hem dah tua ni...larat k nak habiskan kek coklat ni...


Sebenarnya dah berapa kali Rahel buat kek coklat guna resepi ni,tapi tak jemu-jemu gak,mungkin kerana ianya sangat mudah disediakan dan hasilnya sangat memuaskan.Ada jugak di antara teman blog n facebook yang telah mencuba resepi ni,walau pun keknya merekah ketika dikukus namun hasilnya tetap menyenangkan gitu,tapi kadang Rahel bakar je kek ni dan hasilnya lebih kurang sama..dan kepada yang nak mencuba kek coklat ni di jemput singgah.

Kek Coklat Kukus Basah


Bahan:
200g tepung superfine
100g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur gred B
200g gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara-cara:
1.Ayak tepung,soda,serbuk penaik dan serbuk koko.

2.Di bekas yang lain pukul telur,susu pekat dan gula dengan jaring.

3.Masukkan tepung yang diayak dan kacau sebati.

4.Masukkan minyak masak,kacau rata.

5.Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.

6.Griskan acuan bulat 8'' dan alas dengan baking paper.

7.Tuangkan adunan.Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

Setelah kek masak,biarkan benar-benar sejuk,kemudian bahagi dua lapisan.

Inti dan Topping Kek Coklat Kukus Basah
Sumber:Rahel

Bahan:
230g coklat masakan,dipotong kecil
100g coklat masakan,disagat halus
135ml dairy whipping cream
4 buah kiwi,dihiris nipis
250g keju krim,biarkan pada suhu ruang
75g gula kastor
90g mentega
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar jus lemon
ceri marachino secukupnya untuk hiasan

Cara:

1.Panaskan whipping cream hingga mendidih,kemudian tuang ke dalam 230g coklat masakan yg telah dipotong kecil,kacau rata hingga coklat larut.Ketepikan hingga sejuk dan agak pekat.

2.Di bekas yang lain,pukul keju krim,mentega dan gula kastor sehingga lembut,masukkan esen vanila dan jus lemon.Pukul rata.Masukkan ke dalam bag piping yang telah diletak nozel muncung bulat.

3.MENGHIAS KEK:Ambil satu lapis kek,sapu permukaan atas dengan coklat.Paipkan krim keju di atasnya (bentuk lingkaran).Susun satu lapisan hirisan buah kiwi di atas keju krim (jarakkan).Tutup dengan satu lapisan kek lagi.Paipkan sedikit keju krim di tepi kek,ratakan.Hias tepi kek dengan coklat yang disagat.Sapu lagi permukaan atas kek dengan coklat,kemudian paipkan lagi keju krim di atasnya (bentuk lingkaran).Hias dengan hirisan buah kiwi dan buah ceri.Letak dalam peti sejuk 2-3 jam sebelum dihidang.



Note:
Keringkan hirisan buah kiwi dengan tisu dapur sebelum diguna.
Untuk mengkilatkan buah,sapu dengan gel aprikot.


Rahel nak ucapkan banyak terima kasih kepada rakan Fb n geng masak-masak yang telah memberi ucapan dan mendoakan kesihatan dan kebahagian Rahel...semoga anda semua diberkati olehNya dan dimurahkan rezeki.

Khamis, 1 Mac 2012

Fillet Ikan Dori Goreng Tepung

Salam kepada semua dan selamat bersiaran lagi.Semoga ceria selalu.Hari ni menu kita simple sahaja.Hari tu kita beli fillet ikan dori 1 paket,boleh tahan juga saiz fillet ikan tu,so kita pun cari² idea nak masak apa lagi sebab biasanya kita bubuh garam perah lemon then grill ja,tapi hari daku teringin makan yang krispi² punya so daku tergoreng tepung la fillet ikan tu,sedap rupanya.

 




Fillet Ikan Dori Goreng Tepung
Sumber:Rahel

Bahan:
250g fillet ikan dori-keringkan dengan tisu dapur
sedikit garam

Batter:(disatukan)
100ml air
1 tangkai daun kari,dicincang
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubikayu
1/4 sudu teh serbuk penaik
1 sudu besar minyak masak
1/4 sudu teh serbuk kunyit
secubit garam

Cara:

1.Potong ikan dori sesuai selera,taburkan garam.

2.Panaskan minyak yang cukup dalam kuali.

3.Celup ikan ke dalam batter,goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Hidang bersama sos cili.


Terima kasih sudi singgah.